Tuesday, February 09, 2016

oh hati, bertabahlaa..


Sebelum aku call PMC to set appointment, mmg aku dah buat research sikit pasal hospital tu..
asalnya plan mmg nak bersalin kat situ pulak utk pregnancy kalini..
ada 2 doctor gynae yang tetap - Dato' Dr Zarul Azham & Dr Wan Ratna..
research shown byk good review on both doctors..

Rabu, 27 January 2016 - aku call PMC untuk set up appointment..
harapan memula mmg ingat nak check up dengan doctor perempuan.
tp masa tu katanya Dr Ratna dah habis kerja at 1pm..
ada doctor locum, Dr Norlela akan start pukul 5pm  - 8.30pm..

at first ingat nk try je dengan Dr Norlela tu..
tp bila fikir-fikir balik..dia hanya akan dtg rabu & ahad sahaja..
so if mmg hv to do d&c, aku kena tgu ahad ke?
discuss dengan Ijoy, then decided better proceed je dengan Dr Zarul..
since dia mmg fixed doctor, plus dia pengarah & pakar bersalin kat situ..
lgpun, byk dgr review gynae lelaki lagi gentle..(ya I know, tak semua laa..)

Receptionist bgtau Dr Zarul will only available on the next day, Thursday..
so at about 9.45am Thursday, aku bertemankan Khilfi & papa sampai di PMC, lepas settlekan Khalesya & Khalef pergi sekolah..
as what has been told by the receptionist, Dr Zarul tak ramai patient..
maybe ramai prefer check up dengan doctor perempuan kan..

10.15am, turn kami sampai..
kami bagitau what had happened to the 18wks fetus..
he did the ultrasound and confirmed that there was no sign of baby's heartbeat..
size fetus pun mmg tak grow..size dia hanya sekecil janin at 14wks..
and Dr Zarul found out that macam ada lebam di bahagian kepala..
oh my baby :'(
sekali lg air mata bergenang..

Dr Zarul then bgtau all the procedures sbb dah confirm mmg kene buat D&C..
and all the necessary things need to be done lepas dia bg balik janin..
dia tanya whether nak buat kat previous clinic ke atau nak proceed dengan PMC..
for sure a big NO laa kat prev clinic tu sbb confirm tak dapat balik janin kan..

10.30am - register untuk masuk ward
10.45am - tukar baju, makan provided lunch & masukkan ubat untuk flush isi perut..start puasa..
11.45am - Dr Zarul datang untuk masukkan ubat..(its a special ubat & very expensive RM500/pc - mmg khas untuk kes keluarkan janin yang dah meninggal di trimester kedua)
in between sblm 4.30pm - Dr & nurses keep on checking whether dah ada rasa sakit/rengat
4.30pm - nurse bg ubat makan yang dipatahkan dua, maybe sbb nak bg dos yang kecik je..tak pasti ape nama ubat..cuma diberitahu ubat tu untuk cepatkan proses bukaan rahim dan lembutkan rahim mungkin
5.45pm - pecah air ketuban
6.10pm - keluar darah
6.30pm - janin keluar dengan lembut..tanpa perlu mommy teran :'(
tapi uri tak ikut keluar sekali..
midwife tu ckp if uri keluar semua sekali masa dengan janin, tak payah dah buat D&C..

so sementara tunggu Dr Zarul sampai, aku urut-urutkan perut sbb masih rasa rengat-rengat..
tak lama lepas tu rasa macam ada ketulan besar nak keluar..
seperti yang aku jangka mmg uri bila aku panggil midwife tu check..
tp still katanya kene jugak buat D&C sbb uri tak keluar habis..
dia takut still ada leftover..

lepas dia tukarkan lapik untuk tah yang ke berapa kali, aku urut-urut perut lagi..
sbb Dr Zarul still belum sampai..
Ijoy pulak masa tu nak turun g solat maghrib sbb dah nak pukul 8pm masa tu..

aku teruskan jugak urut perut yang still rasa tak selesa..
tak lama lepas tu rasa byk darah keluar..
aku biarkan dulu..belum lg nak panggil nurse..sbb baru je rasanya tukar lapik..
darah mencurah-curah keluar..masa tu aku rasa tu mmg prosesnya kot..
tiba-tiba..pandangan aku rasa nak gelap..
cepat aku tekan butang panggil nurse..aku bgtau aku nak pitam!

antara sedar tak sedar aku nmpk lebih kurang 6-7 org nurses/midwives sekeliling aku..
kiri kanan tangan aku kene cucuk sbb nak masukkan drip..
sorang letak gas oksigen..
sorang tolong check BP..
sorang check pulse rate..
yang lain-lain tolong siap-siapkan aku untuk masuk dalam OT..
Allahu akbar!
Aku mmg takde daya nak gerakkan badan..aku hanya berserah pada Allah masa tu..

sampai di OT, aku menggigil satu badan..
sbb sejuk sampai mencucuk-cucuk tulang..
aku hanya mampu ckp.."sejuk..sejuk.."
nurse cepat-cepat tambah selimut kat badan aku.."OT mmg sejuk, puan..tak boleh nak buat ape.."

masa tu aku perasan jam menunjukkan 8.40pm..
tak lama lepas tu Dr Zarul masuk..
dia tanya ape BP aku sblm tu..they said some 30 above ape tah..
yang aku dgr Dr Zarul cakap.."hah? tu dah tahap pengsan tu.."
"ye..mmg patient almost pengsan tadi doktor.." jawab nurse..

then diorang siap-siapkan aku untuk proses D&C..
Dr Zarul mintak aku mengucap..

sedar-sedar, nurse kejutkan aku..dah ready nak masukkan aku dlm ward semula..
masa tu aku nampak Ijoy & Khilfi tunggu tepi pintu..
sampai kat ward aku 7-1, aku tanya dah pukul berapa..
Ijoy ckp pukul 9pm..
so maknanya the D&C process just amik masa dlm 20mins lebih kurang..

sampai ward, Ijoy bg aku air..suapkan aku makan..ye laa baru nak berbuka puasa..
tengah-tengah bg makan, nurse datang check BP & pulse rate..
Ijoy masa tu bgtau aku, dia nanti balik kejap nak tanam janin, then datang balik temankan aku untuk malam tu..
nurse dgr, dia bgtau yang ward aku tu is an Open Ward (Ward 7)..takde sape boleh tunggu..
kalau kitorang mintak nak duduk Single Ward, boleh laa Ijoy jagakan..
oh well, sbb kitorang tak jangka laa akan bermalam kat situ..
mmg takde laa mintak tukar ke single room pun..
sbb if everything goes well dan aku tak pitam..for sure boleh balik dah malam tu..
ni bila diorang tgk BP aku turun naik mendadak, kena laa stay 1 malam untuk diorang monitor..
tepat pukul 10pm, guard dah start halau..

sayu sangat rasa..
dah laa kena tinggal sorang-sorang.. (ok, mmg mengada lebih :P)
emosi pulak kejap ok kejap tak..

frankly speaking, sangat susah nak terima kenyataan bila tgk perut yang dah takde isi..
sangat mixed feeling :'(
lagi-lagi bila terbayang-bayang janin lelaki yang nurse tunjuk tadi..
anak mommy dah besar tapak tangan rupanya..
semua dah form elok..

Aku cuba redha..kita hanya merancang, Dia jua yang tentukan..
tp aku percaya, Allah has better plans for us..

Terima kasih kepada semua rakan & keluarga yang mendoakan & memberi sokongan dan tak putus memberi kata-kata semangat..
Jasa kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya..

Terima kasih pada all doctors & PMC staffs..sangat-sangat baik dan sangat prihatin..
servis terbaik, mmg aku recommend sape-sape yang masih mencari tempat bersalin..
walaupun hospital taklaa besar mana, tapi kelengkapan semua ada..
plus very islamic-practice kind of hospital..
oh they are now tgh dalam construction, nak expand lagi hospital tu..
so please expect ada sedikit bising due to bunyi mesin & kerja-kerja pecah bangunan..

Terima kasih pada mama & abah sbb tolong jagakan kakak Khalesya & abang Khalef selama kami berada di PMC..

and very special THANKS to papa yang sentiasa berada di sisi mommy seawal kami terima berita sedih tu..
walaupun mommy tau papa pun sebenarnya sedih, tapi tak tunjukkan sikit pun kat mommy..
sentiasa pujuk mommy, hug mommy dan bagi kata-kata semangat bila mommy sangat-sangat perlukan..
tolong handle anak-anak kat rumah selama yang mommy kena pantang..
sampai sakit-sakit badan papa uruskan semua kerja-kerja rumah..
Thank you so much sayang for your endless love & support..
I am so blessed to have you in our life!
Kita sama-sama be strong, ini ujian Allah tanda Dia sayang kat kita, kan?
dah dua anak syurga tunggu kita di sana nanti.. :)

Sesungguhnya perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan kita..
semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik..
"La tahzan, innallaha maana"


No comments: