Showing posts with label whining around. Show all posts
Showing posts with label whining around. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

When nothing goes right....Just go left!

Its time to blog again..finally!! Dan rasa macam nak buat luahan hati..huhuhu.. Masuk harini baru 4 hari balik ke HQ office semula.. Sbb, bilik kat site office tu diorang nak renovate (dalam erti kata lain, diorang nak halau laa tu..huhu) Hmm tapi kemungkinan kena duduk di site office Putrajaya tu still gak tinggi sebenarnya.. sbb still in the same project, cuma different location.. Tak kesah laa..janji buat masa ni dekat sikit nak ulang alik.. :) In between last post dengan this post, walaupun gapnya dalam 4 bulan je, byk benda yang berlaku.. lepas ditimbang tara, rasanya paling lambat sampai hujung tahun ni je laa aku pegang title 'pekerja'.. lepas tu jadi pekerja gak..tapi pekerja sepenuh masa kat umah laa nampaknya.. Things definitely will be a bit difficult for us to adjust.. especially for me yang no-more-gaining-any-fixed-salary :/ But to think it in positive way: 1. Aku dapat urus anak2 comel kat umah tu.. 2. Aku boleh hantar & fetch lesya dari sekolah..sbb by next year, dia masuk 6 tahun..bila dah 6 tahun, takde sape dah boleh tolong fetchkan lesya dr sekolah..skrg ni tumpang ayah Damia..tp sbb Damia tu dah pun start masuk darjah 1 next year, so sape lg boleh tumpangkan lesya? 3. Boleh la meneruskan dream job iaitu menjahit sepenuh masa..(so bolehlaa start terima tempahan..keke) Cuma bila fikir banyak commitment lain yang nak kena bayar, cth CC, insurans, tolak gaji untuk simpanan tabung haji (untuk sendiri & anak2), buatkan aku serba salah :'( Kecuali aku doing well dengan jahitan2 atau tempahan2 aku.. Takpe, ini plan buat masa ni.. Aku yakin Tuhan dah plankan yang lebih baik.. Rahsia Tuhan takde sape tau kan? :)

Thursday, September 27, 2012

cak!


hehe..pelik kan tetiap minggu ada update? hahaha..

ok sblm aku update lebih jauh, just nak betulkan..
entry 2nd bday lesya tu utk sambutan bday dia masa bulan 12 tahun 2011..
birthdate lesya yang kedua adalah pada 16/12/2011..
ni sbb ell bising.."taulaa backdated entry tp tak tulis pun bila birthday datenya.."
kehkehkeh..maaf ye puan ell..ai lupa! hahaha..

ok start again..
kesedaran nak update ni tetiba meluap2 bila:
  1. lately byk stumble blog2 orang..actually, gugel benda lain, dpt result direct ke blog2 orang..so start seronok tgk or baca updates pasal macam2..teringat dulu kala masa zaman tiap2-hari-mesti-update-kalau-tak-update-entry-tu-jd-tak-ummph..
  2. keje byk, tp tahlaa rasa dah takde hati nak buat..arrghhh bila laa nak rasa perasaan happy hantar surat resign? (ehh bukanke patutnya "bila laa nak rasa happy dapat keje lain ni?" hahahaha)
  3. sebenarnya lebih kepada rasa rinduuuuu nak merepek dlm blog ni..haihhhh..
so aku berazam..(aihhh lmbt beno azamnye..nak habis tahun dah ni cik kak!)
ahh tak kisah..nak azam jugak..
walaupun azam tinggal azam, aku nak cuba gak update walaupun sebaris ayat! (chewahh!! tak boleh blah!! hahaha)
insyaAllah.. :)


Thursday, March 12, 2009

tag for married ppl? duhhh..

frankly speaking, aku mmg malas nak buat tag.
mungkin sbb byk soalan.
aku rasa macam jawab soalan exam. hahaha.

tapi memandangkan ada yang hampa apabila tiada entry baru di muka surat teratas ini,
juga mempertimbangkan permintaan puan Is yang kesepian di dalam kepantangan,
juga memikirkan otak owner yang blog yang kebekuan idea,
aku sambutlah tag dr puan nad ini :P

**********************************************
For all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.

When was your engagement?
29/12/2007..
(aku ingat sbb lagi 2 hari nak masuk tahun baru. kire penutup tahun)

When is your marriage anniversary?
08/08/2008..
(cukup 'ong' tak? hahaha)

How long have you known your spouse?
hmm dari bulan 5, 2003..
(kiralah sendiri berapa lama)

Where did you meet your spouse?
di SMIDEC, Uptown Damansara.
itu adalah hari pertama aku start masuk kerja di client office.
itu juga adalah hari ketiga terakhir si dia menjadi 'practical trainee' di situ.
adakah dgn hanya 3 hari berselisih bahu tanpa ucapan telah membawa ke jinjang pelamin?
hahaha. tentunya tidak!
tentunya pada masa itu masing² bersama 'teman' masing².

hanya YM menjadi penghubung cerita kami.
si dia:
1. yang hanya kawan online selama 4 tahun
2. yang aku gelar 'playboy' (hahaha, jgn marah ye yang..itu anggapan setelah mendengar cerita rekaan & tohmahan si mamat durjana itu),
3. yang pada mulanya aku rasa amat meluat (first impression, kehkehkeh. mungkin kesan cerita sebelah pihak. makanya aku mmg tidak percaya pada 'cinta pandang pertama'.hahaha)

akhinya si dia ditakdirkan menjadi soulmate aku.
menakjubkan kan ketentuan Tuhan itu? :)

What is your spouse’s full name?
Faizulzahrin Bin Zakaria

Do you have any children?
Nope, tak sempat, hanya suku jalan.
Belum ada rezeki lagi. Kamu² semua doakan lah ye.

How many?
kalau belum ada, nak kira juga ke?
kalau nak kira yang 'akan ada', hmm 4 lah! (hihi, besar cita² kannn..)

Do you have any pets?
kalau abah bela ikan, jiji bela sugarglider, itu dikira pets serumah aku juga ke?

Do you own or rent?
sekarang menetap di rumah parents aku.
but planning to have our own home sweet home, insya-Allah.

Do you live in the country, city/town?
kampung. tempat aku membesar.

What is your favorite activity you do together?
semua aktiviti. aku rasa selamat, aman dan sentosa dengan adanya suami di sisi.

Do you have a favorite vacation spot?
tentunya pulau.
somehere masa sekolah rendah - pulau manukan
2003 - pulau redang
2004 - pulau kapas
2005 - pulau tioman
2006 - pulau redang
2007 - pulau perhentian
2008 - tiada pulau. sibuk menguruskan hal perkahwinan.
2009 - bercadang untuk ke pulau lang tengah. can't wait! hehe

How many siblings do you have including in-laws?
8 (kalau turut dikira sibling in-laws yang sudah tiada, jumlahnya 13)

What mosque do you attend?
masjid di kampung, berdekatan dengan sekolah agama aku. (itu pun masa sembahyang raya. hahaha)
jarang pergi masjid lah. sbb ada surau comel depan rumah.

Is this the mosque you got marrried in?
taklah. kami nikah di depan rumah aku. (di lawn yang telah digubah indah)

What town is your current address?
Sungai Choh, Rawang.

Do you work or stay home?
masih berkerja makan gaji di sebuah syarikat IT swasta.

Where did you go for your honeymoon?
Bali & Bandung.

Leave a piece of marriage advice.
- bertolak ansur
- terima kelebihan & kekurangan masing²
- kongsi suka-duka
- jaga hati & perasaan pasangan. elak diri dari melakukan perkara² yang tidak disukai oleh pasangan.
- maaf-memaafi. terima pasangan anda seadanya.
(dan lain² lg, sila rujuk kepada imam atau mana² kaunselor perkahwinan untuk penerangan lebih lanjut ye)

**********************************************

tag ini disambung kepada:
1. tentunya puan is kerana sedang kebosanan! hahaha.. (sure hilang rasa bosan kau tu :P)
2. kamu! ya, kamu yang sedang membaca.. :)

kan ini adalah satu cara meng'update' entry?
gunakanlah sebaiknya!
hahaha.

Thursday, March 05, 2009

kronik!

wallauweh..
semakin kronik nampaknya tahap pe'update'an blog aku nih.
dulu masa rajin menguasai diri, update 2-3 hari sekali.
pastu naik ke 2-3 minggu sekali.
skrg sebulan sekali.
pasnih boleh la nampaknya aku upgrade ke 2-3 bulan sekali.
boleh?

personally, hari² sebenarnya aku ada byk benda yang aku nak kongsi.
tapi malangnya, lagi byk benda yang turut menghalang aku dari berbuat demikian.
kerja aku menimbun².
masuk je office, start duduk je dpn pc, kerja yang sedia ada laa yang aku hadap.
nak check email office pun segan², apetah lg nak bloghopping rakan² seperjuangan, malah lebih jauh laa nak mengomen post² hebat mereka.
sememangnya skrg tiada masa yang boleh aku allocatekan utk kerja² mengupdate ini di office. (buat masa ini lah)

mungkin aku mulai masuk fasa yang aku sendiri panggil 'idea freeze'.
idea mencurah² tapi masa yang ada cukup terhad, membuatkan idea² tersebut hilang bersama² tukar-ganti siang dan malam.
macam jay pernah kata, ada post yang valid utk sehari sahaja.
maknanya, kalau terlepas sehari itu, sudah kurang 'kick' lah kalau nak diblogkan pada hari² berikutnya.
itulah antara sebab² kenapa blog ini semakin suram tanpa update.

contohnya, apa yang ingin aku cerita ini hanya kick kalau diceritakan pada hari kejadian.

seawal pukul 10pg smlm, aku diminta untuk 'back up' source code di dlm server project lama dulu. (ya, itu source code sahaja)
tapi utk document² penting, mmg kami simpan di dlm pc yang telah di'allocate'kan sebagai repository.

untuk dijadikan cerita, pc tersebut kami tinggalkan di level 12 (tempat projek lama)
sbb kini kami telah dipindahkan ke level 4.
disebabkan di level 4 ini tiada tempat yang sesuai utk repository tersebut (ya, di sini adalah sangat penuh & crowded), dan memandangkan repository tersebut tidak kami gunakan lagi (ye lah, project lama kan..)
maka mmg kami tidak ambil peduli sangat.
lagipun tentu ianya selamat di level 12 itu, sbb tempat tersebut mmg ditinggalkan kosong.

rupanya², selama ketiadaan kami dan juga kejarangan menjenguk di level 12 itu, ada renovation besar-besaran telah berlaku. (sedang berlaku lagi skrg ini)
segala pc atau harta benda yang tidak dituntut telah ditag 'disposed'.
termasuklah pc repository kami itu.
macammana nak tuntut kalau kami sendiri tidak diinform akan renovation tersebut?
itu pun aku tau setelah melihat sendiri keadaan level 12 itu ketika aku diminta utk memilih document² semasa kerja² pembersihan berlaku.

aku agak terkilan.
bukan senang untuk trace kembali pc itu.
bile sudah didisposed, maknanya, barang² tersebut telah dihantar ke unit lain iaitu Asset.

dr level 12, aku turun level 6, bertanya kpd group yang penah duduk setempat dgn kami dahulu.
mereka kata, sila tanya dgn person-in-charge masa kerja² meng'disposed' barang² yang tidak dituntut itu.
aku naik semula ke tgkt 12, dia dgn nada annoying berkata, dia tidak tahu menahu pasal tag² disposed itu, dan menyuruh aku utk turun ke tgkt 2 utk check dlm store.
baiklah puan, saya turun.
aku turun ke tgkt 2, malangnya aku terpaksa naik semula ke tgkt 12 utk
memastikan store yang mana.
aku turun ke tgkt 4 pula, utk meminta pertolongan rakan sekerja untuk mengambil pc tersebut.
turun kembali ke tgkt 2, masuk ke dalam store yang dimaksudkan.
alhamdulillah, pc itu mmg ada.
senang utk di cam kerana ia pernah ditampal dgn nama owner pc tersebut.

tp kami tidak boleh membawa keluar barang² asset begitu sahaja.
kami perlu memberitahu Asset dahulu.
so aku pun mendapatkan person-in-charge utk itu.

sudah jenuh aku contact sana sini, menunggu dr pukul 12 tengahari sehingga akhirnya pukul 4.45 ptg barulaa ada jawapan pasti.
ahh, barulah akhirnya pc itu selamat berada di dalam kawalan.

bencilah. sangat rumit!
kiranya semalam, memang aku tak dapat concentrate dgn kerja² aku.
selagi tak settle, selagi tu laa aku tak boleh nak fokus dgn benda² lain.

hmm..
itu cerita smlm.
kan kurang kick aku cite hari ini.
itu lah yang aku maksudkan dgn cerita valid sehari.

so aku sarankan, kamu-kamu hanya jenguk ke sini memadailah sebulan sekali ye.
(macamlaa ramai yang selalu jenguk kannn! :P)

Wednesday, February 04, 2009

azam 2009?

aku kagum.
minggu lepas (ketiga² hari berkerja selepas CNY), jalan lengang. clear.
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana cuti sekolah.
dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang.

aku kagum.
semalam juga jalan agak lengang. (ye, isnin aku ambil cuti kerana jeles melihat sang suami berehat pada Hari Wilayah)
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana masih ramai yang mahu berehat lebih lama?
tapi itu telah menyebabkan aku membayar lebih untuk parking kerana park dalam jangkamasa yang agak lama berbanding selalunya.

aku kagum.
hari ini aku keluar sebelum matahari sempat memunculkan diri.
maka aku sampai lagi lebih awal daripada minggu lepas dan semalam.
aku adalah org ketiga setelah punch in fingerprint pukul 8.05am tadi.
sesuatu yang sangat jarang terjadi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.
ini bukan azam baru.
(aku tidak pernah berazam untuk datang ke ofis awal. hanya pernah ada azam untuk bangun awal, namun hingga ke hari ini azam itu tinggal angan² cuma :))
ini adalah suatu keterpaksaan kerana ada hal yang perlu diselesaikan bersama selepas selesai waktu berkerja petang nanti.
ye aku masih kagum dengan keupayaan aku sampai awal pada hari ini.
dan itu adalah tujuan utama catatan ini ditulis.
:D

nota kaki:
aku juga kagum.
bahasa penulisan kali ini agak tersusun dan menggunakan ejaan yang teratur.
mungkin azam 2009? :)

Wednesday, January 21, 2009

masih ada harapan?

tajuk berita di berita harian online hari ini..



masih tiada tanda Gaza akan aman..
mereka masih berleluasa..

apa sumbangan kita?
menderma & berdoa..
walaupun tidak seberapa, sekurang²nya kita ikhlas & prihatin..

tapi jika kita sepakat memboikot..

boikot?
ye, boikot..

boikot mereka..
boikot barangan buatan mereka..
boikot sekutu mereka..
boikot apa sahaja yang berkaitan dgn mereka..
termasuk..
penggunaan/penjenamaan nama mereka..
seperti yang dilakukan oleh kedai makan ini..


walaupun kedengaran seperti satu jenaka..
namun ia tetap meninggalkan sedikit kesedaran..
kebencian terhadap kezaliman..
maka..
hapuskan segala yang berkaitan..

tapi..
kalau kamu lulusan dari sana?
agak2 kamu akan buat benda yang sama kepada cert kamu?

Friday, December 05, 2008

need a break!

physically ok.
mentally so-so.

bile aku kate so-so..
its really a "so-so"..
sbb:
1) aku buang contact lense aku dr bekas bile sepatutnye aku baru nak pakai contact lense tu..aku siap² isi solution lain as if aku baru nak tanggalkan contact lense aku..padahal aku baru nak pakai..pastu baru sedar bile nmpk contact lense tu jatuh masuk dlm lubang sinki..hmmm..
2) aku tanye abah, "abah tak dinner ke? kenyang lagi?"..padahal sebelum tu, dia makan dinner sebelah aku je!
3) aku bawak balik sume barang yang sepatutnye aku tinggalkan kat ofis..
4) aku skrg kerap tercicir hp..merata²..
5) dan aku mudah lupa nak buat ape yang aku dah plan..

haihhhh..
i really need a break!
i need a vacation!

Thursday, October 23, 2008

stop staring, will u?

aku kan..
dah lama tak makan sorang2..
tp sejak dok site ofis nih..
possibility utk mkn sorang2 itu adalah sangat besar..

awal2 masuk dulu, sukarlaa kann sbb sume org mcm tau tak tau je kewujudan aku..
even if dorang tau, aku pulak sukar utk mkn bersama..
kerane:
1. yang chinese, sah2 lunch ngan colleague2 chinese sendiri.. (kalau dorang g cha-ya-nun-alip punye kedai gak, cane?)
2. yang indian, sure go with indian's friends (dorang ni kol 12 slalunye dah chow g lunch..time tu aku lom lapa pun lagik!)
3. yang malay pulak..hmmm mmg tak lunch..tu yang sebilik ngan aku laa..
mana yang lunch, dorang berade di bilik sebelah..kalau time lunch, usually lupe nak panggil aku skali..ye laa..tade depan mate kann..
so end up, aku akan kelua makan sorang2..
tp lapa punye pasal, aku dulik ape kannn..
asalkan perut aku kenyang..

tp tak lama pun..
2 ari je sempat aku makan sorang2 punn..(hahahah cite beriye kannn :P)
sbb pastu aku g mkn kat opis asben aku..
sbb satu lg, aku nak park keta kat opis dia..
aku tak tahan ngan parking kat opis sini..
mahal gile okkee..
sejam rm2.50..
kalau sploh jam sehari?
kalau seminggu?
hmmm gaji aku abes bayo parking jek..
chait!!

dulu rutin aku:
1. g keje sesame..tp drop si asben kat opis dia dulu..sbb dia masuk awal..
2. aku bwk keta sampai opis..
3. tengahari kua lunch..g mkn kat opis dia..
4. lps lunch, dia htr aku balik opis.
5. ptg fetch aku skali lg..(hehe sibbaik ofis kitorang dekat2..)

ni kire 2 in 1 la..
lunch plus free parking..
sbb dia mmg dapat parking space kat situ..
ye laa otak mau cerdik kalau tanak pokai..hahahaha..

pastu kan posa..
so rutin berubah lg..
pegi keje sesame tp dia anto aku dulu..(pehhh korang bayangkan laaa..betape awalnye aku..pehhh..kagum kagum..)
kire keta terus park kat situ laaa sehari2..
hehe laaaaagi jimat!

tp kalau ijoy ada kursus ke ape ke..
aku tade pilihan lain laa..
kenelaa bayo 25hengget sehari :(

erkk..jauh lak aku menyimpang..
ok back to cite lunch aku..
lps raya, rakan2 sebelah bilik slalu pulak ajak makan..
tp still aku takleh join..
sbb aku puasa ganti..huhuhu..

oh ye..skrg aku dah pindah tempat duduk..
ada laa sket privacy..sbb ada cubicle..
tp tade laa privacy sangat jugak..sbb aku share cubicle dgn boss kat sini..hahaha..
dok sebelah2 nih..
mana nak ada privacy nyeh..

so itu laa masalahnyeh..
org slalu tak pasan kewujudan aku di sebalik cubicle ini..
makanye aku slalu lg laa ditinggalkan ketike mereka pegi lunch..haihhhh..

mcm td..
setelah mencari-possible-rakan-sejawat-yang-selalu-ajak-makan-sesame itu..
hampa..
kerana dorang dah pergi lunch..
mungkin mereka ingat saya masih berpuasa? (weh...aku dah abes ganti weh....uuuu..sob sob..)

dgn perut yang dah lapa..
wa tak ingat mende dah..
wa terus je capai handbag, cari tmpt makan..
tp tu laa..
apsal sume org "lali" sangat tengok aku? (*lali dalam bahasa bengkulu = tak jemu2/asyik/tenung)
mcm laa korang tak penah tgk org lunch sorang2 kann..
weird sangat-kah?
ada aku soh korang bayarkan ke nasi aku tu?
aku susahkan korang ke?
duhhhhh...
tp lantak korang laa kann..
sbb aku kenyang jek..
alhamdulillah...

tp satu je laaa..
"its damn rude to stare ppl like that okkkee..pleaseee mind ur own business!"

Tuesday, October 21, 2008

take it easy, bebeh!

aku rasa tak best..
macam² ada dlm pale otak aku..
bercampo²..
sampai aku tatau nak pk yang mana satu..
dan tatau mana nak buat dulu..~sigh..
sib baik laa aku masih leh berpk dgn waras lg..
kalau tak, tah ape laa jadi kat aku ni..

satu² hal dtg..
ada yang best..really put smiles on my face.. :)
tp mostly..byk tak best dr yang best..
yg suddenly swing all the good moods into something hmmm..hard to explain..
haihhh..ngeluh lagi..

mcm kwn aku kate.."ko nih fragile jugak rupenye..ingatkan kuat"..
im like..
'nice to see..nice to hold..once broken, considered sold..'
hahahaha..kan dah sama cam barang² kaca..sungguh fragile!
tp aku tanaklaa sampai kene jual kannn..ekekeke..

hmmm..byk mende laa aku pk..
bukan 1-2..
mcm²..
jangan tanye ape bendenye..
sbb aku pun kadang² tak pasti ape yang aku pk..
bile dah start pk satu² tu..
mule laa merewang tah mane²..
end up, aku saket pale..

haiihh..this is not good for me..
Ya Allah, tenang²kan laa otak kreatif aku nih..
berilah aku kekuatan & ketabahan..
supaye otak aku boleh berpk secare sihat..
amiinnn...

Friday, October 17, 2008

what to do?

im bored..
need something to kill my time!
tp nak buat ape?

takkan tade keje?
..keje aku sume dah setel..

update blog?
..hmm..idea lom memunculkan diri..errghhh..

bloghopping?
..penat dah..almost sume dah browse..

main game?
..heheh..boleh ke?..takpelaa, gua dedikasi..main taim lunch hour laa..hahaha..

dahlaa aku posa..
kalau tak, leh gak jalan2 cari makan..
haihhhh...
help me out!!

Monday, October 13, 2008

tade hasil!

erkk..
berdebar lak rasa nak tulis entry ni..hahaha..
sbb gua baru dapat tau, readers gua dah bertambah rupenye..
pasni, gua kene tulis supan2 laa nampaknye..
sbb readers2 ini adalah di kalangan kaum keluarga gua..hikhik..
seram gak niih..kot2 gua ada terkutuk ke ape ke kannn..(tapi rasanye tade..hehe..)
tp kalau2 ada tu, maafkan saye ye, penunggu gua :D

so kak lin, ira tak restrictkan ape2..
sile laa baca..
tp ingin diwarning..(hahaha..warning nih kak lin.. :P)
blog ini mengandungi bahan bacaan yang tidak menguntungkan pembaca sama skali..
kerana isi kandungan yang merapu..
bahasa yang tunggang langgang/rojak..
ejaan yang ikut suke ati..
dan ia lebih kepada luahan rasa..ketidakpuasan hati..dan suka2 sahaja..
maka dgn itu, ia tidak digalakkan utk kanak2 di bawah umo 18 tahun ke bawah..
sape2 rasa dia tua, leh laa baca ye..hahahahah..

ok2 bebalik kpd ape yang aku nak update..
aku nak cite pasal last weekend..
parents aku ajak g JB sbb ada wedding..
memula aku refuse gak nak g..
sbb jauh tuuuu..

tp bile mama kata nak g Singapore, macam..woowwwwyyy!!!
sbb dah lama gile tak pegi..
tak silap, last time aku pegi, masa i was in form 2..
so hanya a few ingatan je terhadap singapore yang tinggal..kehkehkeh..

1. masa g sentosa island..
- tu pun sbb ada mug kat umah..yang ada printed gamba kitorang masa kat sentosa island tu.. so tiap kali guna mug tu, teringatlaa sket2.. :P

2. mkn kat Indonesian restorant..
- tu pun sbb ada soft crab shell yang disalut telur dan dibuat bentuk sangkar..pehhh sedap gileeee!! smpi skrg kitorang cari kat mesia, tak penah lg jumpe..

3. cubaan naik MRT..
- tu pun sbb kitorang pilih nama station paling best.."Ang Mo Kio"..
tapi end up itu adalah kawasan perumahan..nothing is special for us to visit there..not even shopping mall tau..ahahaha..alaa..macam kalau korang naik komuter, benti kat station kuang, or station kepong or segambut..haaa mcm tu laaa keadaan station tu..hahaha..

takat tu je laa yang aku ingat pun..
other than that, mmg ilang ingatan..
mama ckp, sbb lps tu, SGD dah naik kaw2..
sbb tu dah tak pegi singapore..huhuhu..

so bile ada peluang mcm ni..
mmg gua gunakan sebaiknye..
cume kali ni tak stay kat singapore..
kitorang dok kat The Puteri Pacific Hotel, JB..
dan amik cab je utk pegi negara jiran tu..

tapiiiiiii..
ape yang kitorang dapat???
hampa!!
sbb:
1. nak masuk singapore punye laa payah!
berape lapis punye security tah..
bukan kejap..we stucked almost 1 hour just to get into that country!
rasanye last time pegi, only 1 guard post je yang ada.. (tu lebih kurang 14 yrs ago laa..hahaha)
too many rules!
too strict!
silap sikit, too easy to get saman!

2. nak masuk sentosa islands skali lg..
dgn harapan tempat tu menarik mcm dulu laa..
tapi hmmpphh...
dia akan menarik dlm 2010!
skrg under construction daaaaa...hampehhhh!!
construction besar2an lak tu..
tp yang aku tak puas ati, dorang still kenekan $2sgd each person, n another $2sgd per car..
tp tade ape!!
ikut kate pak mahad, cab driver yang kitorang naik tu, dulu dorang kenekan $4sgd utk masuk..tp sbb under construction, entrance fee turun jadi $2sgd..
tapi kannn..kalau dah tade mende utk tourists tgk, janganlaa charge ape2 kannn..
tak munasabah langsung!!

3. pastu mintak pak mahad bwk g tgk statue singa tu..
Merlion Statue kot nama dia..
tp since sana takleh nak simply2 masuk jalan situ sini..
plus bangunan baru bercambah merate2, so mmg takleh nak nmpk statue tu dr jalan yang kitorang lalu tu..
even nak park kejap pun tak berani..
sbb singapore takleh nak simply2 park tepi jalan..
senang cite, takleh nak sesuka ati park anywhere laa..
kalau rasa2 nak byr saman, try laa buat..

so hampa lagi..
balik JB camtu je..without kuar dr cab pun..huhuhu..

senang conclude, mmg no excitement kalau jalan sehari camtu..
plus tempat yang ada nak pegi pun, under renovation..
lenkali kalau nak g, atleast stay 1 night laa..baru puas..
takpun, kalau nak balik ari gak, better naik MRT je..
tak yah susa2 pk nak park keta kannn..

kalau tak, buang duit byr cab je laa..
then buang masa tunggu turn nak masuk & kua country..
dan buang tenaga sbb frust! :'(

ni bukan Merlion statue yang aku nak tgk pun..
ini adalah replica yang tinggal dalam sentosa islands, which aku rasa soon to be demolished jugak..(see tade air pun kua dr mulut dia..)
time ni curi2 je benti tepi jalan..
tu je laa gamba yang ada kat singapore pun..
yang lelain, aku amik gamba bangunan2 di singapura..tu pun dr dalam moving cab..
nak tgk, anda sume boleh check dalam picasa sy nanti ye..(skrg tak dapat nak upload..tah nape failed lg :( )
sekian.

Thursday, October 09, 2008

hopeless!

eiiiii...marah aku tau..
dr smlm laptop aku buat hal..
buatkan browser aku jd weng..
sume page yang bukak, setting dia lari..
font type, font kaler, background kaler, kotak2..
sume lariiiiii!!!
eiiiiihhh!!!!

dia kate cache full, aku dah delete cache..
dah delete sume mende yang dia soh delete..
temporary ie files ke ape jadah sume tu..
tp ia tetaplaaaa weng!!!!
ko nak ape ni haa??

sampai aku nak update blog pun, not even one icon is available to use..
apekah??
dah tu cemana aku nak upload gamba, letak link dan sebagainye???

pastu macam smlm..
aku try laa upload gmba raya thru picasa..(ye laa..dah browser takleh nak guna kannn..)
pun sengal jugak!!
tak lps2..slalu tu ok jek..
dgn laptop ni laa gak upload pun..
eiihhh mmg menguji kesabaran betul laa..
sampai laa waktu nak balik aku try tau..
tah nape, asek failed..
nak upload satu2 kang, sampai lusa tak abes..
%*7$@!!
sian ann..lame tunggu gamba raya aku ye..hahaha..

pastu balik umah, aku try upload skali lg..
alhamdulillah ok..
kalau tak, mmg dgn picasa2 tu aku banned skali..
termasuk laptop nih..

so korang leh check kat picasa aku ye..
sorry, aku tak dapat nak link kan..
as i said, browser aku nih is still weng at the moment..
icon nak buat link tu is currently missing from this editor page..
errghhh..macam2 laaa...

tp yang aku pasti, lps aku buat cleaning smlm laa ni..
tetibe start jadik camtu..
tp regular cleaning jek..
sama cam aku buat sblom2 nih..
tp tak penah laa pulak dia jadi sengal sampai camtu...
heiihhh..ada jugak aku format laptop ni kanggg...
tp barang byk!!!!
&%^@!*^%#*!!!

Tuesday, September 23, 2008

tik tok tik tok..

ya rabbi..
apsal laaa lembab sangat taim ni berjalan..
dah puas sume email aku baca..
dah puas aku buat blog hopping..
dah puas aku godek2 blog aku..
tinggal tak main game je nih..

tp result yang aku dapat..
lapa..
ngantuk..
saket badan..
haihhhhh..

yang lg buat sakit..
mcm jam tu bergerak dgn kadar yang sangat perlahan..
issshhh selowwwww sangat-lah!!

sangat berbeza dgn smlm..
smlm punyelaa aku ralit..sampai zohor pun leh terlepas..
sedar2 dah 4.32pm..(astaghfirullah alazim..)

tp arini, punyelaa lmbt..
sampai aku macam mengire saat bile zohor nak masuk..
tik tok tik tok..
ergghhh!!!
gua sangat free sampai gua bosan tahap dewa dah nih!!!
tolonglaaa cepat kol 5pm..
aku nak balik umah!!
aku nak cuti cepat!!
aku nak rehat!!

Tuesday, April 08, 2008

tade tenage..

hehehehehe..
wahai kawan² sekalian alam..
bukan gua tanak apdet..(ari² gua nak apdet beb..)
bukan gua tade idea..(gua ada byk mende nak cite..)
bukan gua suke² bia blog gua ada sawang..(eh, dah bersawang ke??)
tapi...
gua tade masa!!!
haihhhhhh...

lately keje gua menimbun..
sume nak kene siapkan ujung bulan nih..
gua ada 2 tangan jek..ngan 1 otak yang lom nak benti berpikir..
tangan tu laa nak menaip..otak tu laa nak tolong cari idea ape yang gua nak taip..
tangan tu laa nak drive keta..otak tu laa yang ligat cari jalan mane tak jem..
tangan tu laa nak makan..otak tu laa tolong remind "jangan mkn byk sangat..nanti gemuk.."

bile otak tak benti pikir, satu badan jadi penat..
tmbh plak lg ngan kepenatan ulang alik rawang-subang USJ..
ulang alik tu leh maaf lg..
yang ulang-alik-makan-masa-sejam-sengah-kadang²-2jam-nak-sampai-umah tu yang aku hangin..(dah boleh sampai ipoh dah aku!)
jem makin teruk..tah pesal..

asal ujan je mesti jem..
asal jem je mesti sbb ujan..
ke mungkin sbb keta makin byk?
atau mungkin sbb musim jem sedunia?
atau mungkin sbb aku dah tade tenage nak harung jem??
haihhhh penatnyeh!!!

nanti bile aku dah kurang penat, aku apdet sume² cite yg ade ye..
sementare tu, bia laa bersawang dulu.. :P

Thursday, December 27, 2007

it wouldnt harm sometimes!

aku nak cite pasal smlm..
masa on my way back home..

it was raining..
memula tu ok² je..
but then getting heavier..
bile ujan dah start lebat tu, aku pun tuka plan..
aku rasa better balik ikut Guthrie je..
sbb aku rasa sure jam gile kalau ikut NKVE..
slalunye bottle-neck lps tol ke arah KL..
kalau ari biasa yang tak ujan pun sangat jam..
ni kan pulak ujan..
lom tmbh kalau ada banjir ke hape..
hmmm...

so Guthrie it is!
walaupun beza tol NKVE ngan Guthrie = rm1.30..
dlm ati "mahal pun mahal laa..asalkan aku tak letih stuck dlm jam lelame.."
masa tu aku senyum je..
sbb pikir dapat elak jam..so aku sampai umah cepat! yeay!

tp tak lame pun aku leh senyum..
sampai kat traffic light, pehhhh..traffic jam!!
tersekat lame lak tu..
tah bape byk traffic light yg ada kat situ..
and each traffic light aku tersekat about 10mins..
hmmm maveles!

pastu malang lak lg, radio aku plak rosak..
takleh nak on..fius terbako ke short ke hape ke..ntahlaa..
so senyap sunyi laa dlm keta tu..
yg dengo, bunyi ujan ngan wiper aku je..huhuhu..


notice yang belah bwh tu?
haa yang tu jam aku..pun mati gak..hahahha..
tah ape kene ngan keta aku..
tgh² drive masa on the way g airport nak amik ajim, dia padam..
(selingan: ajim dah balik..cuti..will be kat mesia 25th dec 2007 - 17th jan..yeay!! hehehe..)
ok sambung, cuak sebentar beta!
ingat bateri kong..hihihi..
tp check wiper, power window, signal, lampu sume ok..
so tade ape laa pun..abah kate, "fius tu.."
huhuhu..tu laa..cuak je lebih! :P

lps stucked lebih kurang 1/2 jam, baru laa lps ke Guthrie highway tu..
alhamdulilahhh...
tapi...
tetibe..
ujan yang amat sangat lebat!


notice tak meter aku? hahahhaha..
i cannot go more than 60km/h!
punyelaa lebat, sampai tak nampak jalan!
wiper aku tu, laju je sket lagi, tertanggal terus dah..
so for precaution, aku amik lane tengah je..
sbb lane kiri & kanan, air bertakung..
silap² buleh skid woooo..
bahaye bahaye..

last² aku sampai umah kol 8oopm gak..
lebih kurang same je kalau aku ikut normal route aku..huhuh..
nak sangat elak jam..
haaa last² jam jugak..tol mahal lak lg..
padan muke aku kannnnn...hahahahha..
so pengajaran, ikut je laa routine biasa! :P

Monday, December 10, 2007

..if u were in my shoes?

..08/12/2007..
my kazen's wedding..
letih..penat..
dr 10.30am up to 5.30pm..non-stop-service layan tetamu..
not just physically exhausted..
tp mentally tortured jugak!

FAQ (frequently ASKED questions) for not-yet-married-siblings/cousins:
1) "bile nak gitu²?" (siap dgn isyarat tangan..hmmphh..)
2) "yang ni bile lagi?"
3) "bile nih? dah lama tunggu nih.."
4) "tak teringin ke nak mcm ni jugak?"

and my most FAA (frequently ANSWERED answers):
1) "insyaAllah..ada nti, ada laa kadnye.." (ni kalau mood nak menjawab aku ok..)
2) "esok! datangla ye.." (majoriti kalau aku jawab yang ni, sume terus terdiam..hahahaha)
3) "aih..lame buleh tunggu..takkan takleh nak tunggu lagi? sesabo laa ye.." (sakastik??)
4) "....." (aku senyummmmm je...ni bile aku rasa malasssss nak jawab pape...)

btw, believe it or not, the question wont stop there nway..
bile dah kawen, soklan dia lain plak..
"bile nak ada baby?"
bile dah ada first baby..THEY will ask..
"bile nak ada SECOND baby?"
bile anak dah beso..
"bile nak sambut menantu?"
haihhh..
agree???

hmm..
can't u guys just observe and listen?
kalau ada, ada laa kann...
kalau tade, diam² sudah laa..
yang sebok² pasal orang tu nape?? haihhhh...
bak kate bos aku "berat mate memandang..berat lg bahu yang memikul.."
dan aku sangat setuju! hihihi..

tp nak buat cemane..
mulut tempayan buleh ditutup, dibungkus, dibuang dalam sungai..
mulut orang??? sendiri tahan tinge laa..
kalau boleh di stapler, kan ke bagus?? hahahaha..



..with the bride..


..jiji & emi with the couple..

aku dan aku dan aku..yg penat jawab soklan :P

to Ajom & Zaiham..
Selamat Pengantin Baru.
semoga berkekalan selamanye :)

Thursday, November 29, 2007

follow the flow or gone with the wind?

refer to previous entry..
commented by hairil: "entry nie berbaur gembira ... tentu entry seterusnya berbaur sumpah seranah"
hahahaha..mcm tau² jek!

sbb?
like commented by ann, patutnye tuka tajuk previous entry tu: "back to MIDA,againnnn?????"
yep..bebeh!
aku dah kembali ke ofis user! hahahaha..
kali ni lg best..kene tumpang bilik training..
sbb pc aku kan dah selamat di set up di HQ ku itu..
haihhhhh..yang ni mmg mcm pendatang..
pendatang tanpe pc..huhuhu..
apelaa nasibku..

mmg memula aku rasa nak menyumpah..
tp..rasanye dah letih nak hamburkan sumpah seranah..
sbb things wont get any different anyhow..
hmm..aku dah tatau nak rasa ape..
maybe..
rasa lali?
rasa "lantaklaaaaa.."?
or rasa "ok, i know this will happen..again.."?
huhuhu..

takpelaa..
just go with the flow..kan??
sini best gak pe..
dekat ngan midvalley..klcc..jalan TAR..kehkehkeh..

since berita kate projek ni dah nak tutup, tetiap ari laa ada je org tanye..
"ko katne? kat M**A lg? kate dah abes.."
aku akan jawab: "bukan korang je ingat dah abes..aku dr dulu dengo kate nak abes dah.."
besides, aritu pun dah ada "Appreciation Lunch" kat menara KL..
ingatkan setel dah sume..
rupe²nye maseh ada yang keciciran..ngehngehngeh..
biasalaa..lg dah ujung² nih, lagi byk laa permintaan mereka..

so pasni, jgn tanye lagi ye, aku kat opis mane..
sbb aku would be travelling here and there..
until everything's closed..which i cant even tell when will it be exactly..
till then, let me finish up all the left-over tasks..
sama ada aku rela ataupun tak..huhuhu..

p/s: aku ada byk gamba entry-with-pics nak update..
tp hingga saat ini maseh lom dapat nak upload..sbb masih kekurangan alatan..
later i'll update sekali gus laa ye..heh..

Friday, October 12, 2007

esok hari raye!! esok hari raye!!

yeay!! esok raye!!

heheh..orang ramai dah start cuti..
mane yang kampung jejauh tu, sume dah cuti..(dah selamat sampai kampung pun kot..)
ada yang dr ari rabu lagi dah start cuti..hmm..
(tapi best woo!! jalan clear gile..kalau nak baring2 tgh2 jalan pun buleh..kehkehkeh..)

aku plak tak cuti²..
org lain dah happy² excited nak raye esok..kemas umah ape bagai kann..
aku???
kat opis la nih..huhuhu..
bukan aku tak happy nak raye..bukannn..
bukan aku saje tanak kemas umah..bukannn.. (umah aku bsepah² lg nih...huhuhu)
bukan cuti aku dah abes..bukannn..
tapi aku mmg saje tak amik cuti byk..(fyi, aku apply cuti sehari je..kirenye sampai raye ke-4 je laa..)

sebabnye..aku nak simpan cuti..utk ujung tahun nti..
planning on vacations..yeehaa!! (tu pun kalau ada rezeki laa..heheh)
balance cuti aku tahun ni dah tak byk..tu yang aku risau tak cukup..
kalau aku g awal tahun depan, takpe gak..balance cuti banyak lg..
kalau g ujung tahun ni...hmm macam..macam..tak brape nak cukup laa..

so takpelaa..kire aku bkorban sket laa jage ofis..
kalau is tak cuti sbb kene jage freezer, aku tak cuti sbb jage printer..(buleh camtu alasan aku??hihihi..)
alaa..lgpun aku nak cuti raye lelame pun nak wat ape..
kampung aku bukannye jauh pun.. (ari² pun aku balik kg.. :P)
plus, aku rasa tahun ni macam kurang meriah laa..dah tak same mcm tahun² lps..
aku tak rasa excited pun nak raye..macam same jeeee...hmmm...
ke sbb aku still dok ofis skrg nih?? hahaha...

so peeps, di kesempatan nih, aku nak ucap..
Selamat Hari Raye Aidilfitri 1428H..
aku mintak ampun & maaf sekirenya ada silap salah atau terkasar bahase selame tempoh perkenalan/persahabatan kite..
dosa² korang kat aku (kalau ade laa..), aku dah maafkan.. :)



for those yang balik kampung tu, safe drive ye..
semoga selamat pergi dan kembali..
"ingatlaa orang tersayang..anda mampu mengubahnye.."

yang mane tade kampung, jemputlaa dtg beraye kat umah aku..
(umah aku kat kampung gak tau..hehe..)

Monday, October 01, 2007

no more router :'(

hmm..lame dah aku takleh connect to the internet thru my lappy..
aku kire² ada dah lam 2weeks.. :'(
sbb tu laa entry² agak tidak diupdatekan.. (fyi, yang aku update² nih sume kat opis..huhuhu)

slalunye aku connect gune router..so aku dgn happynye leh access wirelessly dr dlm bilik..
privacy sket aku nak mengarang ke hape kan..
tp sbb tiada precautions awal, makanye router itu telah menjemput pelbagai jenis virus utk melemahkan sistem komputer adik aku..
which, main pc connected to it laa..
aiseh..

dulu slalunye bile router buat hal (slalunye tang bile lembab gile nak stabil, takpun sampai ke sudah tak connected gak), dorang nih buat direct connection je..
tapiiii...
aku slalu marah dorang sbb bile camtu, aku tak dapat nak online same..
pastu dorang plak marah aku sbb bile gune router..dorang nak access to the internet jadik lembab..
tp fair n square laa kannn...ngehngehngeh..
walaupun lembs..tapi ianye penggunaan bersame..hihihi..

tp bile aku tengok keadaan pc dorang tu makin parah, aku pun mengikut kate laa..
terpakse laa beralah..
aku takleh nak online thru router lagik..
skrg kene gune direct connection je..
so maknanye, aku kene bersame2 bertolak ansur menggunekan pc yang satu itu..
hmmm..tak best sungguh! tade privacy.. :(

tp kdg² aku tatau ape jadi..even direct connection pun tak jalan..
uik?! mmg makan dalam laa virus ni kann..
aku dah check sume...sume ok je..takde yang pelik pun..
DSL pun tak blinking..
tapiiiii..mana network ku???
mungkinkah ianye jangkitan virus??
bile jadik camtu, aku try alternatif lain..
aku tarik connection tu..try connect dr my miss lappy..
same jugak!!
hmm...musykil nih!! adekah bil tak bayo lg?? tidak..
adekah lappy ku juge turut menjadi mangsa virus?? tidak juge..dia dlm keadaan yang baik je..
adekah streamyx yang mmg tgh down?? hmm memang laa tuu...

so kpd rakan² taulan sekalian, bile anda² tidak menjumpai saye di alam siber tatkale remang² senja mahupun tatkale malam menjelma..
bukan saye komited sentiase..bukannnnn..(kdg² je..hehehe..)
ini adalah kerane:
1) saye tidak ada mood nak online di bilik adik saye..
2) saye tidak mahu mengganggu ayah saye yang kini berehat di katil ajim.. (since dia takleh byk bgerak, katil ajim is the best place for him to rest..dekat ngan toilet kegemaran dan meja ubat dia..)
3) tade privacy..huhuhu..
4) mmg tak best laa..hihihi..

unless aku betul² dah sangap, dah tatau nak buat ape..
atau ada bende yang betul² force aku utk meng'online'kan diri, barulaa aku gagahkan diri online jugek..heh..

arrghhh wanted my wireless world badly!! uhmm...

Wednesday, May 16, 2007

oops KTM..u did it again!

arini i reached d office kol 1015am..
sbb? train komuter rosak di tgh2 jln..
selama 1thn 9bln aku naik komuter ulang alik g ofis, 2kali je penah blaku perkara camtu..
first, train tu rosak masa stopped at Kuang station..terus mati enjin, then sume passenger diminta keluar dr train utk naik train seterusnye..we were lucky at that time sbb the platform was just outside the train..and we didnt have to wait so long..
but this time, very unfortunate! train tu mati enjin in between Segambut & Putra station..i think about 700m from Segambut station..kiri kanan hanyala semak samun..cemana nak keluar..at first ingatkan train tu tgh tunggu signal utk jalan..but then after a while..the aircond was gone..as well as the lights..everyone is calmly waited for the first 10mins..tp bile dah masuk 20mins, sume dah gelisah..some of them were looking for fresh air (nasib baik pagi..kalau time balik keje, tak dapat bayang bau dlm tu cemana..euuww!) pastu ada pekerja KTM opened up the door..and ada this chinese guy was trying to help by unlocking the window..what a saviour! heheh..

and bile masuk 30mins, sume dah start keluarkan hp..masing2 inform their office bout the unexpected circumstances, as the reason for being late..heard ppl moaning and groaning..it wasnt so bad for me sbb i have a seat..but sgtla kesian to those yang berdiri..lagi2 plak for women yang pakai heels...o been there, done that..menyebabkan kekejangan betis!

hmm..just after has been stucked in the train for 45mins, barulah terasa train tu berundur balik ke Segambut station..rasanye ada train lain yang tarik..or maybe jugak org2 KTM sendiri yang tolak? hmm yang tu kurang pasti sbb tak nmpk..heheh..

sampai kat station tu, sume berpusu2 keluar..some of us pegi platform belah sana..sbb dah ada train yg menunggu..but i just stayed kat platform belah sini sbb i know it wouldnt fit for all..lgpun ada announcement yang mintak all the passengers to wait kat platform belah sini je..for the train will be coming in another 10mins..tp bile sampai train tu, sume berebut2 naik..surela tak muat kan..lgpun, alang2 dah lmbt, takyah la nak rushing2..and for sure, tak dapat tmpt duduk..
so i decided to wait for the next train which has been informed to be arrived in another 8mins..and this time, alhamdulillah..train tak penuh :)

it was a tragic moments! kelakar pun ada..mcm2 ragam manusia boleh kite tgk..
hopefully this kind of problem tak jadi lg di masa2 akan dtg..please la KTM, do something..ppl are paying for ur services..bukan naik free..kalau boleh gantikan la train2 yang rosak tu dgn yang baru...we, the passenger, deserve a better service from u guys..kitorang dah sahut kempen kerajaan utk gunakan pengangkutan awam..so do not take it for granted! actually dah byk kali dgr pasal train rosakla..delayed la..ingatkan lesson learnt! one day, kalau penumpang makin berkurangan, jgn tanye kenape..u should have known the reason by then..and do not blame us for that!