aku kagum.
minggu lepas (ketiga² hari berkerja selepas CNY), jalan lengang. clear.
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana cuti sekolah.
dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang.
aku kagum.
semalam juga jalan agak lengang. (ye, isnin aku ambil cuti kerana jeles melihat sang suami berehat pada Hari Wilayah)
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana masih ramai yang mahu berehat lebih lama?
tapi itu telah menyebabkan aku membayar lebih untuk parking kerana park dalam jangkamasa yang agak lama berbanding selalunya.
aku kagum.
hari ini aku keluar sebelum matahari sempat memunculkan diri.
maka aku sampai lagi lebih awal daripada minggu lepas dan semalam.
aku adalah org ketiga setelah punch in fingerprint pukul 8.05am tadi.
sesuatu yang sangat jarang terjadi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.
ini bukan azam baru.
(aku tidak pernah berazam untuk datang ke ofis awal. hanya pernah ada azam untuk bangun awal, namun hingga ke hari ini azam itu tinggal angan² cuma :))
ini adalah suatu keterpaksaan kerana ada hal yang perlu diselesaikan bersama selepas selesai waktu berkerja petang nanti.
ye aku masih kagum dengan keupayaan aku sampai awal pada hari ini.
dan itu adalah tujuan utama catatan ini ditulis.
:D
nota kaki:
aku juga kagum.
bahasa penulisan kali ini agak tersusun dan menggunakan ejaan yang teratur.
mungkin azam 2009? :)
My First Post
5 years ago