Thursday, December 31, 2009

FK in the making

arini FK dah 15 hari :)
cepat masa berlalu..
aku rasa mcm baru smlm je aku rasa sakit2 nak bersalin..

skrg dia dah pandai bg tindakbalas kalau org ckp2 dgn dia..
siap senyum2, mcm laaa pahammm..hahhaa..

aku ingat lg..
masa aku tgh peknen minggu ke 38, aku dah start amik cuti..
dgn harapan, dlm minggu tu aku dah boleh bersalin..
tp sebenarnya lebih kpd tak larat nak drive keta dah..
kira dtg ofis tu hanya nak siapkan balance2 keje yang padahal mmg tau takkan sempat disiapkan :)

ada satu pagi tu, 37th week..
4 dec 2009, tgh husband aku bersiap2 nak g keje, aku bangun nak sbyg subuh..
masa tu rasa sakit gile kat bhgn ari-ari..sampai takleh nak jalan..
padahal sebelum ni mmg sakit jugak, tp tade laa sampai takleh nak berjalan langsung..
pastu hilang2, mcm kejap sakit sangat..kejap ok laa pulak..
husband aku dah nak amik EL je..tp aku rasa aku mcm lom nak bersalin pun..
so aku soh dia g keje..
lgpun adik aku, si ajim mmg tgh cuti..terus husband aku pesan kat ajim, kalau ada ape2 terus bwk aku g spital..

aku pun terus baring..hajat hati sebenarnya nak g opis sbb kira aritu last day laa nak clearkan keje2 tertangguh..juga meninggalkan amanat kpd yang akan mengambil alih tugas2 aku..
tp apakan daya, sakit terus menyerang..

aku terus msg Is..tanya tu sebenarnya adalah tanda ataupun hanya false alarm..
Is nasihatkan aku terus g spital je sbb:
1. tu pagi jumaat, time org pegi keje..kalau tetiba mmg betul nak bersalin, sure takkan sempat sampai spital sbb jam yang kaw2 punya..
2. atleast walaupun false alarm, kurang2 aku dah smpi spital..midwife(MW) atau doctor sure akan nasihatkan ape2 yang patut..
3. "jgn tunggu 2-3 jam lg, kang jd cam aku ira..bersalin kat umah..bahaya2..ko nak ke?"

ayat itu laa yang buatkan aku terus kejutkan adik aku..siap2 g spital..n call the husband soh terus tunggu kat spital je..

dan seperti dijangka, kitorang kua umah kol 8.30am, tapi sampai DSH, kol 10am..
pehhhh, mmg jam gila..mmg kalau betul aku nak bersalin la kann, dah selamat bersalin dlm keta dahhh..

sampai spital, MW terus buat CTG monitoring..since aku kata mmg dah start ada contraction..MW check, mmg ada regular contraction..tp bile check bukaan, still belum ada lg bukaan..dia mintak kitorang jumpa my gynae, Dr Maziah..
again bila Dr Maziah check, no bukaan yet, and she advise us balik umah dulu since lom ada bukaan..dia kata slalu kalau anak first mmg lmbt..warded pun tak guna, sbb kalau tunggu sampai 24hrs and still tade bukaan, kene balik umah jugak nti..
cuma dia ada kata kalau sakit nak bersalin tu, bukan dtg dr bhgn ari-ari..dia akan sakit kat perut, start bila contraction akan jd kerap2..
(hehe, aku selalu google tanda2 bersalin, aku dah baca byk kali pun..tp sbb taktau sakit bersalin tu cemana, agak cuak laa kannn..kata first timeee..ngee..)

so we've waited patiently..hari2 husband aku tanya "ada rasa nak bersalin tak?" sbb dialaa yang paling tak sabar :)
aku jawab "tah, mcm tade je.."

bila masuk minggu ke 39 and still tade tanda2 nak bersalin, aku dah mula rasa give up..
seriously, sampai satu tahap, aku penah tanya kat mak aku.."ma, kalau caesar je boleh tak? dah tak larat sangat dah ni.." (hahaha, bila pk2 balik rasa cam bodoh je buat permintaan mcm tu..)
mak aku jawab "bwk bersaba..sket je lg tu.."

macam2 tarikh dorang bagi..baby akan kua haribulan sekian2 kot..baby nak tunggu awal muharram kot..dan mcm2 andaian laa..

last2 masa mlm 15hb, aku mmg sakit sepanjang mlm..mmg takleh nak tdo..
lelap dlm 10-15min, pastu terjaga sbb contraction yang makin lama makin kerap..
aku tgk je husband aku yang sedap berlingkar kat sebelah..nak kejutkan dia pun rasa tak sampai hati..last2 aku terkebil2 laa sorang2 sampai subuh..

bila husband aku bangun je, aku bgtau dia..
dia tanya nak g spital dah ke? aku kata kita tunggu sejam 2 lg..sbb mmg takde tanda turun darah ke atau pecah air ketuban..walaupun kitorang timing the contraction mmg dah kerap 5-10minit..

bila kol 9am aku check, thats it! ada stain kat pantyliner aku..
terus aku bgtau husband aku..n call mak aku soh balik..and dlm kol 9.30am kitorang dah gerak ke spital..
smpi spital dlm kol 10.30..biasalaa jammm..
terus buat CTG monitoring for 1/2 jam..and check bukaan..
MW kata ada 1cm dah..so kene warded dah ni..
tp since semua ward penuh, aku terus di park kat labour room..
pehhhh..awal2 dah amik feel kat labour room..

tghari ok lagi..boleh mkn2 lunch dulu..gelak2, baca mags..
bila dah kol 2-3 dah start sakit..
bila 3.30pm aku tak tahan dah, MW offer painkiller..sama ada nak amik epidural or pethidine..
aku mmg awal2 tanak amik epidural..tp bile sakit yang mcm nak patah pinggang tu menyerang tiap kali contraction, aku rasa mcm nak jeee mintak epidural..
tp pk balik, no no no!

last2 aku mintak MW tu pethidine je..
kesan pethidine ni akan melalokkan ibu & baby yang kua pun akan lalok jugak..
org jarang amik pethidine sbb takut baby tdo masa si ibu nak teran..
so dia takde urge nak keluar nti..takut melambatkan proses..
tp since tak tahan sangat dah and epidural is never an option, so pethidine it is!
kononnya nak lelap sekejap..untuk dapatkan tenaga masa nak meneran nti..
sebelum dia bg jab tu, dia check bukaan dulu..dia kata dah 5cm..so dia bajet dlm 5 jam lagi laa untuk deliver..masa tu 3.30pm, so kira2 paling awal pun lps maghrib..

tp aku rasa pethidine tu pun tak mampu nak bg aku tdo walaupun sekejap..
sibbaik husband tak jemu2 tolong sorongkan gas etonox kat aku..
tak payah tunggu sampai aku mintak gas, dia tgk je bacaaan CTG tu naik, terus dia sumbat gas tu..mmg sangat membantu..atleast kurang sket saket..
tq sayang :)

last2 dlm kol 5.30pm, aku ckp kat husband, aku mcm rasa nak terberak sangat2..
dia terus panggil MW..bila MW check, dorang terus kelam kabut panggil doctor, and siapkan kelengkapan..sbb dah 10cm dilated!
bising MW2 tu sume kata aku ni kira cepat untuk deliver first baby..
terus aku disiapkan untuk proses bersalin tu..
push azira, push!
byk kali punya push, baby tak kua2 jugak..(aku rasa teknik push aku tak bape betul..hahaha..)
last2 aku dah penat..doc terus ckp dia buatkan laluan sket supaya baby senang keluar..
at last, 6.06pm, lahirlaa buah hati kami..

terus dia letak atas badan aku, n soh baby breastfeed..
tp sbb pethidine, dua2 lalok..hahaha..baby pun tgk je aku..tade pun ura2 nak susu..
aku pun sama, antara bukak mata ngan tidak je..hahaha..
dan masa tu, aku tak rasa ape dah..cuma memanjat kesyukuran yang tak terhingga :)

to anak mommy Farheen Khalesya..
if u are reading this somewhere in future..
mommy really treasure all the moments, the ups and downs we've had together, along with your very supportive papa..
be a good girl ok sayang..
dgr kata, hormat orang tua..
jangan notti2 tauuu..
hugs & kisses from mommy & papa :)
mmuuuaaahhh!!

Thursday, December 24, 2009

meet our little FK :)

lepas incident demi incident menimpa..(jatuh tangga laa..H1N1 laaa..)
Alhamdulillah aku akhirnya dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 16/12/2009, seberat 3.06kg pada jam 6.06pm..
awal 4 hari dr tarikh jangkaan bersalin aku..

'cinta hati' ini kami namakan Farheen Khalesya..
sempena pangkal nama both papa & mommy dia :)
tp mmg ada makna laa..
Farheen - kebahagiaan, kegembiraan
Khalesya - suci, murni

semoga budak kenit yang suci murni ni menjadi insan yang berguna pada masa akan datang :)

little FK - day 1
ni baru lps mandi, lps struggle kua dr perut mommy dia..fresh from the oven :P


little FK - day 6
baru lps 2 hari kua spital..admitted due to demam kuning..sian dia kene jemur bwh lampu.. :(

dan semlm, cukup seminggu usia budak kenit ni, tali pusat pun tanggal..yeay!!
dah boleh start pakai baju lawa2 :)

pengalaman bersalin? hahahaa..mengerikan..
walaupun ada laa yang bgtau, mcm kene gigit semut jeeeee...kan Is? :))
haaa mmg semut..sekumpulan semut gergasi.. :D

next entry laa aku cite ye..
ye la kann, ada 2 bulan free nak mengarang ni :P

to uncle2 & auntie2 yang doakan mommy & baby selamat..
yang bagi present sume..
thank you so much!!
kami appreciate sangat2 :)

mmuuahhh dr baby farheen khalesya :)