Wednesday, March 18, 2009

sessi iklan untuk kawan²

kawan saya, telah memulakan perniagaan di atas talian (online sales?) ke atas barang² peribadi beliau yang kebanyakkannya masih belum digunakan.
dan saya sebagai pelanggan telah memberi kata saya kepadanya (give her my word?) untuk tolong mewar²kan perniagaan tersebut.

sila lawat ini.

di situ tersenarai sebahagian dr barang² yang dibeli tapi belum sempat digunakan, atau yang telah dipakai hanya beberapa kali namun ia masih di dalam kondisi yang bagus (good condition?).

tentunya barang² tersebut dijual pada harga yang rendah & berpatutan.
walaupun untuk barang yang masih baru & belum digunakan.

mengenali peribadi beliau yang memang menjaga rapi segala barang² kesukaannya, saya tanpa rasa sangsi mengalu²kan semua rakan taulan untuk melawat blog perniagaan (sales blog?) itu.

mungkin ada yang berkenan di hati.
segala syarat & terma pembelian ada dinyatakan di situ.

selamat menjengah :)

nota kaki:
percubaan meng'hebat-bm'kan segala perkataan yang ada membuatkan bunyinya kedengaran agak kelakar. hahaha.
sebab itu masih ada 'translation' nya di tepi kerana dikhuatiri pembaca kurang paham ape yang ingin disampaikan :P

mungkin aku akan analisis semula cara penulisan untuk lain kali (ye, ini mungkin sahaja :P)

6 comments:

Anonymous said...

Wow, dasat ko skrg nyah oi! Dah jadi introducer plak skrg. Apa kata kalu ko plak yg bukak bisnes nih?

helomynameisjaye said...

thanx darl siap buat satu entry khas lagik.hihi.ur Bahasa malaysia sangat impresif (impressive?)..lol

:: iera :: said...

nyah amran: hahaha, gua introducer boleh laa..nak bisnes², gua tade bakat..tp nak mencuba kecil²an, ada laa yang boleh dibisneskan..

nti gua cite dlm next entry :D

cik belacan: hihihi..itu satu pendekatan je..readers i pun bukannye ramai..tp kite cuba je ye, darl.. :)

@tune® said...

pergh...
pasni tolong carikan jodoh plak..
kikiki

chucky said...

aku pon dah letak kat blog aku,ade gak blog org lain...

:: iera :: said...

atune: boleh², sile nyatakan ciri² nya ye :P

caki: chop, tak paham..ape yang ko letak kat blog ko? hehehe