Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, February 09, 2016

oh hati, bertabahlaa..


Sebelum aku call PMC to set appointment, mmg aku dah buat research sikit pasal hospital tu..
asalnya plan mmg nak bersalin kat situ pulak utk pregnancy kalini..
ada 2 doctor gynae yang tetap - Dato' Dr Zarul Azham & Dr Wan Ratna..
research shown byk good review on both doctors..

Rabu, 27 January 2016 - aku call PMC untuk set up appointment..
harapan memula mmg ingat nak check up dengan doctor perempuan.
tp masa tu katanya Dr Ratna dah habis kerja at 1pm..
ada doctor locum, Dr Norlela akan start pukul 5pm  - 8.30pm..

at first ingat nk try je dengan Dr Norlela tu..
tp bila fikir-fikir balik..dia hanya akan dtg rabu & ahad sahaja..
so if mmg hv to do d&c, aku kena tgu ahad ke?
discuss dengan Ijoy, then decided better proceed je dengan Dr Zarul..
since dia mmg fixed doctor, plus dia pengarah & pakar bersalin kat situ..
lgpun, byk dgr review gynae lelaki lagi gentle..(ya I know, tak semua laa..)

Receptionist bgtau Dr Zarul will only available on the next day, Thursday..
so at about 9.45am Thursday, aku bertemankan Khilfi & papa sampai di PMC, lepas settlekan Khalesya & Khalef pergi sekolah..
as what has been told by the receptionist, Dr Zarul tak ramai patient..
maybe ramai prefer check up dengan doctor perempuan kan..

10.15am, turn kami sampai..
kami bagitau what had happened to the 18wks fetus..
he did the ultrasound and confirmed that there was no sign of baby's heartbeat..
size fetus pun mmg tak grow..size dia hanya sekecil janin at 14wks..
and Dr Zarul found out that macam ada lebam di bahagian kepala..
oh my baby :'(
sekali lg air mata bergenang..

Dr Zarul then bgtau all the procedures sbb dah confirm mmg kene buat D&C..
and all the necessary things need to be done lepas dia bg balik janin..
dia tanya whether nak buat kat previous clinic ke atau nak proceed dengan PMC..
for sure a big NO laa kat prev clinic tu sbb confirm tak dapat balik janin kan..

10.30am - register untuk masuk ward
10.45am - tukar baju, makan provided lunch & masukkan ubat untuk flush isi perut..start puasa..
11.45am - Dr Zarul datang untuk masukkan ubat..(its a special ubat & very expensive RM500/pc - mmg khas untuk kes keluarkan janin yang dah meninggal di trimester kedua)
in between sblm 4.30pm - Dr & nurses keep on checking whether dah ada rasa sakit/rengat
4.30pm - nurse bg ubat makan yang dipatahkan dua, maybe sbb nak bg dos yang kecik je..tak pasti ape nama ubat..cuma diberitahu ubat tu untuk cepatkan proses bukaan rahim dan lembutkan rahim mungkin
5.45pm - pecah air ketuban
6.10pm - keluar darah
6.30pm - janin keluar dengan lembut..tanpa perlu mommy teran :'(
tapi uri tak ikut keluar sekali..
midwife tu ckp if uri keluar semua sekali masa dengan janin, tak payah dah buat D&C..

so sementara tunggu Dr Zarul sampai, aku urut-urutkan perut sbb masih rasa rengat-rengat..
tak lama lepas tu rasa macam ada ketulan besar nak keluar..
seperti yang aku jangka mmg uri bila aku panggil midwife tu check..
tp still katanya kene jugak buat D&C sbb uri tak keluar habis..
dia takut still ada leftover..

lepas dia tukarkan lapik untuk tah yang ke berapa kali, aku urut-urut perut lagi..
sbb Dr Zarul still belum sampai..
Ijoy pulak masa tu nak turun g solat maghrib sbb dah nak pukul 8pm masa tu..

aku teruskan jugak urut perut yang still rasa tak selesa..
tak lama lepas tu rasa byk darah keluar..
aku biarkan dulu..belum lg nak panggil nurse..sbb baru je rasanya tukar lapik..
darah mencurah-curah keluar..masa tu aku rasa tu mmg prosesnya kot..
tiba-tiba..pandangan aku rasa nak gelap..
cepat aku tekan butang panggil nurse..aku bgtau aku nak pitam!

antara sedar tak sedar aku nmpk lebih kurang 6-7 org nurses/midwives sekeliling aku..
kiri kanan tangan aku kene cucuk sbb nak masukkan drip..
sorang letak gas oksigen..
sorang tolong check BP..
sorang check pulse rate..
yang lain-lain tolong siap-siapkan aku untuk masuk dalam OT..
Allahu akbar!
Aku mmg takde daya nak gerakkan badan..aku hanya berserah pada Allah masa tu..

sampai di OT, aku menggigil satu badan..
sbb sejuk sampai mencucuk-cucuk tulang..
aku hanya mampu ckp.."sejuk..sejuk.."
nurse cepat-cepat tambah selimut kat badan aku.."OT mmg sejuk, puan..tak boleh nak buat ape.."

masa tu aku perasan jam menunjukkan 8.40pm..
tak lama lepas tu Dr Zarul masuk..
dia tanya ape BP aku sblm tu..they said some 30 above ape tah..
yang aku dgr Dr Zarul cakap.."hah? tu dah tahap pengsan tu.."
"ye..mmg patient almost pengsan tadi doktor.." jawab nurse..

then diorang siap-siapkan aku untuk proses D&C..
Dr Zarul mintak aku mengucap..

sedar-sedar, nurse kejutkan aku..dah ready nak masukkan aku dlm ward semula..
masa tu aku nampak Ijoy & Khilfi tunggu tepi pintu..
sampai kat ward aku 7-1, aku tanya dah pukul berapa..
Ijoy ckp pukul 9pm..
so maknanya the D&C process just amik masa dlm 20mins lebih kurang..

sampai ward, Ijoy bg aku air..suapkan aku makan..ye laa baru nak berbuka puasa..
tengah-tengah bg makan, nurse datang check BP & pulse rate..
Ijoy masa tu bgtau aku, dia nanti balik kejap nak tanam janin, then datang balik temankan aku untuk malam tu..
nurse dgr, dia bgtau yang ward aku tu is an Open Ward (Ward 7)..takde sape boleh tunggu..
kalau kitorang mintak nak duduk Single Ward, boleh laa Ijoy jagakan..
oh well, sbb kitorang tak jangka laa akan bermalam kat situ..
mmg takde laa mintak tukar ke single room pun..
sbb if everything goes well dan aku tak pitam..for sure boleh balik dah malam tu..
ni bila diorang tgk BP aku turun naik mendadak, kena laa stay 1 malam untuk diorang monitor..
tepat pukul 10pm, guard dah start halau..

sayu sangat rasa..
dah laa kena tinggal sorang-sorang.. (ok, mmg mengada lebih :P)
emosi pulak kejap ok kejap tak..

frankly speaking, sangat susah nak terima kenyataan bila tgk perut yang dah takde isi..
sangat mixed feeling :'(
lagi-lagi bila terbayang-bayang janin lelaki yang nurse tunjuk tadi..
anak mommy dah besar tapak tangan rupanya..
semua dah form elok..

Aku cuba redha..kita hanya merancang, Dia jua yang tentukan..
tp aku percaya, Allah has better plans for us..

Terima kasih kepada semua rakan & keluarga yang mendoakan & memberi sokongan dan tak putus memberi kata-kata semangat..
Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

Terima kasih pada all doctors & PMC staffs..sangat-sangat baik dan sangat prihatin..
servis terbaik, mmg aku recommend sape-sape yang masih mencari tempat bersalin..
walaupun hospital taklaa besar mana, tapi kelengkapan semua ada..
plus very islamic-practice kind of hospital..
oh they are now tgh dalam construction, nak expand lagi hospital tu..
so please expect ada sedikit bising due to bunyi mesin & kerja-kerja pecah bangunan..

Terima kasih pada mama & abah sbb tolong jagakan kakak Khalesya & abang Khalef selama kami berada di PMC..

and very special THANKS to papa yang sentiasa berada di sisi mommy seawal kami terima berita sedih tu..
walaupun mommy tau papa pun sebenarnya sedih, tapi tak tunjukkan sikit pun kat mommy..
sentiasa pujuk mommy, hug mommy dan bagi kata-kata semangat bila mommy sangat-sangat perlukan..
tolong handle anak-anak kat rumah selama yang mommy kena pantang..
sampai sakit-sakit badan papa uruskan semua kerja-kerja rumah..
Thank you so much sayang for your endless love & support..
I am so blessed to have you in our life!
Kita sama-sama be strong, ini ujian Allah tanda Dia sayang kat kita, kan?
dah dua anak syurga tunggu kita di sana nanti.. :)

Sesungguhnya perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..
semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
"La tahzan, innallaha maana"


Sunday, January 31, 2016

Is there still a light at the end of the tunnel?

Today is the end of January 2016..
My last post was in August 2014..
No post at all in 2015, the year I started becoming a full time mother & housewife :)

Bila tgk2 blog balik, tak byk post untuk Khilfi..
sorry sayang..mommy mmg tak menang tangan..
nak duduk ngadap PC ni pun, curi2 masa..
soon..jika ada masa terluang sikit, mommy update pasal adik ok! :)

Around hujung Sept 2015, mommy disahkan pregnant lagi, Alhamdulillah..
the EDD should be 26 June 2016..
walaupun ada sikit kerisauan di hati sbb our financial agak tight bila Khalesya & Khalef dah start schooling..
tapi amazingly, at the same time, mommy bersyukur sangat dapat rasa lg perasaan indah bila having a baby inside the womb..

Cuma mmg lain rasanya untuk this 5th pregnancy..
kenapa 5th? sbb yang first dulu kan miscarriage..(read:tiada lagi pagi yang cerah )
this time around, rasa penat sangat..
1. maybe sbb pregnant dalam 30++yrs..
2. kena handle anak2 yang tengah melasak..
3. doing all housechores non stop..
4. actively keluar masuk rumah pick up & hantar anak2 sekolah yang timing tak sama..

ye laa, pregnancy yang lepas2, byk duduk dalam ofc kan..dapatlaa rehat jugak :)

Check up untuk first 7months mmg biasa di Klinik Pakar Bersalin Ganesan, Rawang sebelum proceed pergi hospital untuk bersalin..
Mula2, everything is fine..
at 8wks, 14wks, baby grow mengikut growth yang sepatutnya..
actively moving & heartbeat pun beating normally..

Cuma on Tuesday, 26th January 2016(Khilfi's birthday)
its time for mommy's 18wks check up..
the day yang sepatutnya bawak berita gembira sbb boleh dapat tau gender baby (well, mommy & papa was hoping for a girl sbb nak bg kakak lesya kawan), turned out sebaliknya..
Dr Ganesan's face berubah bila dia scan tak jumpa baby's heartbeat.. dia tanya sama ada aku ada jatuh atau demam.. I said NO, NO AT ALL! :(

At first dia kata heartbeat lemah..sbb mmg dengar slow sangat bunyi..
Lama dia zoom in & out..just to make sure..
tp dia confirm tu sebenarnya bunyi blood flow..bukan heartbeat..
tiba-tiba aku rasa tak jejak bumi dah..
terbayang2 lagi macammana perasaan losing a baby masa first pregnancy dulu :(
Ya Allah..sesungguhnya aku tak kuat :'(

Bila sister(doctor's wife) terangkan the procedure to do the D&C, sbb ni miscarriage on 2nd trimester..
procedure tak sama dengan D&C masa 1st trimester sbb baby dah besar..
Papa tanya whether diorang akan pulangkan janin..
they said takkan pulangkan sbb takut hancur..
dia bgtau if nak buat kat klinik tu, datang balik lepas 3days to confirm again..which is on friday..
masa tu mmg kami decided takkan buat kat klinik tu..
sbb if the procedure sama je macam aku bersalin normal, janin takkan hancur..dia akan keluar dengan keadaan sempurna kan?!

Balik rumah dengan mata yang dah bengkak2, discuss dengan family..
at last we decided to get 2nd opinion at PMC Sungai Buloh due to byk reason..

Dengan linangan air mata, mommy pray so hard..
hoping that theres still a miracle..there is still a light at the end of the tunnel..
Ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku.. sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

Saturday, February 01, 2014

Welcoming 2014 with new bundle of joy :)

It has been a year since my last post!
(Ape punya blogger daaa.. hahaha..)
For the same old reason, tuntutan kerja dan perjalanan ke ofc..rawang - putrajaya..adalah sangat exhausting!
Balik rumah jangan haraplaa nak duduk ngadap laptop lg kann..
but sejujurnya aku mmg rindu nak merepek dlm blog..huhu..

Ok back to the title..
introducing our latest addition to our small family..FARIS KHILFI. .
born on 26th January 2014, 2.53AM..
weight at birth - 3.3kg..

Getting ready to go home :)

Sebenarnya EDD si kenit ni tak sampai lg..
masa aku tulis ni pun,  dia sepatutnya masih lg berada dlm perut mommy ni haa..
his EDD should be 10/02/2014!
Tp sbb dia tak sabar jumpa papa, mommy, kakak lesya & abg khalef, dia buat grand entrance seawal 2 weeks from the actual date.. :D

Masa tu kitorang balik rumah kajang (my in-laws)..
jumaat malam 24hb..masa tu hanya rasa braxton hicks je..no contraction at all..
plus agak awal kan..so aku tak expect anything pun..
cuma masa the next day 25hb aku rasa a bit tak sihat..sakit kepala, batuk..plus dah start ada rasa contraction..
so the whole day aku melepek je..tak larat nak bergerak aktif sangat..

Janjinya nak balik rawang petang tu..
tp alih2 kol 11mlm gak baru gerak balik..
Masa otw balik tu, aku dpt rasa contraction makin kuat dan kerap..oh lupa nak mention, masa ni naik pick up truck si husband..sangat bumpy! Langgar lubang sikit, mmg bergegar satu truck..tiap kali bergegar tu laa, contraction menyerang, phewww Tuhan je tau sakitnya!!

So sepanjang perjalanan nak balik ke rawang tu, ijoy kene bawak laju-slow-laju-slow..
laju sbb nak cepat sampai..kesian tgk aku mengerang tiap kali truck bergegar..
slow sbb bila nmpk jalan tak rata yang akan menyebabkan truck tu bergegar..huhuhu..
oh ya..plus si khalef lak duduk depan dgn aku..main ipad..kadang2 dia tak perasan siku dia dok menekan perut mommy..adehhh..

Dalam pada menahan sakit, aku terpikir nak singgah terus je hospital..
tp bila pikir2 balik..bag yang nak bwk g hospital tu kat rumah rawang..termasuklaa surat nak masuk hospital..plus mana tau terus masuk labour room nti, sape pulak nak tgkkan 2 beradik tu. .

so kitorang decide balik rawang je dulu..

sampai rawang masa tu dah 12 lebih (dah tukar haribulan dah..)
nasib baik mama ngan abah belum tido..so aku boleh tinggalkan lesya & khalef dulu ngan diorang..
sementara ijoy g balik umah amik segala barang keperluan, (umah kitorang dpn umah mama ni je..) aku cuba tidokan khalef..tp khalef mcm tau2 je nak ditinggalkan, dia dok merengek nak berpeluk ngan aku..sayu je tgk dia.. :'(

Pujuk punya pujuk dlm pada menahan contraction tu..khalef still merengek taknak lepaskan mommy..
last2 aku terpaksa gak tinggalkan dia sbb contraction makin lama makin kerap..
along the way nak sampai ke hospital tu, (oh kalini naik keta aku lak..kurang laa bumpynya..huhuhu..) aku tgk ijoy passng hazzard light + speeding smpi 160km/h kat highway..
sampai kpj damansara hospital around 1.15am macam tu..

terus g kecemasan, and nurse tu tolak aku dgn wheelchair terus pergi maternity ward untuk ctg monitoring & check bukaan..
Masa midwife check, 5cm sudaaaa!!
Terus masuk labour room..labour room kalini lain dgn labour room masa lesya n khalef..

Disebabkan bukaan dah byk, midwife pun tak sempat nak bg aku any painkiller..hanya gas enthonox je yang boleh diambil..
ikut rekod 2 kali bersalin yang lps, diorg akan bg penthidine..sbb aku mintak tu je sbg painkiller..a big NO for epidural! Dan sbg precautions utk kes injap jantung aku, diorang akan dripkan antibiotics..
tp sbb semua berlaku dgn sangat pantas, penthidine takde..antibiotics juga tak sempat..so hanya gas enthonox je yang jadi peneman aku masa contraction..dan sementara nak tgu doktor sampai..

Hmm ada pros and cons bersalin waktu pg macam haritu..
1) Jalan nak g hospital mmg lancar..tak sampai setengah jam dah sampai DSH..cuba bayangkan kalau pagi waktu bekerja..mau 2 jam lebih baru smpi..
2) Aku dah rasa nak bersalin sangat dah masa tu..tp disuruh sedut gas untuk tahan sakit..katanya bukaan belum sepenuhnya dilated..padahal diorang nak tgu sampai doktor datang..haihhhh..ni bukan first time aku bersalin..aku tau sangat rasa kalau dah fully dilated! Untuk elakkan aku teran sblm masa, diorang siap suruh aku mengiring ke kiri..masa tu Tuhan je yang tau betapa hazab disuruh tahan/kepit padahal kepala baby dah nampak kot!

Masa doktor dtg, dia soh kangkang..masa tu midwive bgtau kepala dah nmpk..terus dia ambil tempat, dan soh push..first and second push, kepala dah lepas..bila dia soh push again untuk lepaskan bahu, aku dah tak rasa urge..tp cuba gak teran..alhamdulillah 2.53am, baby selamat dilahirkan..

alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
Tanpa sebarang alat bantuan..no vacuum,  no forsep or cesarean..
tanpa sebarang painkiller..
hanya beberapa push, baby dapat dilahirkan..
koyakan pun sikit je..which at first doctor decide tak payah jahit..tp sbb ada sikit bengkak..so jahit la jugak sikit.. (katanya sbb aku teran sblm masa..ye laa cuba bgtau, camana nak tahan2 kalau urge tu datang?)

Tp alhamdulillah ya Allah..maha suci engkau yang telah memudahkan segalaNya..amin amin yang rabbal alamiinn..Walaupun aku demam, tp aku sangat bersyukur ya Allah..mommy & baby selamat semuanya :)

Now I am officially a mommy of 3 adorable kids..hoping to have more klu masa dan kesihatan mengizinkan, insyaAllah.. :)





Thursday, March 01, 2012

bulan march, bulan yang ceria :D

hmm kejap je dah masuk march 2012..
oh! bulan kebesaran beta.. (nak highlight ni je sebenarnya..muahahaha!)
khalef dah nak masuk 6 bulan! yeay! (as in lg 13 hari laa..14th march ni dia genap2 6 bulan)
sangat sekejap kan masa berlalu..
kalau dulu setiap hari kalau boleh nak update..(hah? tu berapa tahun lepas punya cerita ha..??)
hehe ok maafkan saya tuan tanah :P

kalau dulu ape saje rasanya nak diupdate dlm blog..
masa belum kawen - pegi mana, buat ape, dgn sape..
semua nak cite dlm ni..
pastu start ada lesya - nak update pasal budak kenit tu..
tapi bila semakin besar lesya, makin banyak tuntutan keje..
pastu dapat lak si adik, khalef..makin terbiar blog ni..
adehh..tak termanage dah rasanya..
nak manage anak 2 orang tu pun semput2 ni ha..
tp amazingly, its fun tau! :)

haihlaa blog..
nak tutup sayang..
tp nak terus update pun payah..
nak update setahun sekali pun payah, apetah lg nak update bulan2.. (kalau dapat update hari2, mmg bukan aku dah tu..hahaha)
takpela, aku biarkan as is..
kalau ada, adalaa update..
kalau tak, korang baca je laa ape yang paling latest tu sampai lebam..hokkayy?? hihi

ok enuf with the intro (korang perasan tak, intro tu sama je bila dah lama tak berblog..ala2 bagi alasan sbb dah lama tak update? kehkehkeh)
aku just nak update perkembangan si debab khalef..
budak kecik ni dah buat semua orang sakit belakang..
mana taknya, masa g jumpa paed utk cucuk 5 bulan, dia dah berat 8.8kg!
sekilo lebih je lg rasa macam nk angkat beras 10 kilo tuh..
adehh..mmg dia membesar bagai johan, sihat & ceria! :)



ni latest pic..
dia sangat happy duduk dlm baby carrier ni..
sbb luaaaaasss pemandangan dia..
tp adik tau tak, sape yang dukung adik tu, mlm konfem urut belakang? hahaha..

mommy tak saba nak tgk adik start makan..
lg2 nenek..kalau boleh skrg pun dia nak bg adik mkn dah..
hehe jgn dulu ma, kang graf berat dia terus menaik tak turun2 kang..ekekeke..
takpe dik, asal sihat & ceria..mommy & papa pun bahagia :)

Majlis Nenjor Faris Khalef

Dulu nenjor kakak dia..
skrg kite tgk sekitar majlis nenjor khalef pulak..

Masa buat majlis tu, khalef lg 2 hari nak cukup 2 bulan..
even aku lom pun start keje lagi..
tp rata2 tetamu yang dtg, tanya mama
"ngape lambat nian nenjor? nye la beso make muat.."
hehe..tu bahasa bengkulu..pada yang tak berapa nak paham tu, maksud dia: kenapa lambat sangat buat kenduri cukur jambul? dia dah besar, baru nak buat..

hahaha..mmg khalef besar..
tp besar fizikal je..padahal masa tu, 2 bulan pun belum..huhu..
maybe sbb aku pakaikan dia baju kemeja ngan seluar khakis..
so sbb tu dia nmpk matured dr usia sebenar..hihi..sorry dik, mommy's bad :)

oh! even ada yang ingat dia dah 7-8 bulan..kekeke..sihat sangat ke anak aku yang ni?
alhamdulillah..berkat khasiat susu ibu :)
mmg kali ni, dr awal lg baby hanya minum susu ibu sahaja tanpa ada sebarang susu tambahan..
ini laa hasilnya..
berat time lahir - 3.62kg
checkup 1st month - 4.95kg
checkup 2nd month - 6.45kg
checkup 3rd month - 7.21kg
hmm..bagus carta adik ni..menaik jeeeee...hahaha..

jom kite tgk gmbr2 majlis..

ni buai khalef..kali ni tema kaler cream/gold..

kali ni semua alatan sendiri punya..tade pinjam2 sape2..
atuk ngan nenek tempah khas besi buai ni..utk kegunaan cucu2 dia..
sbb bulan 4 ni, insyaAllah sorang lg hero akan kua..
ehh bukan adik khalef! ini sepupu khalef :P
so senang kalau dah ada buai sendiri ni..takyah pening2 nak cari kannn :)
ada yang nak sewa? kite leh deal..hahahhaa..

yang buai nye pulak mmg cari kat kedai rotan, pastu htr kedai, buat sarung dia..
kalau aku dah g kelas jahitan, lama dah aku jahit sendiri sarung tu..tp apakan dia..niat nak masuk kelas jahitan tu ada..tp lom kesampaian..hahaha..
so deco2, riben2, bunga2 ape semua tu, hasil kerja tangan aku ngan mama..

kelapa ni pun mama yang deco..

kumpulan marhaban di bawah bimbingan Ustazah Fauziah

group marhaban ni same group masa nenjor khalesya dulu..
cuma kali ni ahli yang datang tak seramai masa lesya..
mungkin sbb awal pg tu hujan lebat..ramai yang malas nak keluar kot..huhu..
ape2 pun, majlis berjalan lancar, Alhamdulillah :)

mari berkenalan pulak ngan hero majlis ni..


khalef test buai mlm sebelumnya..
"agak2 leh tampung tak berat aku ni.."


ni masa hari kejadian..
"hmm kukuh..kukuh.."


FARIS KHALEF (before)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaa...

FARIS KHALEF (after)

hahahaha..


p/s: sebenarnya entry ni aku dah draft masa bulan 12 tahun lps..
punyalaa cite dah basi kann..hahaha..so kene edit sana sini sikit..
better late than never, kan? ;P
enjoy!

Saturday, October 08, 2011

now meet our little FK II pulak ;)

ok skrg kite cite pasal cinta hati kedua kami pulak..
nama yang kami berikan - Faris Khalef
Faris - pahlawan, penunggang kuda
Khalef - khalifah
sbb adik strong, so mmg nama ni sesuai sangat ngan adik! hehe

selama aku ngandungkan 2nd baby ni..
alhamdulillah, tak byk beza ngan masa kakak dia dulu..
muntah2, pening2, morning sickness ke night sickness ke - tiada..
cuma ada rasa mual sikit tp tak laa sampai muntah..
selalunya jd masa minum susu laa..sbb terasa ada benda lekat2 kat tekak..
rasa tak boleh nak telan je..
last2 susu Friso Mum Gold setin tu, suku pun tak sampai aku minum..
terbiar je..sampai laa masuk bulan ke 7 /8, baru laa aku start minum balik..
tu pun sbb puasa..lps makan sahur, minum susu utk lebih tenaga..heh..

cuma perbezaan ketara:
1) aku lebih berhati2 bila naik/turun tangga..
2) kurang mc..
3) lg dekat nak bersalin, lg rajin aku berjalan ke The Summit tu..tak larat jalan kaki, aku bawak keta..asalkan aku jejak shopping center tu jugak walaupun aku tak beli ape2..hahaha..
4) aku sangat suka kunyah ais di minggu2 terakhir kehamilan..
5) aku kurang sembahyang duduk..aku kuatkan jugak semangat sembahyang mcm biasa..
6) sbb aku takleh nak amik minuman bersusu, aku minum teh o/nescafe which doc soh elakkan..ngee..

semua org ckp perut aku besar..
ada yang komen lg besar dr masa aku ngandungkan lesya dulu..
tp aku rasa sebaliknya..
masa lesya dulu perut aku kan melebar (kan org2 tua kata, kalau pompuan, perut jd lebar - besar kat tepi)
tp yang ni, perut aku lonjong ke depan..so mmg susah laa nak cari baju..huhuhu..
tp sbb bila estimate berat baby di minggu 38 tu baru cecah 3kg, so aku rasa baby kedua ni sure tak seberat lesya dulu..
lesya dulu estimate 3.6kg, tup2 keluar 3.06kg je..
so aku rasa kalau estimate 3kg, so sure less than that :)
sbb tu dgn yakinnya aku rasa baby kedua ni kecik je..

on 38th week punya checkup, isnin - 12 sept 2011..
doc check bukaan..she said, dah lembut, dah ada bukaan sebesar seposen..
so dia estimate dlm hari rabu, dah boleh bersalin..
aku ngan mama mintak, kalau boleh nak hari khamis sbb boleh sama ngan atuk dia..(birthday atuk dia 15 sept..hehe..)
doc senyum je..dia kata kalau jd ape2, haa camne? heh..

so mlm 13 sept 2011 tu, aku admitted..bilik 203..
igtkan mlm tu leh laa tdo takde sape kacau sbb doc kata dia kan dtg check on the next morning..
lesya mmg mama bwk balik mlm tu..takleh nak tdo sekali..
sbb kot laa mlm tu jugak aku nak terbersalin, sape pulak yang nak tgkkan dia? (first time selama setahun 9 bulan ni - dia tak tdo ngan aku :'( sian anak mummy, kene bwk diri tdo ngan nenek & atuk..sayu je rasa..hmmm..)

pukul 3am, midwife dtg amik suhu, tekanan darah & buat CTG monitoring..
then check bukaan, she said, kol 7.30 nti masuk labour room..
tp masa 7.30, another midwife lak dtg bgtau, masuk labour room lps bfast..around 8.30 - 9am..
lgpun kene tgu doc check jugak..

so around 8.45 tu masuk labour room..
labour room yang sama masa deliver lesya..
masa ni dah start berdebar..sbb dah tau cemana rasa kannn..
masa lesya dulu, rileks je sbb taktau nak expect sakit dia camana..huhuhu..
doc sampai, check bukaan dah 3cm..so next step, dia pecahkan air ketuban..
masa tu start contraction..
sikit..sikit..lama2 makin kuat..
masa tu midwife offer pethidine, since tgk record masa lesya dulu pun aku amik pethidine..

midwife kali ni byk bg nasihat, plus ajar aku cara2 breathing & teran yang betul.. (ye laa, mak tak penah masuk ape2 kelas pregnancy ni..main belasah je nak bernafas cemana pun..kekeke..sbb tu tenaga tak bape nak cukup :P)
its very useful..aku gunakan masa nak teran tu..
tp sbb 2nd baby ni tak seperti jangkaan, dah 4 kali try, aku tak boleh jugak..
last2 doc terpaksa guna vacuum jugak utk elakkan baby lemas..
mmg terasa besar baby ni masa doc tarik keluar tu..
Alhamdulillah, 12.48pm, keluarlaa si kenit tu..
bile timbang, 3.62kg daaa..
patutlaa mummy habis tenaga nak push :P

so now i am a mother of 2 kids..
baru 2 org, tp frankly speaking, mmg kelam kabut..
ngan si kakak yang asyik mintak perhatian..sian dia, asyik kene marah dgn org bile dia degil2 :'(
yang si adik lg laa kene tgk..dia lg tatau ape2 :)
nasib baik mama byk sangat membantu..thx mama! ira tatau ape yang ira akan buat kalau mama takde..thx a million ma! :-*

to dear Faris Khalef, cinta hati kami..
mummy & papa doakan adik jadi anak yang soleh..
jadi anak yang berguna utk agama, bangsa & negara :)
jgn nakal2 ok..
mummy, papa & kakak lesya sayang adik tau!
mmuuuahhh!!

Faris Khalef - day 16th
tgh ready nak tido :)

to semua, uncle2 & auntie2 yang doakan mommy & baby selamat..
yang bagi present sume..
Khalef says thank you so much!!
sape yang lom bg tu, sile2kanlaa ye..hahahaa..

Thursday, December 31, 2009

FK in the making

arini FK dah 15 hari :)
cepat masa berlalu..
aku rasa mcm baru smlm je aku rasa sakit2 nak bersalin..

skrg dia dah pandai bg tindakbalas kalau org ckp2 dgn dia..
siap senyum2, mcm laaa pahammm..hahhaa..

aku ingat lg..
masa aku tgh peknen minggu ke 38, aku dah start amik cuti..
dgn harapan, dlm minggu tu aku dah boleh bersalin..
tp sebenarnya lebih kpd tak larat nak drive keta dah..
kira dtg ofis tu hanya nak siapkan balance2 keje yang padahal mmg tau takkan sempat disiapkan :)

ada satu pagi tu, 37th week..
4 dec 2009, tgh husband aku bersiap2 nak g keje, aku bangun nak sbyg subuh..
masa tu rasa sakit gile kat bhgn ari-ari..sampai takleh nak jalan..
padahal sebelum ni mmg sakit jugak, tp tade laa sampai takleh nak berjalan langsung..
pastu hilang2, mcm kejap sakit sangat..kejap ok laa pulak..
husband aku dah nak amik EL je..tp aku rasa aku mcm lom nak bersalin pun..
so aku soh dia g keje..
lgpun adik aku, si ajim mmg tgh cuti..terus husband aku pesan kat ajim, kalau ada ape2 terus bwk aku g spital..

aku pun terus baring..hajat hati sebenarnya nak g opis sbb kira aritu last day laa nak clearkan keje2 tertangguh..juga meninggalkan amanat kpd yang akan mengambil alih tugas2 aku..
tp apakan daya, sakit terus menyerang..

aku terus msg Is..tanya tu sebenarnya adalah tanda ataupun hanya false alarm..
Is nasihatkan aku terus g spital je sbb:
1. tu pagi jumaat, time org pegi keje..kalau tetiba mmg betul nak bersalin, sure takkan sempat sampai spital sbb jam yang kaw2 punya..
2. atleast walaupun false alarm, kurang2 aku dah smpi spital..midwife(MW) atau doctor sure akan nasihatkan ape2 yang patut..
3. "jgn tunggu 2-3 jam lg, kang jd cam aku ira..bersalin kat umah..bahaya2..ko nak ke?"

ayat itu laa yang buatkan aku terus kejutkan adik aku..siap2 g spital..n call the husband soh terus tunggu kat spital je..

dan seperti dijangka, kitorang kua umah kol 8.30am, tapi sampai DSH, kol 10am..
pehhhh, mmg jam gila..mmg kalau betul aku nak bersalin la kann, dah selamat bersalin dlm keta dahhh..

sampai spital, MW terus buat CTG monitoring..since aku kata mmg dah start ada contraction..MW check, mmg ada regular contraction..tp bile check bukaan, still belum ada lg bukaan..dia mintak kitorang jumpa my gynae, Dr Maziah..
again bila Dr Maziah check, no bukaan yet, and she advise us balik umah dulu since lom ada bukaan..dia kata slalu kalau anak first mmg lmbt..warded pun tak guna, sbb kalau tunggu sampai 24hrs and still tade bukaan, kene balik umah jugak nti..
cuma dia ada kata kalau sakit nak bersalin tu, bukan dtg dr bhgn ari-ari..dia akan sakit kat perut, start bila contraction akan jd kerap2..
(hehe, aku selalu google tanda2 bersalin, aku dah baca byk kali pun..tp sbb taktau sakit bersalin tu cemana, agak cuak laa kannn..kata first timeee..ngee..)

so we've waited patiently..hari2 husband aku tanya "ada rasa nak bersalin tak?" sbb dialaa yang paling tak sabar :)
aku jawab "tah, mcm tade je.."

bila masuk minggu ke 39 and still tade tanda2 nak bersalin, aku dah mula rasa give up..
seriously, sampai satu tahap, aku penah tanya kat mak aku.."ma, kalau caesar je boleh tak? dah tak larat sangat dah ni.." (hahaha, bila pk2 balik rasa cam bodoh je buat permintaan mcm tu..)
mak aku jawab "bwk bersaba..sket je lg tu.."

macam2 tarikh dorang bagi..baby akan kua haribulan sekian2 kot..baby nak tunggu awal muharram kot..dan mcm2 andaian laa..

last2 masa mlm 15hb, aku mmg sakit sepanjang mlm..mmg takleh nak tdo..
lelap dlm 10-15min, pastu terjaga sbb contraction yang makin lama makin kerap..
aku tgk je husband aku yang sedap berlingkar kat sebelah..nak kejutkan dia pun rasa tak sampai hati..last2 aku terkebil2 laa sorang2 sampai subuh..

bila husband aku bangun je, aku bgtau dia..
dia tanya nak g spital dah ke? aku kata kita tunggu sejam 2 lg..sbb mmg takde tanda turun darah ke atau pecah air ketuban..walaupun kitorang timing the contraction mmg dah kerap 5-10minit..

bila kol 9am aku check, thats it! ada stain kat pantyliner aku..
terus aku bgtau husband aku..n call mak aku soh balik..and dlm kol 9.30am kitorang dah gerak ke spital..
smpi spital dlm kol 10.30..biasalaa jammm..
terus buat CTG monitoring for 1/2 jam..and check bukaan..
MW kata ada 1cm dah..so kene warded dah ni..
tp since semua ward penuh, aku terus di park kat labour room..
pehhhh..awal2 dah amik feel kat labour room..

tghari ok lagi..boleh mkn2 lunch dulu..gelak2, baca mags..
bila dah kol 2-3 dah start sakit..
bila 3.30pm aku tak tahan dah, MW offer painkiller..sama ada nak amik epidural or pethidine..
aku mmg awal2 tanak amik epidural..tp bile sakit yang mcm nak patah pinggang tu menyerang tiap kali contraction, aku rasa mcm nak jeee mintak epidural..
tp pk balik, no no no!

last2 aku mintak MW tu pethidine je..
kesan pethidine ni akan melalokkan ibu & baby yang kua pun akan lalok jugak..
org jarang amik pethidine sbb takut baby tdo masa si ibu nak teran..
so dia takde urge nak keluar nti..takut melambatkan proses..
tp since tak tahan sangat dah and epidural is never an option, so pethidine it is!
kononnya nak lelap sekejap..untuk dapatkan tenaga masa nak meneran nti..
sebelum dia bg jab tu, dia check bukaan dulu..dia kata dah 5cm..so dia bajet dlm 5 jam lagi laa untuk deliver..masa tu 3.30pm, so kira2 paling awal pun lps maghrib..

tp aku rasa pethidine tu pun tak mampu nak bg aku tdo walaupun sekejap..
sibbaik husband tak jemu2 tolong sorongkan gas etonox kat aku..
tak payah tunggu sampai aku mintak gas, dia tgk je bacaaan CTG tu naik, terus dia sumbat gas tu..mmg sangat membantu..atleast kurang sket saket..
tq sayang :)

last2 dlm kol 5.30pm, aku ckp kat husband, aku mcm rasa nak terberak sangat2..
dia terus panggil MW..bila MW check, dorang terus kelam kabut panggil doctor, and siapkan kelengkapan..sbb dah 10cm dilated!
bising MW2 tu sume kata aku ni kira cepat untuk deliver first baby..
terus aku disiapkan untuk proses bersalin tu..
push azira, push!
byk kali punya push, baby tak kua2 jugak..(aku rasa teknik push aku tak bape betul..hahaha..)
last2 aku dah penat..doc terus ckp dia buatkan laluan sket supaya baby senang keluar..
at last, 6.06pm, lahirlaa buah hati kami..

terus dia letak atas badan aku, n soh baby breastfeed..
tp sbb pethidine, dua2 lalok..hahaha..baby pun tgk je aku..tade pun ura2 nak susu..
aku pun sama, antara bukak mata ngan tidak je..hahaha..
dan masa tu, aku tak rasa ape dah..cuma memanjat kesyukuran yang tak terhingga :)

to anak mommy Farheen Khalesya..
if u are reading this somewhere in future..
mommy really treasure all the moments, the ups and downs we've had together, along with your very supportive papa..
be a good girl ok sayang..
dgr kata, hormat orang tua..
jangan notti2 tauuu..
hugs & kisses from mommy & papa :)
mmuuuaaahhh!!

Thursday, December 24, 2009

meet our little FK :)

lepas incident demi incident menimpa..(jatuh tangga laa..H1N1 laaa..)
Alhamdulillah aku akhirnya dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 16/12/2009, seberat 3.06kg pada jam 6.06pm..
awal 4 hari dr tarikh jangkaan bersalin aku..

'cinta hati' ini kami namakan Farheen Khalesya..
sempena pangkal nama both papa & mommy dia :)
tp mmg ada makna laa..
Farheen - kebahagiaan, kegembiraan
Khalesya - suci, murni

semoga budak kenit yang suci murni ni menjadi insan yang berguna pada masa akan datang :)

little FK - day 1
ni baru lps mandi, lps struggle kua dr perut mommy dia..fresh from the oven :P


little FK - day 6
baru lps 2 hari kua spital..admitted due to demam kuning..sian dia kene jemur bwh lampu.. :(

dan semlm, cukup seminggu usia budak kenit ni, tali pusat pun tanggal..yeay!!
dah boleh start pakai baju lawa2 :)

pengalaman bersalin? hahahaa..mengerikan..
walaupun ada laa yang bgtau, mcm kene gigit semut jeeeee...kan Is? :))
haaa mmg semut..sekumpulan semut gergasi.. :D

next entry laa aku cite ye..
ye la kann, ada 2 bulan free nak mengarang ni :P

to uncle2 & auntie2 yang doakan mommy & baby selamat..
yang bagi present sume..
thank you so much!!
kami appreciate sangat2 :)

mmuuahhh dr baby farheen khalesya :)

Tuesday, November 25, 2008

tiada lagi pagi yang cerah..

kami impikan hari yg indah sampai penghujung..
tp rupanya hanya diizinkan utk seketika cuma..

dugaan demi dugaan yang dtg..
seketika memberi harapan..
namun ternyata Allah lebih sayangkannya..

berat sangat hati nak buat keputusan..
tp thats the best way for us..
for soon, kalaupun "dia" berjaya survive..
percentage to be unhealthy adalah sangat besar..
(read: daddy's)

biarlaa dia pergi..
daripada dia menderita kemudian hari..
hanya Tuhan yang tau ape yang terbuku dlm hati ni..
Ya Allah..berilaa kami kekuatan..

pada yang dah mendoakan, berbyk² terima kasih diucapkan..
tapi apologize to all ya..
both of us still cant make it..
rezeki Tuhan ni hanya setakat ini..

maafkan kami sbb tak benarkan baby sempat lihat dunia ni..
tunggu mommy & daddy kat sana nanti ye, sayang..

Al-Fatihah..