hah! start dah nak pikir lain kannnn..hahaha..
ni bukan entry khalef nak dapat adik ye.
6 bulan tu ialah "gap" selepas last entry..(hmm tak lama mana pun kannn..hahaha..)
ok aku malas dah nak bg reason nape blog aku ni dah berabuk2..
sbb aku rasa korang pun malas dah nak dgr..ehehehe..
tp korang mesti nak tau kenapa tiba2 aku tergerak hati nak update..
kan?
sbbnya...khalef dah setahun!
so bila dah setahun, pastinya ada bday celebration..yeay!
maka inilaa reason kukuh kenapa blog ini harus diupdate..heh..
sbb nti kalau khalef baca, sure dia kata..
"mummy ni tak adil laa..tade update pasal bday adik! entry pasal bday kakak ada!" :D
ok, birth date khalef - 14 sept
sbb 14 tu jumaat, hari keje, so takleh laa nak buat majlis..
plan asal nak buat pada 16 sept (ahad) kat umah mama, sekaligus ngan openhouse..
(ok, bukan aku saje2 tanak buat kat umah aku..cuma aku rasa umah tu lom cukup standard nak bg orang datang..almaklumlaa itu rumah-sewa-yang-owner-sendiri-tak-amik-kisah..bila owner pun acuh tak acuh, tak kesah pun umah dia bocor ke, berlubang ke, nak roboh ke..
korang leh bayangkan tak keadaan umah sewa aku tu cemana? arrghh mak sedih!!)
tp bila ajim & mashe plan nak buat openhouse & housewarming pada 15 sept (sabtu), plan tetiba berubah..
ajim & mashe soh join je event diorang tu..maknanya mama takyah buat openhouse, n bday khalef pun buat je sekali kat umah diorang..
sbb:
1) tade rushing lps umah ajim, kene prepare lak utk umah mama..(penat wooo!!)
2) tetamu yang nak dtg pun orang2 yg sama gak..family2..maybe kalau umah ajim tu ada laa panggil kawan2 dia..
3) kebetulan birthdate khalef, atuk ngan ajim dekat2..so senang celebrate sekali..3 in 1! ehh..openhouse, housewarming & birthday celebration - kan 3 in 1 jugak..hehe..
atas sbb musabab itu, bday khalef pun disambut di umah ajim:
OASIS Serviced Suites, Ara Damansara..
located by the swimming pool, so anak2 g mandi..mak ayah leh makan dgn tenang..hahaha..
(ni family event je..almaklumlaa i kan 'menumpang' event di umah orang, so tak sedap la pulak nak conquer..harap maklum ye rakan2.. *dalam hati mmg teringinnnnnnn nak jemput kawan2* sobss..)
:: banner & cake ::
banner tu mommy kene prepare jugak..sbb masa khalesya mommy dah buat..
mommy kenelaa fair & square kan, sayang?
cake tu pulak mmg purposely order besar sbb 3 org punya birthday..
so sorang amik satu gerabak, takyah gaduh2..hahaha..
(oh cake ni aku order kat Kak Zai (mypu3cakehouse)..mmg since 1st bday lesya aku order ngan dia..superb taste & presentation! - sila lawat blog dia utk lebih details..
ehem kak zai, tanak bayar i royalti ke? hahaha)
:: mereka yang diraikan ::
haa..yang pakai baju melayu tu sbb YB baru balik dr openhouse kat masjid..hahaha..
:: one happy family :) ::
to khalef,
happy birthday dear little sunshine :)
wishing you a million moments of joy, love, happiness, good health n wealth!
semoga menjadi anak yang soleh, mendapat barakah dunia & akhirat..
to atuk & ajim..
happy birthday!
semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya :)
nota kaki: insyaAllah ada rezeki nanti, kitorang dapat beli rumah yang decent sikit, kami jemput semua ye.. :)
No comments:
Post a Comment