aku ada DUA not-so-fortunate event yang dah basi utk dikongsikan..
tapi aku nak gak cite utk panduan di masa hadapan..
semuanya salah sendiri! (erk! hahaha)
actually aku nak cite pasal ni dlm entry birthday aku..
tp mcm tak sesuai sbb tu entry bday kan..haha..
so here goes:
NOT-SO-FORTUNATE Event 1:
15.03.2012 (Khamis)
aku kua awal dah dr ofis..
sampai je kat plus highway (area antara sungai buloh & rawang), atau lebih tepat, area keta wiraku tersadai suatu ketika dahulu..(cite yang ni aku tatau aku penah update atau tak dlm ni, lom sempat nak check..ngee..)
aku mmg tgh kat lane paling kanan..tgh laju kannn.. :P
tetiba, masa aku tekan minyak, aku tgk speedometer aku makin menurun, bukan makin menaik..
tekan lg, turun lg..
tekan lg, laaaagi turun..
aihh..apehal ni..
pelik dgn keadaan tersebut, aku swerve ke lane paling kiri, yakni lane kecemasan..
dan disitu laa keta ku berhenti secara berhemah..
try start balik, tiada upaya..
hmm..mmg la aku lom htr sevice lg wlupun dah time utk service..
tp selalu tu pun over gak, tadelaa smpi berhenti terus smpi camni..
masa tu dlm pale otak, ada 2 org ni je yg aku boleh mintak tolong..
1) ofkos laa mr husband..
tp bila call, dia tak angkat2..itu tandanya dia dah atas motor, otw balik umah..bila atas motor, mmg kebiasaannya dia takkan angkat call, unless ko call ratusan kali menandakan ada kecemasan..hihi..
2) abah lerr, my all-time favourite saviour (hahaha)..
masa call abah, dia dah sampai umah pun..aku cite hal sebenar, abah pun pelik sbb keta2 toyota ni JARANG nak buat hal..abah soh check minyak..dang!!! minyak aku kelip2 daaaa.. (tu laa timbunkan lg segala surat/resit atas dashboard tu..bia sampai tutup meter miyak tu haa..)
lps bebel2, abah soh aku call plus hotline..aku pun ok..
tp lps tu baru aku sedar, aku pakai touch n go - mana ada no hotline kat situ..aku call abah balik..abah kata "call laa 103.."
hahaha..punya laa aku dah blur time tu, leh tak terpikir nak dapatkan no kat TM..kekeke..
dapat no, call byk kali, tade sape angkat..aihhh, takkan ikut office hour gak? hotline kot?!
pastu aku call abah balik..abah bebel2 lagi..
pastu dia ckp "tunggu la situ..abah dtg bwkkan petrol.."
aku pun "baik.." (redha je, takleh nak melawan, sbb salah sendiri :P)
tapi tak sampai 5min, ada satu tow truck berhenti blkg keta aku..
sibbaik aku perasan awal2 yang itu adalah polis bantuan..
kalau laa tow truck-yang-mmg- tunggu-peluang-baik-punyaaaa yang berhenti, mmg masaklaa aku kene pow!
encik tow truck: nape kak?
aku: keta takleh nak start..rasanya minyak habis kot.. (aku rasa muka aku tebal 10inch masa ni)
sambil tgk meter minyak aku..
encik tow truck: hmm ye la tu..
aku: nak mintak tolong tarik keta sampai tol, boleh tak?
encik tow truck: hmm kami ada petrol, 20 ringgit..boleh?
aku: hmm boleh laa.. (aku malas nak pikir panjang lg, sbb kang kalau kat tol tu, still aku kene tunggu abah sampai bwk minyak jugak..plus mmg menyusahkan orang tua tu la kann..)
encik tow truck: mintak tolong bukak tempat isi minyak ye kak..
dia pun g amik petrol satu tong besar tu..
aku tgk ikut side mirror je tgk dia isi..sbb aku mmg tak turun keta..
lps isi..
encik tow truck: ok cuba start..
aku: yeay! boleh start (take note, ini sorakan dlm hati je ye..) hmm tp nape masih kelip2 eh?
encik tow truck: minyak tu sikit sangat rasanya..nti akak berhenti laa stesen minyak utk top up..
aku: hmm ok2..terima kasih ye (sambil tu aku bg 20ringgit + 10ringgit upah sbb dia tak gelak/bebel kat aku..muahhaha - eh tak..tak..duit tu mmg aku niat ikhlas nak bg sbb dia dah menyenangkan masalah yang aku sendiri cari :D)
mmg tak penah jadi aku kehabisan minyak selama 11 tahun aku bawak keta..
tah apelaa nasib aritu ntah..mmg sungguh2 lupa padahal aku dah perasan minyak tu dah surut..
oh lupa, semua ni sbb timbunan kertas2 atas dashboard :P
NOT-SO-FORTUNATE Event 2:
16.03.2012 (Jumaat)
scene ni start bila aku dah sampai umah mama..
park keta, terus bukak pintu belakang utk amik bag berisi EBM & breastpump..(pada yang tatau EBM tu ape, ia adalah shortform utk Exclusive Breast Milk)
tapi...
eh, mana bag aku? ahhh sudahhh!! takkan tinggal kat ofis kot?
aku bukak boot belakang..tiada!
aku check seat blkg, kot terjatuh kat bawah..tiada jugak!
aku check seat depan, kot aku TERletak kat seat bhgn depan, pun tiada!
aduhhh..sah tinggal kat ofis!! :(
mmg kejadian pelik..
sbb selalunya mmg aku pastikan aku akan bwk turun 3 bag sebelum balik umah:
1. Bag laptop
2. Handbag
3. Bag pam
cane boleh tak perasan ada satu bag kurang nih??
aku bgtau mama & abah..abah geleng kepala, mama gelakkan je..
aku ingat aku nak terus je gerak g opis..
tapi abah kata dia & mama ikut sekali, bwk caca & adik..
senang kalau adik menyanyi nak susu kang, kilang dia dah ada dpn mata..hahaha..
lps maghrib, terus gerak g opis..
sampai2 je, aku dgn yakin, terus naik level 4, g meja aku..
tgk atas meja aku tade..dangg!! mana pulak dahhhhh...
aku turun level 1 (kat sini ada mom's room - mmg dikhaskan utk aktiviti pengepaman susu2 berlangsung)
aku cari kunci bilik tu..tade! selalunya ada je atas kaunter receptionist tu..
aku turun level G..tanya pak guard..
diorang kata diorang tak simpan kunci bilik tu..spare key lagi laa tade!
aduhhh..
aku try naik level 4 sekali lg, dgn harapan aku tertinggal bag tu kat toilet..
mmg takde laa kat situ.. :(
aku turun level G sekali lg..tanya kalau pak guard tu tau no mana2 receptionist..
dia callkan, aku tanya aida (cik receptionist)..
aida bgtau ada orang amik kunci tu sbb nak simpan barang, tp orang tu janji akan bg kunci tu dlm envelop kat pak guard before dia balik..
geledah punya geledah, hampaaa..tak jumpa jugak!
sah! mesti dia bawak balik kunci tu sbb the next day ada children's activity: clay & origami kat level 1 tu..
so mesti dia malas nak bg kat pak guard, so might as well dia bwk balik umah je..
arrghh!! aku rasa mcm nak nangis mengenangkan 6 botol 3.5oz dlm bag tu..
klu ebm tu still dlm fridge, aku tak kesah pun..sah2 selamat!
ni sbb aku yakin aku dah siap2 simpan semua ngan ais, tinggal nak angkut bawak balik je..
tp tah ape yang aku pikir masa tu, aku keluar bilik tanpa bag pam..
iera..iera..baru je masuk 31 wehhh..pelupa sungguh macam dah 61! haihhh..
balik mlm tu hampa je..aku tawakal je, harap2 3 ketul ais dalam bag tu dapat bertahan sampai the next day..
tp tetaplaa try cari no org yang bwk balik kunci tu utk pastikan bilik tu mmg berkunci..huhuhu..
kunun ni nak sedapkan hati :P
esoknya, sampai2 je ofis, sementara caca & adik join aktiviti tu..
aku bergegas g mom's room, mmg elokkkkk je bag tu atas meja..haihh laa..
terus aku check, susu2 tu elok lg ke tak..
bau2, ok..terus simpan balik dlm fridge & bekukan ais2 tu balik..
alhamdulillah! ada lg rezeki khalef! hehe..*muka ada senyummm!!*
kalau tak, burn laa stock susu sehari tu dik..
***************************************************************
mmg dua2 kejadian ni akan aku igt sampai bila2..
lg2 pulak time bday aku!
sampaikan encik husband tersayang dah janji nak bg hadiah kismis..
alasan? utk kuatkan daya ingatan bini dia ni haa..
hahahha saba je la mak...
My First Post
5 years ago