Showing posts with label pregnancy matters. Show all posts
Showing posts with label pregnancy matters. Show all posts

Tuesday, February 09, 2016

oh hati, bertabahlaa..


Sebelum aku call PMC to set appointment, mmg aku dah buat research sikit pasal hospital tu..
asalnya plan mmg nak bersalin kat situ pulak utk pregnancy kalini..
ada 2 doctor gynae yang tetap - Dato' Dr Zarul Azham & Dr Wan Ratna..
research shown byk good review on both doctors..

Rabu, 27 January 2016 - aku call PMC untuk set up appointment..
harapan memula mmg ingat nak check up dengan doctor perempuan.
tp masa tu katanya Dr Ratna dah habis kerja at 1pm..
ada doctor locum, Dr Norlela akan start pukul 5pm  - 8.30pm..

at first ingat nk try je dengan Dr Norlela tu..
tp bila fikir-fikir balik..dia hanya akan dtg rabu & ahad sahaja..
so if mmg hv to do d&c, aku kena tgu ahad ke?
discuss dengan Ijoy, then decided better proceed je dengan Dr Zarul..
since dia mmg fixed doctor, plus dia pengarah & pakar bersalin kat situ..
lgpun, byk dgr review gynae lelaki lagi gentle..(ya I know, tak semua laa..)

Receptionist bgtau Dr Zarul will only available on the next day, Thursday..
so at about 9.45am Thursday, aku bertemankan Khilfi & papa sampai di PMC, lepas settlekan Khalesya & Khalef pergi sekolah..
as what has been told by the receptionist, Dr Zarul tak ramai patient..
maybe ramai prefer check up dengan doctor perempuan kan..

10.15am, turn kami sampai..
kami bagitau what had happened to the 18wks fetus..
he did the ultrasound and confirmed that there was no sign of baby's heartbeat..
size fetus pun mmg tak grow..size dia hanya sekecil janin at 14wks..
and Dr Zarul found out that macam ada lebam di bahagian kepala..
oh my baby :'(
sekali lg air mata bergenang..

Dr Zarul then bgtau all the procedures sbb dah confirm mmg kene buat D&C..
and all the necessary things need to be done lepas dia bg balik janin..
dia tanya whether nak buat kat previous clinic ke atau nak proceed dengan PMC..
for sure a big NO laa kat prev clinic tu sbb confirm tak dapat balik janin kan..

10.30am - register untuk masuk ward
10.45am - tukar baju, makan provided lunch & masukkan ubat untuk flush isi perut..start puasa..
11.45am - Dr Zarul datang untuk masukkan ubat..(its a special ubat & very expensive RM500/pc - mmg khas untuk kes keluarkan janin yang dah meninggal di trimester kedua)
in between sblm 4.30pm - Dr & nurses keep on checking whether dah ada rasa sakit/rengat
4.30pm - nurse bg ubat makan yang dipatahkan dua, maybe sbb nak bg dos yang kecik je..tak pasti ape nama ubat..cuma diberitahu ubat tu untuk cepatkan proses bukaan rahim dan lembutkan rahim mungkin
5.45pm - pecah air ketuban
6.10pm - keluar darah
6.30pm - janin keluar dengan lembut..tanpa perlu mommy teran :'(
tapi uri tak ikut keluar sekali..
midwife tu ckp if uri keluar semua sekali masa dengan janin, tak payah dah buat D&C..

so sementara tunggu Dr Zarul sampai, aku urut-urutkan perut sbb masih rasa rengat-rengat..
tak lama lepas tu rasa macam ada ketulan besar nak keluar..
seperti yang aku jangka mmg uri bila aku panggil midwife tu check..
tp still katanya kene jugak buat D&C sbb uri tak keluar habis..
dia takut still ada leftover..

lepas dia tukarkan lapik untuk tah yang ke berapa kali, aku urut-urut perut lagi..
sbb Dr Zarul still belum sampai..
Ijoy pulak masa tu nak turun g solat maghrib sbb dah nak pukul 8pm masa tu..

aku teruskan jugak urut perut yang still rasa tak selesa..
tak lama lepas tu rasa byk darah keluar..
aku biarkan dulu..belum lg nak panggil nurse..sbb baru je rasanya tukar lapik..
darah mencurah-curah keluar..masa tu aku rasa tu mmg prosesnya kot..
tiba-tiba..pandangan aku rasa nak gelap..
cepat aku tekan butang panggil nurse..aku bgtau aku nak pitam!

antara sedar tak sedar aku nmpk lebih kurang 6-7 org nurses/midwives sekeliling aku..
kiri kanan tangan aku kene cucuk sbb nak masukkan drip..
sorang letak gas oksigen..
sorang tolong check BP..
sorang check pulse rate..
yang lain-lain tolong siap-siapkan aku untuk masuk dalam OT..
Allahu akbar!
Aku mmg takde daya nak gerakkan badan..aku hanya berserah pada Allah masa tu..

sampai di OT, aku menggigil satu badan..
sbb sejuk sampai mencucuk-cucuk tulang..
aku hanya mampu ckp.."sejuk..sejuk.."
nurse cepat-cepat tambah selimut kat badan aku.."OT mmg sejuk, puan..tak boleh nak buat ape.."

masa tu aku perasan jam menunjukkan 8.40pm..
tak lama lepas tu Dr Zarul masuk..
dia tanya ape BP aku sblm tu..they said some 30 above ape tah..
yang aku dgr Dr Zarul cakap.."hah? tu dah tahap pengsan tu.."
"ye..mmg patient almost pengsan tadi doktor.." jawab nurse..

then diorang siap-siapkan aku untuk proses D&C..
Dr Zarul mintak aku mengucap..

sedar-sedar, nurse kejutkan aku..dah ready nak masukkan aku dlm ward semula..
masa tu aku nampak Ijoy & Khilfi tunggu tepi pintu..
sampai kat ward aku 7-1, aku tanya dah pukul berapa..
Ijoy ckp pukul 9pm..
so maknanya the D&C process just amik masa dlm 20mins lebih kurang..

sampai ward, Ijoy bg aku air..suapkan aku makan..ye laa baru nak berbuka puasa..
tengah-tengah bg makan, nurse datang check BP & pulse rate..
Ijoy masa tu bgtau aku, dia nanti balik kejap nak tanam janin, then datang balik temankan aku untuk malam tu..
nurse dgr, dia bgtau yang ward aku tu is an Open Ward (Ward 7)..takde sape boleh tunggu..
kalau kitorang mintak nak duduk Single Ward, boleh laa Ijoy jagakan..
oh well, sbb kitorang tak jangka laa akan bermalam kat situ..
mmg takde laa mintak tukar ke single room pun..
sbb if everything goes well dan aku tak pitam..for sure boleh balik dah malam tu..
ni bila diorang tgk BP aku turun naik mendadak, kena laa stay 1 malam untuk diorang monitor..
tepat pukul 10pm, guard dah start halau..

sayu sangat rasa..
dah laa kena tinggal sorang-sorang.. (ok, mmg mengada lebih :P)
emosi pulak kejap ok kejap tak..

frankly speaking, sangat susah nak terima kenyataan bila tgk perut yang dah takde isi..
sangat mixed feeling :'(
lagi-lagi bila terbayang-bayang janin lelaki yang nurse tunjuk tadi..
anak mommy dah besar tapak tangan rupanya..
semua dah form elok..

Aku cuba redha..kita hanya merancang, Dia jua yang tentukan..
tp aku percaya, Allah has better plans for us..

Terima kasih kepada semua rakan & keluarga yang mendoakan & memberi sokongan dan tak putus memberi kata-kata semangat..
Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

Terima kasih pada all doctors & PMC staffs..sangat-sangat baik dan sangat prihatin..
servis terbaik, mmg aku recommend sape-sape yang masih mencari tempat bersalin..
walaupun hospital taklaa besar mana, tapi kelengkapan semua ada..
plus very islamic-practice kind of hospital..
oh they are now tgh dalam construction, nak expand lagi hospital tu..
so please expect ada sedikit bising due to bunyi mesin & kerja-kerja pecah bangunan..

Terima kasih pada mama & abah sbb tolong jagakan kakak Khalesya & abang Khalef selama kami berada di PMC..

and very special THANKS to papa yang sentiasa berada di sisi mommy seawal kami terima berita sedih tu..
walaupun mommy tau papa pun sebenarnya sedih, tapi tak tunjukkan sikit pun kat mommy..
sentiasa pujuk mommy, hug mommy dan bagi kata-kata semangat bila mommy sangat-sangat perlukan..
tolong handle anak-anak kat rumah selama yang mommy kena pantang..
sampai sakit-sakit badan papa uruskan semua kerja-kerja rumah..
Thank you so much sayang for your endless love & support..
I am so blessed to have you in our life!
Kita sama-sama be strong, ini ujian Allah tanda Dia sayang kat kita, kan?
dah dua anak syurga tunggu kita di sana nanti.. :)

Sesungguhnya perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..
semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
"La tahzan, innallaha maana"


Sunday, January 31, 2016

Is there still a light at the end of the tunnel?

Today is the end of January 2016..
My last post was in August 2014..
No post at all in 2015, the year I started becoming a full time mother & housewife :)

Bila tgk2 blog balik, tak byk post untuk Khilfi..
sorry sayang..mommy mmg tak menang tangan..
nak duduk ngadap PC ni pun, curi2 masa..
soon..jika ada masa terluang sikit, mommy update pasal adik ok! :)

Around hujung Sept 2015, mommy disahkan pregnant lagi, Alhamdulillah..
the EDD should be 26 June 2016..
walaupun ada sikit kerisauan di hati sbb our financial agak tight bila Khalesya & Khalef dah start schooling..
tapi amazingly, at the same time, mommy bersyukur sangat dapat rasa lg perasaan indah bila having a baby inside the womb..

Cuma mmg lain rasanya untuk this 5th pregnancy..
kenapa 5th? sbb yang first dulu kan miscarriage..(read:tiada lagi pagi yang cerah )
this time around, rasa penat sangat..
1. maybe sbb pregnant dalam 30++yrs..
2. kena handle anak2 yang tengah melasak..
3. doing all housechores non stop..
4. actively keluar masuk rumah pick up & hantar anak2 sekolah yang timing tak sama..

ye laa, pregnancy yang lepas2, byk duduk dalam ofc kan..dapatlaa rehat jugak :)

Check up untuk first 7months mmg biasa di Klinik Pakar Bersalin Ganesan, Rawang sebelum proceed pergi hospital untuk bersalin..
Mula2, everything is fine..
at 8wks, 14wks, baby grow mengikut growth yang sepatutnya..
actively moving & heartbeat pun beating normally..

Cuma on Tuesday, 26th January 2016(Khilfi's birthday)
its time for mommy's 18wks check up..
the day yang sepatutnya bawak berita gembira sbb boleh dapat tau gender baby (well, mommy & papa was hoping for a girl sbb nak bg kakak lesya kawan), turned out sebaliknya..
Dr Ganesan's face berubah bila dia scan tak jumpa baby's heartbeat.. dia tanya sama ada aku ada jatuh atau demam.. I said NO, NO AT ALL! :(

At first dia kata heartbeat lemah..sbb mmg dengar slow sangat bunyi..
Lama dia zoom in & out..just to make sure..
tp dia confirm tu sebenarnya bunyi blood flow..bukan heartbeat..
tiba-tiba aku rasa tak jejak bumi dah..
terbayang2 lagi macammana perasaan losing a baby masa first pregnancy dulu :(
Ya Allah..sesungguhnya aku tak kuat :'(

Bila sister(doctor's wife) terangkan the procedure to do the D&C, sbb ni miscarriage on 2nd trimester..
procedure tak sama dengan D&C masa 1st trimester sbb baby dah besar..
Papa tanya whether diorang akan pulangkan janin..
they said takkan pulangkan sbb takut hancur..
dia bgtau if nak buat kat klinik tu, datang balik lepas 3days to confirm again..which is on friday..
masa tu mmg kami decided takkan buat kat klinik tu..
sbb if the procedure sama je macam aku bersalin normal, janin takkan hancur..dia akan keluar dengan keadaan sempurna kan?!

Balik rumah dengan mata yang dah bengkak2, discuss dengan family..
at last we decided to get 2nd opinion at PMC Sungai Buloh due to byk reason..

Dengan linangan air mata, mommy pray so hard..
hoping that theres still a miracle..there is still a light at the end of the tunnel..
Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku.. sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

Saturday, February 01, 2014

Welcoming 2014 with new bundle of joy :)

It has been a year since my last post!
(Ape punya blogger daaa.. hahaha..)
For the same old reason, tuntutan kerja dan perjalanan ke ofc..rawang - putrajaya..adalah sangat exhausting!
Balik rumah jangan haraplaa nak duduk ngadap laptop lg kann..
but sejujurnya aku mmg rindu nak merepek dlm blog..huhu..

Ok back to the title..
introducing our latest addition to our small family..FARIS KHILFI. .
born on 26th January 2014, 2.53AM..
weight at birth - 3.3kg..

Getting ready to go home :)

Sebenarnya EDD si kenit ni tak sampai lg..
masa aku tulis ni pun,  dia sepatutnya masih lg berada dlm perut mommy ni haa..
his EDD should be 10/02/2014!
Tp sbb dia tak sabar jumpa papa, mommy, kakak lesya & abg khalef, dia buat grand entrance seawal 2 weeks from the actual date.. :D

Masa tu kitorang balik rumah kajang (my in-laws)..
jumaat malam 24hb..masa tu hanya rasa braxton hicks je..no contraction at all..
plus agak awal kan..so aku tak expect anything pun..
cuma masa the next day 25hb aku rasa a bit tak sihat..sakit kepala, batuk..plus dah start ada rasa contraction..
so the whole day aku melepek je..tak larat nak bergerak aktif sangat..

Janjinya nak balik rawang petang tu..
tp alih2 kol 11mlm gak baru gerak balik..
Masa otw balik tu, aku dpt rasa contraction makin kuat dan kerap..oh lupa nak mention, masa ni naik pick up truck si husband..sangat bumpy! Langgar lubang sikit, mmg bergegar satu truck..tiap kali bergegar tu laa, contraction menyerang, phewww Tuhan je tau sakitnya!!

So sepanjang perjalanan nak balik ke rawang tu, ijoy kene bawak laju-slow-laju-slow..
laju sbb nak cepat sampai..kesian tgk aku mengerang tiap kali truck bergegar..
slow sbb bila nmpk jalan tak rata yang akan menyebabkan truck tu bergegar..huhuhu..
oh ya..plus si khalef lak duduk depan dgn aku..main ipad..kadang2 dia tak perasan siku dia dok menekan perut mommy..adehhh..

Dalam pada menahan sakit, aku terpikir nak singgah terus je hospital..
tp bila pikir2 balik..bag yang nak bwk g hospital tu kat rumah rawang..termasuklaa surat nak masuk hospital..plus mana tau terus masuk labour room nti, sape pulak nak tgkkan 2 beradik tu. .

so kitorang decide balik rawang je dulu..

sampai rawang masa tu dah 12 lebih (dah tukar haribulan dah..)
nasib baik mama ngan abah belum tido..so aku boleh tinggalkan lesya & khalef dulu ngan diorang..
sementara ijoy g balik umah amik segala barang keperluan, (umah kitorang dpn umah mama ni je..) aku cuba tidokan khalef..tp khalef mcm tau2 je nak ditinggalkan, dia dok merengek nak berpeluk ngan aku..sayu je tgk dia.. :'(

Pujuk punya pujuk dlm pada menahan contraction tu..khalef still merengek taknak lepaskan mommy..
last2 aku terpaksa gak tinggalkan dia sbb contraction makin lama makin kerap..
along the way nak sampai ke hospital tu, (oh kalini naik keta aku lak..kurang laa bumpynya..huhuhu..) aku tgk ijoy passng hazzard light + speeding smpi 160km/h kat highway..
sampai kpj damansara hospital around 1.15am macam tu..

terus g kecemasan, and nurse tu tolak aku dgn wheelchair terus pergi maternity ward untuk ctg monitoring & check bukaan..
Masa midwife check, 5cm sudaaaa!!
Terus masuk labour room..labour room kalini lain dgn labour room masa lesya n khalef..

Disebabkan bukaan dah byk, midwife pun tak sempat nak bg aku any painkiller..hanya gas enthonox je yang boleh diambil..
ikut rekod 2 kali bersalin yang lps, diorg akan bg penthidine..sbb aku mintak tu je sbg painkiller..a big NO for epidural! Dan sbg precautions utk kes injap jantung aku, diorang akan dripkan antibiotics..
tp sbb semua berlaku dgn sangat pantas, penthidine takde..antibiotics juga tak sempat..so hanya gas enthonox je yang jadi peneman aku masa contraction..dan sementara nak tgu doktor sampai..

Hmm ada pros and cons bersalin waktu pg macam haritu..
1) Jalan nak g hospital mmg lancar..tak sampai setengah jam dah sampai DSH..cuba bayangkan kalau pagi waktu bekerja..mau 2 jam lebih baru smpi..
2) Aku dah rasa nak bersalin sangat dah masa tu..tp disuruh sedut gas untuk tahan sakit..katanya bukaan belum sepenuhnya dilated..padahal diorang nak tgu sampai doktor datang..haihhhh..ni bukan first time aku bersalin..aku tau sangat rasa kalau dah fully dilated! Untuk elakkan aku teran sblm masa, diorang siap suruh aku mengiring ke kiri..masa tu Tuhan je yang tau betapa hazab disuruh tahan/kepit padahal kepala baby dah nampak kot!

Masa doktor dtg, dia soh kangkang..masa tu midwive bgtau kepala dah nmpk..terus dia ambil tempat, dan soh push..first and second push, kepala dah lepas..bila dia soh push again untuk lepaskan bahu, aku dah tak rasa urge..tp cuba gak teran..alhamdulillah 2.53am, baby selamat dilahirkan..

alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
Tanpa sebarang alat bantuan..no vacuum,  no forsep or cesarean..
tanpa sebarang painkiller..
hanya beberapa push, baby dapat dilahirkan..
koyakan pun sikit je..which at first doctor decide tak payah jahit..tp sbb ada sikit bengkak..so jahit la jugak sikit.. (katanya sbb aku teran sblm masa..ye laa cuba bgtau, camana nak tahan2 kalau urge tu datang?)

Tp alhamdulillah ya Allah..maha suci engkau yang telah memudahkan segalaNya..amin amin yang rabbal alamiinn..Walaupun aku demam, tp aku sangat bersyukur ya Allah..mommy & baby selamat semuanya :)

Now I am officially a mommy of 3 adorable kids..hoping to have more klu masa dan kesihatan mengizinkan, insyaAllah.. :)





Thursday, July 30, 2009

ape ade dalam baju?

im into 5 months next week..
tp rata² komen² masyarakat sekeliling terutamanya perempuan yang penah mengandung, akan memberi tanggapan sebegini setelah membandingkan perut aku dgn umur kandungan..

yang aku masih boleh terima walaupun terkesima sebentar:
"baru 4 bulan ni? ingatkan dah 6 bulan.."
"besar dah perut..masa akak dulu, nak masuk 6 bulan baru start pakai baju mengandung.."
"4 bulan ni? besar ye perut..twins kot?"

yang kejam sket:
"4 bulan dah besar camni..9 bulan ni tah² kene naik kerusi roda kau ni.."

reaksi aku:
"hmm..besar kannnnnn...."

agak² korang, ape patut aku rasa?
patut ke aku seletep je mulut dorang ni?
bila tade perut, sibuk tanya ada ke belum.. ada ke belum..
bila dah ade, sibuk laa komen perut pulak..
tah nak yang cemana yang boleh puaskan ati semua orang, aku pun tatau la..
ingat boleh mintak² ke saiz perut mengandung idaman?

atau patut ke aku rasa seram?
untuk melihat keadaan perut ketika 9 bulan nti?

uwaaa..mmg aku lebih kepada seram walaupun dlm hati mmg panas menyala²..

Friday, June 19, 2009

dulu dan sekarang

taken dr buku on-loan aku..
"What To Expect When You're Expecting [by Eisenberg, Murkoff and Hathaway]":

Physically

  • Fatigue & sleepiness
  • A need to urinate frequently
  • Nausea, with or without vomiting, and/or excessive salivation (ptyalism)
  • Constipation
  • Heartburn, indigestion, flatulence, bloating
  • Food aversions and cravings
  • Breast changes: fullness, heaviness, tenderness, tingling; darkening of areola (the pigmented area around the nipple); sweat glands in the areola become prominent (Montgomery's tubercles), like large goose bumps; a network of bluish lines appear under the skin as blood supply to the breasts increases
  • Occasional headaches (similar to headaches in women taking birth control pills)
  • Occasional faintness or dizziness
  • Tightness of clothing around waist and bust; abdomen may appear enlarged, probably due to bowel distention rather than uterine growth
Emotionally
  • Instability comparable to premenstrual syndrome, which may include irritability, mood swings, irrationality, weepiness
  • Misgivings, fear, joy, elation

pregnancy kali ini barulah aku rasa ape yang aku baca kat buku/magazine/internet tu nmpk hala tujuannya..

terutama part ketakstabilan hormon yang mmg buat mood aku swing tanpa arah.
walaupun ni "first time yang bukan pertama", semua rasa baru bagi aku.
emosi mmg sah² tak stabil.
kadang² membebel tak tentu pasal.
kadang² senyum bahagia.
tp kadang² menangis sendirian.
tgk amazing race pun meleleh air mata, ape cerita?
skrg jangan kata tgk cite sedih je aku nangis, dgr lagu sedih pun dah bergenang air mata..hahahaha..

kadang² tu sebenarnya tade laa sedih sangat pun, tp tah..
kesan dia pehhhh!! kaw²..
cth amazing race tu, aku nangis sbb suka couple tu menang..
terharu sbb menang? apekah??

dulu mmg aku craving for foods..
mcm² aku nak mkn..
as early as 5 weeks lg..
mcm² aku mintak..hahaha..
skrg ni, craving la jugak..
tp taklaa seteruk yang dulu..

dulu as early as tau je, nak cari buah delima, senang je nak jumpa kat kedai buah atau mana² supermarket..
skrg ni, dah masuk 3 bulan baru dapat..
tu pun bukan dapat beli kat mesia..
mama kirim kat orang pegi mekah, dgn harapan ada buah delima tu kat mekah..
rupanya pun takde jugak..
tp alhamdulillah, rezeki aku, flight pakcik tu transit kat Bangladesh..
dia usaha gak cari kat situ..tu pun tak byk dia dapat beli..dlm 5 biji je dapat..

dulu tetiap malam, minum susu tu satu kemestian..
mmg termaktub la dlm checklist aku sebelum tdo, selain iron baju, sbyg isyak, gosok gigi & basuh muka..
tp skrg..hehehe..
dlm seminggu tu adala sekali 2 je aku minum susu..
adakah aku tidak se-eager dulu?

dulu masa scan, bentuk baby pun susah nak nmpk, apetah lg nak dgr heart beat.
2 minggu lps, alhamdulillah, we get to see the baby's movement masa scan on 12 weeks..
dah nmpk tulang blkg, tulang peha, kepala..dgn tangan & kaki yang bergerak²..
rasa mcm tak percaya itu dr dlm perut aku.. mcm tgk movie..
mungkin itulah semua ibu mengandung anak sulung rasa :)

sbb ini kan first time aku yang bukan pertama..
yang dulu mmg tak sempat nak tgk semua tu :)

dulu, mungkin masih awal, tdo aku masih aman..
tidaklaa seperti skrg yang tidak lena, kerap terbangun tgh mlm..
mmg "bonus" la kat aku yang mmg susah nak tdo balik kalau dah terjaga.

cuma satu je persamaan dulu dan skrg..
aku tak mabuk..
mual² tu ada, tp muntah² alhamdulillah mmg takde dlm kamus peknen aku..
buku on loan kata, "If you're among those who never had morning sickness, or rarely, suffer from it, you can consider yourself not only pregnant but lucky."
tp aku kata dlm hati, "normal ke?" :D

ape² pun, aku treasure every second of it..
kami suami isteri hanya mengharapkan yang terbaik..
semoga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.. amiinn..

Friday, May 08, 2009

when a wish come true..

dulu..
tiap kali jumpa doktor, tiap kali tu laa rasa berdebar..
"mesti kene injection lagi ni.."
"macammana laa keadaan baby dlm ni..ok ke tak ke.."
"hopefully tade ape laa yang membimbangkan.."
"hopefully baby ada heart beat dah.."

tapi semua tu kan kerja Tuhan..
Dia bagi rasa debaran tu tak lama..
8 minggu je..
tak sempat pun nak dengar heart beat.. :)

kadang² aku terfikir,
mungkin we were too excited?
were we too eager?

tp aku yakin, segala yang berlaku ada hikmahnya.. :)

cuma untuk kali ini..
aku cuba mengekang diri dari tidak terlalu excited ataupun terlalu berharap..
frankly speaking, pengalaman lalu membuatkan aku jadi takut untuk berkongsi dengan sesiapa..
sehinggalah benar² disahkan kandungan ini dalam keadaan yang baik..

walaupun hakikatnya..
hanya Tuhan yang tahu..
betapa indahnya rasa apabila melihatkan 2 garisan pada pregnancy test kit itu..

even adik² aku pun tau lambat.. (sorry ye korang, sbb tak nak korang yang terlebih excited mcm yang last time, tp hampa akhirnya :P)

tp bila terbayang kembali..
saat diperdengarkan degupan jantung kecil..
saat melihat ada that lil thing yang sedang growing di dalam tummy sendiri..
membuatkan kami hampir menitiskan air mata..
ye laa..sebelum ini, itulah yang kami tunggu².. :)

im now 7 weeks..
pada asalnya, hajat di hati nak spread the news hanya bila dah masuk trimester ke-2..
sbb aku rasa, tentu waktu itu ia sudah sedikit kuat..
tapi ternyata kegembiraan mengatasi segalanya..
menjadikan aku tidak sabar untuk berkongsi berita ini dgn semua orang..

Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu..
aku amat bersyukur atas kurniaan ini..
semoga kandunganku kali ini sihat & normal seperti ibu² mengandung yang lain..
Kau lindungilah kandungan ini, ya Allah..
Kau berilah aku peluang merasai saat² indah menjadi ibu..
Kau permudahkan segala urusan kehamilan ini & kelahirannya nanti..
Amin Ya Rabbal Alamiin..