Showing posts with label silent moment. Show all posts
Showing posts with label silent moment. Show all posts

Tuesday, February 09, 2016

oh hati, bertabahlaa..


Sebelum aku call PMC to set appointment, mmg aku dah buat research sikit pasal hospital tu..
asalnya plan mmg nak bersalin kat situ pulak utk pregnancy kalini..
ada 2 doctor gynae yang tetap - Dato' Dr Zarul Azham & Dr Wan Ratna..
research shown byk good review on both doctors..

Rabu, 27 January 2016 - aku call PMC untuk set up appointment..
harapan memula mmg ingat nak check up dengan doctor perempuan.
tp masa tu katanya Dr Ratna dah habis kerja at 1pm..
ada doctor locum, Dr Norlela akan start pukul 5pm  - 8.30pm..

at first ingat nk try je dengan Dr Norlela tu..
tp bila fikir-fikir balik..dia hanya akan dtg rabu & ahad sahaja..
so if mmg hv to do d&c, aku kena tgu ahad ke?
discuss dengan Ijoy, then decided better proceed je dengan Dr Zarul..
since dia mmg fixed doctor, plus dia pengarah & pakar bersalin kat situ..
lgpun, byk dgr review gynae lelaki lagi gentle..(ya I know, tak semua laa..)

Receptionist bgtau Dr Zarul will only available on the next day, Thursday..
so at about 9.45am Thursday, aku bertemankan Khilfi & papa sampai di PMC, lepas settlekan Khalesya & Khalef pergi sekolah..
as what has been told by the receptionist, Dr Zarul tak ramai patient..
maybe ramai prefer check up dengan doctor perempuan kan..

10.15am, turn kami sampai..
kami bagitau what had happened to the 18wks fetus..
he did the ultrasound and confirmed that there was no sign of baby's heartbeat..
size fetus pun mmg tak grow..size dia hanya sekecil janin at 14wks..
and Dr Zarul found out that macam ada lebam di bahagian kepala..
oh my baby :'(
sekali lg air mata bergenang..

Dr Zarul then bgtau all the procedures sbb dah confirm mmg kene buat D&C..
and all the necessary things need to be done lepas dia bg balik janin..
dia tanya whether nak buat kat previous clinic ke atau nak proceed dengan PMC..
for sure a big NO laa kat prev clinic tu sbb confirm tak dapat balik janin kan..

10.30am - register untuk masuk ward
10.45am - tukar baju, makan provided lunch & masukkan ubat untuk flush isi perut..start puasa..
11.45am - Dr Zarul datang untuk masukkan ubat..(its a special ubat & very expensive RM500/pc - mmg khas untuk kes keluarkan janin yang dah meninggal di trimester kedua)
in between sblm 4.30pm - Dr & nurses keep on checking whether dah ada rasa sakit/rengat
4.30pm - nurse bg ubat makan yang dipatahkan dua, maybe sbb nak bg dos yang kecik je..tak pasti ape nama ubat..cuma diberitahu ubat tu untuk cepatkan proses bukaan rahim dan lembutkan rahim mungkin
5.45pm - pecah air ketuban
6.10pm - keluar darah
6.30pm - janin keluar dengan lembut..tanpa perlu mommy teran :'(
tapi uri tak ikut keluar sekali..
midwife tu ckp if uri keluar semua sekali masa dengan janin, tak payah dah buat D&C..

so sementara tunggu Dr Zarul sampai, aku urut-urutkan perut sbb masih rasa rengat-rengat..
tak lama lepas tu rasa macam ada ketulan besar nak keluar..
seperti yang aku jangka mmg uri bila aku panggil midwife tu check..
tp still katanya kene jugak buat D&C sbb uri tak keluar habis..
dia takut still ada leftover..

lepas dia tukarkan lapik untuk tah yang ke berapa kali, aku urut-urut perut lagi..
sbb Dr Zarul still belum sampai..
Ijoy pulak masa tu nak turun g solat maghrib sbb dah nak pukul 8pm masa tu..

aku teruskan jugak urut perut yang still rasa tak selesa..
tak lama lepas tu rasa byk darah keluar..
aku biarkan dulu..belum lg nak panggil nurse..sbb baru je rasanya tukar lapik..
darah mencurah-curah keluar..masa tu aku rasa tu mmg prosesnya kot..
tiba-tiba..pandangan aku rasa nak gelap..
cepat aku tekan butang panggil nurse..aku bgtau aku nak pitam!

antara sedar tak sedar aku nmpk lebih kurang 6-7 org nurses/midwives sekeliling aku..
kiri kanan tangan aku kene cucuk sbb nak masukkan drip..
sorang letak gas oksigen..
sorang tolong check BP..
sorang check pulse rate..
yang lain-lain tolong siap-siapkan aku untuk masuk dalam OT..
Allahu akbar!
Aku mmg takde daya nak gerakkan badan..aku hanya berserah pada Allah masa tu..

sampai di OT, aku menggigil satu badan..
sbb sejuk sampai mencucuk-cucuk tulang..
aku hanya mampu ckp.."sejuk..sejuk.."
nurse cepat-cepat tambah selimut kat badan aku.."OT mmg sejuk, puan..tak boleh nak buat ape.."

masa tu aku perasan jam menunjukkan 8.40pm..
tak lama lepas tu Dr Zarul masuk..
dia tanya ape BP aku sblm tu..they said some 30 above ape tah..
yang aku dgr Dr Zarul cakap.."hah? tu dah tahap pengsan tu.."
"ye..mmg patient almost pengsan tadi doktor.." jawab nurse..

then diorang siap-siapkan aku untuk proses D&C..
Dr Zarul mintak aku mengucap..

sedar-sedar, nurse kejutkan aku..dah ready nak masukkan aku dlm ward semula..
masa tu aku nampak Ijoy & Khilfi tunggu tepi pintu..
sampai kat ward aku 7-1, aku tanya dah pukul berapa..
Ijoy ckp pukul 9pm..
so maknanya the D&C process just amik masa dlm 20mins lebih kurang..

sampai ward, Ijoy bg aku air..suapkan aku makan..ye laa baru nak berbuka puasa..
tengah-tengah bg makan, nurse datang check BP & pulse rate..
Ijoy masa tu bgtau aku, dia nanti balik kejap nak tanam janin, then datang balik temankan aku untuk malam tu..
nurse dgr, dia bgtau yang ward aku tu is an Open Ward (Ward 7)..takde sape boleh tunggu..
kalau kitorang mintak nak duduk Single Ward, boleh laa Ijoy jagakan..
oh well, sbb kitorang tak jangka laa akan bermalam kat situ..
mmg takde laa mintak tukar ke single room pun..
sbb if everything goes well dan aku tak pitam..for sure boleh balik dah malam tu..
ni bila diorang tgk BP aku turun naik mendadak, kena laa stay 1 malam untuk diorang monitor..
tepat pukul 10pm, guard dah start halau..

sayu sangat rasa..
dah laa kena tinggal sorang-sorang.. (ok, mmg mengada lebih :P)
emosi pulak kejap ok kejap tak..

frankly speaking, sangat susah nak terima kenyataan bila tgk perut yang dah takde isi..
sangat mixed feeling :'(
lagi-lagi bila terbayang-bayang janin lelaki yang nurse tunjuk tadi..
anak mommy dah besar tapak tangan rupanya..
semua dah form elok..

Aku cuba redha..kita hanya merancang, Dia jua yang tentukan..
tp aku percaya, Allah has better plans for us..

Terima kasih kepada semua rakan & keluarga yang mendoakan & memberi sokongan dan tak putus memberi kata-kata semangat..
Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

Terima kasih pada all doctors & PMC staffs..sangat-sangat baik dan sangat prihatin..
servis terbaik, mmg aku recommend sape-sape yang masih mencari tempat bersalin..
walaupun hospital taklaa besar mana, tapi kelengkapan semua ada..
plus very islamic-practice kind of hospital..
oh they are now tgh dalam construction, nak expand lagi hospital tu..
so please expect ada sedikit bising due to bunyi mesin & kerja-kerja pecah bangunan..

Terima kasih pada mama & abah sbb tolong jagakan kakak Khalesya & abang Khalef selama kami berada di PMC..

and very special THANKS to papa yang sentiasa berada di sisi mommy seawal kami terima berita sedih tu..
walaupun mommy tau papa pun sebenarnya sedih, tapi tak tunjukkan sikit pun kat mommy..
sentiasa pujuk mommy, hug mommy dan bagi kata-kata semangat bila mommy sangat-sangat perlukan..
tolong handle anak-anak kat rumah selama yang mommy kena pantang..
sampai sakit-sakit badan papa uruskan semua kerja-kerja rumah..
Thank you so much sayang for your endless love & support..
I am so blessed to have you in our life!
Kita sama-sama be strong, ini ujian Allah tanda Dia sayang kat kita, kan?
dah dua anak syurga tunggu kita di sana nanti.. :)

Sesungguhnya perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..
semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
"La tahzan, innallaha maana"


Sunday, January 31, 2016

Is there still a light at the end of the tunnel?

Today is the end of January 2016..
My last post was in August 2014..
No post at all in 2015, the year I started becoming a full time mother & housewife :)

Bila tgk2 blog balik, tak byk post untuk Khilfi..
sorry sayang..mommy mmg tak menang tangan..
nak duduk ngadap PC ni pun, curi2 masa..
soon..jika ada masa terluang sikit, mommy update pasal adik ok! :)

Around hujung Sept 2015, mommy disahkan pregnant lagi, Alhamdulillah..
the EDD should be 26 June 2016..
walaupun ada sikit kerisauan di hati sbb our financial agak tight bila Khalesya & Khalef dah start schooling..
tapi amazingly, at the same time, mommy bersyukur sangat dapat rasa lg perasaan indah bila having a baby inside the womb..

Cuma mmg lain rasanya untuk this 5th pregnancy..
kenapa 5th? sbb yang first dulu kan miscarriage..(read:tiada lagi pagi yang cerah )
this time around, rasa penat sangat..
1. maybe sbb pregnant dalam 30++yrs..
2. kena handle anak2 yang tengah melasak..
3. doing all housechores non stop..
4. actively keluar masuk rumah pick up & hantar anak2 sekolah yang timing tak sama..

ye laa, pregnancy yang lepas2, byk duduk dalam ofc kan..dapatlaa rehat jugak :)

Check up untuk first 7months mmg biasa di Klinik Pakar Bersalin Ganesan, Rawang sebelum proceed pergi hospital untuk bersalin..
Mula2, everything is fine..
at 8wks, 14wks, baby grow mengikut growth yang sepatutnya..
actively moving & heartbeat pun beating normally..

Cuma on Tuesday, 26th January 2016(Khilfi's birthday)
its time for mommy's 18wks check up..
the day yang sepatutnya bawak berita gembira sbb boleh dapat tau gender baby (well, mommy & papa was hoping for a girl sbb nak bg kakak lesya kawan), turned out sebaliknya..
Dr Ganesan's face berubah bila dia scan tak jumpa baby's heartbeat.. dia tanya sama ada aku ada jatuh atau demam.. I said NO, NO AT ALL! :(

At first dia kata heartbeat lemah..sbb mmg dengar slow sangat bunyi..
Lama dia zoom in & out..just to make sure..
tp dia confirm tu sebenarnya bunyi blood flow..bukan heartbeat..
tiba-tiba aku rasa tak jejak bumi dah..
terbayang2 lagi macammana perasaan losing a baby masa first pregnancy dulu :(
Ya Allah..sesungguhnya aku tak kuat :'(

Bila sister(doctor's wife) terangkan the procedure to do the D&C, sbb ni miscarriage on 2nd trimester..
procedure tak sama dengan D&C masa 1st trimester sbb baby dah besar..
Papa tanya whether diorang akan pulangkan janin..
they said takkan pulangkan sbb takut hancur..
dia bgtau if nak buat kat klinik tu, datang balik lepas 3days to confirm again..which is on friday..
masa tu mmg kami decided takkan buat kat klinik tu..
sbb if the procedure sama je macam aku bersalin normal, janin takkan hancur..dia akan keluar dengan keadaan sempurna kan?!

Balik rumah dengan mata yang dah bengkak2, discuss dengan family..
at last we decided to get 2nd opinion at PMC Sungai Buloh due to byk reason..

Dengan linangan air mata, mommy pray so hard..
hoping that theres still a miracle..there is still a light at the end of the tunnel..
Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku.. sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

Sunday, September 20, 2009

raya mode: off

raya tahun ni?
i would say sangat dull..
its like a normal weekend for me..
nothing special about it..

do not ask why..
its just a deep down feeling that i dont feel like telling the whole world..
but the other side of the heart wanted me to scream it out loud..
so that it wouldn't stuck in the head forever..~ sigh..
but all i can say, i'd have never expected this kind of raya..
never!
just face it, iera.. :'(

so for all friends & colleagues, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H..
segala salah silap harap diampunkan..
semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya..

Monday, June 22, 2009

is it me? or...

hari ni baru aku sedar..
orang yang selalu bergelak ketawa dgn kita tu, tak semestinya TIDAK AKAN menikam belakang..
demi melepaskan diri..
orang sanggup berbuat apa sahaja..
that's life..

life is mean & cruel..
so do ppl around u..
tp takpe..
what goes around, comes around..
if thats what u asked me to do..
i'll give exactly what u need!

but please bear in mind..
in some cases, i could be mean too..
or maybe worst!
just dont be mad..
im just doing the favor..

Wednesday, May 13, 2009

Al-Fatihah..

remember him?

yep, him..
arwah haji abdul manan bin hj abdul wahab..
yang telah meninggal dunia pada 6.15pg, 11 mei 2009, Isnin yang lalu..
setelah lebih 2 tahun terlantar sakit..

skrg..
tiada lagi rutin melawatnya setiap hari..
tiada lagi terdengar impiannya mahu berjalan ke sana sini..
tiada lagi terdengar keinginannya mahu makan itu dan ini..
tiada lagi terdengar rintihannya atas kesakitan yang dihidapi..

hilang senyum tawanya..
hilang cerita zaman jepunnya..
hilang lawak jenakanya..

mmg kehilangannya amat dirasai..
tiap kali terkenangkannya, pasti bergenang air mata :'(
atuk, ira sayang atuk tau....

Ya Allah..
Kau ampunilah segala dosa²nya selama ini..
Kau ringankanlah seksa kuburMu..
Kau cucurilah rahmatMu ke atasNya..
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..
Amiin..

Al-Fatihah..

Friday, May 08, 2009

when a wish come true..

dulu..
tiap kali jumpa doktor, tiap kali tu laa rasa berdebar..
"mesti kene injection lagi ni.."
"macammana laa keadaan baby dlm ni..ok ke tak ke.."
"hopefully tade ape laa yang membimbangkan.."
"hopefully baby ada heart beat dah.."

tapi semua tu kan kerja Tuhan..
Dia bagi rasa debaran tu tak lama..
8 minggu je..
tak sempat pun nak dengar heart beat.. :)

kadang² aku terfikir,
mungkin we were too excited?
were we too eager?

tp aku yakin, segala yang berlaku ada hikmahnya.. :)

cuma untuk kali ini..
aku cuba mengekang diri dari tidak terlalu excited ataupun terlalu berharap..
frankly speaking, pengalaman lalu membuatkan aku jadi takut untuk berkongsi dengan sesiapa..
sehinggalah benar² disahkan kandungan ini dalam keadaan yang baik..

walaupun hakikatnya..
hanya Tuhan yang tahu..
betapa indahnya rasa apabila melihatkan 2 garisan pada pregnancy test kit itu..

even adik² aku pun tau lambat.. (sorry ye korang, sbb tak nak korang yang terlebih excited mcm yang last time, tp hampa akhirnya :P)

tp bila terbayang kembali..
saat diperdengarkan degupan jantung kecil..
saat melihat ada that lil thing yang sedang growing di dalam tummy sendiri..
membuatkan kami hampir menitiskan air mata..
ye laa..sebelum ini, itulah yang kami tunggu².. :)

im now 7 weeks..
pada asalnya, hajat di hati nak spread the news hanya bila dah masuk trimester ke-2..
sbb aku rasa, tentu waktu itu ia sudah sedikit kuat..
tapi ternyata kegembiraan mengatasi segalanya..
menjadikan aku tidak sabar untuk berkongsi berita ini dgn semua orang..

Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu..
aku amat bersyukur atas kurniaan ini..
semoga kandunganku kali ini sihat & normal seperti ibu² mengandung yang lain..
Kau lindungilah kandungan ini, ya Allah..
Kau berilah aku peluang merasai saat² indah menjadi ibu..
Kau permudahkan segala urusan kehamilan ini & kelahirannya nanti..
Amin Ya Rabbal Alamiin..

Monday, December 22, 2008

its hard..but life must go on..

it has been a while..
ada orang rindu aku? heh..

christmas nih genaplaa sebulan tummy aku 'kosong'..
alhamdulillah, im getting better each day..
walaupun kdg² takleh nak elak otak aku pk yang bukan²..
end up aku sedih sorang²..

aku tau..
aku kene kuat..
mental & fizikal..

life has to go on, aight?

masa baru² aritu, mmg emosi aku kurang stabil..
bile ada makcik² yang tanye 'dah ada isi ke?'..
aku rasa nak seletep je mulut² dorang tu..
bukan takat seletep kecik balut adiah tu..
kalau boleh nak guna seletep kotak tu..haaa beso sket..

aku tau bukan salah dorang pun, sbb dorang bukan tau pun ape yang aku dah lalui..
tp biasalaa..
bile soklan tu tak kene masa, tanye time aku tgh down lak tu..
mmg emosi menguasai laa kannn..
last² aku jwb 'ada....tp dah takde..', pastu aku blah..
tercengang² makcik² tu..
tp sian la mama kene explain pastu..hahahaha..
sorry ma..masa tu mmg ira tade mood nak buat conference ngan mereka² itu..
takut silap² aribulan terkeluar pulak kate² yang kurang enak didengar..
haaa baik ira mem'blah'kan diri awal²..

and since ramai yg tatau what was really happening back then..
ni aku cite briefly laa..

starting masa knowing aku peknen..
aku guna pregnancy test kit je..
tu pun lps mama yang soh check sbb masa tu aku telan berbotol² ubat batuk..(batuk aku mana penah tak teruk, kan? hahaha)
so g guardian, beli HPT tu..
the result was sangat pudar..ada line..tp sangat samar..
then just for menyahihkan keputusan, g laa check kat klinik kerajaan serendah..ye, klinik kerajaan ye kawan²..sbb nak confirm kan je punn..
tp bile layanan yang kitorang terime kurang memuaskan, (plus dorang pun takleh nak confirmkan sbb too early/hampir negative & tade alatan canggih yang boleh tolong confirmkan),
so we decided to check kat private clinic je a week after that..

sila ikuti chronology ini..

  • 20/10: first time dtg, check thru urine test, positive! tp bile aku ckp aku ada bleeding, dia check aku guna vaginal scan..

  • result: no sac is found!
    he said: "patutnye we can see a pregnancy sac (seketul itam) sbb your pregnancy is positive..tp now tak nmpk & u pun ada bleeding, this is not a good sign..we call this a 'threatened miscarriage'..so to stop the bleeding & to save this pregnancy, i'll give u an injection..its a bit pain sbb oily based..and im giving u a week mc for u to rest..jgn buat keje berat²..i'll see u in a week to see how it goes.."

    aku? tentunya cuak..and hoping everything is ok..

  • 26/10: still bleeds tp dah kurang..so another vaginal scan..

  • result: the sac is there! :)
    he said: "the bleeding should have stopped..but now that we have seen the sac, im sure can save the pregnancy..dgn syarat, u rest..and im giving u another injection..and u hv to come back 2 days later for another injection.."
    aku? hah? inject lagi? auuuchhh..

  • 28/10: injection

  • 30/10: injection

  • 3/11: still ada spotting²..and he runs a vaginal scan to see how big the sac has grown..

  • result: the sac has grown..dah double the size since last check-up..(masa ni about 10mm)
    he said: "this is a good sign..im giving u an injection..(aku rasa utk kuatkan rahim & hormon & to stop the bleeding tu gak) and come again for another injection a week later..please rest..i can save this pregnancy..but u hv to help yourself also ok.."

    aku? auuchh!! montot aku kiri kanan sengal kene inject..

  • 9/11: injection

  • 16/11: vaginal scan

  • result: the sac has grown (double the size - 20mm)..but no heart beat is heard yet..
    he said: "patutnye dah dgr heart beat by this time..walaupun tak kuat, tp we can still hear the heart beat..but maybe because u having the bleeding & all, maybe lmbt sket..takpe, kite tunggu another 2 weeks to see if we can hear the baby's heart beat..if dah ada heart beat, then i can say the baby can develop normally..today im giving u the final injection..but if u suddenly bleeds, terus dtg jumpa.."

    aku? praying day & nite for this pregnancy to be ok..

    (tp tak sempat 2 minggu pun..betul² a week lps tu..)

  • 24/11: vaginal scan

  • result: the sac dah shrink..masa measured dah tinggal 14mm and still no heart beat.. :(
    he said: "owh dear..this is not a good sign..still no heart beat, and the sac dah mengecut..i advice to let go sbb the development is not normal..probably the baby will be unhealthy..sbb the heart beat patutnye dah ada by 7 - 9 weeks..but now already 8 weeks, and we hear nothing..the first 3 months is important for the brain development..if the brain develops later than that, the baby mungkin tak normal..might be down syndrome..or if the baby turn out to be physically healthy, but the brain might not..

    u see, the body knows if its not a good sac, it will be expelled naturally..

    but if u still want to keep the baby, u can do so..i'll give u treatments like before..injections & pills..and the baby can survive..but i cannot guarantee the baby will be a healthy one..the decision is yours..either one is ok..but if u are asking for my opinion, im so sorry but i suggest to let it go, and u can try again after 2 months..
    go home, discuss about it and then tell me what the decision is.."

    aku: (dah nak nangis tp tahan) "how soon.."

    the doc: "as early as possible..either today or tomorrow..sbb if u decide nak teruskan, i have to cepat² give injection to prevent it..sbb skrg your serviks is still close..kalau dah open, its too late to save the baby.."
    aku? crying all day..and thinking whats the best decision should i take..oohh im sooo tak kuat.. :(

  • 25/11: the d&c..yep, the toughest moment..

  • result: it has gone..forever..
    :'(

ok thats about it..
at first aku mmg dah tanak ingat dah mende² nih..
sbb ia akan rewind the whole thing..and it will be replay-ed again and again..
dan air mate pun tak benti ngalir..

tp as time goes by, im missing those moments..really..
dan tetibe aku takut aku akan lupe semuanye..

thats the reason why i put it here..
so that i wont forget that 'it' penah wujud suatu ketika dulu..

masa in grief dulu, aku penah bgtau the hubby.."susah nak lupakan dia.."
and he sways.."kita takkan lupakan dia, sayang..dia pun anak kite jugak kann.."

just a sentence..
tp berkesan utk redakan ketidakseimbangan mental aku..

besides family support & friends careness..
im really blessful to have u around..
thx for the attention & love..
thx for being there, sayang..

nota kaki:
so hopefully terjawablaa persoalan masing2 ye..
maafkan atas penggunaan tatabahasa yang bercelaru..
kerana sy masih di dalam healing process.. :P

Monday, December 01, 2008

minus..

i nearly lose a hp today..
sbb tah cemana..
misplaced, tercicir dlm toilet..
this never happened before..
tahlaa..

careless..
thoughtless..
senseless..

maybe im thinking too much..
so i tend to forget some of them..
or maybe no space left for other things..

i do hope for a light at the end of the tunnel..

Tuesday, November 25, 2008

tiada lagi pagi yang cerah..

kami impikan hari yg indah sampai penghujung..
tp rupanya hanya diizinkan utk seketika cuma..

dugaan demi dugaan yang dtg..
seketika memberi harapan..
namun ternyata Allah lebih sayangkannya..

berat sangat hati nak buat keputusan..
tp thats the best way for us..
for soon, kalaupun "dia" berjaya survive..
percentage to be unhealthy adalah sangat besar..
(read: daddy's)

biarlaa dia pergi..
daripada dia menderita kemudian hari..
hanya Tuhan yang tau ape yang terbuku dlm hati ni..
Ya Allah..berilaa kami kekuatan..

pada yang dah mendoakan, berbyk² terima kasih diucapkan..
tapi apologize to all ya..
both of us still cant make it..
rezeki Tuhan ni hanya setakat ini..

maafkan kami sbb tak benarkan baby sempat lihat dunia ni..
tunggu mommy & daddy kat sana nanti ye, sayang..

Al-Fatihah..

Sunday, October 07, 2007

missed him already :'(

lps sahur td, masa aku baru nak lelap balik, got this news..
really shocking news!

abah: "ira, bgtau kwn2..azrin dah meninggal.."
aku: "azrin mane ni bah?" (aku dah start tak sedap ati..is he azrin yang kitorang panggil arin?)
abah: "azrin anak pakcik mat din.."
aku: (tergamam..mmg arin!) "innalillahhi wa inna ilaihi rojiuun.."
abah: "kat port dickson, eksiden keta..skrg family dia on the way g sana nak bwk jenazah balik.."

aku terdiam jap..terus tak ngantuk dah..
aku nak text bgtau kwn2 aku..but at the same time, aku sendiri doubt kesahihan berite tu..
aku harap sangat berite tu tak betul..

bile aku text a few of my frens, ada yang tanye "sah ke news nih?"
aku tau..dorang pun terkejut..
aku jawab "aku pun harap news nih tak sah..tp ayah arin sendiri yang bgtau ayah aku.."

aku sedih sangat..
sbb arwah quite close ngan aku..
since dia pun 2-pupu aku..(abah ngan ayah dia, sepupu..)
dia antara kwn2 aku yang always made the day..
suke melawak..suke mengusik/mocking aku..
we'll miss all that for sure......

every first day raye, family dia antara yang first datang beraye umah aku..
sbb sedare rapat kann..
aku slalu gelakkan baju melayu dia sbb kdg2 nmpk sangat lawak care pemakaiannye..
tapiiii..tahun nih takkan same dah..

so raye tahun nih..
hilang sorang kawan skolah rendah aku..
aku mmg dah lame gile tak jumpe dia..
ingat2 balik, last jumpe was masa raye tahun lps laa..
mmg kitorang jarang jumpe..tp still contact thru phone calls & sms..
slalunye raye je laa baru dapat meet up balik sume kawan2..
tp tahun ni...
mmg we'll be gathered as usual..
but without him.... :'(

to arin, semoga rohmu di cucuri rahmat..
dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..amiin..

Al-fatihah..

Thursday, May 10, 2007

i wish i could..

he's lying on the bed..
helplessly..
just waiting for ppl around him to help..
feeding him, cleaning him..
now his life is just depending on the medicines..
he's fighting with his athma..
with the help from the inhaler, the equalizer and oxygen gas,
he can survive until now..
thats him..
my beloved grandpa..

its just so hurting to see him that way..
the most we can do, is rubbing his chest to ease him for breathing..
he's just so weak..
weak enough to make me cry..
the man who used to fetch us from school by his motorcycle,
is now hardly catching his own breath..
the man who used to laugh with all his grandchildren,
is now smiling weakly to them..
the man who used to having tea with his friends everyday,
is now needing ppl to give him a sip of tea..
i wish i could take all air in the world to help him breathe..
i wish i could see him in good health like before..
i wish he could bear the pain patiently..
i wish everything will turn fine..
hmm..i wish i could..

Monday, April 02, 2007

berdesir..berdengung..it hurts!

telinga berdengung..dah a few weeks gak la mende ni happened..tetiba je berdengung..kdg2 sebelah..kdg2 dua2 belah..yg aku perasan, slalu kene time mlm..mostly lps mandi..ataupun masa nak tdo..arrghh..saket..rasa mencucuk2..walaupun takla sampai berdarah, tp it still hurts! :'(

tetibe teringat pasal email yang penah dapat 2-3 years back..pasal 100 hari tanda2 kematian..gulp..ni one of the tanda2 ke? try to refresh this tiny mind..tp tak ingat la plak telinga bdengung ni ada kene mengena tak dlm tanda2 tu..cuba cari balik email tu..tak jumpa plak..haih..tp gerun gak..buatnye jumpe email tu, n salah satu tanda ialah telinga berdengung...??

at this moment pun i feel it..am i gonna die?
hmm..sebak rasa hati ni..
bukan sebak sbb tak puas lg jln2..
bukan sebak sbb tak dapat capai lg impian idup..
bukan..
tapi..
sebak sbb amal yang sangatla sedikit..
sebak sbb masih belum dapat tunaikan impian mama & abah..
sebak sbb tinggalkan org2 tersayang..
sebak sbb tak layak rasanye nak menghadap yang Esa..
sebak atas dosa2 yang tak terhitung byknye..
~sigh..tahla..bercampur baur rasanye..
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanla segala dosa hambamu ini..amiin.."

for those yang baca blog aku ni..
yang aku ada byk salah/dosa kat korang, aku minta maaf ye..
ampunkan sume salah silap aku..
aku tau aku byk buat salah kat korang..
yang zahir, mahupun yang hanya terdetik sekilas dlm hati..
terumpat, terpuji, makan & minum halalkan ye..(mcm hari raya plak..hiks..)
dosa2 korang aku dah ampunkan..dan aku doakan kesejahteraan korang sume..
jaga diri korang baik2..
sekiranye satu hari nanti kite bertemu lg, aku harap hanya yang terbaik utk kite..insyaAllah..