Showing posts with label unfortunate event. Show all posts
Showing posts with label unfortunate event. Show all posts

Tuesday, December 04, 2012

Oh Disember! Jgn kejam sangat, boleh?

yesterday..
while driving on the highway to the office.. (eceh, sepiking..)
aku masa tu kat lane tengah..
dlm kelajuan "100 km/h - 110 km/h"
konon nak masuk lane kanan..
bagi signal & masuk..
tetiba..
kereta macam ditarik ke kiri..

"ehh..apsal ni.."
"oh, mungkin sbb stud2 kat line tu.."

pastu try sekali lagi..
"ehh..ni bukan biasa..kenapa tetiba swerve ke kiri lak ni?"

then aku try slowkan kereta..
pun jd jugak dlm keadaan yang jugak agak slow..
macam ikut kelajuan pulak tarikan dia tu..

aku terus masuk lane emergency & berhenti..(oh! masa tu baru dlm 2km dr tol rawang)
terus call en husband yang kebetulan masuk kerja lmbt..(sebenarnya sbb terbangun lmbt :P)
6 kali call, tak angkat2..(dia kalau tgh mandi, tak sah tak cecah setengah jam..kalah aku yang pompuan ni mandi.. =.=' )

last2 aku call abah..
bgtau situasi kritikal aku..
dan mintak dia tlg callkan or check on en husbandku itu..
abah pun cakap jgn drive lg, bahaya!

tp keadaan aku yang menunggu di emergency lane tu pun bahaya gak..
lori mak aihhh..laju2..nak kejarkan ape pun aku tatau..
bergegar2 keta aku bila diorang lalu kat sebelah!

after a while, hubs pun call..
and dia cakap dia akan call tow truck..
mintak aku tunggu je situ..(hmm aku takleh nak g mana pun..lain laa kalau sebelah aku tu shopping complex T__T)

sementara menunggu, dtglaa polis bantuan..
tanya kenapa..dan aku cerita..
pastu dia offer nak drivekan keta aku sampai ke R&R terdekat..which is kat area hospital sungai buloh tu..alaaa yang byk lori berhenti tu..
atleast aku selamat sikit tunggu kat R&R tu..

tp sbb aku pikir, tow truck tu kang nak buat pusing kat tol hospital sg buloh tu..
kalau aku tunggu kat area R&R yang dah melepasi simpang ke tol tu, kang lg ke depan pulak kene buat pusingan..
silap2 kene bayar lg mahal pulak..
so aku ckp kat polis tu,
"takpelaa encik..sy tunggu sini je laa..sbb tow truck pun dah on the way..lagipun R&R tu dah lepas dr simpang..kitorang nak u-turn kat tol hospital tu je..terima kasih ye.."
dia pun aku tgk redha je..hahaha..
tp aku perasan, dia letak 3 kon alert tu kat blkg keta aku..
terima kasih laa byk2 encik polis bantuan..
atleast lori2 tu slow la jugak..

tak lama pastu, tibalaa tow truck yang ditunggu..
apek tu bebel2 kat aku..sbb aku duduk dlm keta..
aku tau mmg aku dah bahayakan diri sendiri..
sepatutnya dlm keadaan camtu, aku takleh duduk dlm keta..sbb kotlaa ada lori mereng ke ape kan..
disagatnya keta aku, hah! acaner?
ye la, kan selalu je berita2 kemalangan ni disebabkan kelalaian pemandu?
tp sbb keadaan pagi smlm terlalu terik..aku tak tahan..mau pengsan aku kat situ..
dah laa belum breakfast >.<'

dia suruh aku dok kat lua..jauh2 sikit dr jalan tu..
lagipun dia nak bwk naik keta aku atas truck dia tu..
sah2laa aku kene kua keta kannn..

then en hubby sampai dgn motornya..
diorang terus deal nak htr g workshop mana..
pastu aku pun naik motor ngan en hubby..
oh! di kala cuaca yang sangat terik itu, aku tetiba rasa penunggang2 moto adalah mereka yang tabah & redha..
dah laa keselamatan hanya di hujung tanduk..tersilap sikit je dah boleh jatuh..
atau kalau ada kenderaan yang bwk macam syaitonnirrajim, anytime nyawa penunggang motorsikal ni boleh melayang..
kalau panas ok lg..
tp kalau hujan lebat..jalan licin??
so korang, bertimbangrasa laa pada penunggang motor..
lagi2 kalau nmpk atas motor tu si bapa, si ibu jugak ada seorang anak..
tiba2 aku sayu.. :(

ok berbalik kepada cite keta aku..
kereta tu dihantar kat workshop yang sama masa hubby htr kereta tu untuk dicheck..
ape aku cakap ni?
ok, sabtu sebelum tu hubs dah htr kereta aku tu ke workshop sbb aku claim yang ada bunyi2 kat tayar belah kiri..
aku tanya abah, abah kata tu ada kene mengena dgn drive shaft tu..

tp masa jack (owner workshop) & en hubby naik keta tu untuk check ape yang aku kata bunyi2 tu..
kereta tu tidak menunjukkan sebarang komplikasi..
tiada satu pun bunyi pelik yang keluar..
diorang siap buat pusingan laju2..tp ternyata kereta itu mengambil keputusan berdiam diri..
tp jack still tak puas hati..dia tgkkan jugak laa..
dan dia found out that mmg drive shaft tu dah koyak tapi still boleh guna lg..
dia advise soh datang tuka lepas sebulan nanti..
so kitorang pun agak berpuas hati..atleast selamat laa dr keluar duit nak repair..

tp rupanya panas mmg tak sampai petang..
pagi isnin dia dah buat pasal..
paling best masa aku bawak je pulak tu..grrrr!
padahal masa ahad tu abah bwk keta aku..tade pulak dia nak tunjuk belang!

makanya, terbang jugalaaa ratusan ringgit..haihhh..
disember oh disember..
kenapalaa terlalu kejam?!
duit keluar bukan macam air..
dah mcm asap tau ni!
T______T


:: merasalaa cik vios ni naik tow truck ::


:: koyakan yang menghiris poket  :( ::


Tuesday, March 27, 2012

aku ada DUA not-so-fortunate event yang dah basi utk dikongsikan..
tapi aku nak gak cite utk panduan di masa hadapan..
semuanya salah sendiri! (erk! hahaha)

actually aku nak cite pasal ni dlm entry birthday aku..
tp mcm tak sesuai sbb tu entry bday kan..haha..
so here goes:

NOT-SO-FORTUNATE Event 1:
15.03.2012 (Khamis)
aku kua awal dah dr ofis..
sampai je kat plus highway (area antara sungai buloh & rawang), atau lebih tepat, area keta wiraku tersadai suatu ketika dahulu..(cite yang ni aku tatau aku penah update atau tak dlm ni, lom sempat nak check..ngee..)

aku mmg tgh kat lane paling kanan..tgh laju kannn.. :P
tetiba, masa aku tekan minyak, aku tgk speedometer aku makin menurun, bukan makin menaik..
tekan lg, turun lg..
tekan lg, laaaagi turun..
aihh..apehal ni..
pelik dgn keadaan tersebut, aku swerve ke lane paling kiri, yakni lane kecemasan..
dan disitu laa keta ku berhenti secara berhemah..
try start balik, tiada upaya..
hmm..mmg la aku lom htr sevice lg wlupun dah time utk service..
tp selalu tu pun over gak, tadelaa smpi berhenti terus smpi camni..

masa tu dlm pale otak, ada 2 org ni je yg aku boleh mintak tolong..
1) ofkos laa mr husband..
tp bila call, dia tak angkat2..itu tandanya dia dah atas motor, otw balik umah..bila atas motor, mmg kebiasaannya dia takkan angkat call, unless ko call ratusan kali menandakan ada kecemasan..hihi..

2) abah lerr, my all-time favourite saviour (hahaha)..
masa call abah, dia dah sampai umah pun..aku cite hal sebenar, abah pun pelik sbb keta2 toyota ni JARANG nak buat hal..abah soh check minyak..dang!!! minyak aku kelip2 daaaa.. (tu laa timbunkan lg segala surat/resit atas dashboard tu..bia sampai tutup meter miyak tu haa..)

lps bebel2, abah soh aku call plus hotline..aku pun ok..
tp lps tu baru aku sedar, aku pakai touch n go - mana ada no hotline kat situ..aku call abah balik..abah kata "call laa 103.."
hahaha..punya laa aku dah blur time tu, leh tak terpikir nak dapatkan no kat TM..kekeke..
dapat no, call byk kali, tade sape angkat..aihhh, takkan ikut office hour gak? hotline kot?!

pastu aku call abah balik..abah bebel2 lagi..
pastu dia ckp "tunggu la situ..abah dtg bwkkan petrol.."
aku pun "baik.." (redha je, takleh nak melawan, sbb salah sendiri :P)

tapi tak sampai 5min, ada satu tow truck berhenti blkg keta aku..
sibbaik aku perasan awal2 yang itu adalah polis bantuan..
kalau laa tow truck-yang-mmg- tunggu-peluang-baik-punyaaaa yang berhenti, mmg masaklaa aku kene pow!

encik tow truck: nape kak?
aku: keta takleh nak start..rasanya minyak habis kot.. (aku rasa muka aku tebal 10inch masa ni)
sambil tgk meter minyak aku..
encik tow truck: hmm ye la tu..
aku: nak mintak tolong tarik keta sampai tol, boleh tak?
encik tow truck: hmm kami ada petrol, 20 ringgit..boleh?
aku: hmm boleh laa.. (aku malas nak pikir panjang lg, sbb kang kalau kat tol tu, still aku kene tunggu abah sampai bwk minyak jugak..plus mmg menyusahkan orang tua tu la kann..)
encik tow truck: mintak tolong bukak tempat isi minyak ye kak..

dia pun g amik petrol satu tong besar tu..
aku tgk ikut side mirror je tgk dia isi..sbb aku mmg tak turun keta..

lps isi..
encik tow truck: ok cuba start..
aku: yeay! boleh start (take note, ini sorakan dlm hati je ye..) hmm tp nape masih kelip2 eh?
encik tow truck: minyak tu sikit sangat rasanya..nti akak berhenti laa stesen minyak utk top up..
aku: hmm ok2..terima kasih ye (sambil tu aku bg 20ringgit + 10ringgit upah sbb dia tak gelak/bebel kat aku..muahhaha - eh tak..tak..duit tu mmg aku niat ikhlas nak bg sbb dia dah menyenangkan masalah yang aku sendiri cari :D)

mmg tak penah jadi aku kehabisan minyak selama 11 tahun aku bawak keta..
tah apelaa nasib aritu ntah..mmg sungguh2 lupa padahal aku dah perasan minyak tu dah surut..
oh lupa, semua ni sbb timbunan kertas2 atas dashboard :P

NOT-SO-FORTUNATE Event 2:
16.03.2012 (Jumaat)
scene ni start bila aku dah sampai umah mama..
park keta, terus bukak pintu belakang utk amik bag berisi EBM & breastpump..(pada yang tatau EBM tu ape, ia adalah shortform utk Exclusive Breast Milk)
tapi...
eh, mana bag aku? ahhh sudahhh!! takkan tinggal kat ofis kot?
aku bukak boot belakang..tiada!
aku check seat blkg, kot terjatuh kat bawah..tiada jugak!
aku check seat depan, kot aku TERletak kat seat bhgn depan, pun tiada!
aduhhh..sah tinggal kat ofis!! :(

mmg kejadian pelik..
sbb selalunya mmg aku pastikan aku akan bwk turun 3 bag sebelum balik umah:
1. Bag laptop
2. Handbag
3. Bag pam

cane boleh tak perasan ada satu bag kurang nih??

aku bgtau mama & abah..abah geleng kepala, mama gelakkan je..
aku ingat aku nak terus je gerak g opis..
tapi abah kata dia & mama ikut sekali, bwk caca & adik..
senang kalau adik menyanyi nak susu kang, kilang dia dah ada dpn mata..hahaha..

lps maghrib, terus gerak g opis..
sampai2 je, aku dgn yakin, terus naik level 4, g meja aku..
tgk atas meja aku tade..dangg!! mana pulak dahhhhh...

aku turun level 1 (kat sini ada mom's room - mmg dikhaskan utk aktiviti pengepaman susu2 berlangsung)
aku cari kunci bilik tu..tade! selalunya ada je atas kaunter receptionist tu..
aku turun level G..tanya pak guard..
diorang kata diorang tak simpan kunci bilik tu..spare key lagi laa tade!
aduhhh..

aku try naik level 4 sekali lg, dgn harapan aku tertinggal bag tu kat toilet..
mmg takde laa kat situ.. :(

aku turun level G sekali lg..tanya kalau pak guard tu tau no mana2 receptionist..
dia callkan, aku tanya aida (cik receptionist)..
aida bgtau ada orang amik kunci tu sbb nak simpan barang, tp orang tu janji akan bg kunci tu dlm envelop kat pak guard before dia balik..
geledah punya geledah, hampaaa..tak jumpa jugak!
sah! mesti dia bawak balik kunci tu sbb the next day ada children's activity: clay & origami kat level 1 tu..
so mesti dia malas nak bg kat pak guard, so might as well dia bwk balik umah je..

arrghh!! aku rasa mcm nak nangis mengenangkan 6 botol 3.5oz dlm bag tu..
klu ebm tu still dlm fridge, aku tak kesah pun..sah2 selamat!
ni sbb aku yakin aku dah siap2 simpan semua ngan ais, tinggal nak angkut bawak balik je..
tp tah ape yang aku pikir masa tu, aku keluar bilik tanpa bag pam..
iera..iera..baru je masuk 31 wehhh..pelupa sungguh macam dah 61! haihhh..

balik mlm tu hampa je..aku tawakal je, harap2 3 ketul ais dalam bag tu dapat bertahan sampai the next day..
tp tetaplaa try cari no org yang bwk balik kunci tu utk pastikan bilik tu mmg berkunci..huhuhu..
kunun ni nak sedapkan hati :P

esoknya, sampai2 je ofis, sementara caca & adik join aktiviti tu..
aku bergegas g mom's room, mmg elokkkkk je bag tu atas meja..haihh laa..
terus aku check, susu2 tu elok lg ke tak..
bau2, ok..terus simpan balik dlm fridge & bekukan ais2 tu balik..

alhamdulillah! ada lg rezeki khalef! hehe..*muka ada senyummm!!*
kalau tak, burn laa stock susu sehari tu dik..

***************************************************************

mmg dua2 kejadian ni akan aku igt sampai bila2..
lg2 pulak time bday aku!
sampaikan encik husband tersayang dah janji nak bg hadiah kismis..
alasan? utk kuatkan daya ingatan bini dia ni haa..
hahahha saba je la mak...

Tuesday, September 20, 2011

manakah kamu??

punyalaa lama tak update..
aku sampai lupa URL nak create post baru..
adehh..haruuuu!!

sehari ni dok sibuk cari folder hilang..
dlm tu ada sijil nikah - perlu utk registerkan baby kat JPN.. (oh ye, dlm pada mak tak update2 blog ni, family mak dah bertambah sorang lg ni..alhamdulillah..next entry mak cite ye :P)
folder tu last aku tgk dlm bulan nov last year..
sbb masa tu nak renew passport, nak cuti2 ke europe..
pastu mmg tak ingat langsung letak mana..

hah ni lps letih mencari laa ni..
dok menung tgk laptop, baru teringat blog sendiri yang lama gile tak update..
sbb pikir2 tak ingat langsung lokasi terakhir folder tu..
tgk fb dah boring..
nak shopping online, gaji lom masuk.. (walaupun ada gak terbabas satu dua..hikhik)
nak mencari lg rasa penat takleh nak tunduk2..(dlm pantang laa katekannn..)
so baik aku update sikit..

Ya Tuhan, berikan aku petunjuk..
kat mana hilangnya folder coklat tu..
byk benda penting dlm tu..
even birth cert Lesya pun dlm tu gak..
aduhhh..pusing kepala gue!

"Laa ilaa ha illaa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..
Semoga aku dipertemukan dgn folder itu..
Semoga baby Faris Khalef dapat diregisterkan dlm masa 14 hari ni..
Amiinnnn..

Wednesday, May 16, 2007

oops KTM..u did it again!

arini i reached d office kol 1015am..
sbb? train komuter rosak di tgh2 jln..
selama 1thn 9bln aku naik komuter ulang alik g ofis, 2kali je penah blaku perkara camtu..
first, train tu rosak masa stopped at Kuang station..terus mati enjin, then sume passenger diminta keluar dr train utk naik train seterusnye..we were lucky at that time sbb the platform was just outside the train..and we didnt have to wait so long..
but this time, very unfortunate! train tu mati enjin in between Segambut & Putra station..i think about 700m from Segambut station..kiri kanan hanyala semak samun..cemana nak keluar..at first ingatkan train tu tgh tunggu signal utk jalan..but then after a while..the aircond was gone..as well as the lights..everyone is calmly waited for the first 10mins..tp bile dah masuk 20mins, sume dah gelisah..some of them were looking for fresh air (nasib baik pagi..kalau time balik keje, tak dapat bayang bau dlm tu cemana..euuww!) pastu ada pekerja KTM opened up the door..and ada this chinese guy was trying to help by unlocking the window..what a saviour! heheh..

and bile masuk 30mins, sume dah start keluarkan hp..masing2 inform their office bout the unexpected circumstances, as the reason for being late..heard ppl moaning and groaning..it wasnt so bad for me sbb i have a seat..but sgtla kesian to those yang berdiri..lagi2 plak for women yang pakai heels...o been there, done that..menyebabkan kekejangan betis!

hmm..just after has been stucked in the train for 45mins, barulah terasa train tu berundur balik ke Segambut station..rasanye ada train lain yang tarik..or maybe jugak org2 KTM sendiri yang tolak? hmm yang tu kurang pasti sbb tak nmpk..heheh..

sampai kat station tu, sume berpusu2 keluar..some of us pegi platform belah sana..sbb dah ada train yg menunggu..but i just stayed kat platform belah sini sbb i know it wouldnt fit for all..lgpun ada announcement yang mintak all the passengers to wait kat platform belah sini je..for the train will be coming in another 10mins..tp bile sampai train tu, sume berebut2 naik..surela tak muat kan..lgpun, alang2 dah lmbt, takyah la nak rushing2..and for sure, tak dapat tmpt duduk..
so i decided to wait for the next train which has been informed to be arrived in another 8mins..and this time, alhamdulillah..train tak penuh :)

it was a tragic moments! kelakar pun ada..mcm2 ragam manusia boleh kite tgk..
hopefully this kind of problem tak jadi lg di masa2 akan dtg..please la KTM, do something..ppl are paying for ur services..bukan naik free..kalau boleh gantikan la train2 yang rosak tu dgn yang baru...we, the passenger, deserve a better service from u guys..kitorang dah sahut kempen kerajaan utk gunakan pengangkutan awam..so do not take it for granted! actually dah byk kali dgr pasal train rosakla..delayed la..ingatkan lesson learnt! one day, kalau penumpang makin berkurangan, jgn tanye kenape..u should have known the reason by then..and do not blame us for that!

Sunday, January 22, 2006

bad & good..its all about futsal..

by today, genap seminggu aku sakit kaki sbb terseliuh..uwaaa...sakit..nak jalan pun sangkut2.. :((
lom penah lg dalam sejarah idup aku, dapat major terseliuh mcm nih..sket2 terseliuh tu byk kali laa..tapi sapu minyak/ubat, ok dah slalunye..

but not with this one..guess mana aku dapat? hehe..terseliuh masa main futsal..huhuhu..ntah ape malang laa nasib aku last week, terseliuh di saat aku hampir menjaringkan gol...aahhh..spoilt!! terus kua court sbb mmg sah takleh nak main dah..kiri kanan kaki aku terpusing..berderap sedap je bunyi urat2 kaki aku..kaki kanan plak tu...sib baik still bleh bwk keta lg..hmm..

aku wonder gak, kalau nak kata itu first game aku..percaya laa gak nak terseliuh ke ape..ni dah masuk 4th time..hmm..mmg dah tertulis aku nak kene, kene laa gak kan..hehehe..maybe gak sbb that day, kitorang main sampai sejam lebih tanpa tuka org..main belasah je..haaa kan dah..terbelasah sendiri..hahaha..ape laa ko nih, iera...org lain pun main gak.. :p

takpelaa, pengalaman..tapi still, aku tak serik lagi..mmg kalau dapat, this wik pun aku nak join main lagi..tapi apakan daya..kakiku masih memerlukan rawatan rapi..huhuhu..tapi sah2 laa mama mmg tak bg main dah..ish..caner nih.. ~sigh..

takpe, just tgu sampai dah pulih seperti sediakala..try pujuk dia later..mana tau, mama ubah fikiran..hehehe..