Tuesday, February 09, 2016

oh hati, bertabahlaa..


Sebelum aku call PMC to set appointment, mmg aku dah buat research sikit pasal hospital tu..
asalnya plan mmg nak bersalin kat situ pulak utk pregnancy kalini..
ada 2 doctor gynae yang tetap - Dato' Dr Zarul Azham & Dr Wan Ratna..
research shown byk good review on both doctors..

Rabu, 27 January 2016 - aku call PMC untuk set up appointment..
harapan memula mmg ingat nak check up dengan doctor perempuan.
tp masa tu katanya Dr Ratna dah habis kerja at 1pm..
ada doctor locum, Dr Norlela akan start pukul 5pm  - 8.30pm..

at first ingat nk try je dengan Dr Norlela tu..
tp bila fikir-fikir balik..dia hanya akan dtg rabu & ahad sahaja..
so if mmg hv to do d&c, aku kena tgu ahad ke?
discuss dengan Ijoy, then decided better proceed je dengan Dr Zarul..
since dia mmg fixed doctor, plus dia pengarah & pakar bersalin kat situ..
lgpun, byk dgr review gynae lelaki lagi gentle..(ya I know, tak semua laa..)

Receptionist bgtau Dr Zarul will only available on the next day, Thursday..
so at about 9.45am Thursday, aku bertemankan Khilfi & papa sampai di PMC, lepas settlekan Khalesya & Khalef pergi sekolah..
as what has been told by the receptionist, Dr Zarul tak ramai patient..
maybe ramai prefer check up dengan doctor perempuan kan..

10.15am, turn kami sampai..
kami bagitau what had happened to the 18wks fetus..
he did the ultrasound and confirmed that there was no sign of baby's heartbeat..
size fetus pun mmg tak grow..size dia hanya sekecil janin at 14wks..
and Dr Zarul found out that macam ada lebam di bahagian kepala..
oh my baby :'(
sekali lg air mata bergenang..

Dr Zarul then bgtau all the procedures sbb dah confirm mmg kene buat D&C..
and all the necessary things need to be done lepas dia bg balik janin..
dia tanya whether nak buat kat previous clinic ke atau nak proceed dengan PMC..
for sure a big NO laa kat prev clinic tu sbb confirm tak dapat balik janin kan..

10.30am - register untuk masuk ward
10.45am - tukar baju, makan provided lunch & masukkan ubat untuk flush isi perut..start puasa..
11.45am - Dr Zarul datang untuk masukkan ubat..(its a special ubat & very expensive RM500/pc - mmg khas untuk kes keluarkan janin yang dah meninggal di trimester kedua)
in between sblm 4.30pm - Dr & nurses keep on checking whether dah ada rasa sakit/rengat
4.30pm - nurse bg ubat makan yang dipatahkan dua, maybe sbb nak bg dos yang kecik je..tak pasti ape nama ubat..cuma diberitahu ubat tu untuk cepatkan proses bukaan rahim dan lembutkan rahim mungkin
5.45pm - pecah air ketuban
6.10pm - keluar darah
6.30pm - janin keluar dengan lembut..tanpa perlu mommy teran :'(
tapi uri tak ikut keluar sekali..
midwife tu ckp if uri keluar semua sekali masa dengan janin, tak payah dah buat D&C..

so sementara tunggu Dr Zarul sampai, aku urut-urutkan perut sbb masih rasa rengat-rengat..
tak lama lepas tu rasa macam ada ketulan besar nak keluar..
seperti yang aku jangka mmg uri bila aku panggil midwife tu check..
tp still katanya kene jugak buat D&C sbb uri tak keluar habis..
dia takut still ada leftover..

lepas dia tukarkan lapik untuk tah yang ke berapa kali, aku urut-urut perut lagi..
sbb Dr Zarul still belum sampai..
Ijoy pulak masa tu nak turun g solat maghrib sbb dah nak pukul 8pm masa tu..

aku teruskan jugak urut perut yang still rasa tak selesa..
tak lama lepas tu rasa byk darah keluar..
aku biarkan dulu..belum lg nak panggil nurse..sbb baru je rasanya tukar lapik..
darah mencurah-curah keluar..masa tu aku rasa tu mmg prosesnya kot..
tiba-tiba..pandangan aku rasa nak gelap..
cepat aku tekan butang panggil nurse..aku bgtau aku nak pitam!

antara sedar tak sedar aku nmpk lebih kurang 6-7 org nurses/midwives sekeliling aku..
kiri kanan tangan aku kene cucuk sbb nak masukkan drip..
sorang letak gas oksigen..
sorang tolong check BP..
sorang check pulse rate..
yang lain-lain tolong siap-siapkan aku untuk masuk dalam OT..
Allahu akbar!
Aku mmg takde daya nak gerakkan badan..aku hanya berserah pada Allah masa tu..

sampai di OT, aku menggigil satu badan..
sbb sejuk sampai mencucuk-cucuk tulang..
aku hanya mampu ckp.."sejuk..sejuk.."
nurse cepat-cepat tambah selimut kat badan aku.."OT mmg sejuk, puan..tak boleh nak buat ape.."

masa tu aku perasan jam menunjukkan 8.40pm..
tak lama lepas tu Dr Zarul masuk..
dia tanya ape BP aku sblm tu..they said some 30 above ape tah..
yang aku dgr Dr Zarul cakap.."hah? tu dah tahap pengsan tu.."
"ye..mmg patient almost pengsan tadi doktor.." jawab nurse..

then diorang siap-siapkan aku untuk proses D&C..
Dr Zarul mintak aku mengucap..

sedar-sedar, nurse kejutkan aku..dah ready nak masukkan aku dlm ward semula..
masa tu aku nampak Ijoy & Khilfi tunggu tepi pintu..
sampai kat ward aku 7-1, aku tanya dah pukul berapa..
Ijoy ckp pukul 9pm..
so maknanya the D&C process just amik masa dlm 20mins lebih kurang..

sampai ward, Ijoy bg aku air..suapkan aku makan..ye laa baru nak berbuka puasa..
tengah-tengah bg makan, nurse datang check BP & pulse rate..
Ijoy masa tu bgtau aku, dia nanti balik kejap nak tanam janin, then datang balik temankan aku untuk malam tu..
nurse dgr, dia bgtau yang ward aku tu is an Open Ward (Ward 7)..takde sape boleh tunggu..
kalau kitorang mintak nak duduk Single Ward, boleh laa Ijoy jagakan..
oh well, sbb kitorang tak jangka laa akan bermalam kat situ..
mmg takde laa mintak tukar ke single room pun..
sbb if everything goes well dan aku tak pitam..for sure boleh balik dah malam tu..
ni bila diorang tgk BP aku turun naik mendadak, kena laa stay 1 malam untuk diorang monitor..
tepat pukul 10pm, guard dah start halau..

sayu sangat rasa..
dah laa kena tinggal sorang-sorang.. (ok, mmg mengada lebih :P)
emosi pulak kejap ok kejap tak..

frankly speaking, sangat susah nak terima kenyataan bila tgk perut yang dah takde isi..
sangat mixed feeling :'(
lagi-lagi bila terbayang-bayang janin lelaki yang nurse tunjuk tadi..
anak mommy dah besar tapak tangan rupanya..
semua dah form elok..

Aku cuba redha..kita hanya merancang, Dia jua yang tentukan..
tp aku percaya, Allah has better plans for us..

Terima kasih kepada semua rakan & keluarga yang mendoakan & memberi sokongan dan tak putus memberi kata-kata semangat..
Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

Terima kasih pada all doctors & PMC staffs..sangat-sangat baik dan sangat prihatin..
servis terbaik, mmg aku recommend sape-sape yang masih mencari tempat bersalin..
walaupun hospital taklaa besar mana, tapi kelengkapan semua ada..
plus very islamic-practice kind of hospital..
oh they are now tgh dalam construction, nak expand lagi hospital tu..
so please expect ada sedikit bising due to bunyi mesin & kerja-kerja pecah bangunan..

Terima kasih pada mama & abah sbb tolong jagakan kakak Khalesya & abang Khalef selama kami berada di PMC..

and very special THANKS to papa yang sentiasa berada di sisi mommy seawal kami terima berita sedih tu..
walaupun mommy tau papa pun sebenarnya sedih, tapi tak tunjukkan sikit pun kat mommy..
sentiasa pujuk mommy, hug mommy dan bagi kata-kata semangat bila mommy sangat-sangat perlukan..
tolong handle anak-anak kat rumah selama yang mommy kena pantang..
sampai sakit-sakit badan papa uruskan semua kerja-kerja rumah..
Thank you so much sayang for your endless love & support..
I am so blessed to have you in our life!
Kita sama-sama be strong, ini ujian Allah tanda Dia sayang kat kita, kan?
dah dua anak syurga tunggu kita di sana nanti.. :)

Sesungguhnya perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..
semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
"La tahzan, innallaha maana"


Sunday, January 31, 2016

Is there still a light at the end of the tunnel?

Today is the end of January 2016..
My last post was in August 2014..
No post at all in 2015, the year I started becoming a full time mother & housewife :)

Bila tgk2 blog balik, tak byk post untuk Khilfi..
sorry sayang..mommy mmg tak menang tangan..
nak duduk ngadap PC ni pun, curi2 masa..
soon..jika ada masa terluang sikit, mommy update pasal adik ok! :)

Around hujung Sept 2015, mommy disahkan pregnant lagi, Alhamdulillah..
the EDD should be 26 June 2016..
walaupun ada sikit kerisauan di hati sbb our financial agak tight bila Khalesya & Khalef dah start schooling..
tapi amazingly, at the same time, mommy bersyukur sangat dapat rasa lg perasaan indah bila having a baby inside the womb..

Cuma mmg lain rasanya untuk this 5th pregnancy..
kenapa 5th? sbb yang first dulu kan miscarriage..(read:tiada lagi pagi yang cerah )
this time around, rasa penat sangat..
1. maybe sbb pregnant dalam 30++yrs..
2. kena handle anak2 yang tengah melasak..
3. doing all housechores non stop..
4. actively keluar masuk rumah pick up & hantar anak2 sekolah yang timing tak sama..

ye laa, pregnancy yang lepas2, byk duduk dalam ofc kan..dapatlaa rehat jugak :)

Check up untuk first 7months mmg biasa di Klinik Pakar Bersalin Ganesan, Rawang sebelum proceed pergi hospital untuk bersalin..
Mula2, everything is fine..
at 8wks, 14wks, baby grow mengikut growth yang sepatutnya..
actively moving & heartbeat pun beating normally..

Cuma on Tuesday, 26th January 2016(Khilfi's birthday)
its time for mommy's 18wks check up..
the day yang sepatutnya bawak berita gembira sbb boleh dapat tau gender baby (well, mommy & papa was hoping for a girl sbb nak bg kakak lesya kawan), turned out sebaliknya..
Dr Ganesan's face berubah bila dia scan tak jumpa baby's heartbeat.. dia tanya sama ada aku ada jatuh atau demam.. I said NO, NO AT ALL! :(

At first dia kata heartbeat lemah..sbb mmg dengar slow sangat bunyi..
Lama dia zoom in & out..just to make sure..
tp dia confirm tu sebenarnya bunyi blood flow..bukan heartbeat..
tiba-tiba aku rasa tak jejak bumi dah..
terbayang2 lagi macammana perasaan losing a baby masa first pregnancy dulu :(
Ya Allah..sesungguhnya aku tak kuat :'(

Bila sister(doctor's wife) terangkan the procedure to do the D&C, sbb ni miscarriage on 2nd trimester..
procedure tak sama dengan D&C masa 1st trimester sbb baby dah besar..
Papa tanya whether diorang akan pulangkan janin..
they said takkan pulangkan sbb takut hancur..
dia bgtau if nak buat kat klinik tu, datang balik lepas 3days to confirm again..which is on friday..
masa tu mmg kami decided takkan buat kat klinik tu..
sbb if the procedure sama je macam aku bersalin normal, janin takkan hancur..dia akan keluar dengan keadaan sempurna kan?!

Balik rumah dengan mata yang dah bengkak2, discuss dengan family..
at last we decided to get 2nd opinion at PMC Sungai Buloh due to byk reason..

Dengan linangan air mata, mommy pray so hard..
hoping that theres still a miracle..there is still a light at the end of the tunnel..
Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku.. sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

Tuesday, August 19, 2014

When nothing goes right....Just go left!

Its time to blog again..finally!! Dan rasa macam nak buat luahan hati..huhuhu.. Masuk harini baru 4 hari balik ke HQ office semula.. Sbb, bilik kat site office tu diorang nak renovate (dalam erti kata lain, diorang nak halau laa tu..huhu) Hmm tapi kemungkinan kena duduk di site office Putrajaya tu still gak tinggi sebenarnya.. sbb still in the same project, cuma different location.. Tak kesah laa..janji buat masa ni dekat sikit nak ulang alik.. :) In between last post dengan this post, walaupun gapnya dalam 4 bulan je, byk benda yang berlaku.. lepas ditimbang tara, rasanya paling lambat sampai hujung tahun ni je laa aku pegang title 'pekerja'.. lepas tu jadi pekerja gak..tapi pekerja sepenuh masa kat umah laa nampaknya.. Things definitely will be a bit difficult for us to adjust.. especially for me yang no-more-gaining-any-fixed-salary :/ But to think it in positive way: 1. Aku dapat urus anak2 comel kat umah tu.. 2. Aku boleh hantar & fetch lesya dari sekolah..sbb by next year, dia masuk 6 tahun..bila dah 6 tahun, takde sape dah boleh tolong fetchkan lesya dr sekolah..skrg ni tumpang ayah Damia..tp sbb Damia tu dah pun start masuk darjah 1 next year, so sape lg boleh tumpangkan lesya? 3. Boleh la meneruskan dream job iaitu menjahit sepenuh masa..(so bolehlaa start terima tempahan..keke) Cuma bila fikir banyak commitment lain yang nak kena bayar, cth CC, insurans, tolak gaji untuk simpanan tabung haji (untuk sendiri & anak2), buatkan aku serba salah :'( Kecuali aku doing well dengan jahitan2 atau tempahan2 aku.. Takpe, ini plan buat masa ni.. Aku yakin Tuhan dah plankan yang lebih baik.. Rahsia Tuhan takde sape tau kan? :)

Monday, April 07, 2014

Stress vs Cheerful

aku pernah terbaca title di FB pasal having 3 kids are harder than having 4..
(yup u heard me..TITLE! only..haha)

aku cari2 gak article tu untuk dapatkan link..tapi tak jumpa2..
nti kalau aku jumpa, aku update la ye..

frankly speaking, aku sangat agree dengan title itu..
buat masa ni aku tak dapat nak pastikan how easy to manage 4 sbb aku baru ada 3..hihi..
tapi dari tajuk tu aku leh agak sbb bila ko dah ada 4 org, maknanya, yang sulung tu mesti dah besar enough, dah paham & dah boleh tolong buat keje2 rumah..paling tidak, atleast dia boleh tengok2kan adik2..kan??
sbb tu dah rasa senang sikit..

as for me, khalesya baru 4 tahun 4 bulan (walaupun ikut tahun 2014 ni dia dah dikira 5 tahun) well, she's a December baby :)
khalef - 2 tahun 7 bulan..
and our newly added member, khilfi is now 72days..
phewww, its a bit hard to manage all three!!
sebab paling nyata - TAK MENANG TANGAN!!
sebab yang menyebabkan ketidakmenangan tangan tu - KAKAK & ABANG SANGAT SUKA KACAU BABY!! 
Bila baby nangis, pandai pulak panggil "mommy..mommy..baby dah bangun..baby nangis!!"

padahal sape yang kacau?? grrr!!
so macammana mommy nak buat kerja rumah??!

macam khalef, dia mmg suka explore..
tatau laa kepala pikir ape, setiap sudut rumah tu dah jadi tempat main dia..even sorang2 pun dia boleh leka main..
toys kegemaran adalah bakul kain, hanger, vacuum..
habis semua benda dia buat gendang.. T___T
so amatlaa bising dan buatkan baby terkejut2 dr tdo..
adoiii..lagi kita marah, lagi dia buat!

luckily lesya tu girl..bolehlaa control jugak..
tp bila lesya & khalef dah bergabung, main sampai tunggang langgang segala benda..
mmg pekik laa kuat mana pun, selagi takde salah sorang menangis, selagi tu laa tak stop..
so jangan harap laa rumah tu nak cantik & bersih yeee..

salah satu contoh yang buat mommy menjerit sampai satu taman boleh dengar ialah bila si abang ni suka sangat berjalan "mengkangkangkan" adik dia..
mengkangkangkan tu as in kaki dia kat kiri kanan khilfi..
Ya Allah!! buatnya laa terjatuh ke terduduk ke atas khilfi??! Nauzubillah, jauhkanlah!!
senang cerita, kalau diorang ada, mmg rumah tu takkan aman laa..
kecuali masing2 tdo T___T

situasi di kala berada di shopping mall pulak..
sekarang ni susah sangat nak bawak jalan2..
ingatkan bila dah bawak 2 stroller, things are easier laa..
plannya, sorang berjalan..
satu stroller either lesya/khalef..
satu lg baby..
tapi bila lesya tgk khalef duduk dalam stroller, ATAU sebaliknya..salah sorang mesti nak naik gak..
sudahnya bergaduh & finally menangis..
bukannya senang2 nak pujuk kalau dah start menangis..
end up nya papa kene dukung salah sorang..
atau baby yang kene keluar..mommy terpaksa kendong.. :'(
tapi kalau bawak satu je untuk letak baby, khalef dengan lesya akan pakat tawaf keliling shopping mall tu pulak..satu hal pulak nak mengejar dua2..
adehhh..mmg stress!!

tapi bila fikir2 balik, they are the reason who keeps the house alive..and keeps our adrenaline rush non-stop!!
resulting, stress tapi ceria at the same time!! hahaha..

Nyawa Mommy & Papa - Anugerah Terindah

Saturday, February 01, 2014

Welcoming 2014 with new bundle of joy :)

It has been a year since my last post!
(Ape punya blogger daaa.. hahaha..)
For the same old reason, tuntutan kerja dan perjalanan ke ofc..rawang - putrajaya..adalah sangat exhausting!
Balik rumah jangan haraplaa nak duduk ngadap laptop lg kann..
but sejujurnya aku mmg rindu nak merepek dlm blog..huhu..

Ok back to the title..
introducing our latest addition to our small family..FARIS KHILFI. .
born on 26th January 2014, 2.53AM..
weight at birth - 3.3kg..

Getting ready to go home :)

Sebenarnya EDD si kenit ni tak sampai lg..
masa aku tulis ni pun,  dia sepatutnya masih lg berada dlm perut mommy ni haa..
his EDD should be 10/02/2014!
Tp sbb dia tak sabar jumpa papa, mommy, kakak lesya & abg khalef, dia buat grand entrance seawal 2 weeks from the actual date.. :D

Masa tu kitorang balik rumah kajang (my in-laws)..
jumaat malam 24hb..masa tu hanya rasa braxton hicks je..no contraction at all..
plus agak awal kan..so aku tak expect anything pun..
cuma masa the next day 25hb aku rasa a bit tak sihat..sakit kepala, batuk..plus dah start ada rasa contraction..
so the whole day aku melepek je..tak larat nak bergerak aktif sangat..

Janjinya nak balik rawang petang tu..
tp alih2 kol 11mlm gak baru gerak balik..
Masa otw balik tu, aku dpt rasa contraction makin kuat dan kerap..oh lupa nak mention, masa ni naik pick up truck si husband..sangat bumpy! Langgar lubang sikit, mmg bergegar satu truck..tiap kali bergegar tu laa, contraction menyerang, phewww Tuhan je tau sakitnya!!

So sepanjang perjalanan nak balik ke rawang tu, ijoy kene bawak laju-slow-laju-slow..
laju sbb nak cepat sampai..kesian tgk aku mengerang tiap kali truck bergegar..
slow sbb bila nmpk jalan tak rata yang akan menyebabkan truck tu bergegar..huhuhu..
oh ya..plus si khalef lak duduk depan dgn aku..main ipad..kadang2 dia tak perasan siku dia dok menekan perut mommy..adehhh..

Dalam pada menahan sakit, aku terpikir nak singgah terus je hospital..
tp bila pikir2 balik..bag yang nak bwk g hospital tu kat rumah rawang..termasuklaa surat nak masuk hospital..plus mana tau terus masuk labour room nti, sape pulak nak tgkkan 2 beradik tu. .

so kitorang decide balik rawang je dulu..

sampai rawang masa tu dah 12 lebih (dah tukar haribulan dah..)
nasib baik mama ngan abah belum tido..so aku boleh tinggalkan lesya & khalef dulu ngan diorang..
sementara ijoy g balik umah amik segala barang keperluan, (umah kitorang dpn umah mama ni je..) aku cuba tidokan khalef..tp khalef mcm tau2 je nak ditinggalkan, dia dok merengek nak berpeluk ngan aku..sayu je tgk dia.. :'(

Pujuk punya pujuk dlm pada menahan contraction tu..khalef still merengek taknak lepaskan mommy..
last2 aku terpaksa gak tinggalkan dia sbb contraction makin lama makin kerap..
along the way nak sampai ke hospital tu, (oh kalini naik keta aku lak..kurang laa bumpynya..huhuhu..) aku tgk ijoy passng hazzard light + speeding smpi 160km/h kat highway..
sampai kpj damansara hospital around 1.15am macam tu..

terus g kecemasan, and nurse tu tolak aku dgn wheelchair terus pergi maternity ward untuk ctg monitoring & check bukaan..
Masa midwife check, 5cm sudaaaa!!
Terus masuk labour room..labour room kalini lain dgn labour room masa lesya n khalef..

Disebabkan bukaan dah byk, midwife pun tak sempat nak bg aku any painkiller..hanya gas enthonox je yang boleh diambil..
ikut rekod 2 kali bersalin yang lps, diorg akan bg penthidine..sbb aku mintak tu je sbg painkiller..a big NO for epidural! Dan sbg precautions utk kes injap jantung aku, diorang akan dripkan antibiotics..
tp sbb semua berlaku dgn sangat pantas, penthidine takde..antibiotics juga tak sempat..so hanya gas enthonox je yang jadi peneman aku masa contraction..dan sementara nak tgu doktor sampai..

Hmm ada pros and cons bersalin waktu pg macam haritu..
1) Jalan nak g hospital mmg lancar..tak sampai setengah jam dah sampai DSH..cuba bayangkan kalau pagi waktu bekerja..mau 2 jam lebih baru smpi..
2) Aku dah rasa nak bersalin sangat dah masa tu..tp disuruh sedut gas untuk tahan sakit..katanya bukaan belum sepenuhnya dilated..padahal diorang nak tgu sampai doktor datang..haihhhh..ni bukan first time aku bersalin..aku tau sangat rasa kalau dah fully dilated! Untuk elakkan aku teran sblm masa, diorang siap suruh aku mengiring ke kiri..masa tu Tuhan je yang tau betapa hazab disuruh tahan/kepit padahal kepala baby dah nampak kot!

Masa doktor dtg, dia soh kangkang..masa tu midwive bgtau kepala dah nmpk..terus dia ambil tempat, dan soh push..first and second push, kepala dah lepas..bila dia soh push again untuk lepaskan bahu, aku dah tak rasa urge..tp cuba gak teran..alhamdulillah 2.53am, baby selamat dilahirkan..

alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
Tanpa sebarang alat bantuan..no vacuum,  no forsep or cesarean..
tanpa sebarang painkiller..
hanya beberapa push, baby dapat dilahirkan..
koyakan pun sikit je..which at first doctor decide tak payah jahit..tp sbb ada sikit bengkak..so jahit la jugak sikit.. (katanya sbb aku teran sblm masa..ye laa cuba bgtau, camana nak tahan2 kalau urge tu datang?)

Tp alhamdulillah ya Allah..maha suci engkau yang telah memudahkan segalaNya..amin amin yang rabbal alamiinn..Walaupun aku demam, tp aku sangat bersyukur ya Allah..mommy & baby selamat semuanya :)

Now I am officially a mommy of 3 adorable kids..hoping to have more klu masa dan kesihatan mengizinkan, insyaAllah.. :)





Tuesday, January 01, 2013

welcome 2013!


its 2013!
happy new year people! :)

ok my new year begins with something good..
i mean, reaaaalllyyyy good..hihuhihu..

i got myself a brand new sewing machine!
which i have been dreaming to own one a very loooong time ago..hahaha..
how long is the very  loooong?
hmm about 4-5 yrs back..cukup lama tak? :P

tp masa tu takde laa serius sangat..
macam untuk suka2 je..
its more like "kalau ada mesin jahit sendiri ni, boleh jahit baju kurung sendiri.."

keinginan tu makin bertambah dlm 2 tahun lps..
bila rasa nak resign sbb tak tahan nak travel rawang - cyberjaya tetiap hari!
masa tu "ok sementara nak cari keje lain, aku nak g belajar jahit baju kurung! manalaa tau kalau tade rezeki kat tempat lain, so aku leh start buat bisnes jahit baju pulak.. "
tapi impian kembali berkubur bila dapat tuka balik ke head office kat subang >.<'

tapi lepas ikut ann pegi kedai alat jahitan kat the summit..suddenly ia mekar kembali!
kedai nama fabric fanatics..
aku pun pelik selama aku dok ulang alik ke summit tu, tak penah la pulak terjumpa kedai tu..
seriously, kedai tu tak menonjol sangat pun dr luar..
sbb signboard dia pun dah pudar2..(mcm dah lama kan kedai tu kat situ, apsal apsal apsal ko leh tak perasan? hmmm :P)
tp aku rasa sbb sblh dia toy city (sangatlaa colourful kannn..)
and location kedai tu pun agak ke dalam, so mungkin sbb tu yang buat aku KURANG PERASAN akan kewujudan kedai tersebut.. (hahaha masihlaa nak kaver diri kannn.. :D)

nmpk je kain2, butang2, renda, gunting n everything..it hurts!!
hurt sbb sangaaat tempting tapi takleh nak beli sbb "tade mesin jahit, so buat ape nak beli alatan jahit tu semua kannn.."

* aku sambung nti laa sbb lesya n khalef merengek tatau nak ape T__T *

ok sambung balik..

tp bila ann kata kedai tu pun buat kelas..
terus aku tanya kat tuan kedai..
lps tu aku laaaaaaagi stress sbb perasaan tu laaaaaagi laaa menyala2.. >.<'
masa tu terus terpikir nak ajak sape laa utk jadi partner in crime..dalam pale otak dah terpikir nak menjebakkan si is..
terus contact & ajak dia join..

oh bila dapat yang sekepala, semua plan mmg senang jadi..
terus book date 26hb dec..reason being: dah gaji! hehe..
for beginner mcm kitorang, dia suggest amik class jahit shopping bag..
sbb kalau jahit yang susah2, dia kata nanti kitorang give up kalau tak dapat buat..
hmm tol gak tu kan!
utk shopping bag tu, rege yuran - RM 150
aku rasa not bad sbb material semua dia sediakan :)

tadaaaa..ni laa hasil jahitan aku..

ni partner in crime aku yang tgh khusyuk gilaaa weh..hahaha..
  
ni laa hasil keras tangan kami berdua..kekeke
sblm menjahit cikgu florence lui tu tanya background menjahit..
aku ckp aku mmg zero knowledge!
is adalaa jugak sbb kat umah dia ada mesin jahit mak dia..
walaupun sangat jarang pegang, tp atleast dia penah gak laa hands on the mesin jahit..

lps sesi ukur-mengukur, gunting-menggunting juga iron-mengiron..
dia soh kitorang g lunch dulu..
lps mkn, tgk dah siap2 dia letak mesin jahit atas meja masing2..
oh aku lupa! kelas aritu best sbb 2 orang je yang ada..kira mmg penumpuan penuh laa dapat dr cikgu..hahaha..

aku dapat pakai brothers NV30..
is punya singer, brand ape tak sure..

ok perasaan masa tu adalah sangat neves! mcm nak amik exam ok!
tp bila cikgu soh try & amik confidence..baru lega..
mesin tu adalah sangat user friendly utk beginner yang langsung takde experience guna mesin jahit..sbb speed leh control..tekan laa foot tu kuat mana pun, dia tetap g kelajuan yang sama..hihi..
so aku yakin sbb tu laa dia bg aku guna mesin tu..
bila tanya, rege dia adalah 1399..tp kalau beli dr kedai tu, dia leh bg disc 5%..

masa tu perasaan tempting terhadap mesin jahit kembali menyerang!!

so balik umah, terus menggoogle mesin2 jahit..
pada awalnya igt nak amik brothers GS2700..sama mcm mesin jahit ann..yang tu retail price RM849..

tp bila ijoy tanya aku pakai mesin yang mana..
harus laa dgn jujur aku bgtau NV30 tu..
pastu ayat best keluar dr mulut dia "ok, nti abang belikan yang tu ye.." uwaaaa..rasa nak nangis! hahaha..

tp dia nak belikan bila dapat gaji januari nilaa..
masalahnya bini dia ni jenis yang tak menyabo..
lagi pulak lps aku deal ngan kedai LSN..dia bg laaaaaagi murah..
sbb tagline kedai tu "Lowest Price Guarantee" dgn syarat korang kene tunjukkan bukti..
mmg menyala2 laaa aku kannn..
terus ajak ijoy g ahad tu..
sibbaik boss memahami..sbb aku ckp leh buat installment..dgn syarat kad kredit maybank / AEON :P

kat kedai lps diorang tunjukkan cara guna semua..
dia pujuk soh aku amik NV50..hanya tmbh 200 lg..
beza antara dua tu..korang gugel laa sendiri..hahaha..

memula mmg dah nak angkut yang NV50 tu..
tp bila dia ckp installment ada charge 5%..
aik? pelik laa kannnnn!!!
muka ijoy dah lain dah..
bukan ke patut 0%..takpun, kalau ada sekali pun paling tinggi pun 3% je!! ni sampai 5%!
terus aku ubah pikiran..amik yang NV30 je..kensel installment..hmmphh!!

ni laa buah hati terbaru ai! hehe..
yang dua benda atas tu adalah termasuk dlm package yang LSN tawarkan..
1) extension wide table
2) 100 coloured threads

hihi best best! best!

nak own mesin jahit adalah azam tahun lama2..
nak jahit macam2 adalah azam tahun baru 2013!
wahhhh sangat tak sabar hokey!! hahaha

Tuesday, December 04, 2012

Oh Disember! Jgn kejam sangat, boleh?

yesterday..
while driving on the highway to the office.. (eceh, sepiking..)
aku masa tu kat lane tengah..
dlm kelajuan "100 km/h - 110 km/h"
konon nak masuk lane kanan..
bagi signal & masuk..
tetiba..
kereta macam ditarik ke kiri..

"ehh..apsal ni.."
"oh, mungkin sbb stud2 kat line tu.."

pastu try sekali lagi..
"ehh..ni bukan biasa..kenapa tetiba swerve ke kiri lak ni?"

then aku try slowkan kereta..
pun jd jugak dlm keadaan yang jugak agak slow..
macam ikut kelajuan pulak tarikan dia tu..

aku terus masuk lane emergency & berhenti..(oh! masa tu baru dlm 2km dr tol rawang)
terus call en husband yang kebetulan masuk kerja lmbt..(sebenarnya sbb terbangun lmbt :P)
6 kali call, tak angkat2..(dia kalau tgh mandi, tak sah tak cecah setengah jam..kalah aku yang pompuan ni mandi.. =.=' )

last2 aku call abah..
bgtau situasi kritikal aku..
dan mintak dia tlg callkan or check on en husbandku itu..
abah pun cakap jgn drive lg, bahaya!

tp keadaan aku yang menunggu di emergency lane tu pun bahaya gak..
lori mak aihhh..laju2..nak kejarkan ape pun aku tatau..
bergegar2 keta aku bila diorang lalu kat sebelah!

after a while, hubs pun call..
and dia cakap dia akan call tow truck..
mintak aku tunggu je situ..(hmm aku takleh nak g mana pun..lain laa kalau sebelah aku tu shopping complex T__T)

sementara menunggu, dtglaa polis bantuan..
tanya kenapa..dan aku cerita..
pastu dia offer nak drivekan keta aku sampai ke R&R terdekat..which is kat area hospital sungai buloh tu..alaaa yang byk lori berhenti tu..
atleast aku selamat sikit tunggu kat R&R tu..

tp sbb aku pikir, tow truck tu kang nak buat pusing kat tol hospital sg buloh tu..
kalau aku tunggu kat area R&R yang dah melepasi simpang ke tol tu, kang lg ke depan pulak kene buat pusingan..
silap2 kene bayar lg mahal pulak..
so aku ckp kat polis tu,
"takpelaa encik..sy tunggu sini je laa..sbb tow truck pun dah on the way..lagipun R&R tu dah lepas dr simpang..kitorang nak u-turn kat tol hospital tu je..terima kasih ye.."
dia pun aku tgk redha je..hahaha..
tp aku perasan, dia letak 3 kon alert tu kat blkg keta aku..
terima kasih laa byk2 encik polis bantuan..
atleast lori2 tu slow la jugak..

tak lama pastu, tibalaa tow truck yang ditunggu..
apek tu bebel2 kat aku..sbb aku duduk dlm keta..
aku tau mmg aku dah bahayakan diri sendiri..
sepatutnya dlm keadaan camtu, aku takleh duduk dlm keta..sbb kotlaa ada lori mereng ke ape kan..
disagatnya keta aku, hah! acaner?
ye la, kan selalu je berita2 kemalangan ni disebabkan kelalaian pemandu?
tp sbb keadaan pagi smlm terlalu terik..aku tak tahan..mau pengsan aku kat situ..
dah laa belum breakfast >.<'

dia suruh aku dok kat lua..jauh2 sikit dr jalan tu..
lagipun dia nak bwk naik keta aku atas truck dia tu..
sah2laa aku kene kua keta kannn..

then en hubby sampai dgn motornya..
diorang terus deal nak htr g workshop mana..
pastu aku pun naik motor ngan en hubby..
oh! di kala cuaca yang sangat terik itu, aku tetiba rasa penunggang2 moto adalah mereka yang tabah & redha..
dah laa keselamatan hanya di hujung tanduk..tersilap sikit je dah boleh jatuh..
atau kalau ada kenderaan yang bwk macam syaitonnirrajim, anytime nyawa penunggang motorsikal ni boleh melayang..
kalau panas ok lg..
tp kalau hujan lebat..jalan licin??
so korang, bertimbangrasa laa pada penunggang motor..
lagi2 kalau nmpk atas motor tu si bapa, si ibu jugak ada seorang anak..
tiba2 aku sayu.. :(

ok berbalik kepada cite keta aku..
kereta tu dihantar kat workshop yang sama masa hubby htr kereta tu untuk dicheck..
ape aku cakap ni?
ok, sabtu sebelum tu hubs dah htr kereta aku tu ke workshop sbb aku claim yang ada bunyi2 kat tayar belah kiri..
aku tanya abah, abah kata tu ada kene mengena dgn drive shaft tu..

tp masa jack (owner workshop) & en hubby naik keta tu untuk check ape yang aku kata bunyi2 tu..
kereta tu tidak menunjukkan sebarang komplikasi..
tiada satu pun bunyi pelik yang keluar..
diorang siap buat pusingan laju2..tp ternyata kereta itu mengambil keputusan berdiam diri..
tp jack still tak puas hati..dia tgkkan jugak laa..
dan dia found out that mmg drive shaft tu dah koyak tapi still boleh guna lg..
dia advise soh datang tuka lepas sebulan nanti..
so kitorang pun agak berpuas hati..atleast selamat laa dr keluar duit nak repair..

tp rupanya panas mmg tak sampai petang..
pagi isnin dia dah buat pasal..
paling best masa aku bawak je pulak tu..grrrr!
padahal masa ahad tu abah bwk keta aku..tade pulak dia nak tunjuk belang!

makanya, terbang jugalaaa ratusan ringgit..haihhh..
disember oh disember..
kenapalaa terlalu kejam?!
duit keluar bukan macam air..
dah mcm asap tau ni!
T______T


:: merasalaa cik vios ni naik tow truck ::


:: koyakan yang menghiris poket  :( ::


Friday, November 09, 2012

ho ho ho liday!

hehe..
lama dah aku tak buat report pasal cuti2 msia ni..

just got back dr bercuti di langkawi..
pheww penat! tp best! rabak poket! hahaha..
actually bulan feb aritu baru je JUGAK pegi langkawi..
tp masa tu stay kat Pantai Cenang..
so agak rushing jugak laa nak shopping kat kuah, then patah balik sbb nak kejarkan time mandi kat swimming pool Aseanea Resort, Pantai Tengah..(sebelah2 je ngan pantai cenang tu..)
ada ke kol 6 dah tutup pool? padahal masa tu laa pun redup sikit nak mandi..
sibbaik sempat laa dua badik tu celup badan dlm 10min..tu pun mintak belas ikhsan lifeguard tu..

so balik2 je umah, TERnampak Airasia buat lak lg promotion..
tak silap aku RM 29 pegi balik..(tak igt dah..sbb dah lama dah beli..hahaha)
maka terus aku tanya mama whether dia nak g lg ke tak..
hahaha..silap besarlaa kalau mama jawab TAKNAK kan! :P

bincang punya bincang, mama soh amik sebelum cuti sekolah start..
sbb kalau g time cuti sekolah, alamatnya jangan haraplaa nak dpt booking hotel..
g shopping pun lom tentu dapat nak lepak2 pilih pinggan mangkuk..
sure nmpk badan orang je..tak nmpk dah barang..sbb orang lg ramai dr barang..hahahhaa..

so last2 decide pegi on 3/11 (12.30pm) - 5/11 (7.50pm)..sabtu tengahari sampai isnin malam..
betul2 seminggu sebelum cuti skolah start..
kali ni aku diskas ngan encik hubby to cari hotel kat kuah saje..
yang juga ada swimming pool..
senang takyah nak rushing2 shopping, juga mandi manda..

memula ijoy ckp nak try hotel De Baron Resort..dia ada contact kat situ..
gugel tgk hotel dia mmg cantik..tp bile call, dah fully booked sbb ada govt event..
haa see..tu belum cuti sekolah tu..

pastu aku teringat bape tahun lepas kitorang penah stay kat the city bayview hotel..
haaa hotel ni mmg tgh2 sangat ngan pekan kuah tu..
kira takyah naik keta, jalan kaki je htr barang balik hotel..hahahha..

memula masa aku beli tiket tu, ajim & mashe lom decide nak g..
ye laa ajim masa tu lom start keje, so dia tade hati pun nak ikut..
so aku beli utk 8 orang je.. (abah, mama, aku, ijoy, lesya, khalef, emi & jiji)
tp lagi sebulan nak g, ajim lak tetiba nak join sbb dia baru je start keje sebulan sebelum tu, dan kebetulan dpt lak replacement leave on monday tu..
so tmbh lg 4 orang (ajim, mashe, adam & mak mashe)
tp bukan itu sahaja ye..sbb seminggu sblm nk g, tetiba mamacha lak nak join..
makanya ahli rombongan cik jijah ni ada 13 orang.. :D

sibbaik mmg ijoy sewa van toyota  hiace 15 seater..
tp tah caner, atas kesilapan teknikal, van hiace itu diganti ngan van mercedes (model ape aku tak ingat) 13 seater..bolehlaa walaupun agak sempit ngan bag2 BESAR masing2..

Day 1:
sampai je airport, amik van, terus g hotel bayview..
check in letak semua bag dlm 1 bilik, terus keluar cari lunch..
then takdan nak balik hotel dulu, terus serbu Idaman Suri..hahahaha..
masa ni aku aim je barang2 ape yang aku nak..taknak beli dulu sbb konon nak survey tmpt lain..
plus rombongan mana tah tgh penuhkan idaman suri tu..beratur panjang oi nak membayar!

tp mama, mamacha ngan mak mashe dah start membeli dah..hahaha..
mama ngan mamacha borong sudu..
mak mashe dah siap2 hangkut vision..hehe..
dia kata "malas la nak pikir2 lagi..dah jumpa ni, terus beli je.."
pastu baru laa balik hotel..mandi sembahyang semua..

lps maghrib, aku, mama, mamacha, mak mashe jalan kaki je g Haji Ismail Group (HIG) kecik n Wawasan Baru..(sebelah2 je ni)
kat HIG tu aku beli double grill pan..brand Vantage..paling besar, rege RM 119..
actually Idaman Suri ngan HIG ni pun dah keluarkan double grill pan diorang..i mean jenama diorang la..ramai gak yang beli..
grill pan ni pun salah satu yang aku aim kat Idaman Suri (of kos brand Idaman Suri la) tp tah sbb aku rasa Vantage ni brand yang mmg kite dah sedia tau..so vantage it is!

aku jugak sempat laa banding rege..aku tgk kat Wawasan baru tu murah sikit..
1) set corelle murah rm4
2) sudip2 murah 0.90
3) coklat murah 0.10
ahahha..tade laa aku banding tiap satu barang..ni aku banding barang2 yang aku tgk je laa..
sbb kedai tu nmpk murah, aku sempat laa sauk 2 sudip untuk non-stick pan..
so tidaklaa pan2 itu tercalar..hehehe..
mmg kedai tu je yang jual sebatang rm10..kekedai lain semua jual rm10.90..

lps beli2 barang, kitorang balik hotel sbb yang lelain dah ready nak g dinner..
mlm tu ijoy bwk dinner kat Pantai Cenang..
tp sadly, restoran bamboo chenang ke apetah nama dia, tutuplaa pulak..
chehh..jauh2 dtg, tutup!!
last2 masuk je laa restoran lain yang nmpk agak convincing..
sibbaik foods ok..

Day 2:
lps breakfast, yang lelain dah gerak ke HIG yang besar..
aku naik bilik dulu sbb lom mandi..hahaha..
oh dorang jalan kaki je..sbb ijoy a.k.a driver pun lom mandi jugak.. :D
lps mandikan lesya ngan khalef, baru kitorang gerak bwk van g jumpa diorang..
then gerak g RAMS kat kompleks pekan rabu..
lps tu cari lunch kat area kilang2 gamat..makan nasi campur..
bila dah kat situ, haruslaa singgah beli gamat kan..

lps dah berhabis ngan gamat & segala minyak kat situ, kitorang jalan2 laa ke:
Beras Terbakar
Cable Car
tp tak masuk dlm pun..ni konon nak mengimbau kenangan kecik2 dulu..
kitorang menyinggah kedai2 tepi2 tu je..hahaha..
tak sah tak membeli kannn :P

kat cable car pun sama..pegi tu sbb ajim, mashe ngan ijoy lom penah sampai sana..
tp nasib agak tidak menyebelahi aritu sbb hujan, so mmg tak dapat laa nak naik cable car..berkabus segala!
ape lg, pusing kat kedai2 jugak laa..
sempat gak laa aku rembat sepasang sorang baju lesya & khalef..hihi..

hari pun dah nak dekat maghrib masa tu..
so balik bilik masing2, mandi sembahyang semua..

lps maghrib, sambung shopping lg..
kali ni aku, mama & mamacha g dulu..
mashe & mak dia dtg kemudian..
hmm kali ni aku terus beli corningware (ni mmg dlm wishlist!)
set 3 - RM 220 - corak bunga sakura
kali ni tak beli vision sbb masa bulan 2 aritu dah beli..

memula ingat nak beli corelle sekali..tp membayangkan barang2 yang dibeli dah cukup byk..
takut payah lak nak angkut balik..
oh jugak takut terlebih baggage..
so hasrat tu dipendamkan dulu..
next time ah! huhuhu..

Day 3:
sblm g breakfast, aku ngan ijoy dah siap mandikan lesya & khalef..
lps breakfast, naik atas balik kemas2kan barang semua..nak check out kol 12 kan..
tp abah mintak extend sampai kol 2..
so orang hotel tu bg 2 bilik je yang boleh extend..
lg 2 bilik tu kene checkout kan..

lps pindah2 semua barang kat bilik abah ngan bilik aku, kitorang gerak keluar..
ijoy dropkan aku, ajim, mashe, emi, jiji ngan lesya kat jetty..sbb kitorang nak tgk2 duty free item (terutamanya perfume) kat situ murah ke tak..
pastu dia htrkan the rest kat RAMS..ni sbb ada barang yang mamacha nk tmbh..hehehe..
lps tu ijoy pickup kitorang n dropkan mashe, mak mashe, mama ngan mamacha kat kedai coklat pulak..
oh kali ni aku tak borong coklat dah..
sbb coklat yang diborong masa pegi last time masih ada dlm fridge kat umah..
lom abis2..hahaha..

lps drop diorang, aku ajak ijoy g Idaman Suri balik..
sbb aku nak beli set melamine ware yang aku dah aim masa first day datang situ..
ingatkan nak compare harga dulu..
tgk2 tmpt lain tade pun design tu..hanya di Idaman Suri sahaja..
aku rasa berbaloi2 sangat..
ada 27pcs n design modern, RM 169..
yang ni kalau si khalef ngan lesya nak buat baling2 pun takpe..
sbb takkan pecah..hahaha..

pastu baru laa semua org balik hotel, pack2 barang semua,
letak semua barang kat lobby sbb dah kol 2, kene checkout..
pastu kitorang keluar balik..g lunch pulak..
lps lunch tu baru call cab, sbb mmg barang2 tu tak muat masuk van..
ape yang kitorang buat, half of the bags & barang masuk van..
ajim, mashe, emi ngan jiji naik cab dgn a few barang lg..
terus tuju ke airport..

sampai2 je airport terus timbang barang..
part ni agak kelam kabut gaklaa sbb bila timbang2 ada yang terlebih baggage limit..
sibbaik boleh join sana sini punya baggage..hahaha..

lps acara timbang menimbang, kitorang terus g check in baggage..
sementara tunggu nak boarding, kitorang 4 badik, ngan abah plus lesya g the zone kat pantai cenang..
aku ngan jiji mmg aim nak beli perfume..
kali ni ingat nak beli perfume lain..
(aku ni agak payah nak jatuh hati dengan bauan perfume dan aku jarang tuka perfume jugak sbb selalunya aku akan beli the same perfume berulang2 kali sbb dah suka sangat ngan perfume tu..huhuhu)

tp sbb layanan kat kedai World of perfume kat Kuah tu sangat tak mengjengkelkan, so aku malas nak beli..
g Cote de Perfume kat kuah tu gak, layanan ok tp masa tu konon nak banding harga lg and tgh decide nak beli Gucci Rush atau Salvatore Ferragamo Incanto Bloom..
oh juga sbb pikirkan kalau beli kat Kuah tu tak dapat ape2 free gift! hahaha..
Gucci Rush tu jiji yang recommend..
Incanto Bloom tu sbb aku ada jumpa review bagus..huhuhu..
oh ada jugak try a few perfume yg lain (juga top review) tp baunya tak cukup umpph untuk aku..hahaha..

last2 masa kat the zone, tgk Incanto Bloom ada botol kecik je..
dan2 promoter tu promote SF nye new perfume..Signorina..
pehhh..masa dia bg test, terus jatuh hati!
dah laa Signorina EDP vs ngan Incanto Bloom EDT saje..
hmm masa tu tak pikir panjang dah..haruslaa EDP yang menang!
terus hangkut!
oh ya, bila perfume baru, diorang ada promotion kann..
so aku dapat sebotol signorina 5ml & sample incanto bloom..fuhhh berbaloi2!
bertambah lg laa koleksi perfume aku..ngehngehngeh..

pastu bergegas balik airport sbb dah time nak check in..
masuk2 je, tak lama tu dgr announcement..
"AK 6315, the flight has been delayed for 1 hour.."
adehhhhh..so patutnya 7.50pm, terus jadi 8.50pm..
tp rupa2nya, delay lg setengah jam!
last2 boarding kol 9.20..grrrr!!

ape2 pun, puas hati dgn pembelian..
rabak mmg rabak tp bila memikirkan bukan senang lg nak g sana kann..murah lak tu..
so pelan2 laa ye kumpul duit balik..hahahhaa..

satu je kesimpulan aku..
harga masa kitorang pegi baru2 ni adalah murah berbanding dgn harga masa bulan februari dulu..
mungkin diorang dah prepare utk cuti sekolah punya harga..
jd, satu tips!
"Datanglaa langkawi dekat2 dgn cuti sekolah ye.." hahahaha..

p/s: nti aku update dgn gmbr :)

*******  pictures updated 22/11/2012 ********


tadaaa..
inilah hasilnya..

mari kite lihat satu persatu ye..
:: corningware::

:: melamine ware::
ehh, 47pcs rupanya..hahaha..
mmg berbaloi2!

 :: double grill pan ::

:: signorina ::
wallaaa! :)


Thursday, November 01, 2012

lagi lagi pasal pam..

harini dgn yakin aku masuk mom's room..
terus tuju tempat biasa..
bukak compartment bawah bag pam, amik ais simpan simpan dlm peti ais..
keluarkan 2 botol..
and bukak compartment atas bag pam pulak..
tarik2 keluar, "hah! mana set kepala pam??!!"

terus terduduk tak leh nak pikir ape dah..

haihhhh.. ~~
lama dah aku tak tinggal "barang2 pam" aku ni..
dulu kalau cicir2 ape barang pam, gagah gak g babyland kat the summit sebelah ni..
tp skrg takleh dah sbb babyland dah ganti ngan kedai stationary..aduhh..
paling dekat pun baby shop yang ada ialah mothercare kat subang parade..
tp rasa rugi pulak kalau nak g beli corong pam medela tu harini..
1) sbb tau mahal..makan ratus gak!
2) pastu rugi kalau beli harini..mothercare VIP sale start esok! (2/11 - 4/11)
kalau laaa set kepala pam tu tertinggal esok, aku tak pikir ape dah..sure terus cha alip bot ke mothercare dan dan tu gak! tapi harini pulak laa jadinya..uishh, rugi rugi..

pastu aku dah terpikir nak balik awal je..
agak2 rasa cik B tu dah nak bengkak, aku mintak laa jasa baik bos..
tp plan tu rasanya agak susah nak accomplish memandangkan bos adalah foreigner & lelaki!
aku tak sure dia boleh paham tak kalau aku explain..
kalau dia dah kawen, maybe BOLEH paham..tp kalau belum, acaner??
hmm..kene pikir plan lain..

pastu aku ingat nak marmet je..(sila gugel laa pada yang tatau ye..huhu)
tp pun susah jugak..sbb marmet AKAN mengambil masa yang lama..
walhal aku tade masa!
aku ada a few documents nak kene siapkan by esok sbb next week aku nak bercuti!
hmmmmm..

but alhamdulillah..sbb rakan2 ibu ni mmg baik hati :)
ada sorang mommy dlm moms room, azu..
dia offer pakai pam dia..dia pakai medela swing..
tp masa tu dia tgh pakai..so aku pun bersetuju laa nk tunggu lps dia habis pam..
walaupun single pam..tp ia adalah sangat membantu tatkala dalam kesusahan seperti ini..

sementara menunggu si azu, aku call ann since dia pun pakai FS..
memula dah rasa akan failed sbb dia dah lama tak pam sbb skrg tgh peknen..
sah2 laa dia takkan bwk pam dah..(ape kejadah nak hangkut kulu kilir kann!)
tp aku call gak dgn harapan kot2 laaa dia ada simpan sparepart pam dia kat ofis..hahaha..
dan seperti yang dijangka..mana ada daaaa...
dia siap warn aku jgn beli pam ke-6! hahahaha..

dulu ada gak si is ngan si ell yang pakai FS..
tp dedua dah pindah g projek lain..hmmph!

pastu nak jd lg cerita..
aku terserempak lak ngan another mommy..zarina a.k.a kiyah (ehhh bukan kiyah propa ye..hahaha)
dia pakai spectra..
aku tanya kot2 dia ada bwk spare pam..
tp dia offer pakai pam dia jugak..
hmm terus aku setuju gak sbb spectra kan double pam..
so jimat masa sket..
lg pun takyah nak tutorial cane nak pakai..kan mak dah ada experience pakai spectra..hihi..
terus ckp kat azu tak jd pinjam sbb pakai kiyah punya..
nway, thx so much azu! :)

frankly speaking, aku mmg tak gemar nak pinjam barang2 orang..
lg2 yang hygiene ni kan..
tp bila dah terdesak dan terpaksa, ini laa jadinya..
Allah memudahkan jalan :)
cuma aku dah pastikan yang barang2 itu telah dibasuh ngan liquid cleanser sume..nak sterilized ape bagai mmg tak dapeklaa..mana nak carik!
insyaAllah tak jadi ape..semuanya ok..

thanks again to mommies for all your help..
akhir kata, bersama2 laa kite menyokong ke arah penyusuan susu ibu eksklusif..hehe..
sekian..

Friday, October 19, 2012

kesilapan yang tak disengajakan..

aku baru lps letak label2 kat entry2 lama aku..
pastu aku sambung buat keje..
bila bukak semula, "ehhh..apsal entry lama ni jd paling latest lak ni?"
sbb dalam dok sibuk2 letak label td, rupanya entry itu adalah draft (aku tak penah publish kan pun!)
so bila update label, dia bukannya just "update" but published it instead..
hahaha..kalau ada antara korang yang "berpeluang" membaca entry itu sebentar tadi, ia adalah kesilapan!
ape kes pulak baru nak tgk zombie kg pisang..kan? bukan ke muvi tu berkurun dah?
aku sendiri rasa sangat pelik..apetah lg korang!
kehkehkeh..

hah! apsal dgn cite ko mengupdate balik entry2 lama ni?
takde keje ape?
sure ni soklan korang..hahaha..

heh..jgn laa pikir bukan2..
aku ada keje..
tp keje ini sangatlaa membosankan..
hari2 aku rasa malas nak dtg keje sbb rasa sangat laa bosan..
bukan je keje tu bosan, tp jugak aku bosan dok sorang2 "foreigner" kat ofis sendiri..
sekeliling aku semua semua semuaaaaaaaaanya bukan sebangsa dgn aku..
ehh..adalaa 2-3 org "local"..
tp takleh ajak jd partner in crime..sbb dorang lelaki!


majoriti yang duduk area aku ni dtg dr negara jiran..
sape2 je yang lalu sure tego aku..
"ehh apsal dok sorang2 kat sini?"
"laaa..dok sorang je..tak bosan ke?"
"ramai "kawan".." hahaha adehhh..

tp yang paling best, 
"awak sorang je eh "foreigner" kat sini?",
cis! macam aku pulak laa yang jd "orang asing" itu..
aihhh kasihannnn..

semua semua semuaaaaaaaa partner in crime aku, semua semua semuaaaaaaaa dah g projek lain..
aku rasa nti aku nak buat laa satu entry pasal partner2 in crime aku dr awal pembabitan kat hetek ni..
arini sbb terlebih bosan, tu yang aku update label..(cehhh label je pun!)
dan masih lom habis update jugak..hahaha..

dahlaa..malas nak merepek lg..
arini aku nak balik umah cepat..
ahh heavennya cuti wiken! :))

Tuesday, October 16, 2012

ape yang akan anda buat kalau..

baru tersedar yang anda tertinggal laptop di rumah apabila anda baru sahaja tiba di ofis?
jarak rumah - ofis lebih kurang 40km..

a. balik rumah serta merta?
b. ah, selamba je laa masuk ofis tanpa laptop..kang pakai je laa mana2 laa komputer yang ada..
c. masuk ofis half day, lps lunch balik la umah..
d. mintak tolong sape2 hantarkan ke ofis..

kalau soklan itu yang ditanya kat aku, first thing dalam pale otak ialah jawapan a (muahahaha)
tp lepas dok lama sikit dlm keta tu, aku akan tuka jawapan c..kadang2 boleh jugak jd jawapan b..hehe..
tp akhirnya jawapan d jadi penyelamat bila aku dah alami nya 2 kali..ye aku ulang 2 kali!
dan aku bernasib baik, kedua2 kali itu husband aku masuk ofis lambat..
so dia pun berkesempatan utk menghantar laptop bertuah aku tu ke ofis..(eh, berkesempatan ke? bukan terpaksa hantar? hahahhaa)
eh, thank you sayang! hehe..

haih laaa..
aku pun tatau laa..
penyakit lupa aku semakin menjadi2..
dalam seminggu, aku rasa sehari je aku betul2 ingat semua barang yang patut aku bawak bila keluar umah..
hari2 yang lain, hmmmmphhh haram!!
adaaaa je benda tertinggal..

bila sampai je umah mama masa nak dropkan lesya & khalef..
baru perasan..
eh, botol susu lesya mana?
aduh..bantal mickey mouse lesya!
alaaaa..susu ebm adik lupa amik dr dlm fridge!
ish, lupa pakai jam & cincin!
arrghh!! toys lesya!
ehhh..kunci umah atas meja! (ni selalu berlaku kalau aku kua awal dr ijoy..sbb dia yang tolong bukak pintu ngan gate semua..aku masuk keta, terus jalan..pastu haaa hamik!! kunci umah sendiri tak amik.. T___T)
kejadian kat atas ni kira leh maaf lg sbb umah aku pun depan umah mama je..so jalan kaki je g balik amik..

yang sakit sikit bila dah sepuluh minit harung jem, baru perasan "ehhh..handphone!!"
kalau benda2 lain, macam jam ke cincin ke, aku tak jugak patah balik..

ni handphone tu dah ibarat nyawa beb..takleh cicir!
ye laa kot ada ape2 kecemasan, kan lebih reachable?

tp yang paling altimet, cicir laptop!
aduhhh..sepanjang perjalanan mmg tak ingat dah laa sbb laptop tu dok dlm boot..
tak nmpk kannn..so tade laa nak teringat ke hape..

bila dah turun dr keta, n bukak boot, baru laa sedar!
grrrr!!

rasanya tiap kali nak kua umah, aku dah pastikan semua benda..
rasanya cukup complete dah..
tp rupanya, ada je yang aku lupa amik..walaupun semuanya dah ready depan pintu!
depan pintu kot! pun cicir gak! haaa ape cite???

adehh..ape yang perlu aku buat utk sentiasa ingat ni???

Sunday, October 07, 2012

suatu ketika dahulu..

aritu aku ada nmpk ni kat FB..

Topik #BerehBoh bersama Bell Hot FM T'ganu & Rafly Hot Fm
TAHUKAH ANDA: "Masa dulu, anda dan orang lain buat benda yang sama".


  1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar. 
  2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
  3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 
  4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi. 
  5. Lukis burung guna huruf 'v'.
  6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
  7. Masa kecil, fikir bentuk hati, yang sebenar macam ni --> ♥
  8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
  9. Letak air dalam piring pastu tiup suruh cepat sejuk
  10. ..... atau ada lagi benda2 lain .. jom kongsikan dgn kami ...
follow & tweet di @Bell_HotFM & @Rafly_HotFM

aku gelak sorang2 sbb mmg antara byk2 tu mmg aku buat pun..hahaha..
lg2 bila ada geng..laju je kepala tu berpikir nak buat tu..nak buat ni.. :D

bila baca tu aku terpikir nak kongsi cite time aku kecik2 dulu..
aku penah dijaga oleh nenek + atuk belah mama..
juga nenek + angah belah abah (sbb atuk belah abah mmg tak sempat nak jumpa pun..dia meninggal time abah kecik lg) ~ oh angah tu kakak abah..hehe..

antara benda2 yang aku penah buat dulu..

1. main baling selipar
  • susun 3 selipar secara menegak, ala-ala 3 segi tgh padang, pihak lawan akan baling kat susunan selipar tu sekuat hati - baling guna ibu selipar (konon nak bg spread jauh2)..so team akan try susun balik selipar2 tu..pihak lawan akan baling ibu selipar td kat mana2 pihak team..sape team yang tgh main, bila kene ibu selipar tu, kira mati..game kira menang bile team selamat drpd dibaling & selipar dapat disusun balik jd segitiga..
2.  main sorok kaca
  • aku rasa game ni tak femes pun..tp aku pun tatau sape punya idea yang start game ni..
  • tiap sorang amik serpihan kaca masing2, n tunjukkan kat semua pemain..pastu cari laa mana2 pokok atau tempat yang disukai utk sorokkan kaca tu..pastikan takde orang nmpk laa..dah nama pun sorok kannn.. =_='
  • lps semua orang siap sorok, yang A cari yang B punya kaca, yang B cari si C punya kaca..dan yang C cari yang A punya..koreklaa mana2 tempat pun asal jumpa..huhu..
3. main konda kondi
  • game ni mmg paling best..lg best kalau dapat pukul anak kayu tu kuat2, so dia akan pegi jauh..bila kira2, markah pun byk laa dptlaa kumpul..hihi..
  • dia start ngan buat satu lubang kat tanah..anak kayu letak atas lubang tu..pastu ibu kayu akan cungkil anak kayu td..kalau balingan anak kayu tu tak dapat ditangkap oleh pihak lawan, kat mana anak kayu tu jatuh, dari situ laa start tempat pihak lawan kene aim utk baling kat ibu kayu yang di letak atas lubang td..kalau kena, kire pihak yang tgh main tu mati..
  • kalau tak kena, amik anak kayu tu balik, n pukul sekuat hati..kalau pihak lawan tak dpt tangkap, so leh start kira markah dr tempat anak kayu tu jatuh, sampai laa ke lubang td..
  • hmm sebenarnya aku pun tak sure betul ke tak cara main yang aku cite atas ni..aku dah lupa2 gak cara dia..hahaha..kalau korang nak tau lebih lanjut..tanya kat pacik gugel la eh..ngehngeh..
4. main sorok2
  • hehe ni game biasa..tp yang buat dia jd luar biasa, bila kami menyorok dlm range kawasan yang luas..rumah kampung kann..mana ada yang sebaris cantik..kan berterabur..so sape yang 'jadi'..mmg masaklaa nak cari mangsa..hahhaa..ye laa..kadang2 ada yang main tak aci, siap menyorok dlm umah, siap makan nasik dulu! mmg sampai ke sudah laa tak jumpa kannnn!!
  • mcm aku, aku penah menyorok merata2..sebalik pasu, blkg umah..hatta dlm reban ayam..tp mmg selalu kantoi bila ayam2 tu buat bising! hahaha..cis! takleh buat kawan langsung ayam2 tu..
  • aku penah gak ikut kawan menyorok atas pokok manggis..masa panjat terer..maybe sbb nak selamatkan diri..so tak pikir panjang, leh ke tak nak panjat..bila part nak turun tu baru tersedar..mak aihhh..tinggi jugak pokok manggis tu!! sudahnya, nangis mintak tolong..tau sape dtg selamatkan aku? nenek laa..hahhaa..terer tol nenek masa tu..aku pun tak ingat camana dia panjat utk turunkan aku..hekhek..
5. asah pensel & tanam - nti keluar jd pokok duit
  • hmm yang ni mmg hidup2 kene tipu..dr kat kelas, kawan dok cakap, jgn buang sisa asah pensel tu..balik tanam, nanti dia tumbuh jadi pokok duit..
  • memula tak percaya, tp ada kawan yang bgtau, dia buat n jadi!
  • hmm aku ni kan mudah terpengaruh..balik je terus korek tanah, tanam sisa asah pensel tu..siap siram lg u'olls!
  • seminggu, 2 minggu, 3 minggu..tak jd ape..tetaplaa siram.. *terasa gigih sangat masa tu*
  • last2 bgtau kat kawan tu, kata tak jd ape pun..hmmph..satu kelas gelakkan aku!! cis cis!! aku ingat aku dah boleh kaya dah masa tu!! 
6. mandi sungai
  • yang ni lps je balik sekolah agama petang..nmpk angah siap2 nk angkat bakul kain, terus tanya.."angah, nak g sungai ke?" bila angah kata "aah.." aku ngan adik2 aku dgn happynya, "ikuttttt!!!"
  • amik tuala, baju, seluar dan benda dalam2..terus cha alif bot ke sungai..tade jauh pun, dlm 500m camtu..
  • sambil mandi, sambil tu "nangguk" ikan tanah & udang celah2 batu..balik umah, terus soh mama buat kuih udang..hahhaa..(nangguk tu bahasa bengkulu - maksud dia, tangkap)
  • kadang2 bila air kurang dlm, kitorang akan korek sungai tu bg ada kedalaman sikit utk menyelam..habislaa keruh sungai tu..hahahaa..masa tu angah bising sbb dia nak basuh kain, kitorang lak keruhkan air..
7. main basikal
  • main basikal ni ada musim..kalau tgh musim basikal, pegi tuisyen mlm pun tanak abah/mama htr..nak g sendiri sbb leh konvoi ngan kawan2..
  • pastu g awal..kalau kelas start kol 8, kol 7.30 dah terpacak kat sekolah sbb nak main beskal dulu..hahaha..
  • ada sekali tu, masa nak balik dr tuisyen..selalunya ngan kawan, tp kebetulan malam tu kawan tak sihat, so tak dtg tuisyen..
  • so masa balik tu dah agak goyah..sbb tau akan lalu satu kawasan gelap..sebelah hutan pulak tu..tp kawasan tu cam turun bukit..so masa tu aku kayuh2 laju..sampai tertanggal2 rantai beskal..tapi sbb takut mengatasi segala2nya, takde makna aku nak benti betulkan..aku terus gak kayuh..sampai laa basikal tu betul2 benti..tapi tetaplaa tanak betulkan..terus turun basikal, pastu sambil berlari aku tolak basikal tu..hahahha..sibbaik masa tu dah tak jauh dr umah angah.. :D
  • penah gak main beskal, aku jd pembonceng..(eh pembonceng tu yang dok belakang tu kan? haha)..masa tu aku pakai baju kurung sbb baru balik ikut angah g kenduri..kawan ajak naik beskal, aku pun ok je..tak payah tuka2 baju..terus naik beskal dia..masa tu tgh laju sbb turun bukit..pastu kebetulan ada pulak helikopter tgh terbang rendah..kitorang yang jakun ni, terus laa tunjuk2, tgk2..tak sedar masa tu kain aku dah tersangkut kat rantai basikal..hmm ape lagi..jatuh tergolek & terseret laaa..koyak habis kain aku..tp yang lg tragis, lutut aku pun sama koyak..uhuk.uhuk..sampai sekarang parut tu masih ada kat lutut ni.. :'(
8. mengaji
  • kalau malam tade tuisyen, kitorang adik badik g mengaji quran kat umah wak munir..(dah arwah, al-fatihah..)
  • malam2 lain, ok je..cuma kalau malam jumaat, kitorang ngaji ekpress sikit..nak cepat habis..hahaha..
  • habis je ngaji, salam2 wak, tak tunggu dah yang lain..terus cari selipar..pastu cabut lari..sape lambat mmg cicir laa..
  • kadang tu ada yang buat jahat, dok sorokkan selipar orang..mmg menangis2 cari selipar..wak laa yang tolong carikan..
  • ada tu time lari selipar tertanggal..mmg tak pusing amik dah..esok lusa laa g cari selipar tu balik..hahhahaa..
sebenarnya byk lg cerita..tp aku tak dpt nak ingat semuanya..
nti kalau ada yang tetiba melintasi otak pikiran ni, aku sambung update ye..
klu boleh mmg nak abadikan semua kenangan yang ada..
sbb tau mmg takkan dapat ulang balik..
oh aku sangat rindu zaman sekolah rendah! :'(

Tuesday, October 02, 2012

bila si kakak dah pandai bercakap..

situasi 1:
lesya nangis2 sambil tunjuk dlm bagpack cousin dia, feqa..

lesya: kakak nak pestik..
aku: (sambil hulur plastik) nah..
lesya: bukannn..nak pestikkk..
aku: ni laa plastik..ooo kakak nak yg kecik ke.. (sambil cari plastik kecik sikit..)
lesya..tanakkkk..kakak nak pestik...
aku: mommy tak paham laa..cuba kakak tunjuk..
lesya: (sambil tunjuk bagpack feqa) tuuu..
ayah feqa: haa meh sini..kite tgk sama2..(sambil punggah satu2 barang..)
lesya: nii..

tau dia tunjuk ape?
"lipstick" mainan feqa..

aku: adeh laa...hahahhaa..

situasi 2:
lesya: mommy, kakak nak mamam pokok..
aku: hah?! pokok?! pokok ape, sayang?
lesya: pokokkkk..(sambil konon2 tgh kunyah something)
aku: kakak nak mkn pokok ke? ke nak sayur?
lesya: bukannnn..pokok..
aku: ooooo..keropok! (hahaha sbb baru teringat masa aku tgh goreng keropok 2-3 hari sebelum tu, dia dok bebel2 "pokok..pokok..")

situasi 3:
lesya: mommy..tgk ni..
aku: kenapa sayang?
lesya: dah putus dah...
aku: ape yang putus?
lesya: ni..(sambil tunjuk kaki barbie yang dah tertanggal)
aku: hahaha..bukan putus sayang..tu patah..

situasi 4
nak turun dari kereta..

aku: kakak, cepat laa pakai selipar tu..
lesya: ni bukan selipar la..ni kasut..
aku: ok2..mommy salah..cepatlaa pakai kasut tu.. (aku diajar balik ok! T___T )

situasi 5:
sambil baring depan tv, aku menguap..
bila menguap keluarlaa sikit air mata..

lesya: mommy..janganlaaa nangis..
aku: ni bukan nangislaa..ni air mata je..
lesya: jangannn..jangan nangis..
aku: macammana kalau mommy nangis jugak?
lesya: janganlaa..nanti kakak bg ifon okeh?
aku: =_=' (inilaa akibat kalau pujuk dia nangis dgn memberi handphone)

situasi 6:
lesya buat bising dlm bilik time khalef baru je nak lelapkan mata..

aku: kakak, janganlaa bising..adik nak tido!
lesya: mommy..janganlaa marahhh....
aku: ye laa mommy marah..sbb kakak degil tanak dengar cakap mommy..kakak bising2, macammana adik nak tido?
lesya: jangannnn..jangannn marah marah..
aku: kenapa tak boleh marah?
lesya: mommy marah2..nanti kakak nangis nanti...
aku: T___T

*******************************

hahaha..actually byk lg dialog2 dia yang aku pun dah hampir lupa..
ada tu kitorang tak expect dia akan menjawab sampai tahap macam tu..

mama kata, "anak kau ni bila bercakap dah macam hantu.."
("hantu" tu in the sense of menggambarkan betapa bijak dia menyusun ayat utk budak berumur 2yrs ++)
sampai kadang2 kitorang terdiam sepiceles!
lesya..lesya.. :)

aku harap aku berkesempatan update from time to time..
nti bila lesya dah besar, sure i will be missing those moments :'(

ni si khalef pun dah start merepek ape2 tah..
tak lama lg, sure will be kelakar bila dua beradik ni dah start berborak..
hahaha tak dapat nak bygkan!

Thursday, September 27, 2012

cak!


hehe..pelik kan tetiap minggu ada update? hahaha..

ok sblm aku update lebih jauh, just nak betulkan..
entry 2nd bday lesya tu utk sambutan bday dia masa bulan 12 tahun 2011..
birthdate lesya yang kedua adalah pada 16/12/2011..
ni sbb ell bising.."taulaa backdated entry tp tak tulis pun bila birthday datenya.."
kehkehkeh..maaf ye puan ell..ai lupa! hahaha..

ok start again..
kesedaran nak update ni tetiba meluap2 bila:
  1. lately byk stumble blog2 orang..actually, gugel benda lain, dpt result direct ke blog2 orang..so start seronok tgk or baca updates pasal macam2..teringat dulu kala masa zaman tiap2-hari-mesti-update-kalau-tak-update-entry-tu-jd-tak-ummph..
  2. keje byk, tp tahlaa rasa dah takde hati nak buat..arrghhh bila laa nak rasa perasaan happy hantar surat resign? (ehh bukanke patutnya "bila laa nak rasa happy dapat keje lain ni?" hahahaha)
  3. sebenarnya lebih kepada rasa rinduuuuu nak merepek dlm blog ni..haihhhh..
so aku berazam..(aihhh lmbt beno azamnye..nak habis tahun dah ni cik kak!)
ahh tak kisah..nak azam jugak..
walaupun azam tinggal azam, aku nak cuba gak update walaupun sebaris ayat! (chewahh!! tak boleh blah!! hahaha)
insyaAllah.. :)


Friday, September 21, 2012

backdated entry 1: lesya's 2nd big event :)

nota kepala: 
ini adalah backdated entry kerana tuan tanah baru tersedar..
mungkin akan ada lg entry2 sebegini pada masa yang akan dtg bila tuan tanah tersedar2 byk lg rupanya yang dia keciciran..haram maklum.. =_='

ok aku baru perasan..(lagi..???)
entry for 2nd bday lesya pun takde!
aduhhh..
oihh cik puan ira, this blog should have been updated selaras dgn pembesaran anak2..camana boleh lupaa??? *dush dush*

all those memories..regardless sweet or vice versa, it should be captured!!
untuk kenangan ira..k.e.n.a.n.g.a.n!

oh ya, juga kepada blogger.com, jgn nak ngengada tutup2 mende alah ni ye..
byk luahan rasa hati & perasaan dlm ni..kalaulaaaa hilang semuaaaa...
nangis tak berlagu mak!
please..please..pleaseeeee dont!...hehehe..

ok ok..
berbalik pada cite birthday lesya..
event tu buat kat umah mama..
plan nak tiup lilin kol 3pm..sbb masa tu tetamu pun dah start ramai..
tp kol 2.30pm lesya dah ngantuk..
ngamuk2, bg susu, terus lena..

selalu tu bila bising2, cepat je dia terjaga..
tp tah nape aritu dia lena mcm seharian tak tido..
kol 3.15pm aku kejutkan dia..
memula nmpk mcm ok..
so start laa berkumpul dpn kek..
bila semua nyanyi "happy birthday..."
lesya terus menjerit sekuat hati..pastu mengamuk..
semua orang pun TERdiam..hahaha..

so bila dia dah reda sikit, try sekali lagi..
"happyyyyy....."
tak sempat habiskan satu line pun, dia terus ngamuk dan ngamuk..
last2, pujuk2 pun tanak, mommy & papa yang tiupkan lilin..
hmm bertuah punya budak!

2 tahun berturut2 dia ngamuk masa bday dia..hahaha..
takpe, next birthday kite buat kol 11 ye, sayang..
bangun2 tdo, mandi..dah fresh2 terus tiup lilin okeh? :))

:: banner ::
kali ni banner simple je :)

 deco yang simple juga..

 :: cake ::
juga customed order ngan kak zai..

 :: birthday girl yang moody ::
tu baru lps ngamuk tu..haha..
kali ni theme kaler merah u olls! 

muka excited dpt hadiah besar dr mommy & papa..

tadaaaa..
(ehem, sila abaikan keadaan sekeliling..muahaha..)


Thursday, September 20, 2012

3 in 1

hmmmm..6 bulan..

hah! start dah nak pikir lain kannnn..hahaha..
ni bukan entry khalef nak dapat adik ye.
6 bulan tu ialah "gap" selepas last entry..(hmm tak lama mana pun kannn..hahaha..)

ok aku malas dah nak bg reason nape blog aku ni dah berabuk2..
sbb aku rasa korang pun malas dah nak dgr..ehehehe..

tp korang mesti nak tau kenapa tiba2 aku tergerak hati nak update..
kan?
sbbnya...khalef dah setahun!
so bila dah setahun, pastinya ada bday celebration..yeay!
maka inilaa reason kukuh kenapa blog ini harus diupdate..heh..

sbb nti kalau khalef baca, sure dia kata..
"mummy ni tak adil laa..tade update pasal bday adik! entry pasal bday kakak ada!" :D

ok, birth date khalef - 14 sept
sbb 14 tu jumaat, hari keje, so takleh laa nak buat majlis..
plan asal nak buat pada 16 sept (ahad) kat umah mama, sekaligus ngan openhouse..
(ok, bukan aku saje2 tanak buat kat umah aku..cuma aku rasa umah tu lom cukup standard nak bg orang datang..almaklumlaa itu rumah-sewa-yang-owner-sendiri-tak-amik-kisah..bila owner pun acuh tak acuh, tak kesah pun umah dia bocor ke, berlubang ke, nak roboh ke..
korang leh bayangkan tak keadaan umah sewa aku tu cemana? arrghh mak sedih!!)

tp bila ajim & mashe plan nak buat openhouse & housewarming pada 15 sept (sabtu), plan tetiba berubah..
ajim & mashe soh join je event diorang tu..maknanya mama takyah buat openhouse, n bday khalef pun buat je sekali kat umah diorang..
sbb:
1) tade rushing lps umah ajim, kene prepare lak utk umah mama..(penat wooo!!)
2) tetamu yang nak dtg pun orang2 yg sama gak..family2..maybe kalau umah ajim tu ada laa panggil kawan2 dia..
3) kebetulan birthdate khalef, atuk ngan ajim dekat2..so senang celebrate sekali..3 in 1! ehh..openhouse, housewarming & birthday celebration - kan 3 in 1 jugak..hehe..

atas sbb musabab itu, bday khalef pun disambut di umah ajim:
OASIS Serviced Suites, Ara Damansara..
located by the swimming pool, so anak2 g mandi..mak ayah leh makan dgn tenang..hahaha..
(ni family event je..almaklumlaa i kan 'menumpang' event di umah orang, so tak sedap la pulak nak conquer..harap maklum ye rakan2.. *dalam hati mmg teringinnnnnnn nak jemput kawan2* sobss..)

:: banner & cake ::

banner tu mommy kene prepare jugak..sbb masa khalesya mommy dah buat..
mommy kenelaa fair & square kan, sayang? 

cake tu pulak mmg purposely order besar sbb 3 org punya birthday..
so sorang amik satu gerabak, takyah gaduh2..hahaha..
(oh cake ni aku order kat Kak Zai (mypu3cakehouse)..mmg since 1st bday lesya aku order ngan dia..superb taste & presentation! - sila lawat blog dia utk lebih details.. 
ehem kak zai, tanak bayar i royalti ke? hahaha)

:: mereka yang diraikan ::
haa..yang pakai baju melayu tu sbb YB baru balik dr openhouse kat masjid..hahaha..

:: one happy family :) ::


to khalef,
happy birthday dear little sunshine :)
wishing you a million moments of joy, love, happiness, good health n wealth!
semoga menjadi anak yang soleh, mendapat barakah dunia & akhirat..

to atuk & ajim..
happy birthday!
semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya :)

nota kaki: insyaAllah ada rezeki nanti, kitorang dapat beli rumah yang decent sikit, kami jemput semua ye.. :)

Tuesday, March 27, 2012

aku ada DUA not-so-fortunate event yang dah basi utk dikongsikan..
tapi aku nak gak cite utk panduan di masa hadapan..
semuanya salah sendiri! (erk! hahaha)

actually aku nak cite pasal ni dlm entry birthday aku..
tp mcm tak sesuai sbb tu entry bday kan..haha..
so here goes:

NOT-SO-FORTUNATE Event 1:
15.03.2012 (Khamis)
aku kua awal dah dr ofis..
sampai je kat plus highway (area antara sungai buloh & rawang), atau lebih tepat, area keta wiraku tersadai suatu ketika dahulu..(cite yang ni aku tatau aku penah update atau tak dlm ni, lom sempat nak check..ngee..)

aku mmg tgh kat lane paling kanan..tgh laju kannn.. :P
tetiba, masa aku tekan minyak, aku tgk speedometer aku makin menurun, bukan makin menaik..
tekan lg, turun lg..
tekan lg, laaaagi turun..
aihh..apehal ni..
pelik dgn keadaan tersebut, aku swerve ke lane paling kiri, yakni lane kecemasan..
dan disitu laa keta ku berhenti secara berhemah..
try start balik, tiada upaya..
hmm..mmg la aku lom htr sevice lg wlupun dah time utk service..
tp selalu tu pun over gak, tadelaa smpi berhenti terus smpi camni..

masa tu dlm pale otak, ada 2 org ni je yg aku boleh mintak tolong..
1) ofkos laa mr husband..
tp bila call, dia tak angkat2..itu tandanya dia dah atas motor, otw balik umah..bila atas motor, mmg kebiasaannya dia takkan angkat call, unless ko call ratusan kali menandakan ada kecemasan..hihi..

2) abah lerr, my all-time favourite saviour (hahaha)..
masa call abah, dia dah sampai umah pun..aku cite hal sebenar, abah pun pelik sbb keta2 toyota ni JARANG nak buat hal..abah soh check minyak..dang!!! minyak aku kelip2 daaaa.. (tu laa timbunkan lg segala surat/resit atas dashboard tu..bia sampai tutup meter miyak tu haa..)

lps bebel2, abah soh aku call plus hotline..aku pun ok..
tp lps tu baru aku sedar, aku pakai touch n go - mana ada no hotline kat situ..aku call abah balik..abah kata "call laa 103.."
hahaha..punya laa aku dah blur time tu, leh tak terpikir nak dapatkan no kat TM..kekeke..
dapat no, call byk kali, tade sape angkat..aihhh, takkan ikut office hour gak? hotline kot?!

pastu aku call abah balik..abah bebel2 lagi..
pastu dia ckp "tunggu la situ..abah dtg bwkkan petrol.."
aku pun "baik.." (redha je, takleh nak melawan, sbb salah sendiri :P)

tapi tak sampai 5min, ada satu tow truck berhenti blkg keta aku..
sibbaik aku perasan awal2 yang itu adalah polis bantuan..
kalau laa tow truck-yang-mmg- tunggu-peluang-baik-punyaaaa yang berhenti, mmg masaklaa aku kene pow!

encik tow truck: nape kak?
aku: keta takleh nak start..rasanya minyak habis kot.. (aku rasa muka aku tebal 10inch masa ni)
sambil tgk meter minyak aku..
encik tow truck: hmm ye la tu..
aku: nak mintak tolong tarik keta sampai tol, boleh tak?
encik tow truck: hmm kami ada petrol, 20 ringgit..boleh?
aku: hmm boleh laa.. (aku malas nak pikir panjang lg, sbb kang kalau kat tol tu, still aku kene tunggu abah sampai bwk minyak jugak..plus mmg menyusahkan orang tua tu la kann..)
encik tow truck: mintak tolong bukak tempat isi minyak ye kak..

dia pun g amik petrol satu tong besar tu..
aku tgk ikut side mirror je tgk dia isi..sbb aku mmg tak turun keta..

lps isi..
encik tow truck: ok cuba start..
aku: yeay! boleh start (take note, ini sorakan dlm hati je ye..) hmm tp nape masih kelip2 eh?
encik tow truck: minyak tu sikit sangat rasanya..nti akak berhenti laa stesen minyak utk top up..
aku: hmm ok2..terima kasih ye (sambil tu aku bg 20ringgit + 10ringgit upah sbb dia tak gelak/bebel kat aku..muahhaha - eh tak..tak..duit tu mmg aku niat ikhlas nak bg sbb dia dah menyenangkan masalah yang aku sendiri cari :D)

mmg tak penah jadi aku kehabisan minyak selama 11 tahun aku bawak keta..
tah apelaa nasib aritu ntah..mmg sungguh2 lupa padahal aku dah perasan minyak tu dah surut..
oh lupa, semua ni sbb timbunan kertas2 atas dashboard :P

NOT-SO-FORTUNATE Event 2:
16.03.2012 (Jumaat)
scene ni start bila aku dah sampai umah mama..
park keta, terus bukak pintu belakang utk amik bag berisi EBM & breastpump..(pada yang tatau EBM tu ape, ia adalah shortform utk Exclusive Breast Milk)
tapi...
eh, mana bag aku? ahhh sudahhh!! takkan tinggal kat ofis kot?
aku bukak boot belakang..tiada!
aku check seat blkg, kot terjatuh kat bawah..tiada jugak!
aku check seat depan, kot aku TERletak kat seat bhgn depan, pun tiada!
aduhhh..sah tinggal kat ofis!! :(

mmg kejadian pelik..
sbb selalunya mmg aku pastikan aku akan bwk turun 3 bag sebelum balik umah:
1. Bag laptop
2. Handbag
3. Bag pam

cane boleh tak perasan ada satu bag kurang nih??

aku bgtau mama & abah..abah geleng kepala, mama gelakkan je..
aku ingat aku nak terus je gerak g opis..
tapi abah kata dia & mama ikut sekali, bwk caca & adik..
senang kalau adik menyanyi nak susu kang, kilang dia dah ada dpn mata..hahaha..

lps maghrib, terus gerak g opis..
sampai2 je, aku dgn yakin, terus naik level 4, g meja aku..
tgk atas meja aku tade..dangg!! mana pulak dahhhhh...

aku turun level 1 (kat sini ada mom's room - mmg dikhaskan utk aktiviti pengepaman susu2 berlangsung)
aku cari kunci bilik tu..tade! selalunya ada je atas kaunter receptionist tu..
aku turun level G..tanya pak guard..
diorang kata diorang tak simpan kunci bilik tu..spare key lagi laa tade!
aduhhh..

aku try naik level 4 sekali lg, dgn harapan aku tertinggal bag tu kat toilet..
mmg takde laa kat situ.. :(

aku turun level G sekali lg..tanya kalau pak guard tu tau no mana2 receptionist..
dia callkan, aku tanya aida (cik receptionist)..
aida bgtau ada orang amik kunci tu sbb nak simpan barang, tp orang tu janji akan bg kunci tu dlm envelop kat pak guard before dia balik..
geledah punya geledah, hampaaa..tak jumpa jugak!
sah! mesti dia bawak balik kunci tu sbb the next day ada children's activity: clay & origami kat level 1 tu..
so mesti dia malas nak bg kat pak guard, so might as well dia bwk balik umah je..

arrghh!! aku rasa mcm nak nangis mengenangkan 6 botol 3.5oz dlm bag tu..
klu ebm tu still dlm fridge, aku tak kesah pun..sah2 selamat!
ni sbb aku yakin aku dah siap2 simpan semua ngan ais, tinggal nak angkut bawak balik je..
tp tah ape yang aku pikir masa tu, aku keluar bilik tanpa bag pam..
iera..iera..baru je masuk 31 wehhh..pelupa sungguh macam dah 61! haihhh..

balik mlm tu hampa je..aku tawakal je, harap2 3 ketul ais dalam bag tu dapat bertahan sampai the next day..
tp tetaplaa try cari no org yang bwk balik kunci tu utk pastikan bilik tu mmg berkunci..huhuhu..
kunun ni nak sedapkan hati :P

esoknya, sampai2 je ofis, sementara caca & adik join aktiviti tu..
aku bergegas g mom's room, mmg elokkkkk je bag tu atas meja..haihh laa..
terus aku check, susu2 tu elok lg ke tak..
bau2, ok..terus simpan balik dlm fridge & bekukan ais2 tu balik..

alhamdulillah! ada lg rezeki khalef! hehe..*muka ada senyummm!!*
kalau tak, burn laa stock susu sehari tu dik..

***************************************************************

mmg dua2 kejadian ni akan aku igt sampai bila2..
lg2 pulak time bday aku!
sampaikan encik husband tersayang dah janji nak bg hadiah kismis..
alasan? utk kuatkan daya ingatan bini dia ni haa..
hahahha saba je la mak...