ok, ini aku anggap entry valid sebulan.
sbb bukan bercuti setiap hari pun kan.
kira kalau habis sebulan tu, cerita ni mcm dah kira basi lah.
minggu lepas, jumaat hingga ahad (27/2/2009 - 01/03/2009),
kami sekeluarga telah ke Sarawak sahaja (ye sahaja, tak jauh pun..masih M'sia kan?)
kami tak plan lama.
sebaik sahaja dapat tau mama ada kursus di sana, abah yang sememangnya sudah terngiang² nak berjalan ke Sarawak terus menyuarakan hasrat hatinya. (sbb itulah satu²nya negeri dalam M'sia yang belum sempat kami kunjungi)
kami pula yang sememangnya pantang diajak bercuti, terus menyokong usul tersebut.
(bercuti, siapa yang tak nak, kan? hehe)
mama kursus selasa - jumaat.
tp tidaklah kami turut sama waktu itu.
kami hanya datang pada hari jumaat, setelah mama selesai kursusnya, sehingga hari ahad.
kami menginap di Hotel Grand Margherita, di Kuching Waterfront.
satu yang aku suka, servis hotel ini sangat bagus. tip-top.
byk facility yang disediakan, seakan terasa duduk di hotel 6 star. (macam lah aku pernah duduk kat hotel 6 star :P)
tapi dgn kemudahan yang sebegitu di atas rate yang sangat berpatutan, "saya sangat selesa-lah!"
untuk pengunjung-pertama-kali, tentunya tempat melancong utama adalah Kampung Budaya Sarawak.
satu pengalaman baru.
1. menumbuk & menampi padi (ye laa, zaman aku membesar pakai beras yang dah siap dalam kampit)
2. panjat tangga-ketak-batang-kayu yang kecil rumah Melanau setinggi 4 tingkat itu adalah sangat mencabar (ye yang 'kecil', kalau yang besar mcm gambar kat bwh nih, naik turun laju je..heh..)
3. menyumpit (cubaan pertama aku gagal sbb tak cukup hembusan angin, 'peluru' tak sampai sasaran..yang ke-2 & ke-3 hampir bull eyes yeee :P)
*sila abaikan model :P
berjalan dalam keadaan panas terik tanpa angin membuatkan kami cepat letih.
tapi ia tetap pengalaman yang hebat!
bila ke suatu tempat percutian, selain places of interest, tentunya kita akan mencari local delicacies juga, kan?
tp pencarian encik hasben & adik²ku akan ulat gulung (eiiuwww!) itu tidak mencapai kejayaan.
satu pasar satok dah kami pusing, tapi hampa sahaja.
hanya kek lapis dan ikan terubuk masin jadi borongan.
oh ya! untuk aku yang 'gila-manik' ini, tentunya rambang mata memilih manik² yang jauh lebih murah berbanding manik yang selalu aku borong di Jusco.
entah berapa kilo manik yang dah aku borong, hinggakan beg aku hanya sarat dengan manik² itu. tapi sangat berbaloi!
nasib baiklah mereka menyeret aku keluar kedai, kalau tidak, aku tak tahu lah berapa byk lagi paket manik yang aku akan capai. hahaha.
seronok. aku pasti akan datang lg :)
My First Post
5 years ago
6 comments:
wahh model seksi..hahahah adekah itu temenggong jugah?
i anta baju i nk pasang manik kt u lah!
hahaha
aku senang hati tgk ko ngan ijoy.
aku senang hati dapat siapkan ko nyer album.
aku senang hati.
thanks iera + ijoy.
suya: itu adik abu bakar ellah..(agaknya lah.hahaha)
atun: moleh²..aku charge rege kawan² :P
fuad: aku pun senang hati juga. tp frame gamba jgn lupa ya. ;)
iera
kalau nak gi mkn ulat mulong yg gemukkk dan mantopss gi sibu, kat pasar pagi dia byk gila yg fresh from sarang, crunchy gila... :D
eh ko belik beads kat mana ra? aku nak gi 11 ari bulan ni nak gak cari manik2 :D
ye ke..ulat tu aku serius geli..tp dorang carik bagai nak rak..eeiiuuw..
sibbaik tak jumpe..muahahaha
as for the beads, cari kat baris blkg shoplot area² depan waterfront tu..ko cari tokong cine, masuk lorong tu..nama jln Ewe Hai Street..Kedai nama Jing Lee..
Post a Comment