while driving on the highway to the office.. (eceh, sepiking..)
aku masa tu kat lane tengah..
dlm kelajuan "100 km/h - 110 km/h"
konon nak masuk lane kanan..
bagi signal & masuk..
tetiba..
kereta macam ditarik ke kiri..
"ehh..apsal ni.."
"oh, mungkin sbb stud2 kat line tu.."
pastu try sekali lagi..
"ehh..ni bukan biasa..kenapa tetiba swerve ke kiri lak ni?"
then aku try slowkan kereta..
pun jd jugak dlm keadaan yang jugak agak slow..
macam ikut kelajuan pulak tarikan dia tu..
aku terus masuk lane emergency & berhenti..(oh! masa tu baru dlm 2km dr tol rawang)
terus call en husband yang kebetulan masuk kerja lmbt..(sebenarnya sbb terbangun lmbt :P)
6 kali call, tak angkat2..(dia kalau tgh mandi, tak sah tak cecah setengah jam..kalah aku yang pompuan ni mandi.. =.=' )
last2 aku call abah..
bgtau situasi kritikal aku..
dan mintak dia tlg callkan or check on en husbandku itu..
abah pun cakap jgn drive lg, bahaya!
tp keadaan aku yang menunggu di emergency lane tu pun bahaya gak..
lori mak aihhh..laju2..nak kejarkan ape pun aku tatau..
bergegar2 keta aku bila diorang lalu kat sebelah!
after a while, hubs pun call..
and dia cakap dia akan call tow truck..
mintak aku tunggu je situ..(hmm aku takleh nak g mana pun..lain laa kalau sebelah aku tu shopping complex T__T)
sementara menunggu, dtglaa polis bantuan..
tanya kenapa..dan aku cerita..
pastu dia offer nak drivekan keta aku sampai ke R&R terdekat..which is kat area hospital sungai buloh tu..alaaa yang byk lori berhenti tu..
atleast aku selamat sikit tunggu kat R&R tu..
tp sbb aku pikir, tow truck tu kang nak buat pusing kat tol hospital sg buloh tu..
kalau aku tunggu kat area R&R yang dah melepasi simpang ke tol tu, kang lg ke depan pulak kene buat pusingan..
silap2 kene bayar lg mahal pulak..
so aku ckp kat polis tu,
"takpelaa encik..sy tunggu sini je laa..sbb tow truck pun dah on the way..lagipun R&R tu dah lepas dr simpang..kitorang nak u-turn kat tol hospital tu je..terima kasih ye.."
dia pun aku tgk redha je..hahaha..
tp aku perasan, dia letak 3 kon alert tu kat blkg keta aku..
terima kasih laa byk2 encik polis bantuan..
atleast lori2 tu slow la jugak..
tak lama pastu, tibalaa tow truck yang ditunggu..
apek tu bebel2 kat aku..sbb aku duduk dlm keta..
aku tau mmg aku dah bahayakan diri sendiri..
sepatutnya dlm keadaan camtu, aku takleh duduk dlm keta..sbb kotlaa ada lori mereng ke ape kan..
disagatnya keta aku, hah! acaner?
ye la, kan selalu je berita2 kemalangan ni disebabkan kelalaian pemandu?
tp sbb keadaan pagi smlm terlalu terik..aku tak tahan..mau pengsan aku kat situ..
dah laa belum breakfast >.<'
dia suruh aku dok kat lua..jauh2 sikit dr jalan tu..
lagipun dia nak bwk naik keta aku atas truck dia tu..
sah2laa aku kene kua keta kannn..
then en hubby sampai dgn motornya..
diorang terus deal nak htr g workshop mana..
pastu aku pun naik motor ngan en hubby..
oh! di kala cuaca yang sangat terik itu, aku tetiba rasa penunggang2 moto adalah mereka yang tabah & redha..
dah laa keselamatan hanya di hujung tanduk..tersilap sikit je dah boleh jatuh..
atau kalau ada kenderaan yang bwk macam syaitonnirrajim, anytime nyawa penunggang motorsikal ni boleh melayang..
kalau panas ok lg..
tp kalau hujan lebat..jalan licin??
so korang, bertimbangrasa laa pada penunggang motor..
lagi2 kalau nmpk atas motor tu si bapa, si ibu jugak ada seorang anak..
tiba2 aku sayu.. :(
ok berbalik kepada cite keta aku..
kereta tu dihantar kat workshop yang sama masa hubby htr kereta tu untuk dicheck..
ape aku cakap ni?
ok, sabtu sebelum tu hubs dah htr kereta aku tu ke workshop sbb aku claim yang ada bunyi2 kat tayar belah kiri..
aku tanya abah, abah kata tu ada kene mengena dgn drive shaft tu..
tp masa jack (owner workshop) & en hubby naik keta tu untuk check ape yang aku kata bunyi2 tu..
kereta tu tidak menunjukkan sebarang komplikasi..
tiada satu pun bunyi pelik yang keluar..
diorang siap buat pusingan laju2..tp ternyata kereta itu mengambil keputusan berdiam diri..
tp jack still tak puas hati..dia tgkkan jugak laa..
dan dia found out that mmg drive shaft tu dah koyak tapi still boleh guna lg..
dia advise soh datang tuka lepas sebulan nanti..
so kitorang pun agak berpuas hati..atleast selamat laa dr keluar duit nak repair..
tp rupanya panas mmg tak sampai petang..
pagi isnin dia dah buat pasal..
paling best masa aku bawak je pulak tu..grrrr!
padahal masa ahad tu abah bwk keta aku..tade pulak dia nak tunjuk belang!
makanya, terbang jugalaaa ratusan ringgit..haihhh..
disember oh disember..
kenapalaa terlalu kejam?!
duit keluar bukan macam air..
dah mcm asap tau ni!
T______T
:: merasalaa cik vios ni naik tow truck ::
:: koyakan yang menghiris poket :( ::