Saturday, January 23, 2010

cerita dlm pantang..

FK is now dah sebulan 7 hari..
smlm baru je kene cucuk Hepatitis B 2nd dose - sbb dah cukup sebulan kann..
hmm kejap je, besar dah anak mummy..
frankly speaking kadang² aku rasa macam tipu je yang aku dah pun bergelar ibu..
bila tgk keletah si budak kenit tu, mcm tak percaya itu adalah anak aku yang aku kandung 9 bulan lebih aritu, which macam² juga benda happened sepanjang aku memengandungkan dia! (memengandungkan? ada ke ayat tu? hahaha belasah laa..)
rasa mcm something yang i thought i couldn't have experienced since aku miscarriage anak pertama dulu, kini semuanya berlaku dalam satu episod baru..
Alhamdulillah..rezeki ini yang Tuhan bagi, adalah satu kesyukuran yang kami tak dapat nak luah dgn kata²..
syukur atas nikmatmu ini, ya Allah :)

aku tak nafikan, memikul tanggungjawab sebagai ibubapa baru bukan kerja mudah..
lebih² lg pada kami yang masih terlalu baru dlm arena keibubapaan ini..
mujurlah mama sentiasa membantu dalam menguruskan FK dan aku yang masih dlm pantang ni ketika encik husband telah mula kembali bekerja..
mama laa yang terpaksa ulang-alik office-rumah untuk:
- mandikan baby
- sediakan air mandian aku
- pastikan aku amik breakfast
- ikatkan bengkung aku
- tidurkan baby ketika aku tertidur kepenatan setelah semalaman berjaga kalau baby meragam..

aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa menguruskan semuanya sendirian..
sure terkial²!
kalau korang nak kata aku ni mengada ke, manja ke..lantaklaa..sbb mmg itu pun yang aku rasa..
well, as a first time mother, semua sangat baru bagi aku..semua pun aku perlukan tunjuk ajar..
even dah lps sebulan ni laa aku baru berani nak mandikan anak aku sendiri..
mmg agak mencabar jugak laa nak mandikan baby bile diri sendiri pun masih dlm pantang..huhuhu..

dan aku juga tak dapat nak bayangkan macammana aku nak hadapi hari² lps habis tempoh pantang nanti - bila dah start masuk keje..
huhhh..sure aku terhangguk² dpn laptop ni..
ye laa kalau mcm skrg ni laa gayanya aku tdo-berjaga-tdo-berjaga tetiap mlm..huhuhu..(ye, ye..aku tau semua ibu baru pun mcm tu..im just talking about myself ok..)
tp demi si budak kenit, mummy bermata panda pun takpe laa sayang..

ikut rasa hati, tak sanggup nak tinggalkan baby..
rasa nak tgk dia pg ptg siang malam..
nak tgk dia membesar dlm jagaan sendiri..
nak witness perubahan demi perubahan yang berlaku..
tp apakan daya, keadaan belum mengizinkan..huhuhu..

dlm lebih kurang 5 hari lg ni, abislaa pantang aku..yeay!!
hehe..aku tak sabar nak habis pantang..
sbb:
nak mkn sedap² - walaupun still ada restrictions sbb aku breastfeed baby..
nak pakai balik baju² yang agak "slim" :P - berat takat ni dah kembali kepada berat awal² mengandung dulu..soon akan diturunkan lg..hekhek..
tak nak pakai dah uniform masa berpantang ni - tade lain, t-shirt, kain batik, bengkung & stokin..kain batik aku asyiklaa nak tertanggal..mana taknya, "expert" sangat kannn berkain batik.. :P
nak pakai kasut cantik² - rindu semua kat semua kasut² heels yang ada..walaupun adalaa sepasang dua..haha..takdelaa berstokin tebal & selipar sarung je memanjang :P
boleh jalan²/shopping² sana sini- hahaha walaupun ada jugak laa sekali dua langgar pantang g shopping jap aritu..tu pun lps balik check up doctor..huhuhu..

tp yang paling best lps bersalin ni, aku boleh kembali tdo dgn posisi yang aku suka..nak tertonggeng, nak mengereng kiri kanan, nak terbalik..sume pun boleh..sbb tiada lagi belon di badan..hahahaha..best best!
cuma kadang² kalau bwk si kenit tdo skali, dia akan conquer tgh² katil..so papa ngan mummy kene ketepi..kang tertindih pulak dia..huhu..

ni latest picture of si budak kenit..

little FK - 1 month

masa ni umo dia cukup² sebulan..
saje aku belikan dia Fisher-Price: Rainforest: Peek-a-Boo Leaves Musical Mobile..
tu dia tgh test laa tu..musical toy yang dibeli khas konon² utk senangkan dia tdo..
awal² tu dia buat donno je..tp lama² tgk berkesan jugak laa sikit..
kecik sangat lg nak tau kot..rasanya dia pun pelik ape laa bende yang mummy dia belikan ni..hahaha..

little FK - 1 month 6 days

ni smlm..masa nak bwk dia g jumpa paed untuk cucuk..
berat as at smlm ialah 4.8kg..
pasni takleh dah laa pakai mamy poko newborn :P

p/s: amaran - entry² yang akan dtg akan lebih berbaur kepada "kehidupan-berbaby", juga cerita² si budak kenit..
sorry readers, cant help! this is my new addiction! :D

2 comments:

Noor Saliza said...

hmm.. cepat masuk kije.. ade cerekarama nih!.. hahahha.. tkt x sempat je tgk.. :))
ok.. aku nk wish awal².. selamat menonton WONDERPETS sambil menyanyikan nye berulang2 kali.. ;)

:: iera :: said...

tu laa..mcm² cite aku dah dgr ni..tak saba nak saksikan sendiri..hahaha..

kehkeh..kalau WONDERPETS masih ada tayangannya, aku takkan miss nyanyi lagu tu yang mmg dah sedia hapal awal² dulu..hahahha