Thursday, March 05, 2009

kronik!

wallauweh..
semakin kronik nampaknya tahap pe'update'an blog aku nih.
dulu masa rajin menguasai diri, update 2-3 hari sekali.
pastu naik ke 2-3 minggu sekali.
skrg sebulan sekali.
pasnih boleh la nampaknya aku upgrade ke 2-3 bulan sekali.
boleh?

personally, hari² sebenarnya aku ada byk benda yang aku nak kongsi.
tapi malangnya, lagi byk benda yang turut menghalang aku dari berbuat demikian.
kerja aku menimbun².
masuk je office, start duduk je dpn pc, kerja yang sedia ada laa yang aku hadap.
nak check email office pun segan², apetah lg nak bloghopping rakan² seperjuangan, malah lebih jauh laa nak mengomen post² hebat mereka.
sememangnya skrg tiada masa yang boleh aku allocatekan utk kerja² mengupdate ini di office. (buat masa ini lah)

mungkin aku mulai masuk fasa yang aku sendiri panggil 'idea freeze'.
idea mencurah² tapi masa yang ada cukup terhad, membuatkan idea² tersebut hilang bersama² tukar-ganti siang dan malam.
macam jay pernah kata, ada post yang valid utk sehari sahaja.
maknanya, kalau terlepas sehari itu, sudah kurang 'kick' lah kalau nak diblogkan pada hari² berikutnya.
itulah antara sebab² kenapa blog ini semakin suram tanpa update.

contohnya, apa yang ingin aku cerita ini hanya kick kalau diceritakan pada hari kejadian.

seawal pukul 10pg smlm, aku diminta untuk 'back up' source code di dlm server project lama dulu. (ya, itu source code sahaja)
tapi utk document² penting, mmg kami simpan di dlm pc yang telah di'allocate'kan sebagai repository.

untuk dijadikan cerita, pc tersebut kami tinggalkan di level 12 (tempat projek lama)
sbb kini kami telah dipindahkan ke level 4.
disebabkan di level 4 ini tiada tempat yang sesuai utk repository tersebut (ya, di sini adalah sangat penuh & crowded), dan memandangkan repository tersebut tidak kami gunakan lagi (ye lah, project lama kan..)
maka mmg kami tidak ambil peduli sangat.
lagipun tentu ianya selamat di level 12 itu, sbb tempat tersebut mmg ditinggalkan kosong.

rupanya², selama ketiadaan kami dan juga kejarangan menjenguk di level 12 itu, ada renovation besar-besaran telah berlaku. (sedang berlaku lagi skrg ini)
segala pc atau harta benda yang tidak dituntut telah ditag 'disposed'.
termasuklah pc repository kami itu.
macammana nak tuntut kalau kami sendiri tidak diinform akan renovation tersebut?
itu pun aku tau setelah melihat sendiri keadaan level 12 itu ketika aku diminta utk memilih document² semasa kerja² pembersihan berlaku.

aku agak terkilan.
bukan senang untuk trace kembali pc itu.
bile sudah didisposed, maknanya, barang² tersebut telah dihantar ke unit lain iaitu Asset.

dr level 12, aku turun level 6, bertanya kpd group yang penah duduk setempat dgn kami dahulu.
mereka kata, sila tanya dgn person-in-charge masa kerja² meng'disposed' barang² yang tidak dituntut itu.
aku naik semula ke tgkt 12, dia dgn nada annoying berkata, dia tidak tahu menahu pasal tag² disposed itu, dan menyuruh aku utk turun ke tgkt 2 utk check dlm store.
baiklah puan, saya turun.
aku turun ke tgkt 2, malangnya aku terpaksa naik semula ke tgkt 12 utk
memastikan store yang mana.
aku turun ke tgkt 4 pula, utk meminta pertolongan rakan sekerja untuk mengambil pc tersebut.
turun kembali ke tgkt 2, masuk ke dalam store yang dimaksudkan.
alhamdulillah, pc itu mmg ada.
senang utk di cam kerana ia pernah ditampal dgn nama owner pc tersebut.

tp kami tidak boleh membawa keluar barang² asset begitu sahaja.
kami perlu memberitahu Asset dahulu.
so aku pun mendapatkan person-in-charge utk itu.

sudah jenuh aku contact sana sini, menunggu dr pukul 12 tengahari sehingga akhirnya pukul 4.45 ptg barulaa ada jawapan pasti.
ahh, barulah akhirnya pc itu selamat berada di dalam kawalan.

bencilah. sangat rumit!
kiranya semalam, memang aku tak dapat concentrate dgn kerja² aku.
selagi tak settle, selagi tu laa aku tak boleh nak fokus dgn benda² lain.

hmm..
itu cerita smlm.
kan kurang kick aku cite hari ini.
itu lah yang aku maksudkan dgn cerita valid sehari.

so aku sarankan, kamu-kamu hanya jenguk ke sini memadailah sebulan sekali ye.
(macamlaa ramai yang selalu jenguk kannn! :P)

6 comments:

::moi:: said...

saya ada datang jenguk tiap2 hari... tapi berlalu sedih seperti biasa... tapi hari ini saya gembira blog unda sudah diupdate hehehehe


dari; aku yg gembira

:: iera :: said...

hehe..terima kasih kerana menyokong saya!

Anonymous said...

huh.. kompeni ape ni? byk songeh! kehkehkeh..
iera.. tolong la update selalu.. bantulah saye yg dlm pantang serta kesepian ngan gosip nih! :P

:: iera :: said...

hahaha..boleh²..update dlm pale je :P

nape tak online? tentunya kamu tidak akan sepi lg..hehehe

chucky said...

jgn keje kompeni besar sangat..banyak protokol

Hamba Allah said...

hey,saya juga jenguk la blog anda..cuma anda tak de letak menatang follower tu je..kalau letak senang aku nak tau ko dah update ke belum..jangan lupa datang bday adam 15th march 2009..tema = ben 10..sekian,wasalam