Showing posts with label anugerah terindah. Show all posts
Showing posts with label anugerah terindah. Show all posts

Tuesday, February 09, 2016

oh hati, bertabahlaa..


Sebelum aku call PMC to set appointment, mmg aku dah buat research sikit pasal hospital tu..
asalnya plan mmg nak bersalin kat situ pulak utk pregnancy kalini..
ada 2 doctor gynae yang tetap - Dato' Dr Zarul Azham & Dr Wan Ratna..
research shown byk good review on both doctors..

Rabu, 27 January 2016 - aku call PMC untuk set up appointment..
harapan memula mmg ingat nak check up dengan doctor perempuan.
tp masa tu katanya Dr Ratna dah habis kerja at 1pm..
ada doctor locum, Dr Norlela akan start pukul 5pm  - 8.30pm..

at first ingat nk try je dengan Dr Norlela tu..
tp bila fikir-fikir balik..dia hanya akan dtg rabu & ahad sahaja..
so if mmg hv to do d&c, aku kena tgu ahad ke?
discuss dengan Ijoy, then decided better proceed je dengan Dr Zarul..
since dia mmg fixed doctor, plus dia pengarah & pakar bersalin kat situ..
lgpun, byk dgr review gynae lelaki lagi gentle..(ya I know, tak semua laa..)

Receptionist bgtau Dr Zarul will only available on the next day, Thursday..
so at about 9.45am Thursday, aku bertemankan Khilfi & papa sampai di PMC, lepas settlekan Khalesya & Khalef pergi sekolah..
as what has been told by the receptionist, Dr Zarul tak ramai patient..
maybe ramai prefer check up dengan doctor perempuan kan..

10.15am, turn kami sampai..
kami bagitau what had happened to the 18wks fetus..
he did the ultrasound and confirmed that there was no sign of baby's heartbeat..
size fetus pun mmg tak grow..size dia hanya sekecil janin at 14wks..
and Dr Zarul found out that macam ada lebam di bahagian kepala..
oh my baby :'(
sekali lg air mata bergenang..

Dr Zarul then bgtau all the procedures sbb dah confirm mmg kene buat D&C..
and all the necessary things need to be done lepas dia bg balik janin..
dia tanya whether nak buat kat previous clinic ke atau nak proceed dengan PMC..
for sure a big NO laa kat prev clinic tu sbb confirm tak dapat balik janin kan..

10.30am - register untuk masuk ward
10.45am - tukar baju, makan provided lunch & masukkan ubat untuk flush isi perut..start puasa..
11.45am - Dr Zarul datang untuk masukkan ubat..(its a special ubat & very expensive RM500/pc - mmg khas untuk kes keluarkan janin yang dah meninggal di trimester kedua)
in between sblm 4.30pm - Dr & nurses keep on checking whether dah ada rasa sakit/rengat
4.30pm - nurse bg ubat makan yang dipatahkan dua, maybe sbb nak bg dos yang kecik je..tak pasti ape nama ubat..cuma diberitahu ubat tu untuk cepatkan proses bukaan rahim dan lembutkan rahim mungkin
5.45pm - pecah air ketuban
6.10pm - keluar darah
6.30pm - janin keluar dengan lembut..tanpa perlu mommy teran :'(
tapi uri tak ikut keluar sekali..
midwife tu ckp if uri keluar semua sekali masa dengan janin, tak payah dah buat D&C..

so sementara tunggu Dr Zarul sampai, aku urut-urutkan perut sbb masih rasa rengat-rengat..
tak lama lepas tu rasa macam ada ketulan besar nak keluar..
seperti yang aku jangka mmg uri bila aku panggil midwife tu check..
tp still katanya kene jugak buat D&C sbb uri tak keluar habis..
dia takut still ada leftover..

lepas dia tukarkan lapik untuk tah yang ke berapa kali, aku urut-urut perut lagi..
sbb Dr Zarul still belum sampai..
Ijoy pulak masa tu nak turun g solat maghrib sbb dah nak pukul 8pm masa tu..

aku teruskan jugak urut perut yang still rasa tak selesa..
tak lama lepas tu rasa byk darah keluar..
aku biarkan dulu..belum lg nak panggil nurse..sbb baru je rasanya tukar lapik..
darah mencurah-curah keluar..masa tu aku rasa tu mmg prosesnya kot..
tiba-tiba..pandangan aku rasa nak gelap..
cepat aku tekan butang panggil nurse..aku bgtau aku nak pitam!

antara sedar tak sedar aku nmpk lebih kurang 6-7 org nurses/midwives sekeliling aku..
kiri kanan tangan aku kene cucuk sbb nak masukkan drip..
sorang letak gas oksigen..
sorang tolong check BP..
sorang check pulse rate..
yang lain-lain tolong siap-siapkan aku untuk masuk dalam OT..
Allahu akbar!
Aku mmg takde daya nak gerakkan badan..aku hanya berserah pada Allah masa tu..

sampai di OT, aku menggigil satu badan..
sbb sejuk sampai mencucuk-cucuk tulang..
aku hanya mampu ckp.."sejuk..sejuk.."
nurse cepat-cepat tambah selimut kat badan aku.."OT mmg sejuk, puan..tak boleh nak buat ape.."

masa tu aku perasan jam menunjukkan 8.40pm..
tak lama lepas tu Dr Zarul masuk..
dia tanya ape BP aku sblm tu..they said some 30 above ape tah..
yang aku dgr Dr Zarul cakap.."hah? tu dah tahap pengsan tu.."
"ye..mmg patient almost pengsan tadi doktor.." jawab nurse..

then diorang siap-siapkan aku untuk proses D&C..
Dr Zarul mintak aku mengucap..

sedar-sedar, nurse kejutkan aku..dah ready nak masukkan aku dlm ward semula..
masa tu aku nampak Ijoy & Khilfi tunggu tepi pintu..
sampai kat ward aku 7-1, aku tanya dah pukul berapa..
Ijoy ckp pukul 9pm..
so maknanya the D&C process just amik masa dlm 20mins lebih kurang..

sampai ward, Ijoy bg aku air..suapkan aku makan..ye laa baru nak berbuka puasa..
tengah-tengah bg makan, nurse datang check BP & pulse rate..
Ijoy masa tu bgtau aku, dia nanti balik kejap nak tanam janin, then datang balik temankan aku untuk malam tu..
nurse dgr, dia bgtau yang ward aku tu is an Open Ward (Ward 7)..takde sape boleh tunggu..
kalau kitorang mintak nak duduk Single Ward, boleh laa Ijoy jagakan..
oh well, sbb kitorang tak jangka laa akan bermalam kat situ..
mmg takde laa mintak tukar ke single room pun..
sbb if everything goes well dan aku tak pitam..for sure boleh balik dah malam tu..
ni bila diorang tgk BP aku turun naik mendadak, kena laa stay 1 malam untuk diorang monitor..
tepat pukul 10pm, guard dah start halau..

sayu sangat rasa..
dah laa kena tinggal sorang-sorang.. (ok, mmg mengada lebih :P)
emosi pulak kejap ok kejap tak..

frankly speaking, sangat susah nak terima kenyataan bila tgk perut yang dah takde isi..
sangat mixed feeling :'(
lagi-lagi bila terbayang-bayang janin lelaki yang nurse tunjuk tadi..
anak mommy dah besar tapak tangan rupanya..
semua dah form elok..

Aku cuba redha..kita hanya merancang, Dia jua yang tentukan..
tp aku percaya, Allah has better plans for us..

Terima kasih kepada semua rakan & keluarga yang mendoakan & memberi sokongan dan tak putus memberi kata-kata semangat..
Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

Terima kasih pada all doctors & PMC staffs..sangat-sangat baik dan sangat prihatin..
servis terbaik, mmg aku recommend sape-sape yang masih mencari tempat bersalin..
walaupun hospital taklaa besar mana, tapi kelengkapan semua ada..
plus very islamic-practice kind of hospital..
oh they are now tgh dalam construction, nak expand lagi hospital tu..
so please expect ada sedikit bising due to bunyi mesin & kerja-kerja pecah bangunan..

Terima kasih pada mama & abah sbb tolong jagakan kakak Khalesya & abang Khalef selama kami berada di PMC..

and very special THANKS to papa yang sentiasa berada di sisi mommy seawal kami terima berita sedih tu..
walaupun mommy tau papa pun sebenarnya sedih, tapi tak tunjukkan sikit pun kat mommy..
sentiasa pujuk mommy, hug mommy dan bagi kata-kata semangat bila mommy sangat-sangat perlukan..
tolong handle anak-anak kat rumah selama yang mommy kena pantang..
sampai sakit-sakit badan papa uruskan semua kerja-kerja rumah..
Thank you so much sayang for your endless love & support..
I am so blessed to have you in our life!
Kita sama-sama be strong, ini ujian Allah tanda Dia sayang kat kita, kan?
dah dua anak syurga tunggu kita di sana nanti.. :)

Sesungguhnya perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..
semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
"La tahzan, innallaha maana"


Sunday, January 31, 2016

Is there still a light at the end of the tunnel?

Today is the end of January 2016..
My last post was in August 2014..
No post at all in 2015, the year I started becoming a full time mother & housewife :)

Bila tgk2 blog balik, tak byk post untuk Khilfi..
sorry sayang..mommy mmg tak menang tangan..
nak duduk ngadap PC ni pun, curi2 masa..
soon..jika ada masa terluang sikit, mommy update pasal adik ok! :)

Around hujung Sept 2015, mommy disahkan pregnant lagi, Alhamdulillah..
the EDD should be 26 June 2016..
walaupun ada sikit kerisauan di hati sbb our financial agak tight bila Khalesya & Khalef dah start schooling..
tapi amazingly, at the same time, mommy bersyukur sangat dapat rasa lg perasaan indah bila having a baby inside the womb..

Cuma mmg lain rasanya untuk this 5th pregnancy..
kenapa 5th? sbb yang first dulu kan miscarriage..(read:tiada lagi pagi yang cerah )
this time around, rasa penat sangat..
1. maybe sbb pregnant dalam 30++yrs..
2. kena handle anak2 yang tengah melasak..
3. doing all housechores non stop..
4. actively keluar masuk rumah pick up & hantar anak2 sekolah yang timing tak sama..

ye laa, pregnancy yang lepas2, byk duduk dalam ofc kan..dapatlaa rehat jugak :)

Check up untuk first 7months mmg biasa di Klinik Pakar Bersalin Ganesan, Rawang sebelum proceed pergi hospital untuk bersalin..
Mula2, everything is fine..
at 8wks, 14wks, baby grow mengikut growth yang sepatutnya..
actively moving & heartbeat pun beating normally..

Cuma on Tuesday, 26th January 2016(Khilfi's birthday)
its time for mommy's 18wks check up..
the day yang sepatutnya bawak berita gembira sbb boleh dapat tau gender baby (well, mommy & papa was hoping for a girl sbb nak bg kakak lesya kawan), turned out sebaliknya..
Dr Ganesan's face berubah bila dia scan tak jumpa baby's heartbeat.. dia tanya sama ada aku ada jatuh atau demam.. I said NO, NO AT ALL! :(

At first dia kata heartbeat lemah..sbb mmg dengar slow sangat bunyi..
Lama dia zoom in & out..just to make sure..
tp dia confirm tu sebenarnya bunyi blood flow..bukan heartbeat..
tiba-tiba aku rasa tak jejak bumi dah..
terbayang2 lagi macammana perasaan losing a baby masa first pregnancy dulu :(
Ya Allah..sesungguhnya aku tak kuat :'(

Bila sister(doctor's wife) terangkan the procedure to do the D&C, sbb ni miscarriage on 2nd trimester..
procedure tak sama dengan D&C masa 1st trimester sbb baby dah besar..
Papa tanya whether diorang akan pulangkan janin..
they said takkan pulangkan sbb takut hancur..
dia bgtau if nak buat kat klinik tu, datang balik lepas 3days to confirm again..which is on friday..
masa tu mmg kami decided takkan buat kat klinik tu..
sbb if the procedure sama je macam aku bersalin normal, janin takkan hancur..dia akan keluar dengan keadaan sempurna kan?!

Balik rumah dengan mata yang dah bengkak2, discuss dengan family..
at last we decided to get 2nd opinion at PMC Sungai Buloh due to byk reason..

Dengan linangan air mata, mommy pray so hard..
hoping that theres still a miracle..there is still a light at the end of the tunnel..
Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku.. sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

Monday, April 07, 2014

Stress vs Cheerful

aku pernah terbaca title di FB pasal having 3 kids are harder than having 4..
(yup u heard me..TITLE! only..haha)

aku cari2 gak article tu untuk dapatkan link..tapi tak jumpa2..
nti kalau aku jumpa, aku update la ye..

frankly speaking, aku sangat agree dengan title itu..
buat masa ni aku tak dapat nak pastikan how easy to manage 4 sbb aku baru ada 3..hihi..
tapi dari tajuk tu aku leh agak sbb bila ko dah ada 4 org, maknanya, yang sulung tu mesti dah besar enough, dah paham & dah boleh tolong buat keje2 rumah..paling tidak, atleast dia boleh tengok2kan adik2..kan??
sbb tu dah rasa senang sikit..

as for me, khalesya baru 4 tahun 4 bulan (walaupun ikut tahun 2014 ni dia dah dikira 5 tahun) well, she's a December baby :)
khalef - 2 tahun 7 bulan..
and our newly added member, khilfi is now 72days..
phewww, its a bit hard to manage all three!!
sebab paling nyata - TAK MENANG TANGAN!!
sebab yang menyebabkan ketidakmenangan tangan tu - KAKAK & ABANG SANGAT SUKA KACAU BABY!! 
Bila baby nangis, pandai pulak panggil "mommy..mommy..baby dah bangun..baby nangis!!"

padahal sape yang kacau?? grrr!!
so macammana mommy nak buat kerja rumah??!

macam khalef, dia mmg suka explore..
tatau laa kepala pikir ape, setiap sudut rumah tu dah jadi tempat main dia..even sorang2 pun dia boleh leka main..
toys kegemaran adalah bakul kain, hanger, vacuum..
habis semua benda dia buat gendang.. T___T
so amatlaa bising dan buatkan baby terkejut2 dr tdo..
adoiii..lagi kita marah, lagi dia buat!

luckily lesya tu girl..bolehlaa control jugak..
tp bila lesya & khalef dah bergabung, main sampai tunggang langgang segala benda..
mmg pekik laa kuat mana pun, selagi takde salah sorang menangis, selagi tu laa tak stop..
so jangan harap laa rumah tu nak cantik & bersih yeee..

salah satu contoh yang buat mommy menjerit sampai satu taman boleh dengar ialah bila si abang ni suka sangat berjalan "mengkangkangkan" adik dia..
mengkangkangkan tu as in kaki dia kat kiri kanan khilfi..
Ya Allah!! buatnya laa terjatuh ke terduduk ke atas khilfi??! Nauzubillah, jauhkanlah!!
senang cerita, kalau diorang ada, mmg rumah tu takkan aman laa..
kecuali masing2 tdo T___T

situasi di kala berada di shopping mall pulak..
sekarang ni susah sangat nak bawak jalan2..
ingatkan bila dah bawak 2 stroller, things are easier laa..
plannya, sorang berjalan..
satu stroller either lesya/khalef..
satu lg baby..
tapi bila lesya tgk khalef duduk dalam stroller, ATAU sebaliknya..salah sorang mesti nak naik gak..
sudahnya bergaduh & finally menangis..
bukannya senang2 nak pujuk kalau dah start menangis..
end up nya papa kene dukung salah sorang..
atau baby yang kene keluar..mommy terpaksa kendong.. :'(
tapi kalau bawak satu je untuk letak baby, khalef dengan lesya akan pakat tawaf keliling shopping mall tu pulak..satu hal pulak nak mengejar dua2..
adehhh..mmg stress!!

tapi bila fikir2 balik, they are the reason who keeps the house alive..and keeps our adrenaline rush non-stop!!
resulting, stress tapi ceria at the same time!! hahaha..

Nyawa Mommy & Papa - Anugerah Terindah