Thursday, September 13, 2007

tazkirah..

sempena bulan baik nih..
aku nak letak entry² yang baik² je..
tade marah²..tade kutuk².. (buleh ke?? aku cube laa..muahahaha)

arini aku rasa nak share mende nih laa ngan korang..
aku dapat nih by email..
so selain dapat share knowledge..senang gak aku nak refer..
takyah nak bukak² mailbox..lambat! muehehe..

Kelebihan Solat Sunat Terawikh
  • Malam 1 : Keluar dosa-dosa org mukmin pd mlm pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan Allah.
  • Malam 2 : Diampunkan dosa2 org mukmin yg sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
  • Malam 3 : Berseru Malaikat di bwh 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama org sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
  • Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat2 yg tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah -tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa org yg mengerjakan sembahyang terawih pd mlm ini.
  • Malam 7 : Seolah-olah dapat bertemu dgn Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihisalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
  • Malam 8 : Allah mengurniakan pahala org sembahyang terawih sepertimana yg tlh dikurniakan kpd Nabi Allah Ibrahim'Alaihisalam.
  • Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
    Malam 10 : Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11 : Keluar ia drpd hari Qiamat dgn muka yg bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 12 : Datang ia pd hari Qiamat dgn muka yg bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13 : Datang ia pd hari Qiamat dlm aman sentosa drpd tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkan pd hari Qiamat.
  • Malam 15 : Semua Malaikat yg menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16 : Allah swt tuliskan baginya terlepas drpd Neraka dan dimasukkan ke dlm Syurga.
  • Malam 17 : Allah kurniakan org yg berterawih pahalanya pd mlm ini sebanyaknya dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 18 : Seru Malaikat : "Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kpd engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati). "
  • Malam 19 : Allah swt tinggikan darjatnya di dlm Syurga Firdaus.
  • Malam 20 : Allah kurniakan kpdnya pahala sekelian org yg mati syahid dan org2 solihin.
  • Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dlm Syurga drpd Nur.
  • Malam 22 : Datang ia pd hari Qiamat aman drpd tiap2 dukacita dan kerisauan (tidaklah dlm keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
  • Malam 23 : Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dlm Syurga drpd Nur.
  • Malam 24 : Allah bukakan peluang 24 dosa yg mustajab bg org berterawih mlm ini,(elok sekali berdoa ketika dlm sujud).
  • Malam 25 : Allah taala angkatkan drpdnya siksa kubur.
  • Malam 26 : Allah kurniakan kpd org berterawih pahala pd mlm ini seumpama 40 thn ibadat.
  • Malam 27 : Allah kurniakan kpd org berterawih pahala pd mlm ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28 : Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
  • Malam 29 : Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yg mabrur.
  • Malam 30 : Allah swt beri penghormatan kpd org berterawih pd mlm terakhir ini yg teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yg engkau ingini hendak mkn di dlm syurga, dan mandilah engkau drpd air syurga yg bernama Salsabila, serta minumlah air drpd telaga yg dikurniakan kpd Nabi Muhammad S.A.W yg bernama 'Al-Kauthar'".

Selamat beramal ye kawan²..

No comments: