Saturday, February 01, 2014

Welcoming 2014 with new bundle of joy :)

It has been a year since my last post!
(Ape punya blogger daaa.. hahaha..)
For the same old reason, tuntutan kerja dan perjalanan ke ofc..rawang - putrajaya..adalah sangat exhausting!
Balik rumah jangan haraplaa nak duduk ngadap laptop lg kann..
but sejujurnya aku mmg rindu nak merepek dlm blog..huhu..

Ok back to the title..
introducing our latest addition to our small family..FARIS KHILFI. .
born on 26th January 2014, 2.53AM..
weight at birth - 3.3kg..

Getting ready to go home :)

Sebenarnya EDD si kenit ni tak sampai lg..
masa aku tulis ni pun,  dia sepatutnya masih lg berada dlm perut mommy ni haa..
his EDD should be 10/02/2014!
Tp sbb dia tak sabar jumpa papa, mommy, kakak lesya & abg khalef, dia buat grand entrance seawal 2 weeks from the actual date.. :D

Masa tu kitorang balik rumah kajang (my in-laws)..
jumaat malam 24hb..masa tu hanya rasa braxton hicks je..no contraction at all..
plus agak awal kan..so aku tak expect anything pun..
cuma masa the next day 25hb aku rasa a bit tak sihat..sakit kepala, batuk..plus dah start ada rasa contraction..
so the whole day aku melepek je..tak larat nak bergerak aktif sangat..

Janjinya nak balik rawang petang tu..
tp alih2 kol 11mlm gak baru gerak balik..
Masa otw balik tu, aku dpt rasa contraction makin kuat dan kerap..oh lupa nak mention, masa ni naik pick up truck si husband..sangat bumpy! Langgar lubang sikit, mmg bergegar satu truck..tiap kali bergegar tu laa, contraction menyerang, phewww Tuhan je tau sakitnya!!

So sepanjang perjalanan nak balik ke rawang tu, ijoy kene bawak laju-slow-laju-slow..
laju sbb nak cepat sampai..kesian tgk aku mengerang tiap kali truck bergegar..
slow sbb bila nmpk jalan tak rata yang akan menyebabkan truck tu bergegar..huhuhu..
oh ya..plus si khalef lak duduk depan dgn aku..main ipad..kadang2 dia tak perasan siku dia dok menekan perut mommy..adehhh..

Dalam pada menahan sakit, aku terpikir nak singgah terus je hospital..
tp bila pikir2 balik..bag yang nak bwk g hospital tu kat rumah rawang..termasuklaa surat nak masuk hospital..plus mana tau terus masuk labour room nti, sape pulak nak tgkkan 2 beradik tu. .

so kitorang decide balik rawang je dulu..

sampai rawang masa tu dah 12 lebih (dah tukar haribulan dah..)
nasib baik mama ngan abah belum tido..so aku boleh tinggalkan lesya & khalef dulu ngan diorang..
sementara ijoy g balik umah amik segala barang keperluan, (umah kitorang dpn umah mama ni je..) aku cuba tidokan khalef..tp khalef mcm tau2 je nak ditinggalkan, dia dok merengek nak berpeluk ngan aku..sayu je tgk dia.. :'(

Pujuk punya pujuk dlm pada menahan contraction tu..khalef still merengek taknak lepaskan mommy..
last2 aku terpaksa gak tinggalkan dia sbb contraction makin lama makin kerap..
along the way nak sampai ke hospital tu, (oh kalini naik keta aku lak..kurang laa bumpynya..huhuhu..) aku tgk ijoy passng hazzard light + speeding smpi 160km/h kat highway..
sampai kpj damansara hospital around 1.15am macam tu..

terus g kecemasan, and nurse tu tolak aku dgn wheelchair terus pergi maternity ward untuk ctg monitoring & check bukaan..
Masa midwife check, 5cm sudaaaa!!
Terus masuk labour room..labour room kalini lain dgn labour room masa lesya n khalef..

Disebabkan bukaan dah byk, midwife pun tak sempat nak bg aku any painkiller..hanya gas enthonox je yang boleh diambil..
ikut rekod 2 kali bersalin yang lps, diorg akan bg penthidine..sbb aku mintak tu je sbg painkiller..a big NO for epidural! Dan sbg precautions utk kes injap jantung aku, diorang akan dripkan antibiotics..
tp sbb semua berlaku dgn sangat pantas, penthidine takde..antibiotics juga tak sempat..so hanya gas enthonox je yang jadi peneman aku masa contraction..dan sementara nak tgu doktor sampai..

Hmm ada pros and cons bersalin waktu pg macam haritu..
1) Jalan nak g hospital mmg lancar..tak sampai setengah jam dah sampai DSH..cuba bayangkan kalau pagi waktu bekerja..mau 2 jam lebih baru smpi..
2) Aku dah rasa nak bersalin sangat dah masa tu..tp disuruh sedut gas untuk tahan sakit..katanya bukaan belum sepenuhnya dilated..padahal diorang nak tgu sampai doktor datang..haihhhh..ni bukan first time aku bersalin..aku tau sangat rasa kalau dah fully dilated! Untuk elakkan aku teran sblm masa, diorang siap suruh aku mengiring ke kiri..masa tu Tuhan je yang tau betapa hazab disuruh tahan/kepit padahal kepala baby dah nampak kot!

Masa doktor dtg, dia soh kangkang..masa tu midwive bgtau kepala dah nmpk..terus dia ambil tempat, dan soh push..first and second push, kepala dah lepas..bila dia soh push again untuk lepaskan bahu, aku dah tak rasa urge..tp cuba gak teran..alhamdulillah 2.53am, baby selamat dilahirkan..

alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
Tanpa sebarang alat bantuan..no vacuum,  no forsep or cesarean..
tanpa sebarang painkiller..
hanya beberapa push, baby dapat dilahirkan..
koyakan pun sikit je..which at first doctor decide tak payah jahit..tp sbb ada sikit bengkak..so jahit la jugak sikit.. (katanya sbb aku teran sblm masa..ye laa cuba bgtau, camana nak tahan2 kalau urge tu datang?)

Tp alhamdulillah ya Allah..maha suci engkau yang telah memudahkan segalaNya..amin amin yang rabbal alamiinn..Walaupun aku demam, tp aku sangat bersyukur ya Allah..mommy & baby selamat semuanya :)

Now I am officially a mommy of 3 adorable kids..hoping to have more klu masa dan kesihatan mengizinkan, insyaAllah.. :)