Monday, March 30, 2009

Earth Hour 2009

anda sokong?

kalau tanya aku, jawapannya ya dan tidak.
ya, sbb memang kami hanya pasang lampu kereta (ya, kami keluar rumah pada masa tersebut.)
tidak, sbb itu bukanlah rumah kami. itu hanyalah rumah tumpang. (ye, kami masih menumpang rumah2 ibu-bapa kami. hahaha.)

personally, aku mmg sokong kempen2 ini.
bukan untuk sesiapa, untuk kita dan generasi akan dtg juga.
kalau generasi sekarang tidak mengambil inisiatif untuk menyelamatkan bumi, apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang?

kan?

tp menjayakannya di rumah sendiri, tentunya lebih bermakna :)

maka, pada malam kejadian, kami 'panjat' Bukit Langat.
tp kami panjat dengan kereta..hehe.. (syyhhh! jangan beritahu orang lain, ini kali pertama aku sampai..)
kami tidak mahu mengambil risiko utk mendaki sampai look up point itu..
bukan tidak berdaya..
tapi perut yang lapar dan keadaan yang terlalu sesak dengan manusia yang berbilang kaum & agama,
juga sempit dgn kereta yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan..
turut tambah senak apabila ramai yang sudah mula berpusu2 untuk pulang, sesuka hati u-turn di dalam keadaan jalan yang mmg sudah sesak..
maka kami membatalkan sahaja niat murni itu..

kami memilih untuk berhenti di bahu jalan yang kurang sesak.
pada ketika itu jam menunjukkan 8.50pm.
ya, Earth Hour telah pun bermula.
tapi kawasan2 bandar setakat yang dapat dilihat oleh mata kasar, tidak menunjukkan penglibatan yang serius.
seolah2 kami2 yang berdiri di lereng2 bukit ini, hanya tertumpu kepada 2 bangunan utama sahaja yang bergelap.
Menara KL dan KLCC.
mungkin ada beberapa bangunan lain yang turut serta.
tapi jarak penglihatan yang jauh dan keadaan kabus2 membataskan kami untuk mengenalpasti bangunan2 itu.

encik hasben sibuk mengetik (snap?) camera slr nye. (read: SLR ijoy)
aku yang lupa membawa digital camera aku, hanya bermain dgn lense2 LOMO (read: minilomo ijoy) pada camera 2megapixel di hp aku sahaja.
lense: light wave
gambar tidak begitu jelas, aku tak dapat kesan di mana letaknya Menara KL dan KLCC


lense: biasa
ini adalah keadaan manusia2 yang sedang melepak menunggu earth hour berakhir
dan kenderaan2 yang sedang sesak & bergerak perlahan secara berjemaah.
diambil dr aras lereng kami.
lense: biasa
Menara KL mulai terang.
KLCC? mungkin mereka tidak menjumpai suis.

lense: biasa
earth hour telah berakhir.

inilah hasil tangkapan aku.
jgn bising, kamu sepatutnya sudah mengagak ini adalah hasilnya :P

plan asal, selepas beberapa klik (click?) kami mahu beredar.
tapi memandangkan kepayahan-mendaki-dalam-keadaan-pejalan-kaki-lebih-laju-drpd-kelajuan-kereta, kami mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat tempoh masa gelap itu.
tepat 9.30pm, kelihatan menara KL mulai terang..
tapi KLCC masih bergelap..
aisehh..
apakah? kenapa tidak terang serentak?

setelah beberapa minit kemudian, barulah kelihatan jambatan KLCC mulai bercahaya..
disusuli dgn cahaya lampu yang terang secara berperingkat dr tingkat2 lain.

satu pengalaman yang menarik, walaupun cita2 ingin melihat dr aras look up point itu tidak kesampaian.
mungkin lain kali, di hari biasa di mana kurang manusia berleluasa..hahaha..

Saturday, March 21, 2009

when words are just not enough..

just a heartfelt wish..
to the best half i have..

grow old along with me..
the best is yet to be!



lots of love..
from a heart that beats..
only for you..

Happy Birthday, Darling!

Wednesday, March 18, 2009

sessi iklan untuk kawan²

kawan saya, telah memulakan perniagaan di atas talian (online sales?) ke atas barang² peribadi beliau yang kebanyakkannya masih belum digunakan.
dan saya sebagai pelanggan telah memberi kata saya kepadanya (give her my word?) untuk tolong mewar²kan perniagaan tersebut.

sila lawat ini.

di situ tersenarai sebahagian dr barang² yang dibeli tapi belum sempat digunakan, atau yang telah dipakai hanya beberapa kali namun ia masih di dalam kondisi yang bagus (good condition?).

tentunya barang² tersebut dijual pada harga yang rendah & berpatutan.
walaupun untuk barang yang masih baru & belum digunakan.

mengenali peribadi beliau yang memang menjaga rapi segala barang² kesukaannya, saya tanpa rasa sangsi mengalu²kan semua rakan taulan untuk melawat blog perniagaan (sales blog?) itu.

mungkin ada yang berkenan di hati.
segala syarat & terma pembelian ada dinyatakan di situ.

selamat menjengah :)

nota kaki:
percubaan meng'hebat-bm'kan segala perkataan yang ada membuatkan bunyinya kedengaran agak kelakar. hahaha.
sebab itu masih ada 'translation' nya di tepi kerana dikhuatiri pembaca kurang paham ape yang ingin disampaikan :P

mungkin aku akan analisis semula cara penulisan untuk lain kali (ye, ini mungkin sahaja :P)

Monday, March 16, 2009

a blessful day..

its the day, again..
the day im turning 28!
wow, what a number! hahaha..

walaupun ini ulangtahun yang disambut pertama kali dgn encik yang bergelar hasben,
tapi ia turut disambut dgn kehadiran ulcer di bawah lidah..
sungguh perit apabila bergesel dgn gigi² yang tajam..
yang menyebabkan aku terpaksa menghabiskan ulangtahun ini dgn ber'MC' di rumah sahaja..
sungguh indah hadiah ulangtahun aku, kan?

for this birthday,
i really wish to have a pleasant & blissful life..
to be loved by the loved ones..
to be blessed with something i missed a few months ago..
pray for me ya :)

to my dear sweetheart, you know how much u are loved!
to my family & in-laws, thanks for your love & support..
and to u guys, my all thoughtful friends,
just a note to say..
THANK YOU for your thoughtfulness!
i am touched! really..


semoga all those kind & sweet wishes menjadi suatu kenyataan..
amiinnn..

Thursday, March 12, 2009

tag for married ppl? duhhh..

frankly speaking, aku mmg malas nak buat tag.
mungkin sbb byk soalan.
aku rasa macam jawab soalan exam. hahaha.

tapi memandangkan ada yang hampa apabila tiada entry baru di muka surat teratas ini,
juga mempertimbangkan permintaan puan Is yang kesepian di dalam kepantangan,
juga memikirkan otak owner yang blog yang kebekuan idea,
aku sambutlah tag dr puan nad ini :P

**********************************************
For all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.

When was your engagement?
29/12/2007..
(aku ingat sbb lagi 2 hari nak masuk tahun baru. kire penutup tahun)

When is your marriage anniversary?
08/08/2008..
(cukup 'ong' tak? hahaha)

How long have you known your spouse?
hmm dari bulan 5, 2003..
(kiralah sendiri berapa lama)

Where did you meet your spouse?
di SMIDEC, Uptown Damansara.
itu adalah hari pertama aku start masuk kerja di client office.
itu juga adalah hari ketiga terakhir si dia menjadi 'practical trainee' di situ.
adakah dgn hanya 3 hari berselisih bahu tanpa ucapan telah membawa ke jinjang pelamin?
hahaha. tentunya tidak!
tentunya pada masa itu masing² bersama 'teman' masing².

hanya YM menjadi penghubung cerita kami.
si dia:
1. yang hanya kawan online selama 4 tahun
2. yang aku gelar 'playboy' (hahaha, jgn marah ye yang..itu anggapan setelah mendengar cerita rekaan & tohmahan si mamat durjana itu),
3. yang pada mulanya aku rasa amat meluat (first impression, kehkehkeh. mungkin kesan cerita sebelah pihak. makanya aku mmg tidak percaya pada 'cinta pandang pertama'.hahaha)

akhinya si dia ditakdirkan menjadi soulmate aku.
menakjubkan kan ketentuan Tuhan itu? :)

What is your spouse’s full name?
Faizulzahrin Bin Zakaria

Do you have any children?
Nope, tak sempat, hanya suku jalan.
Belum ada rezeki lagi. Kamu² semua doakan lah ye.

How many?
kalau belum ada, nak kira juga ke?
kalau nak kira yang 'akan ada', hmm 4 lah! (hihi, besar cita² kannn..)

Do you have any pets?
kalau abah bela ikan, jiji bela sugarglider, itu dikira pets serumah aku juga ke?

Do you own or rent?
sekarang menetap di rumah parents aku.
but planning to have our own home sweet home, insya-Allah.

Do you live in the country, city/town?
kampung. tempat aku membesar.

What is your favorite activity you do together?
semua aktiviti. aku rasa selamat, aman dan sentosa dengan adanya suami di sisi.

Do you have a favorite vacation spot?
tentunya pulau.
somehere masa sekolah rendah - pulau manukan
2003 - pulau redang
2004 - pulau kapas
2005 - pulau tioman
2006 - pulau redang
2007 - pulau perhentian
2008 - tiada pulau. sibuk menguruskan hal perkahwinan.
2009 - bercadang untuk ke pulau lang tengah. can't wait! hehe

How many siblings do you have including in-laws?
8 (kalau turut dikira sibling in-laws yang sudah tiada, jumlahnya 13)

What mosque do you attend?
masjid di kampung, berdekatan dengan sekolah agama aku. (itu pun masa sembahyang raya. hahaha)
jarang pergi masjid lah. sbb ada surau comel depan rumah.

Is this the mosque you got marrried in?
taklah. kami nikah di depan rumah aku. (di lawn yang telah digubah indah)

What town is your current address?
Sungai Choh, Rawang.

Do you work or stay home?
masih berkerja makan gaji di sebuah syarikat IT swasta.

Where did you go for your honeymoon?
Bali & Bandung.

Leave a piece of marriage advice.
- bertolak ansur
- terima kelebihan & kekurangan masing²
- kongsi suka-duka
- jaga hati & perasaan pasangan. elak diri dari melakukan perkara² yang tidak disukai oleh pasangan.
- maaf-memaafi. terima pasangan anda seadanya.
(dan lain² lg, sila rujuk kepada imam atau mana² kaunselor perkahwinan untuk penerangan lebih lanjut ye)

**********************************************

tag ini disambung kepada:
1. tentunya puan is kerana sedang kebosanan! hahaha.. (sure hilang rasa bosan kau tu :P)
2. kamu! ya, kamu yang sedang membaca.. :)

kan ini adalah satu cara meng'update' entry?
gunakanlah sebaiknya!
hahaha.

Friday, March 06, 2009

sarawak bumi kenyalang..

ok, ini aku anggap entry valid sebulan.
sbb bukan bercuti setiap hari pun kan.
kira kalau habis sebulan tu, cerita ni mcm dah kira basi lah.

minggu lepas, jumaat hingga ahad (27/2/2009 - 01/03/2009),
kami sekeluarga telah ke Sarawak sahaja (ye sahaja, tak jauh pun..masih M'sia kan?)
kami tak plan lama.
sebaik sahaja dapat tau mama ada kursus di sana, abah yang sememangnya sudah terngiang² nak berjalan ke Sarawak terus menyuarakan hasrat hatinya. (sbb itulah satu²nya negeri dalam M'sia yang belum sempat kami kunjungi)
kami pula yang sememangnya pantang diajak bercuti, terus menyokong usul tersebut.
(bercuti, siapa yang tak nak, kan? hehe)

mama kursus selasa - jumaat.
tp tidaklah kami turut sama waktu itu.
kami hanya datang pada hari jumaat, setelah mama selesai kursusnya, sehingga hari ahad.

kami menginap di Hotel Grand Margherita, di Kuching Waterfront.
satu yang aku suka, servis hotel ini sangat bagus. tip-top.
byk facility yang disediakan, seakan terasa duduk di hotel 6 star. (macam lah aku pernah duduk kat hotel 6 star :P)
tapi dgn kemudahan yang sebegitu di atas rate yang sangat berpatutan, "saya sangat selesa-lah!"

untuk pengunjung-pertama-kali, tentunya tempat melancong utama adalah Kampung Budaya Sarawak.


satu pengalaman baru.
1. menumbuk & menampi padi (ye laa, zaman aku membesar pakai beras yang dah siap dalam kampit)


2. panjat tangga-ketak-batang-kayu yang kecil rumah Melanau setinggi 4 tingkat itu adalah sangat mencabar (ye yang 'kecil', kalau yang besar mcm gambar kat bwh nih, naik turun laju je..heh..)


3. menyumpit (cubaan pertama aku gagal sbb tak cukup hembusan angin, 'peluru' tak sampai sasaran..yang ke-2 & ke-3 hampir bull eyes yeee :P)


*sila abaikan model :P

berjalan dalam keadaan panas terik tanpa angin membuatkan kami cepat letih.
tapi ia tetap pengalaman yang hebat!


bila ke suatu tempat percutian, selain places of interest, tentunya kita akan mencari local delicacies juga, kan?
tp pencarian encik hasben & adik²ku akan ulat gulung (eiiuwww!) itu tidak mencapai kejayaan.
satu pasar satok dah kami pusing, tapi hampa sahaja.
hanya kek lapis dan ikan terubuk masin jadi borongan.

oh ya! untuk aku yang 'gila-manik' ini, tentunya rambang mata memilih manik² yang jauh lebih murah berbanding manik yang selalu aku borong di Jusco.
entah berapa kilo manik yang dah aku borong, hinggakan beg aku hanya sarat dengan manik² itu. tapi sangat berbaloi!
nasib baiklah mereka menyeret aku keluar kedai, kalau tidak, aku tak tahu lah berapa byk lagi paket manik yang aku akan capai. hahaha.

seronok. aku pasti akan datang lg :)

Thursday, March 05, 2009

kronik!

wallauweh..
semakin kronik nampaknya tahap pe'update'an blog aku nih.
dulu masa rajin menguasai diri, update 2-3 hari sekali.
pastu naik ke 2-3 minggu sekali.
skrg sebulan sekali.
pasnih boleh la nampaknya aku upgrade ke 2-3 bulan sekali.
boleh?

personally, hari² sebenarnya aku ada byk benda yang aku nak kongsi.
tapi malangnya, lagi byk benda yang turut menghalang aku dari berbuat demikian.
kerja aku menimbun².
masuk je office, start duduk je dpn pc, kerja yang sedia ada laa yang aku hadap.
nak check email office pun segan², apetah lg nak bloghopping rakan² seperjuangan, malah lebih jauh laa nak mengomen post² hebat mereka.
sememangnya skrg tiada masa yang boleh aku allocatekan utk kerja² mengupdate ini di office. (buat masa ini lah)

mungkin aku mulai masuk fasa yang aku sendiri panggil 'idea freeze'.
idea mencurah² tapi masa yang ada cukup terhad, membuatkan idea² tersebut hilang bersama² tukar-ganti siang dan malam.
macam jay pernah kata, ada post yang valid utk sehari sahaja.
maknanya, kalau terlepas sehari itu, sudah kurang 'kick' lah kalau nak diblogkan pada hari² berikutnya.
itulah antara sebab² kenapa blog ini semakin suram tanpa update.

contohnya, apa yang ingin aku cerita ini hanya kick kalau diceritakan pada hari kejadian.

seawal pukul 10pg smlm, aku diminta untuk 'back up' source code di dlm server project lama dulu. (ya, itu source code sahaja)
tapi utk document² penting, mmg kami simpan di dlm pc yang telah di'allocate'kan sebagai repository.

untuk dijadikan cerita, pc tersebut kami tinggalkan di level 12 (tempat projek lama)
sbb kini kami telah dipindahkan ke level 4.
disebabkan di level 4 ini tiada tempat yang sesuai utk repository tersebut (ya, di sini adalah sangat penuh & crowded), dan memandangkan repository tersebut tidak kami gunakan lagi (ye lah, project lama kan..)
maka mmg kami tidak ambil peduli sangat.
lagipun tentu ianya selamat di level 12 itu, sbb tempat tersebut mmg ditinggalkan kosong.

rupanya², selama ketiadaan kami dan juga kejarangan menjenguk di level 12 itu, ada renovation besar-besaran telah berlaku. (sedang berlaku lagi skrg ini)
segala pc atau harta benda yang tidak dituntut telah ditag 'disposed'.
termasuklah pc repository kami itu.
macammana nak tuntut kalau kami sendiri tidak diinform akan renovation tersebut?
itu pun aku tau setelah melihat sendiri keadaan level 12 itu ketika aku diminta utk memilih document² semasa kerja² pembersihan berlaku.

aku agak terkilan.
bukan senang untuk trace kembali pc itu.
bile sudah didisposed, maknanya, barang² tersebut telah dihantar ke unit lain iaitu Asset.

dr level 12, aku turun level 6, bertanya kpd group yang penah duduk setempat dgn kami dahulu.
mereka kata, sila tanya dgn person-in-charge masa kerja² meng'disposed' barang² yang tidak dituntut itu.
aku naik semula ke tgkt 12, dia dgn nada annoying berkata, dia tidak tahu menahu pasal tag² disposed itu, dan menyuruh aku utk turun ke tgkt 2 utk check dlm store.
baiklah puan, saya turun.
aku turun ke tgkt 2, malangnya aku terpaksa naik semula ke tgkt 12 utk
memastikan store yang mana.
aku turun ke tgkt 4 pula, utk meminta pertolongan rakan sekerja untuk mengambil pc tersebut.
turun kembali ke tgkt 2, masuk ke dalam store yang dimaksudkan.
alhamdulillah, pc itu mmg ada.
senang utk di cam kerana ia pernah ditampal dgn nama owner pc tersebut.

tp kami tidak boleh membawa keluar barang² asset begitu sahaja.
kami perlu memberitahu Asset dahulu.
so aku pun mendapatkan person-in-charge utk itu.

sudah jenuh aku contact sana sini, menunggu dr pukul 12 tengahari sehingga akhirnya pukul 4.45 ptg barulaa ada jawapan pasti.
ahh, barulah akhirnya pc itu selamat berada di dalam kawalan.

bencilah. sangat rumit!
kiranya semalam, memang aku tak dapat concentrate dgn kerja² aku.
selagi tak settle, selagi tu laa aku tak boleh nak fokus dgn benda² lain.

hmm..
itu cerita smlm.
kan kurang kick aku cite hari ini.
itu lah yang aku maksudkan dgn cerita valid sehari.

so aku sarankan, kamu-kamu hanya jenguk ke sini memadailah sebulan sekali ye.
(macamlaa ramai yang selalu jenguk kannn! :P)