Thursday, July 30, 2009

ape ade dalam baju?

im into 5 months next week..
tp rata² komen² masyarakat sekeliling terutamanya perempuan yang penah mengandung, akan memberi tanggapan sebegini setelah membandingkan perut aku dgn umur kandungan..

yang aku masih boleh terima walaupun terkesima sebentar:
"baru 4 bulan ni? ingatkan dah 6 bulan.."
"besar dah perut..masa akak dulu, nak masuk 6 bulan baru start pakai baju mengandung.."
"4 bulan ni? besar ye perut..twins kot?"

yang kejam sket:
"4 bulan dah besar camni..9 bulan ni tah² kene naik kerusi roda kau ni.."

reaksi aku:
"hmm..besar kannnnnn...."

agak² korang, ape patut aku rasa?
patut ke aku seletep je mulut dorang ni?
bila tade perut, sibuk tanya ada ke belum.. ada ke belum..
bila dah ade, sibuk laa komen perut pulak..
tah nak yang cemana yang boleh puaskan ati semua orang, aku pun tatau la..
ingat boleh mintak² ke saiz perut mengandung idaman?

atau patut ke aku rasa seram?
untuk melihat keadaan perut ketika 9 bulan nti?

uwaaa..mmg aku lebih kepada seram walaupun dlm hati mmg panas menyala²..

sebab musabab..

reason aku bg dulu kalau tak sempat nak update blog..
"tade masa nak update..aku sibuk ngan keje office.."

bukan dulu je, skrg pun masih & tetap akan sibuk..
selagi namanya berkerja di dalam "project based", selagi tu laa hidup pekerja tegar macam aku takkan penah aman..

tp skrg mmg akan jadi lg worst..
sejak dua menjak ni, line internet kitorang adalah sangat kasihan..
untuk menyelamatkan line yang dah nyawa² ikan, pihak bertanggungjawab telah melancarkan serangan balas dgn mem'block' website² yang disyaki bandwidth utilizationnya tinggi..
salah satunya adalah BLOGSPOT..
(masa awal² dulu, Maybank2u ngan Cimbclicks pun mengalami nasib yang sama..huhuhu)

maka jangan harapla blog ni akan diupdate selalu..
sbb selalunya aku akan mmg akan update di office..
sama ada update selepas office hour, mahupun selamba curi² update masa kerja..

so..harapan aku hanya di rumah..
itupun kena amik giliran sebab berebut ngan adik² & laki aku..
untung sabut aku dapat update, untung batu aku kebekuan idea, maka teruslah tido..

sementara aku tengah ada peluang nak update ni, akan aku gunakan sebaik mungkin..
dan untuk lain kali, aku akan cuba untuk berebut dgn lebih gagah lagi..
aku akan gunakan kuasa veto seorang anak sulung..
"hmm..aku kan kakak.."