Monday, June 22, 2009

is it me? or...

hari ni baru aku sedar..
orang yang selalu bergelak ketawa dgn kita tu, tak semestinya TIDAK AKAN menikam belakang..
demi melepaskan diri..
orang sanggup berbuat apa sahaja..
that's life..

life is mean & cruel..
so do ppl around u..
tp takpe..
what goes around, comes around..
if thats what u asked me to do..
i'll give exactly what u need!

but please bear in mind..
in some cases, i could be mean too..
or maybe worst!
just dont be mad..
im just doing the favor..

Friday, June 19, 2009

dulu dan sekarang

taken dr buku on-loan aku..
"What To Expect When You're Expecting [by Eisenberg, Murkoff and Hathaway]":

Physically

  • Fatigue & sleepiness
  • A need to urinate frequently
  • Nausea, with or without vomiting, and/or excessive salivation (ptyalism)
  • Constipation
  • Heartburn, indigestion, flatulence, bloating
  • Food aversions and cravings
  • Breast changes: fullness, heaviness, tenderness, tingling; darkening of areola (the pigmented area around the nipple); sweat glands in the areola become prominent (Montgomery's tubercles), like large goose bumps; a network of bluish lines appear under the skin as blood supply to the breasts increases
  • Occasional headaches (similar to headaches in women taking birth control pills)
  • Occasional faintness or dizziness
  • Tightness of clothing around waist and bust; abdomen may appear enlarged, probably due to bowel distention rather than uterine growth
Emotionally
  • Instability comparable to premenstrual syndrome, which may include irritability, mood swings, irrationality, weepiness
  • Misgivings, fear, joy, elation

pregnancy kali ini barulah aku rasa ape yang aku baca kat buku/magazine/internet tu nmpk hala tujuannya..

terutama part ketakstabilan hormon yang mmg buat mood aku swing tanpa arah.
walaupun ni "first time yang bukan pertama", semua rasa baru bagi aku.
emosi mmg sah² tak stabil.
kadang² membebel tak tentu pasal.
kadang² senyum bahagia.
tp kadang² menangis sendirian.
tgk amazing race pun meleleh air mata, ape cerita?
skrg jangan kata tgk cite sedih je aku nangis, dgr lagu sedih pun dah bergenang air mata..hahahaha..

kadang² tu sebenarnya tade laa sedih sangat pun, tp tah..
kesan dia pehhhh!! kaw²..
cth amazing race tu, aku nangis sbb suka couple tu menang..
terharu sbb menang? apekah??

dulu mmg aku craving for foods..
mcm² aku nak mkn..
as early as 5 weeks lg..
mcm² aku mintak..hahaha..
skrg ni, craving la jugak..
tp taklaa seteruk yang dulu..

dulu as early as tau je, nak cari buah delima, senang je nak jumpa kat kedai buah atau mana² supermarket..
skrg ni, dah masuk 3 bulan baru dapat..
tu pun bukan dapat beli kat mesia..
mama kirim kat orang pegi mekah, dgn harapan ada buah delima tu kat mekah..
rupanya pun takde jugak..
tp alhamdulillah, rezeki aku, flight pakcik tu transit kat Bangladesh..
dia usaha gak cari kat situ..tu pun tak byk dia dapat beli..dlm 5 biji je dapat..

dulu tetiap malam, minum susu tu satu kemestian..
mmg termaktub la dlm checklist aku sebelum tdo, selain iron baju, sbyg isyak, gosok gigi & basuh muka..
tp skrg..hehehe..
dlm seminggu tu adala sekali 2 je aku minum susu..
adakah aku tidak se-eager dulu?

dulu masa scan, bentuk baby pun susah nak nmpk, apetah lg nak dgr heart beat.
2 minggu lps, alhamdulillah, we get to see the baby's movement masa scan on 12 weeks..
dah nmpk tulang blkg, tulang peha, kepala..dgn tangan & kaki yang bergerak²..
rasa mcm tak percaya itu dr dlm perut aku.. mcm tgk movie..
mungkin itulah semua ibu mengandung anak sulung rasa :)

sbb ini kan first time aku yang bukan pertama..
yang dulu mmg tak sempat nak tgk semua tu :)

dulu, mungkin masih awal, tdo aku masih aman..
tidaklaa seperti skrg yang tidak lena, kerap terbangun tgh mlm..
mmg "bonus" la kat aku yang mmg susah nak tdo balik kalau dah terjaga.

cuma satu je persamaan dulu dan skrg..
aku tak mabuk..
mual² tu ada, tp muntah² alhamdulillah mmg takde dlm kamus peknen aku..
buku on loan kata, "If you're among those who never had morning sickness, or rarely, suffer from it, you can consider yourself not only pregnant but lucky."
tp aku kata dlm hati, "normal ke?" :D

ape² pun, aku treasure every second of it..
kami suami isteri hanya mengharapkan yang terbaik..
semoga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.. amiinn..

Monday, June 01, 2009

emi's birthday..

today, 01/06 is emi's birthday..
yang ke...hmmm..23? (muda lg rupenya ko mi? hahahaha)


tp dah sambut one day earlier..
smlm..
kat Halia Grill, Sime Darby Convention Center..


to emi, happy birthday!
grow wiser ok! :)

ilyana's moments..

alhamdulillah..
another TTG down.. :)



the best part was bila semua org ada..
tak kira laa yang sedang memboyot atau mengendong anak masing² :P
except for ita sbb admitted kat hospital selayang..
and reena sbb baru je delivered a baby boy 2 hari sebelum tu..congrats anyway!

to ilyana, u looked stunning, dear!
may u both live happily ever after!
mmuuuahhh!!

Tuesday, May 26, 2009

bachelorette makan²..

last friday was superb!
agenda untuk menyepraiskan pengantin-to-be telah berjaya dilaksanakan..
yesss! accomplished! hahaha..

rancangan tersebut telah diinitiate oleh puan nad & cik aty..
just initiated on tuesday, aty call aku, dan serta merta aku telah ditugaskan untuk hebahkan kpd kawan² yang lain..ye laa aku kan penyimpan mohor nombor² kawan² :P (simpan je, bukan selalu call pun..hahaha)

plan asalnya nak dibuat pada hari khamis..
tp memandangkan khamis adalah afdhal untuk balik awal (muahahahahhaa),
maka rancangan ditukar pada hari jumaat..
reason being: esoknya tak keje, so takyah nak rushing balik awal²..

pastu plan asal jugak nak buat di Cozy Corner Ampang Park..
tp akhirnya atas persetujuan semua, venue telah bertukar ke Cozy House, Great Eastern Mall, Ampang (House, besarlaa sikit dr Corner..kannn? tgk nama pun tau..hahahaha)

sebenarnya not expect much pun atas sambutan yang akan diberi..
sbb dahlaa adhoc, pastu sah2laa bila masing² dah ada family, ada commitment sendiri, sure byk perkara perlu dipertimbangkan..
tp alhamdulillah..
surprisingly, out of 11 members, 3 je yang tak turn out..atas alasan tersendiri..

when the day comes, semua berkumpul seperti yang dijanjikan..
menunggu ketibaan kedua mempelai-to-be yang telah dikelentong baik oleh puan nad & encik apis..konon² nak jumpa clientlaa..hahaha..walaupun puan ati & puan sara agak kelambatan sedikit, tp mereka tetap dtg memeriahkan suasana..

well, suasana seperti dijangka..mmg meriah!
setelah almost 10 years tak gather sama².. (kalau ada pun, jumpa hi²-bye² je kat kenduri kawen atau bertembung kat jalan/pasaraya)
nak duduk borak pjg² mmg jauh sekali..
so bila dpt bertemu, masing² mmg berckp tanpa henti..termasuklaa luahan perasaan..kehkehkeh..


kami yang rancak berborak


oh ya, mereka ini adalah kawan² sekolah rendah aku..ye, SEKOLAH RENDAH..(read: TTG)
cuma nad je aku baru kenal masa zaman sekolah menengah..
tu pun kenal thru diorang² ni..(sbb aku ngan nad pun bukan sekolah kat sekolah menengah yang sama..)

but amazingly, we are still keeping in touch..
tp mmg tak dinafikan, bukan SEMUA orang kita dapat keep in touch..
ada faktor² lain yang memisahkan..mungkin faktor benua? mungkin..

just from the bottom of my tiny heart, really appreciate pd semua yang sudi hadir..
thx for the effort, darlings!

to ilyana, aku doakan semoga semuanya akan berjalan lancar..
semoga berbahagia & berkekalan selamanya..

to awie, jaga kawan i elok² ye..
bwk²laa belaja bahasa ibunda kitorang..
supaya nti bile i ckp, u boleh paham dgn cepat..hahahahhaa..

nota kaki: thx to apis a.k.a paparazzi-tak-berbayar - for the pics :P

Wednesday, May 13, 2009

Al-Fatihah..

remember him?

yep, him..
arwah haji abdul manan bin hj abdul wahab..
yang telah meninggal dunia pada 6.15pg, 11 mei 2009, Isnin yang lalu..
setelah lebih 2 tahun terlantar sakit..

skrg..
tiada lagi rutin melawatnya setiap hari..
tiada lagi terdengar impiannya mahu berjalan ke sana sini..
tiada lagi terdengar keinginannya mahu makan itu dan ini..
tiada lagi terdengar rintihannya atas kesakitan yang dihidapi..

hilang senyum tawanya..
hilang cerita zaman jepunnya..
hilang lawak jenakanya..

mmg kehilangannya amat dirasai..
tiap kali terkenangkannya, pasti bergenang air mata :'(
atuk, ira sayang atuk tau....

Ya Allah..
Kau ampunilah segala dosa²nya selama ini..
Kau ringankanlah seksa kuburMu..
Kau cucurilah rahmatMu ke atasNya..
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..
Amiin..

Al-Fatihah..

Saturday, May 09, 2009

melbourne pics..

ok peeps..
gambar² melbourne are ready for viewing..

maaf atas kelambatan..
sbb gambar² adalah ribuan kerana drpd 2 kamera yang berlainan..
maka masa untuk meng'compile', men'delete', meng'caption' juga meng'upload' adalah sangat memakan masa..

sila lah pilih di sini..

happy viewing!

Friday, May 08, 2009

when a wish come true..

dulu..
tiap kali jumpa doktor, tiap kali tu laa rasa berdebar..
"mesti kene injection lagi ni.."
"macammana laa keadaan baby dlm ni..ok ke tak ke.."
"hopefully tade ape laa yang membimbangkan.."
"hopefully baby ada heart beat dah.."

tapi semua tu kan kerja Tuhan..
Dia bagi rasa debaran tu tak lama..
8 minggu je..
tak sempat pun nak dengar heart beat.. :)

kadang² aku terfikir,
mungkin we were too excited?
were we too eager?

tp aku yakin, segala yang berlaku ada hikmahnya.. :)

cuma untuk kali ini..
aku cuba mengekang diri dari tidak terlalu excited ataupun terlalu berharap..
frankly speaking, pengalaman lalu membuatkan aku jadi takut untuk berkongsi dengan sesiapa..
sehinggalah benar² disahkan kandungan ini dalam keadaan yang baik..

walaupun hakikatnya..
hanya Tuhan yang tahu..
betapa indahnya rasa apabila melihatkan 2 garisan pada pregnancy test kit itu..

even adik² aku pun tau lambat.. (sorry ye korang, sbb tak nak korang yang terlebih excited mcm yang last time, tp hampa akhirnya :P)

tp bila terbayang kembali..
saat diperdengarkan degupan jantung kecil..
saat melihat ada that lil thing yang sedang growing di dalam tummy sendiri..
membuatkan kami hampir menitiskan air mata..
ye laa..sebelum ini, itulah yang kami tunggu².. :)

im now 7 weeks..
pada asalnya, hajat di hati nak spread the news hanya bila dah masuk trimester ke-2..
sbb aku rasa, tentu waktu itu ia sudah sedikit kuat..
tapi ternyata kegembiraan mengatasi segalanya..
menjadikan aku tidak sabar untuk berkongsi berita ini dgn semua orang..

Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu..
aku amat bersyukur atas kurniaan ini..
semoga kandunganku kali ini sihat & normal seperti ibu² mengandung yang lain..
Kau lindungilah kandungan ini, ya Allah..
Kau berilah aku peluang merasai saat² indah menjadi ibu..
Kau permudahkan segala urusan kehamilan ini & kelahirannya nanti..
Amin Ya Rabbal Alamiin..

Monday, May 04, 2009

from melbourne with love

seperti yg dijanjikan, aku dengan bangganya nak menulis entry pasal Melbourne..
masih belum lmbt kan? hehe

sabtu (04/04)
smpi dah lewat, dlm 11pm kat Tullamarine Airport, naik cab terus ke Somerset on Elizabeth Apartment. Ana & Lala (cousin aku yang study kat situ) dah tunggu kat apartment.

since belum dinner, dua beradik tu bawa kitorang pergi makan di Restoran Chili Padi (maple yang tak berapa nak maple, dan tak sedap pun..tp itu je restoran halal yang masih buka lg at that time)

ahad (05/04)
pergi Queen Victoria Market (one of the must-see places), beli barang2 untuk masak lunch. masuk je situ, "aku ni kat Melbourne ke kat Malaysia?"
sbb? kebanyakan penjual yang memonopoli pasar adalah chinese .

then lepak minum2 kat foodcourt, pastu "tengok-tengok je"dalam pasar yang jual souvenior. (for those yang nak beli souvenior, silalah beli di Victoria Market - the cheapest you can get! juga variety)
tapi sbb "sekejap" sangat "tengok-tengok" dlm market tu, tak perasan hari dah makin gelap..hahahaa..
so barang2 yang dibeli haruslah dimasak dinner..

lps dinner, kami menuju ke Eureka Skydeck 88. ni mcm KL tower, boleh tgk seluruh Melbourne. satu je yang lain, ada Eureka Edge - edge yang mmg digerakkan keluar dr sisi bangunan, tanpa yang apa2 sokongan dibawahnya. bg yang takut tinggi dinasihatkan untuk tidak masuk dlm edge tu ye :)

isnin (06/04)lps breakfast, naik tram gerak ke Yarra River. naik Yarra River Cruise, cruise along the river dlm cuaca yang sejuk + gerimis (oh ya, masa kitorang pergi tu, tgh Autumn..walaupun hari siang, temperature adalah dalam lingkungan 8°C - 12°C. mmg glove-pinjam-dr-Ana tak tanggal dr tangan aku, tp tu yang aku heran..mat salleh sana ok je tahan..kehkehkeh)

balik dr cruise, lapar wooo..lunch kat Restoran Indonesia, Es Teler 77, sedap! sbb dapat teh botol! hahaha..(tapi kat situ nama dia tukar jadi teh kotak)

then pergi shopping di Target & Big W, tujuan utama nak cari glove/baju tebal sbb the next day plan nak pergi Philip Island, which telah diwarning akan lebih sejuk dr biasa..makanya, pembelian adalah atas dasar untuk menutup segala anggota badan drpd kesejukan..

balik, masak dinner kat apartment Ana.

selasa (07/04)g vict market, beli barang nak masak untuk tapau ke Philip Island. sesambil tu, sempat laa singgah beli souveniors sikit2, baju sejuk & glove. after lunch, ready for bus tour to Philip Island. sepatutnya perjalanan ke Philip Island memakan masa selama 2 jam kalau straight ke Philip Island la. tp sbb tour tu termasuk byk persinggahan:
1) singgah farm - tgk ladang, biri2, wombats, and feeding the kangaroo, etc.
2) singgah tgk koala
makanya tiba di Phillip Island mmg ngam2 masa nak tgk penguin pulang ke sarang :)

8pm start journey back to Melbourne city. 10pm sampai apartment Ana, masak ape2 yang patut untuk dinner.

rabu (08/04)start berjalan waktu tghari. pagi tu lepak je kat apartment, rehat2 sbb dah berhari2 berjalannnn je kannn..then pergi lunch kat Restoran Indonesia, kali ni Restoran Blok M..pun sedap jugak..tentunya ada teh kotak pilihan hati :)

dah kenyang, naik tram City Circle (tram ni free mmg tujuan utk pusing city - kerajaan Australia mmg byk buat amal :P), end up kat tepi pelabuhan (aku lupa nama dia)..snap2 gambar, then terus jalan pergi DFO (factory outlet) sampai kedai2 tu tutup.

balik dinner kat apartment Ana.

khamis (09/04)
g melbourne zoo - tak ummph sangat sbb zoo mcm terbiar, binatang pun boleh dikira, byk kandang kosong je..dan masa kitorang nak balik tu, on the way ke exit, kecoh semua staff2 zoo tu sbb ada gorilla terlepas kandang..hahaha sibbaik laa masa tu zoo dah nak tutup, org dah ramai keluar..kalau tak, sure mcm dlm movie, semua org bertempiaran lari..muahahaha..

balik mmg kelaparan, terus Ana & Lala bawak g makan nasi beriyani kat Restoran Zam Zam (india muslim).. punyalaa lapar tahap gaban, aku boleh habiskan sepinggan besar tau.. :))

jumaat (10/04)
plan asal nak g shopping souveniors kat Vict Market, tapi malangnya hari itu adalah Good Friday - its a public holiday okkeee!! so most of the kedai, tutup. sibbaik laa ada juga kedai2 souvenior yang buka..tp harga jangan dicompare! mmg agak mahal la berbanding Vict Market..tp sbb terpaksa, belilah juga..

penat berjalan cari kedai yang bukak, kami lapar, terus singgah lunch kat satu lg Restoran Indonesia - Restoran Nelayan. bila dah kenyang, rasa terlalu awal pula nak balik apartment, maka kami meneruskan perjalanan mencari2 arah tujuan.
pergi shopping mall - tutup.
pergi kedai Duty Free - tutup.
pergi Target & Big W - tutup.
last2 stroll along jalan2 tgk RMIT, penjara lama..end up berhenti di kedai ice-cream yg di highly recommended oleh Ana..hahaha..then dah agak2 gelap, baru balik utk masak dinner & ready untuk pulang ke Malaysia.

pukul 9pm cab dtg fetch utk ke Tullamarine Airport.

A big thanks to Ana & Lala sbb tumpangkan apartment utk kami masak2..thanks for being our tour-guider as well..kalau tak, agak menggagau laa nak naik tram mana, nak cari restoran halal yang mana.. :)

p/s: gambar nti la ye aku upload. nak update entry baru ni pun makan bulan, apetah lg nak upload gambar ;)

Thursday, April 16, 2009

salam dari perantauan

balik2, earth hour..
balik2, earth hour..
nak biar blog bersawang ke?

mungkin itu yang kamu omelkan? hahahaha..

aku tidak berkesempatan..
kerana aku sedang bercuti..

aku kan mmg suka berjalan..
tgk je laa tahi lalat besau kat tapak kaki kiri aku ni..kehkehkeh..

minggu sudah, kami sekeluarga bercuti ke Melbourne..
7 hari, (Sabtu 4/4 - Jumaat 10/4)..
balik rehat sehari setengah, (isnin 13/4 - sabtu 18/4) aku di labuan atas urusan kerja..
(ye, pada saat entry ini ditulis, aku berada di labuan ye..sedang di dalam bilik meeting, keseorangan tanpa teman kerana colleague aku buat kerja maintenance di bilik server)

itulah penyebab kebersawangan blog ini..
harap maklum..

nota kaki:
tunggu report percutian dlm next entry ya..
esok ke..dlm minggu ni ke..minggu depan ke..bulan depan ke..muahahaha..
taaaaa..

Monday, March 30, 2009

Earth Hour 2009

anda sokong?

kalau tanya aku, jawapannya ya dan tidak.
ya, sbb memang kami hanya pasang lampu kereta (ya, kami keluar rumah pada masa tersebut.)
tidak, sbb itu bukanlah rumah kami. itu hanyalah rumah tumpang. (ye, kami masih menumpang rumah2 ibu-bapa kami. hahaha.)

personally, aku mmg sokong kempen2 ini.
bukan untuk sesiapa, untuk kita dan generasi akan dtg juga.
kalau generasi sekarang tidak mengambil inisiatif untuk menyelamatkan bumi, apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang?

kan?

tp menjayakannya di rumah sendiri, tentunya lebih bermakna :)

maka, pada malam kejadian, kami 'panjat' Bukit Langat.
tp kami panjat dengan kereta..hehe.. (syyhhh! jangan beritahu orang lain, ini kali pertama aku sampai..)
kami tidak mahu mengambil risiko utk mendaki sampai look up point itu..
bukan tidak berdaya..
tapi perut yang lapar dan keadaan yang terlalu sesak dengan manusia yang berbilang kaum & agama,
juga sempit dgn kereta yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan..
turut tambah senak apabila ramai yang sudah mula berpusu2 untuk pulang, sesuka hati u-turn di dalam keadaan jalan yang mmg sudah sesak..
maka kami membatalkan sahaja niat murni itu..

kami memilih untuk berhenti di bahu jalan yang kurang sesak.
pada ketika itu jam menunjukkan 8.50pm.
ya, Earth Hour telah pun bermula.
tapi kawasan2 bandar setakat yang dapat dilihat oleh mata kasar, tidak menunjukkan penglibatan yang serius.
seolah2 kami2 yang berdiri di lereng2 bukit ini, hanya tertumpu kepada 2 bangunan utama sahaja yang bergelap.
Menara KL dan KLCC.
mungkin ada beberapa bangunan lain yang turut serta.
tapi jarak penglihatan yang jauh dan keadaan kabus2 membataskan kami untuk mengenalpasti bangunan2 itu.

encik hasben sibuk mengetik (snap?) camera slr nye. (read: SLR ijoy)
aku yang lupa membawa digital camera aku, hanya bermain dgn lense2 LOMO (read: minilomo ijoy) pada camera 2megapixel di hp aku sahaja.
lense: light wave
gambar tidak begitu jelas, aku tak dapat kesan di mana letaknya Menara KL dan KLCC


lense: biasa
ini adalah keadaan manusia2 yang sedang melepak menunggu earth hour berakhir
dan kenderaan2 yang sedang sesak & bergerak perlahan secara berjemaah.
diambil dr aras lereng kami.
lense: biasa
Menara KL mulai terang.
KLCC? mungkin mereka tidak menjumpai suis.

lense: biasa
earth hour telah berakhir.

inilah hasil tangkapan aku.
jgn bising, kamu sepatutnya sudah mengagak ini adalah hasilnya :P

plan asal, selepas beberapa klik (click?) kami mahu beredar.
tapi memandangkan kepayahan-mendaki-dalam-keadaan-pejalan-kaki-lebih-laju-drpd-kelajuan-kereta, kami mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat tempoh masa gelap itu.
tepat 9.30pm, kelihatan menara KL mulai terang..
tapi KLCC masih bergelap..
aisehh..
apakah? kenapa tidak terang serentak?

setelah beberapa minit kemudian, barulah kelihatan jambatan KLCC mulai bercahaya..
disusuli dgn cahaya lampu yang terang secara berperingkat dr tingkat2 lain.

satu pengalaman yang menarik, walaupun cita2 ingin melihat dr aras look up point itu tidak kesampaian.
mungkin lain kali, di hari biasa di mana kurang manusia berleluasa..hahaha..

Saturday, March 21, 2009

when words are just not enough..

just a heartfelt wish..
to the best half i have..

grow old along with me..
the best is yet to be!



lots of love..
from a heart that beats..
only for you..

Happy Birthday, Darling!

Wednesday, March 18, 2009

sessi iklan untuk kawan²

kawan saya, telah memulakan perniagaan di atas talian (online sales?) ke atas barang² peribadi beliau yang kebanyakkannya masih belum digunakan.
dan saya sebagai pelanggan telah memberi kata saya kepadanya (give her my word?) untuk tolong mewar²kan perniagaan tersebut.

sila lawat ini.

di situ tersenarai sebahagian dr barang² yang dibeli tapi belum sempat digunakan, atau yang telah dipakai hanya beberapa kali namun ia masih di dalam kondisi yang bagus (good condition?).

tentunya barang² tersebut dijual pada harga yang rendah & berpatutan.
walaupun untuk barang yang masih baru & belum digunakan.

mengenali peribadi beliau yang memang menjaga rapi segala barang² kesukaannya, saya tanpa rasa sangsi mengalu²kan semua rakan taulan untuk melawat blog perniagaan (sales blog?) itu.

mungkin ada yang berkenan di hati.
segala syarat & terma pembelian ada dinyatakan di situ.

selamat menjengah :)

nota kaki:
percubaan meng'hebat-bm'kan segala perkataan yang ada membuatkan bunyinya kedengaran agak kelakar. hahaha.
sebab itu masih ada 'translation' nya di tepi kerana dikhuatiri pembaca kurang paham ape yang ingin disampaikan :P

mungkin aku akan analisis semula cara penulisan untuk lain kali (ye, ini mungkin sahaja :P)

Monday, March 16, 2009

a blessful day..

its the day, again..
the day im turning 28!
wow, what a number! hahaha..

walaupun ini ulangtahun yang disambut pertama kali dgn encik yang bergelar hasben,
tapi ia turut disambut dgn kehadiran ulcer di bawah lidah..
sungguh perit apabila bergesel dgn gigi² yang tajam..
yang menyebabkan aku terpaksa menghabiskan ulangtahun ini dgn ber'MC' di rumah sahaja..
sungguh indah hadiah ulangtahun aku, kan?

for this birthday,
i really wish to have a pleasant & blissful life..
to be loved by the loved ones..
to be blessed with something i missed a few months ago..
pray for me ya :)

to my dear sweetheart, you know how much u are loved!
to my family & in-laws, thanks for your love & support..
and to u guys, my all thoughtful friends,
just a note to say..
THANK YOU for your thoughtfulness!
i am touched! really..


semoga all those kind & sweet wishes menjadi suatu kenyataan..
amiinnn..

Thursday, March 12, 2009

tag for married ppl? duhhh..

frankly speaking, aku mmg malas nak buat tag.
mungkin sbb byk soalan.
aku rasa macam jawab soalan exam. hahaha.

tapi memandangkan ada yang hampa apabila tiada entry baru di muka surat teratas ini,
juga mempertimbangkan permintaan puan Is yang kesepian di dalam kepantangan,
juga memikirkan otak owner yang blog yang kebekuan idea,
aku sambutlah tag dr puan nad ini :P

**********************************************
For all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.

When was your engagement?
29/12/2007..
(aku ingat sbb lagi 2 hari nak masuk tahun baru. kire penutup tahun)

When is your marriage anniversary?
08/08/2008..
(cukup 'ong' tak? hahaha)

How long have you known your spouse?
hmm dari bulan 5, 2003..
(kiralah sendiri berapa lama)

Where did you meet your spouse?
di SMIDEC, Uptown Damansara.
itu adalah hari pertama aku start masuk kerja di client office.
itu juga adalah hari ketiga terakhir si dia menjadi 'practical trainee' di situ.
adakah dgn hanya 3 hari berselisih bahu tanpa ucapan telah membawa ke jinjang pelamin?
hahaha. tentunya tidak!
tentunya pada masa itu masing² bersama 'teman' masing².

hanya YM menjadi penghubung cerita kami.
si dia:
1. yang hanya kawan online selama 4 tahun
2. yang aku gelar 'playboy' (hahaha, jgn marah ye yang..itu anggapan setelah mendengar cerita rekaan & tohmahan si mamat durjana itu),
3. yang pada mulanya aku rasa amat meluat (first impression, kehkehkeh. mungkin kesan cerita sebelah pihak. makanya aku mmg tidak percaya pada 'cinta pandang pertama'.hahaha)

akhinya si dia ditakdirkan menjadi soulmate aku.
menakjubkan kan ketentuan Tuhan itu? :)

What is your spouse’s full name?
Faizulzahrin Bin Zakaria

Do you have any children?
Nope, tak sempat, hanya suku jalan.
Belum ada rezeki lagi. Kamu² semua doakan lah ye.

How many?
kalau belum ada, nak kira juga ke?
kalau nak kira yang 'akan ada', hmm 4 lah! (hihi, besar cita² kannn..)

Do you have any pets?
kalau abah bela ikan, jiji bela sugarglider, itu dikira pets serumah aku juga ke?

Do you own or rent?
sekarang menetap di rumah parents aku.
but planning to have our own home sweet home, insya-Allah.

Do you live in the country, city/town?
kampung. tempat aku membesar.

What is your favorite activity you do together?
semua aktiviti. aku rasa selamat, aman dan sentosa dengan adanya suami di sisi.

Do you have a favorite vacation spot?
tentunya pulau.
somehere masa sekolah rendah - pulau manukan
2003 - pulau redang
2004 - pulau kapas
2005 - pulau tioman
2006 - pulau redang
2007 - pulau perhentian
2008 - tiada pulau. sibuk menguruskan hal perkahwinan.
2009 - bercadang untuk ke pulau lang tengah. can't wait! hehe

How many siblings do you have including in-laws?
8 (kalau turut dikira sibling in-laws yang sudah tiada, jumlahnya 13)

What mosque do you attend?
masjid di kampung, berdekatan dengan sekolah agama aku. (itu pun masa sembahyang raya. hahaha)
jarang pergi masjid lah. sbb ada surau comel depan rumah.

Is this the mosque you got marrried in?
taklah. kami nikah di depan rumah aku. (di lawn yang telah digubah indah)

What town is your current address?
Sungai Choh, Rawang.

Do you work or stay home?
masih berkerja makan gaji di sebuah syarikat IT swasta.

Where did you go for your honeymoon?
Bali & Bandung.

Leave a piece of marriage advice.
- bertolak ansur
- terima kelebihan & kekurangan masing²
- kongsi suka-duka
- jaga hati & perasaan pasangan. elak diri dari melakukan perkara² yang tidak disukai oleh pasangan.
- maaf-memaafi. terima pasangan anda seadanya.
(dan lain² lg, sila rujuk kepada imam atau mana² kaunselor perkahwinan untuk penerangan lebih lanjut ye)

**********************************************

tag ini disambung kepada:
1. tentunya puan is kerana sedang kebosanan! hahaha.. (sure hilang rasa bosan kau tu :P)
2. kamu! ya, kamu yang sedang membaca.. :)

kan ini adalah satu cara meng'update' entry?
gunakanlah sebaiknya!
hahaha.

Friday, March 06, 2009

sarawak bumi kenyalang..

ok, ini aku anggap entry valid sebulan.
sbb bukan bercuti setiap hari pun kan.
kira kalau habis sebulan tu, cerita ni mcm dah kira basi lah.

minggu lepas, jumaat hingga ahad (27/2/2009 - 01/03/2009),
kami sekeluarga telah ke Sarawak sahaja (ye sahaja, tak jauh pun..masih M'sia kan?)
kami tak plan lama.
sebaik sahaja dapat tau mama ada kursus di sana, abah yang sememangnya sudah terngiang² nak berjalan ke Sarawak terus menyuarakan hasrat hatinya. (sbb itulah satu²nya negeri dalam M'sia yang belum sempat kami kunjungi)
kami pula yang sememangnya pantang diajak bercuti, terus menyokong usul tersebut.
(bercuti, siapa yang tak nak, kan? hehe)

mama kursus selasa - jumaat.
tp tidaklah kami turut sama waktu itu.
kami hanya datang pada hari jumaat, setelah mama selesai kursusnya, sehingga hari ahad.

kami menginap di Hotel Grand Margherita, di Kuching Waterfront.
satu yang aku suka, servis hotel ini sangat bagus. tip-top.
byk facility yang disediakan, seakan terasa duduk di hotel 6 star. (macam lah aku pernah duduk kat hotel 6 star :P)
tapi dgn kemudahan yang sebegitu di atas rate yang sangat berpatutan, "saya sangat selesa-lah!"

untuk pengunjung-pertama-kali, tentunya tempat melancong utama adalah Kampung Budaya Sarawak.


satu pengalaman baru.
1. menumbuk & menampi padi (ye laa, zaman aku membesar pakai beras yang dah siap dalam kampit)


2. panjat tangga-ketak-batang-kayu yang kecil rumah Melanau setinggi 4 tingkat itu adalah sangat mencabar (ye yang 'kecil', kalau yang besar mcm gambar kat bwh nih, naik turun laju je..heh..)


3. menyumpit (cubaan pertama aku gagal sbb tak cukup hembusan angin, 'peluru' tak sampai sasaran..yang ke-2 & ke-3 hampir bull eyes yeee :P)


*sila abaikan model :P

berjalan dalam keadaan panas terik tanpa angin membuatkan kami cepat letih.
tapi ia tetap pengalaman yang hebat!


bila ke suatu tempat percutian, selain places of interest, tentunya kita akan mencari local delicacies juga, kan?
tp pencarian encik hasben & adik²ku akan ulat gulung (eiiuwww!) itu tidak mencapai kejayaan.
satu pasar satok dah kami pusing, tapi hampa sahaja.
hanya kek lapis dan ikan terubuk masin jadi borongan.

oh ya! untuk aku yang 'gila-manik' ini, tentunya rambang mata memilih manik² yang jauh lebih murah berbanding manik yang selalu aku borong di Jusco.
entah berapa kilo manik yang dah aku borong, hinggakan beg aku hanya sarat dengan manik² itu. tapi sangat berbaloi!
nasib baiklah mereka menyeret aku keluar kedai, kalau tidak, aku tak tahu lah berapa byk lagi paket manik yang aku akan capai. hahaha.

seronok. aku pasti akan datang lg :)

Thursday, March 05, 2009

kronik!

wallauweh..
semakin kronik nampaknya tahap pe'update'an blog aku nih.
dulu masa rajin menguasai diri, update 2-3 hari sekali.
pastu naik ke 2-3 minggu sekali.
skrg sebulan sekali.
pasnih boleh la nampaknya aku upgrade ke 2-3 bulan sekali.
boleh?

personally, hari² sebenarnya aku ada byk benda yang aku nak kongsi.
tapi malangnya, lagi byk benda yang turut menghalang aku dari berbuat demikian.
kerja aku menimbun².
masuk je office, start duduk je dpn pc, kerja yang sedia ada laa yang aku hadap.
nak check email office pun segan², apetah lg nak bloghopping rakan² seperjuangan, malah lebih jauh laa nak mengomen post² hebat mereka.
sememangnya skrg tiada masa yang boleh aku allocatekan utk kerja² mengupdate ini di office. (buat masa ini lah)

mungkin aku mulai masuk fasa yang aku sendiri panggil 'idea freeze'.
idea mencurah² tapi masa yang ada cukup terhad, membuatkan idea² tersebut hilang bersama² tukar-ganti siang dan malam.
macam jay pernah kata, ada post yang valid utk sehari sahaja.
maknanya, kalau terlepas sehari itu, sudah kurang 'kick' lah kalau nak diblogkan pada hari² berikutnya.
itulah antara sebab² kenapa blog ini semakin suram tanpa update.

contohnya, apa yang ingin aku cerita ini hanya kick kalau diceritakan pada hari kejadian.

seawal pukul 10pg smlm, aku diminta untuk 'back up' source code di dlm server project lama dulu. (ya, itu source code sahaja)
tapi utk document² penting, mmg kami simpan di dlm pc yang telah di'allocate'kan sebagai repository.

untuk dijadikan cerita, pc tersebut kami tinggalkan di level 12 (tempat projek lama)
sbb kini kami telah dipindahkan ke level 4.
disebabkan di level 4 ini tiada tempat yang sesuai utk repository tersebut (ya, di sini adalah sangat penuh & crowded), dan memandangkan repository tersebut tidak kami gunakan lagi (ye lah, project lama kan..)
maka mmg kami tidak ambil peduli sangat.
lagipun tentu ianya selamat di level 12 itu, sbb tempat tersebut mmg ditinggalkan kosong.

rupanya², selama ketiadaan kami dan juga kejarangan menjenguk di level 12 itu, ada renovation besar-besaran telah berlaku. (sedang berlaku lagi skrg ini)
segala pc atau harta benda yang tidak dituntut telah ditag 'disposed'.
termasuklah pc repository kami itu.
macammana nak tuntut kalau kami sendiri tidak diinform akan renovation tersebut?
itu pun aku tau setelah melihat sendiri keadaan level 12 itu ketika aku diminta utk memilih document² semasa kerja² pembersihan berlaku.

aku agak terkilan.
bukan senang untuk trace kembali pc itu.
bile sudah didisposed, maknanya, barang² tersebut telah dihantar ke unit lain iaitu Asset.

dr level 12, aku turun level 6, bertanya kpd group yang penah duduk setempat dgn kami dahulu.
mereka kata, sila tanya dgn person-in-charge masa kerja² meng'disposed' barang² yang tidak dituntut itu.
aku naik semula ke tgkt 12, dia dgn nada annoying berkata, dia tidak tahu menahu pasal tag² disposed itu, dan menyuruh aku utk turun ke tgkt 2 utk check dlm store.
baiklah puan, saya turun.
aku turun ke tgkt 2, malangnya aku terpaksa naik semula ke tgkt 12 utk
memastikan store yang mana.
aku turun ke tgkt 4 pula, utk meminta pertolongan rakan sekerja untuk mengambil pc tersebut.
turun kembali ke tgkt 2, masuk ke dalam store yang dimaksudkan.
alhamdulillah, pc itu mmg ada.
senang utk di cam kerana ia pernah ditampal dgn nama owner pc tersebut.

tp kami tidak boleh membawa keluar barang² asset begitu sahaja.
kami perlu memberitahu Asset dahulu.
so aku pun mendapatkan person-in-charge utk itu.

sudah jenuh aku contact sana sini, menunggu dr pukul 12 tengahari sehingga akhirnya pukul 4.45 ptg barulaa ada jawapan pasti.
ahh, barulah akhirnya pc itu selamat berada di dalam kawalan.

bencilah. sangat rumit!
kiranya semalam, memang aku tak dapat concentrate dgn kerja² aku.
selagi tak settle, selagi tu laa aku tak boleh nak fokus dgn benda² lain.

hmm..
itu cerita smlm.
kan kurang kick aku cite hari ini.
itu lah yang aku maksudkan dgn cerita valid sehari.

so aku sarankan, kamu-kamu hanya jenguk ke sini memadailah sebulan sekali ye.
(macamlaa ramai yang selalu jenguk kannn! :P)

Wednesday, February 04, 2009

azam 2009?

aku kagum.
minggu lepas (ketiga² hari berkerja selepas CNY), jalan lengang. clear.
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana cuti sekolah.
dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang.

aku kagum.
semalam juga jalan agak lengang. (ye, isnin aku ambil cuti kerana jeles melihat sang suami berehat pada Hari Wilayah)
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana masih ramai yang mahu berehat lebih lama?
tapi itu telah menyebabkan aku membayar lebih untuk parking kerana park dalam jangkamasa yang agak lama berbanding selalunya.

aku kagum.
hari ini aku keluar sebelum matahari sempat memunculkan diri.
maka aku sampai lagi lebih awal daripada minggu lepas dan semalam.
aku adalah org ketiga setelah punch in fingerprint pukul 8.05am tadi.
sesuatu yang sangat jarang terjadi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.
ini bukan azam baru.
(aku tidak pernah berazam untuk datang ke ofis awal. hanya pernah ada azam untuk bangun awal, namun hingga ke hari ini azam itu tinggal angan² cuma :))
ini adalah suatu keterpaksaan kerana ada hal yang perlu diselesaikan bersama selepas selesai waktu berkerja petang nanti.
ye aku masih kagum dengan keupayaan aku sampai awal pada hari ini.
dan itu adalah tujuan utama catatan ini ditulis.
:D

nota kaki:
aku juga kagum.
bahasa penulisan kali ini agak tersusun dan menggunakan ejaan yang teratur.
mungkin azam 2009? :)

Wednesday, January 21, 2009

masih ada harapan?

tajuk berita di berita harian online hari ini..



masih tiada tanda Gaza akan aman..
mereka masih berleluasa..

apa sumbangan kita?
menderma & berdoa..
walaupun tidak seberapa, sekurang²nya kita ikhlas & prihatin..

tapi jika kita sepakat memboikot..

boikot?
ye, boikot..

boikot mereka..
boikot barangan buatan mereka..
boikot sekutu mereka..
boikot apa sahaja yang berkaitan dgn mereka..
termasuk..
penggunaan/penjenamaan nama mereka..
seperti yang dilakukan oleh kedai makan ini..


walaupun kedengaran seperti satu jenaka..
namun ia tetap meninggalkan sedikit kesedaran..
kebencian terhadap kezaliman..
maka..
hapuskan segala yang berkaitan..

tapi..
kalau kamu lulusan dari sana?
agak2 kamu akan buat benda yang sama kepada cert kamu?

Wednesday, January 07, 2009

..2009..better life ahead..

hari ni dah masuk hari ke tujuh tahun baru..
terlambatkah saya nak ucap selamat tahun baru 2009? (ye ye..saya tau saya dah lama tak update :P)
ahh tak kire lah..
nak wish jugak Welcome 2009!

tp tahun baru saya disambut dgn demam, batuk & selsema..
kamu tentunye paham bile saya batuk, sekurang²nya makan minggu baru nak sembuh..
dan sesungguhnya, saya telah pun mc semlm gara² dada saya yang saket akibat batuk yang terlalu kuat..
sehinggakan setiap kali batuk, saya akan menahan dada ini dgn tangan..
seolah² menahan ia dari terburai..
(agak², penah tak ada orang pecah dada akibat batuk?)
aihhh..penatnye batuk²..

isnin lps, disebabkan terlalu kerap batuk..
akhirnye saya decide nak check kat specialist..
dgn bertemankan Ann, saya dgn seram² pegi berjumpe specialist di SJMC..
seram sbb:
1) nak check dada i..(auuwww malu mak..)
2) kot² doc found out sesuatu dan suruh saya masuk wad..
3) manalah tau kene operate? (eiii mintak simpang!)
tapi setelah selesai check up tersebut, doc kata, tiada infection, lung saya clear!
cuma mungkin rasa tekak yang gatal² itu yang membuatkan saya batuk..
hmm tahlaa..

so utk 10 hari treatment: 3 botol ubat batuk, beberapa biji ubat selsema dan 5 biji antibiotik telah diberi..
tunggulah selepas 10 hari, kite tgk adakah batuk saya akan sembuh atau pun tidak..
kalau masih batuk² juga, akan saya cari dr yang bernama Ashoka Menon itu..
btw, thx to Ann a.k.a my-dear-PA kerana bersusah payah menemani saya ;)

tahun 2009..
saya mengharapkan yang baik² utk diri & keluarga saya..
terutamanya yang terbantut pada bulan november tahun lps..

nota kaki:
tidak lupa juga doa utk kedamaian saudara² kita di Gaza..
semoga penderitaan mereka segera berakhir..
amiinnn..