Monday, March 30, 2009

Earth Hour 2009

anda sokong?

kalau tanya aku, jawapannya ya dan tidak.
ya, sbb memang kami hanya pasang lampu kereta (ya, kami keluar rumah pada masa tersebut.)
tidak, sbb itu bukanlah rumah kami. itu hanyalah rumah tumpang. (ye, kami masih menumpang rumah2 ibu-bapa kami. hahaha.)

personally, aku mmg sokong kempen2 ini.
bukan untuk sesiapa, untuk kita dan generasi akan dtg juga.
kalau generasi sekarang tidak mengambil inisiatif untuk menyelamatkan bumi, apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang?

kan?

tp menjayakannya di rumah sendiri, tentunya lebih bermakna :)

maka, pada malam kejadian, kami 'panjat' Bukit Langat.
tp kami panjat dengan kereta..hehe.. (syyhhh! jangan beritahu orang lain, ini kali pertama aku sampai..)
kami tidak mahu mengambil risiko utk mendaki sampai look up point itu..
bukan tidak berdaya..
tapi perut yang lapar dan keadaan yang terlalu sesak dengan manusia yang berbilang kaum & agama,
juga sempit dgn kereta yang diletakkan di kiri kanan bahu jalan..
turut tambah senak apabila ramai yang sudah mula berpusu2 untuk pulang, sesuka hati u-turn di dalam keadaan jalan yang mmg sudah sesak..
maka kami membatalkan sahaja niat murni itu..

kami memilih untuk berhenti di bahu jalan yang kurang sesak.
pada ketika itu jam menunjukkan 8.50pm.
ya, Earth Hour telah pun bermula.
tapi kawasan2 bandar setakat yang dapat dilihat oleh mata kasar, tidak menunjukkan penglibatan yang serius.
seolah2 kami2 yang berdiri di lereng2 bukit ini, hanya tertumpu kepada 2 bangunan utama sahaja yang bergelap.
Menara KL dan KLCC.
mungkin ada beberapa bangunan lain yang turut serta.
tapi jarak penglihatan yang jauh dan keadaan kabus2 membataskan kami untuk mengenalpasti bangunan2 itu.

encik hasben sibuk mengetik (snap?) camera slr nye. (read: SLR ijoy)
aku yang lupa membawa digital camera aku, hanya bermain dgn lense2 LOMO (read: minilomo ijoy) pada camera 2megapixel di hp aku sahaja.
lense: light wave
gambar tidak begitu jelas, aku tak dapat kesan di mana letaknya Menara KL dan KLCC


lense: biasa
ini adalah keadaan manusia2 yang sedang melepak menunggu earth hour berakhir
dan kenderaan2 yang sedang sesak & bergerak perlahan secara berjemaah.
diambil dr aras lereng kami.
lense: biasa
Menara KL mulai terang.
KLCC? mungkin mereka tidak menjumpai suis.

lense: biasa
earth hour telah berakhir.

inilah hasil tangkapan aku.
jgn bising, kamu sepatutnya sudah mengagak ini adalah hasilnya :P

plan asal, selepas beberapa klik (click?) kami mahu beredar.
tapi memandangkan kepayahan-mendaki-dalam-keadaan-pejalan-kaki-lebih-laju-drpd-kelajuan-kereta, kami mengambil keputusan untuk menunggu sehingga tamat tempoh masa gelap itu.
tepat 9.30pm, kelihatan menara KL mulai terang..
tapi KLCC masih bergelap..
aisehh..
apakah? kenapa tidak terang serentak?

setelah beberapa minit kemudian, barulah kelihatan jambatan KLCC mulai bercahaya..
disusuli dgn cahaya lampu yang terang secara berperingkat dr tingkat2 lain.

satu pengalaman yang menarik, walaupun cita2 ingin melihat dr aras look up point itu tidak kesampaian.
mungkin lain kali, di hari biasa di mana kurang manusia berleluasa..hahaha..

3 comments:

helomynameisjaye said...

wahhh..sungguh romantis-bukit-langat skaliks kamu berdua ye.hehehe

:: iera :: said...

hahaha..orang yang terlalu ramai menyebabkan tiada sessi romantika berlaku :P

@tune® said...

global la lu...
ouch!