Thursday, March 05, 2009
kronik!
semakin kronik nampaknya tahap pe'update'an blog aku nih.
dulu masa rajin menguasai diri, update 2-3 hari sekali.
pastu naik ke 2-3 minggu sekali.
skrg sebulan sekali.
pasnih boleh la nampaknya aku upgrade ke 2-3 bulan sekali.
boleh?
personally, hari² sebenarnya aku ada byk benda yang aku nak kongsi.
tapi malangnya, lagi byk benda yang turut menghalang aku dari berbuat demikian.
kerja aku menimbun².
masuk je office, start duduk je dpn pc, kerja yang sedia ada laa yang aku hadap.
nak check email office pun segan², apetah lg nak bloghopping rakan² seperjuangan, malah lebih jauh laa nak mengomen post² hebat mereka.
sememangnya skrg tiada masa yang boleh aku allocatekan utk kerja² mengupdate ini di office. (buat masa ini lah)
mungkin aku mulai masuk fasa yang aku sendiri panggil 'idea freeze'.
idea mencurah² tapi masa yang ada cukup terhad, membuatkan idea² tersebut hilang bersama² tukar-ganti siang dan malam.
macam jay pernah kata, ada post yang valid utk sehari sahaja.
maknanya, kalau terlepas sehari itu, sudah kurang 'kick' lah kalau nak diblogkan pada hari² berikutnya.
itulah antara sebab² kenapa blog ini semakin suram tanpa update.
contohnya, apa yang ingin aku cerita ini hanya kick kalau diceritakan pada hari kejadian.
seawal pukul 10pg smlm, aku diminta untuk 'back up' source code di dlm server project lama dulu. (ya, itu source code sahaja)
tapi utk document² penting, mmg kami simpan di dlm pc yang telah di'allocate'kan sebagai repository.
untuk dijadikan cerita, pc tersebut kami tinggalkan di level 12 (tempat projek lama)
sbb kini kami telah dipindahkan ke level 4.
disebabkan di level 4 ini tiada tempat yang sesuai utk repository tersebut (ya, di sini adalah sangat penuh & crowded), dan memandangkan repository tersebut tidak kami gunakan lagi (ye lah, project lama kan..)
maka mmg kami tidak ambil peduli sangat.
lagipun tentu ianya selamat di level 12 itu, sbb tempat tersebut mmg ditinggalkan kosong.
rupanya², selama ketiadaan kami dan juga kejarangan menjenguk di level 12 itu, ada renovation besar-besaran telah berlaku. (sedang berlaku lagi skrg ini)
segala pc atau harta benda yang tidak dituntut telah ditag 'disposed'.
termasuklah pc repository kami itu.
macammana nak tuntut kalau kami sendiri tidak diinform akan renovation tersebut?
itu pun aku tau setelah melihat sendiri keadaan level 12 itu ketika aku diminta utk memilih document² semasa kerja² pembersihan berlaku.
aku agak terkilan.
bukan senang untuk trace kembali pc itu.
bile sudah didisposed, maknanya, barang² tersebut telah dihantar ke unit lain iaitu Asset.
dr level 12, aku turun level 6, bertanya kpd group yang penah duduk setempat dgn kami dahulu.
mereka kata, sila tanya dgn person-in-charge masa kerja² meng'disposed' barang² yang tidak dituntut itu.
aku naik semula ke tgkt 12, dia dgn nada annoying berkata, dia tidak tahu menahu pasal tag² disposed itu, dan menyuruh aku utk turun ke tgkt 2 utk check dlm store.
baiklah puan, saya turun.
aku turun ke tgkt 2, malangnya aku terpaksa naik semula ke tgkt 12 utk
memastikan store yang mana.
aku turun ke tgkt 4 pula, utk meminta pertolongan rakan sekerja untuk mengambil pc tersebut.
turun kembali ke tgkt 2, masuk ke dalam store yang dimaksudkan.
alhamdulillah, pc itu mmg ada.
senang utk di cam kerana ia pernah ditampal dgn nama owner pc tersebut.
tp kami tidak boleh membawa keluar barang² asset begitu sahaja.
kami perlu memberitahu Asset dahulu.
so aku pun mendapatkan person-in-charge utk itu.
sudah jenuh aku contact sana sini, menunggu dr pukul 12 tengahari sehingga akhirnya pukul 4.45 ptg barulaa ada jawapan pasti.
ahh, barulah akhirnya pc itu selamat berada di dalam kawalan.
bencilah. sangat rumit!
kiranya semalam, memang aku tak dapat concentrate dgn kerja² aku.
selagi tak settle, selagi tu laa aku tak boleh nak fokus dgn benda² lain.
hmm..
itu cerita smlm.
kan kurang kick aku cite hari ini.
itu lah yang aku maksudkan dgn cerita valid sehari.
so aku sarankan, kamu-kamu hanya jenguk ke sini memadailah sebulan sekali ye.
(macamlaa ramai yang selalu jenguk kannn! :P)
Wednesday, February 04, 2009
azam 2009?
minggu lepas (ketiga² hari berkerja selepas CNY), jalan lengang. clear.
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana cuti sekolah.
dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang.
aku kagum.
semalam juga jalan agak lengang. (ye, isnin aku ambil cuti kerana jeles melihat sang suami berehat pada Hari Wilayah)
maka aku sampai awal di ofis walaupun aku keluar rumah waktu yang biasa.
mungkin kerana masih ramai yang mahu berehat lebih lama?
tapi itu telah menyebabkan aku membayar lebih untuk parking kerana park dalam jangkamasa yang agak lama berbanding selalunya.
aku kagum.
hari ini aku keluar sebelum matahari sempat memunculkan diri.
maka aku sampai lagi lebih awal daripada minggu lepas dan semalam.
aku adalah org ketiga setelah punch in fingerprint pukul 8.05am tadi.
sesuatu yang sangat jarang terjadi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.
ini bukan azam baru.
(aku tidak pernah berazam untuk datang ke ofis awal. hanya pernah ada azam untuk bangun awal, namun hingga ke hari ini azam itu tinggal angan² cuma :))
ini adalah suatu keterpaksaan kerana ada hal yang perlu diselesaikan bersama selepas selesai waktu berkerja petang nanti.
ye aku masih kagum dengan keupayaan aku sampai awal pada hari ini.
dan itu adalah tujuan utama catatan ini ditulis.
:D
nota kaki:
aku juga kagum.
bahasa penulisan kali ini agak tersusun dan menggunakan ejaan yang teratur.
mungkin azam 2009? :)
Wednesday, January 21, 2009
masih ada harapan?
masih tiada tanda Gaza akan aman..
mereka masih berleluasa..
apa sumbangan kita?
menderma & berdoa..
walaupun tidak seberapa, sekurang²nya kita ikhlas & prihatin..
tapi jika kita sepakat memboikot..
boikot?
ye, boikot..
boikot mereka..
boikot barangan buatan mereka..
boikot sekutu mereka..
boikot apa sahaja yang berkaitan dgn mereka..
termasuk..
penggunaan/penjenamaan nama mereka..
seperti yang dilakukan oleh kedai makan ini..
walaupun kedengaran seperti satu jenaka..
namun ia tetap meninggalkan sedikit kesedaran..
kebencian terhadap kezaliman..
maka..
hapuskan segala yang berkaitan..
tapi..
kalau kamu lulusan dari sana?
agak2 kamu akan buat benda yang sama kepada cert kamu?
Wednesday, January 07, 2009
..2009..better life ahead..
terlambatkah saya nak ucap selamat tahun baru 2009? (ye ye..saya tau saya dah lama tak update :P)
ahh tak kire lah..
nak wish jugak Welcome 2009!
tp tahun baru saya disambut dgn demam, batuk & selsema..
kamu tentunye paham bile saya batuk, sekurang²nya makan minggu baru nak sembuh..
dan sesungguhnya, saya telah pun mc semlm gara² dada saya yang saket akibat batuk yang terlalu kuat..
sehinggakan setiap kali batuk, saya akan menahan dada ini dgn tangan..
seolah² menahan ia dari terburai..
(agak², penah tak ada orang pecah dada akibat batuk?)
aihhh..penatnye batuk²..
isnin lps, disebabkan terlalu kerap batuk..
akhirnye saya decide nak check kat specialist..
dgn bertemankan Ann, saya dgn seram² pegi berjumpe specialist di SJMC..
seram sbb:
1) nak check dada i..(auuwww malu mak..)
2) kot² doc found out sesuatu dan suruh saya masuk wad..
3) manalah tau kene operate? (eiii mintak simpang!)
tapi setelah selesai check up tersebut, doc kata, tiada infection, lung saya clear!
cuma mungkin rasa tekak yang gatal² itu yang membuatkan saya batuk..
hmm tahlaa..
so utk 10 hari treatment: 3 botol ubat batuk, beberapa biji ubat selsema dan 5 biji antibiotik telah diberi..
tunggulah selepas 10 hari, kite tgk adakah batuk saya akan sembuh atau pun tidak..
kalau masih batuk² juga, akan saya cari dr yang bernama Ashoka Menon itu..
btw, thx to Ann a.k.a my-dear-PA kerana bersusah payah menemani saya ;)
tahun 2009..
saya mengharapkan yang baik² utk diri & keluarga saya..
terutamanya yang terbantut pada bulan november tahun lps..
nota kaki:
tidak lupa juga doa utk kedamaian saudara² kita di Gaza..
semoga penderitaan mereka segera berakhir..
amiinnn..
Monday, December 22, 2008
its hard..but life must go on..
ada orang rindu aku? heh..
christmas nih genaplaa sebulan tummy aku 'kosong'..
alhamdulillah, im getting better each day..
walaupun kdg² takleh nak elak otak aku pk yang bukan²..
end up aku sedih sorang²..
aku tau..
aku kene kuat..
mental & fizikal..
life has to go on, aight?
masa baru² aritu, mmg emosi aku kurang stabil..
bile ada makcik² yang tanye 'dah ada isi ke?'..
aku rasa nak seletep je mulut² dorang tu..
bukan takat seletep kecik balut adiah tu..
kalau boleh nak guna seletep kotak tu..haaa beso sket..
aku tau bukan salah dorang pun, sbb dorang bukan tau pun ape yang aku dah lalui..
tp biasalaa..
bile soklan tu tak kene masa, tanye time aku tgh down lak tu..
mmg emosi menguasai laa kannn..
last² aku jwb 'ada....tp dah takde..', pastu aku blah..
tercengang² makcik² tu..
tp sian la mama kene explain pastu..hahahaha..
sorry ma..masa tu mmg ira tade mood nak buat conference ngan mereka² itu..
takut silap² aribulan terkeluar pulak kate² yang kurang enak didengar..
haaa baik ira mem'blah'kan diri awal²..
and since ramai yg tatau what was really happening back then..
ni aku cite briefly laa..
starting masa knowing aku peknen..
aku guna pregnancy test kit je..
tu pun lps mama yang soh check sbb masa tu aku telan berbotol² ubat batuk..(batuk aku mana penah tak teruk, kan? hahaha)
so g guardian, beli HPT tu..
the result was sangat pudar..ada line..tp sangat samar..
then just for menyahihkan keputusan, g laa check kat klinik kerajaan serendah..ye, klinik kerajaan ye kawan²..sbb nak confirm kan je punn..
tp bile layanan yang kitorang terime kurang memuaskan, (plus dorang pun takleh nak confirmkan sbb too early/hampir negative & tade alatan canggih yang boleh tolong confirmkan),
so we decided to check kat private clinic je a week after that..
sila ikuti chronology ini..
- 20/10: first time dtg, check thru urine test, positive! tp bile aku ckp aku ada bleeding, dia check aku guna vaginal scan..
result: no sac is found!
- he said: "patutnye we can see a pregnancy sac (seketul itam) sbb your pregnancy is positive..tp now tak nmpk & u pun ada bleeding, this is not a good sign..we call this a 'threatened miscarriage'..so to stop the bleeding & to save this pregnancy, i'll give u an injection..its a bit pain sbb oily based..and im giving u a week mc for u to rest..jgn buat keje berat²..i'll see u in a week to see how it goes.."
- 26/10: still bleeds tp dah kurang..so another vaginal scan..
aku? tentunya cuak..and hoping everything is ok..
result: the sac is there! :)
- he said: "the bleeding should have stopped..but now that we have seen the sac, im sure can save the pregnancy..dgn syarat, u rest..and im giving u another injection..and u hv to come back 2 days later for another injection.."
- aku? hah? inject lagi? auuuchhh..
- 28/10: injection
- 30/10: injection
- 3/11: still ada spotting²..and he runs a vaginal scan to see how big the sac has grown..
result: the sac has grown..dah double the size since last check-up..(masa ni about 10mm)
- he said: "this is a good sign..im giving u an injection..(aku rasa utk kuatkan rahim & hormon & to stop the bleeding tu gak) and come again for another injection a week later..please rest..i can save this pregnancy..but u hv to help yourself also ok.."
- 9/11: injection
- 16/11: vaginal scan
aku? auuchh!! montot aku kiri kanan sengal kene inject..
result: the sac has grown (double the size - 20mm)..but no heart beat is heard yet..
- he said: "patutnye dah dgr heart beat by this time..walaupun tak kuat, tp we can still hear the heart beat..but maybe because u having the bleeding & all, maybe lmbt sket..takpe, kite tunggu another 2 weeks to see if we can hear the baby's heart beat..if dah ada heart beat, then i can say the baby can develop normally..today im giving u the final injection..but if u suddenly bleeds, terus dtg jumpa.."
- 24/11: vaginal scan
aku? praying day & nite for this pregnancy to be ok..
(tp tak sempat 2 minggu pun..betul² a week lps tu..)
result: the sac dah shrink..masa measured dah tinggal 14mm and still no heart beat.. :(
- he said: "owh dear..this is not a good sign..still no heart beat, and the sac dah mengecut..i advice to let go sbb the development is not normal..probably the baby will be unhealthy..sbb the heart beat patutnye dah ada by 7 - 9 weeks..but now already 8 weeks, and we hear nothing..the first 3 months is important for the brain development..if the brain develops later than that, the baby mungkin tak normal..might be down syndrome..or if the baby turn out to be physically healthy, but the brain might not..
u see, the body knows if its not a good sac, it will be expelled naturally..
but if u still want to keep the baby, u can do so..i'll give u treatments like before..injections & pills..and the baby can survive..but i cannot guarantee the baby will be a healthy one..the decision is yours..either one is ok..but if u are asking for my opinion, im so sorry but i suggest to let it go, and u can try again after 2 months..
- go home, discuss about it and then tell me what the decision is.."
aku: (dah nak nangis tp tahan) "how soon.."
the doc: "as early as possible..either today or tomorrow..sbb if u decide nak teruskan, i have to cepat² give injection to prevent it..sbb skrg your serviks is still close..kalau dah open, its too late to save the baby.."
- aku? crying all day..and thinking whats the best decision should i take..oohh im sooo tak kuat.. :(
- 25/11: the d&c..yep, the toughest moment..
result: it has gone..forever..
:'(
ok thats about it..
at first aku mmg dah tanak ingat dah mende² nih..
sbb ia akan rewind the whole thing..and it will be replay-ed again and again..
dan air mate pun tak benti ngalir..
tp as time goes by, im missing those moments..really..
dan tetibe aku takut aku akan lupe semuanye..
thats the reason why i put it here..
so that i wont forget that 'it' penah wujud suatu ketika dulu..
masa in grief dulu, aku penah bgtau the hubby.."susah nak lupakan dia.."
and he sways.."kita takkan lupakan dia, sayang..dia pun anak kite jugak kann.."
just a sentence..
tp berkesan utk redakan ketidakseimbangan mental aku..
besides family support & friends careness..
im really blessful to have u around..
thx for the attention & love..
thx for being there, sayang..
nota kaki:
so hopefully terjawablaa persoalan masing2 ye..
maafkan atas penggunaan tatabahasa yang bercelaru..
kerana sy masih di dalam healing process.. :P
Friday, December 05, 2008
need a break!
mentally so-so.
bile aku kate so-so..
its really a "so-so"..
sbb:
1) aku buang contact lense aku dr bekas bile sepatutnye aku baru nak pakai contact lense tu..aku siap² isi solution lain as if aku baru nak tanggalkan contact lense aku..padahal aku baru nak pakai..pastu baru sedar bile nmpk contact lense tu jatuh masuk dlm lubang sinki..hmmm..
2) aku tanye abah, "abah tak dinner ke? kenyang lagi?"..padahal sebelum tu, dia makan dinner sebelah aku je!
3) aku bawak balik sume barang yang sepatutnye aku tinggalkan kat ofis..
4) aku skrg kerap tercicir hp..merata²..
5) dan aku mudah lupa nak buat ape yang aku dah plan..
haihhhh..
i really need a break!
i need a vacation!
Monday, December 01, 2008
minus..
sbb tah cemana..
misplaced, tercicir dlm toilet..
this never happened before..
tahlaa..
careless..
thoughtless..
senseless..
maybe im thinking too much..
so i tend to forget some of them..
or maybe no space left for other things..
i do hope for a light at the end of the tunnel..
Tuesday, November 25, 2008
tiada lagi pagi yang cerah..
tp rupanya hanya diizinkan utk seketika cuma..
dugaan demi dugaan yang dtg..
seketika memberi harapan..
namun ternyata Allah lebih sayangkannya..
berat sangat hati nak buat keputusan..
tp thats the best way for us..
for soon, kalaupun "dia" berjaya survive..
percentage to be unhealthy adalah sangat besar..
(read: daddy's)
biarlaa dia pergi..
daripada dia menderita kemudian hari..
hanya Tuhan yang tau ape yang terbuku dlm hati ni..
Ya Allah..berilaa kami kekuatan..
pada yang dah mendoakan, berbyk² terima kasih diucapkan..
tapi apologize to all ya..
both of us still cant make it..
rezeki Tuhan ni hanya setakat ini..
maafkan kami sbb tak benarkan baby sempat lihat dunia ni..
tunggu mommy & daddy kat sana nanti ye, sayang..
Al-Fatihah..
Friday, November 21, 2008
came to the rescue.. :D
tempat aku skrg betul2 depan bos..dan bawah lubang ekon..
takat sejuk beku tempat nih dah lebih tahap maksima..
mmg sejuk ya amat..
tinggal ujung jari je yang kua bile nak menaip..
tu aku dah pakai blazer on loan ex-boss aku..
ngan dah selubung ngan shawl..
tetaplaa sejuk sampai tulang itam..(aku tatau laa tulang itam tu celah mana..aku ikut peribahasa je..ahahaha)
nak ikut, aku baru pindah tempat ni smlm pg..
tp aku tak tahan sangat dahhh..
arini gak aku panggil saviour aku tolong tampalkan lubang² jahanam tu..
bukan aku takleh nak buat sendiri..
tp keadaan beta amatlaa tidak mengizinkan..heh..
maka tadaaaa...
inilah saviourkuuu..
kurang dah sejuk sket..
walaupun mcm maseh ada sepoi² angin ekon yang lalu atas jari aku nih..
tp tidaklah sesejuk sebelum nih..
to my saviour of the day..
thank u, darling!
mmmuuahhh!!
Monday, November 17, 2008
terkena jua akhirnye..
abang tukang amik order: nak minum air ape?
abah: kopi panas..
emi: fresh orange..
ijoy: nescafe o ais..
mama: epal tanak ais..
aku: tembikai susu..ais kurang..
bile air sampai..
sume org amik air memasing..
tapi.....
agak² korang tu air ape?
yeeeee...pandai!!
itu adalah air tembikai susu yang aku order..
instead dpt air "honeydew"..
aku dapat air tembikai + susu..
kahkahkah..
korang tau nape aku tak mintak "honeydew"?
sbb dulu aku penah kene..
bile mintak honeydew, dia kate tade..
bile aku mintak tembikai susu, laju je dia jawab ada..
aku rasa sbb dia tak paham honeydew tu ape laa kot..
sooo..
kali ni aku berbaik ati laa kunun²nye nak terus bm-kan..
alih² ini yang aku dapat daaaa..
padahal kann..
dulu abah dah penah cite dah..
pasal the same thing happened to one of his friend..
order air tembikai susu..
expect air kaler ijau mude tp dapat mcm kaler air bandung..kehkehkeh..
tp sbb mende tu tak penah berlaku kat aku lg..
aku mmg tak amik port langsung laa..
haaaaa...kan dah kene btg idung sendiri smlm!!
lesson-has-not-yet-learnt laa, bah! hahahhaha..
ira..lenkali, kalau nak honeydew, order je laa honeydew..
jgn gatal mulut translate ke tembikai susu!
kan, padan muke!
the long awaited pie.. :P
ann, familiar tak dgn ini?

ini adalah cottage pie..
yang resipinye aku mintak kat ann & is..
which dah lama dan dah berkurun aku simpan..
muahahahah..
dr minggu ke bulan kununnye nak try buat..
tp nak makan tahun dah, tak terbuat² gak.. :D
tp sabtu lps, bile ijoy ngidam nak makan spaghetti..(eh..aku ngandung ke, dia yang ngandung nih?)
aku terus bertekad nak try gak pie nih..
tp resipi dia aku dah edjas² sket..
ikut tekak ibu mengandung jugak laa kannn :P
nmpk pelik tak pie aku tu ann?
sbb aku tak jumpe loyang kecik..
last² topping dia ala² segan je nak tutup sume isi pie tu..hahaha..
tp sedaye upaye gak aku tarik situ sini..
maka begitulaa akhirnye rupe pie aku..kehkehkeh..
tapi walaupun rupa pie nih mungkin tak sama dgn rupa pie yang slalu ko buat tu ann..
ia tetap boleh dimakan dgn jayanye oleh seisi keluarga.. :P
sayonara..
sedih gak nak tinggalkan..padahal sebelum ni tak saba nak kua dr situ..
sbb towards the end laa baru "ramah mesra"..
sblum ni ramah jugak..
tp taklaa seramah dah ujung2 waktu ni..
haihhhh..
nak ikut, aku tade laa lama sangat kat situ pun..
aku start 24/07 aritu..
adalaa dlm 3 bulan lebih je..
tp rasa mcm dah lama..
hmm tu baru kejap, aku dah rasa sedih, rasa kehilangan..
agak² kalau aku resign dr hetek ni, yang dah nak masuk tahun ke-6 nih, cemana laa agaknye ye.. hmmmm :/
Thursday, November 13, 2008
memory remains..
slalunye aku jarang bgtau orang ape yang aku rasa..
sebaliknye aku akan start menulis..
bukan aku suke2 pendam..
tp aku lebih kepada "tak pandai nak luahkan.."
dulu, kalau aku marah, aku suke tulis dlm diari..(buku skolah - aku convert jd diari..)
tulis panjang2..sampai aku rasa puas ati..
kadang2 tak sempat cari diari, aku tulis je atas kertas mana2 yang ada..
tp lps tulis2 tu, risau gak ada orang jumpa & baca..
last2 aku koyak/campak balik..
tp ada jugak yang tersesat, which aku simpan sampai skrg..
dan aku akan senyum sampai kejang bile baca balik penulisan aku waktu tu..
sangat kebudak-budakan!
:D
tp bile dah masuk U, aku dah tade masa nak luah2 atas kertas ni..
byk lg assignment lain yang perlu disiapkan..
bile tak puas ati, tade dah aku pendam..
tp aku juga still tak luahkan..heheh..
aku cume let go..
malas nak pikir pjg2..
frankly speaking, aku happy dgn buat camtu..
sbb aku ada byk entertainment lain yang boleh buat aku lupa akan ketidakpuasan ati aku..
tp since masuk alam pekerjaan ni..
aku dikenalkan dgn alam blog..
mula2 hanya utk suka2..
tp lama2 aku rasa selesa menulis dan meluahkan tanpa perlu menggunakan pen/pensel dan pemadam utk pembetulan..
lagi laju menulis dgn keyboard dan delete/backspace button..
senang..
cepat..
kemas..
tp aku tak nafikan..
kadang2 rasa tertekan..
tertekan kerana terdesak untuk menulis tp tersekat kehabisan idea..
tertekan dgn desakan kawan2 yang sentiasa mahukan update.. (tp aku tak salahkan korang pun :P)
sbb aku jugak tertekan kerana aku tak mahu membiarkan blog lama2 terbiar tanpa kemaskini..
sudahnya, kadang2 aku masukkan entry2 yang tah apa-apa..hehehe..
just for the sake, "asalkan update kannn.."
hahahaha..
tp bile aku buat read-through the whole blog, ia sentiasa mengingatkan aku dgn keadaan dulu dan perubahan skrg..
how time flies..
to see how things were before..which will remain as history..
how things going..to create more memories..
and probably how things will be later..just prepare for the bad...
history creates memory..
dan memori itu dtg dgn pelbagai rupa..
ia tidak mungkin dapat dijual beli..
:)
Monday, November 10, 2008
life after marriage?
cemana life lps kawen?
aku kate tah..tade beza sangat pun..
yang paling nyata..
aku ada kawan tdo..
takde laa takut2 nak tdo sengsorang lg..
lg2 dulu masa "kene tindih" ngan mende yang aku tak nmpk..
skrg kalau kene tindih, aku mmg nmpk laa sape yang tindih..
hahahaha..korang jgn pk bebukan aaa..
dan sabtu lps..
is our first date lps kawen..heee..
punye laa lama tak kua tgk muvi + jenjalan di shopping mall..
korang kire laa..
kitorang kawen 08/08..
sabtu lps 08/11..
tak ke genap 3 bulan?
heheh..
tp sebenarnye sebulan sebelum kawen lg dah tak kua memana pun..
sbb sibuk ngan persiapan kann..
tp sbb title aku bbunyi sedemikian..
makanye aku start kire lps aku tuka title dr cik ke puan laa kann..
tp aku peliklaa..
apsal lama sangat inai aku nak ilang nih?
kalau dulu, masa kecik2, tiap2 cousin aku kawen, aku berinai.. (cousin2 aku sume tua2 dr aku okkee..)
tak sampai bape minggu pun, dah ilang sume..
ni dah masuk bulan ke 3 dah ni..
masih menempel kat ujung jari ni haaa..
hmmm sy tau..sy tau!
sbb tumbesaran dah selowwww laaa nih..
umo dah byk kan?
hahahahaha...chait!
ehhh apsal aku menyimpang ke inai lak nih?
ok..ok..
berbalik kpd sbb lama tak kua..
1. duit dah abes buat kawen maaa..so dok diam2 suda...
2. nak dating apenye lg? dah ari2 kan dating kat umah..hahahaha..
3. lps kawen kan dah masuk puasa..pastu dah bz nak raya..pastu lps raya, every week ada je open house..mmg tak kemana laaa..(even umah sedara pun tak abes round lg lps kawen aritu..tak cukup masa betul-lah!)
4. sbb byk muvi yang dah terlepas, so download je laa..tgk kat tv umah..
5. dating dah tak "kick" sangat kot..kehkehkeh.. (ye laa dulu jarang jumpe..ni ari2 ngadap muke tu kann..so kua dating sama je cam kua jalan2 depan umah..:D)
ape2 pun..
aku tetap happy..
walaupun byk mende nak kene edjas lps kawen nih..
walaupun ups & downs tu mmg takleh elak..
im thankful for everything i own..
im grateful to have this beautiful life..
haa lupe satu lg hal pas kawen..
aku ni kann..
baru je masuk 3 bulan kawen tau..
tp soklan kebanyakan orang ni kannnnnn..mcm aku dah kawen 3 tahunnn!!
heihhh..
alhamdulillah laa dah ada kannn..
kalau tak, mau aku seletep jugak mulut2 yang bertanye tu..
kan aku dah cakap dulu..soklan takkan penah stop kat "bile nak kawen?"
sure ada soklan sambungan "dah ada isi ke?"
lek laa..
tu rezeki Tuhan punye keje maaa..
yang korang sibuk2 nak amik alih keje Tuhan tu nape???
Friday, November 07, 2008
its not really my fault, kan? :P
tp aku skrg bukan nak cite pasal dorang..
aku nak cite pasal "Senayan" itself :D
tak silap aku 2 tahun lps..
tgh hangat ada satu perlawanan ni..
aku tak ingat dah ape..
tah badminton..tah bola sepak..
antara 2 tu laa..
Malaysia vs Indonesia..
masa tu berita ckp perlawanan tu akan berlangsung di Stadium Senayan..
tp tak mention laa pulak kat negeri ape ke..negara ape ke..
so masa tu bos aku tanye..
kak yani: "dorang lawan katne?"
aku: "Stadium Senayan.."
kak yani: "mana tu?"
aku: (ikhlas, tanpa was-was dan penuh luhur..) "Negeri Sembilan.."
kak yani: "oooo.."
dia mmg bulat2 percaye..
sbb mmg muke aku confident abes..
aku sendiri pun percaye..
haahahaha..
pastu mungkin Tuhan tu nak tunjuk yang statement aku tu salah..hihi..
adalaa 2-3 orang ni bercakap bende yang sama..
pastu berdekah2 kitorang gelak..
sbb aku salah tempat daaa...
Stadium Senayan tu kat Jakarta..
aku idup2 ingat kat Negeri Sembilan..
kehkehkeh..
rupe2nye yang kusangkakan kat Negeri Sembilan tu ialah Sendayan sebenarnye..
bukannye Senayan..
tah cemana aku mmg yakin sangatlaa yang jawapan aku tu betul..
mungkin sbb bunyi dekat2 kot..
tp paling takleh tahan sbb bos aku mmg percaye..
adekah sbb muke yakin-benar aku masa jawab kat dia tu?
atau pun mungkin sbb dia pun sama je cam aku..ala2 konpius gak..
hahahhaa..
sebenarnya, aku mmg byk salah guess tempat2 dlm malaysia ni..
its not salah guess laa..
its more to confuse sebenarnye..
dulu aku ingat Tampin kat Johor.. (bukan dulu je..skrg pun kadang2 still konpius lg :P)
padahal kat Negeri Sembilan..
mungkin sbb ada bunyi2 Tampoi kot..hahahaha..
Senai..aku ingat kat Negeri Sembilan..
padahal kat Johor..
huh?! sbb konpius dgn Senawang ke?? (hmm agak jauh laa gak aku menyimpang..)
Bukit Kepong, mmg aku ingat kat Kepong..(sah2laa nama kepong kannn..)
tp sebenarnye kan kat Johor..hahaha..
apetah lg bile nama tu hampir serupa..
mcm antara Machap, Machang & Merchang..
antara Maran & Marang..
mmg terbalik2 laa jawabnye..
yang tu kat negeri ni..yang ni kat negeri tu..
heeeee..
dan byk lagi laa yang mana nama hampir2 nak sama tuu..
kalau korang tipu aku pun, aku leh percaye..
pastu ada jugak satu nama, tp ada kat byk tmpt..
cth..kg sungai buaya..
kat rawang ada..kat banting pun ada..
and a lot more to mention laaa..
tp bile pk2 balik..
bukan salah aku gak laa kann..
sape soh letak nama dekat2..
g tuka nama skrg! :P
Friday, October 31, 2008
im resting..but actually not really resting..how?
sbb dah 4 ari aku dok umah..
hmm i mean, ari² pun aku dok umah..
tp ni dok umah sehari²..
senang cite, aku dah mc 4 ari..start selasa aritu..
kire campo senin cuti deepavali aritu, genaplaa seminggu aku cuti..
ok ok..
korang jgn pk bebukan..
aku tak saket tak ape..
tapi..
aku diarahkan oleh doktor utk dapatkan rehat yang cukup..
dia ckp bdn aku is too weak..
and its not good for early stage of pregnancy nih..
so aku takleh buat keje berat..
takleh pk berat²..
bukan badan je kene rest..otak aku pun kene rest sama..
hmm that is why im having my own sweet time..resting at home :)
tapi..
penat gak cuti lelama nih..
part best tu bile takyah nak rushing bangun awal²..
part tak best, bile ive been thinking bout my work yang pending..lps abes mc nih..
haihhhhh...
otak ni takkan benti berpikir kan..so cane nak bg dia rest?
ape² pun, korang doakan aku eh..
we've been thru a lot since the day i knew im pregnant..
tp tu biarlaa aku simpan dulu..
keep the best for last, kan? ;)
oh btw, today is miss jay's bday..
happy birthday, darl!
hope u'll have a blast!
mmmuuuaaahh!!
Tuesday, October 28, 2008
undecided
its just aku takleh tahan dah nak hamburkan rasa marah kat mamat seko ni..
sbb hes being unfair to one of my friend!
aku mmg cepat hangin dgn undecided guy..
helloooo..ko tau tak lelaki tu dilahirkan sbg pemimpin??
kalau decision mudah pun ko susah nak decide..
kalau dah jd head of the family nti cemana????
if u dont have any feelings towards her, nape layan dia mcm tu?
drpd dia tak rasa pape, bile dapat layanan mcm tu, kalau tak byk, sikitlaa..sure terkesan dihati jugak..
pompuan..even tough cemana laa pun, hati kitorang mcm kerak nasi je..
sikit sebanyak, it will hurt, definitely..
if u read this, aku mintak sangat laaa..
jgn main²kan perasaan dia..
kalau tanak, ckp laa tanak..
jgn laaa buat dia mcm patung yang tade perasaan..
pls choose one, boleh tak?
aku tau laa tetiap sorang tu ada kelebihan memasing..
tp jgn laa tamak!!
sini ko nak..sana ko sayang nak lepaskan..
ingat romeo abes ah tu???
ok skrg ko bgtau aku..
if u were in their shoes...would u feel very happy to be treated like that??!!
nahh..i dont think so..
kalau pun susah sangat nak buat pilihan..
bukannye tade jalan keluar..
buatlaa istikharah ke or watsoever..
sure Tuhan akan tunjukkan jalan..
jalan tiap² orang tu takkan sama..
tp in the end, tetap ada penyelesaiannye..
aku cakap ni, bukan aku nak bg ceramah..
aku rasa ko lg hebat part² agama nih..
tp when it comes to heart feelings..
jgn pk kepentingan ko je..
dorang pun ada hati..ada perasaan..
its a big NO..
NO mannnn..
so..pls have the guts...
and please decide..
will u?!!
Monday, October 27, 2008
..us..
its now 5 weeks & counting..
although it was quite complicated for the past week..
but alhamdulillah..
it is now giving a good sign..
please do pray for me ya..
for both of "us" to make it..
yes dear..
im a mommy in the making.. :)
Friday, October 24, 2008
now & then..
since dah tade ape yang aku rasa nak dijadikan panduan atau rujukan..
ye laa..zaman tu dah lepas kan..
tp bile aku received call dr ilyana..
yana: "beb..baju ko masuk magazine.."
aku: "ye ke? magazine bulan bile?"
yana: "bulan november..tp gaya ikatan tudung ngan tiara ko tak laa mcm dalam magazine tu.."
hahahhaa..
sebenarnye kann, last week masa nak temankan ijoy g gunting rambut..
aku dah singgah kedai jual mags² nih..
nak cari bahan bacaan sementara tunggu asbenku melunaskan hajatnye itu..
tp lps belek², tade ape yang menarik selain magazine pesona pengantin..
tp lps pk² balik, buat ape aku nak bazir duit beli mags tu lagi kann..
better laa carilaa mags lain pulak kann...
macam keluarge ke..pa ma ke..hahahhahaa...
tp kenyataan ilyana tu menyebabkan aku eager nak tgk sendiri..
yelaa..baju tu aku yang design sendiri kann..(walaupun bukan aku yang jahit baju tu pun.. :P)
walaupun aku ikut sket² design baju dlm magazine indon..
tp telah dialter situ sket sini sket designnye oleh aku & en. mail.. (sbb dlm magazine tu baju tu seksi okkeee..nti larila konsep pengantin muslimah kann..kehkehkeh..)
(read: this)
soooo..
td aku beli jugak magazine tu akhernye..hahahaha..


hihi..
walaupun aku tak pakai tudung ala² gipsi mcm tu..
walaupun tiara aku taklaa sehebat tiara yang model tu pakai..
walaupun bukan kitorang yang masuk magazine tu pun..
tp banggelaa jugak kann..
sbb en mail pilih baju yang aku sendiri design utk masuk magazine..ngeee..
terasa mcm nak ubah profession lak..
agak² kalau aku jd designer, lepas tak?
muahahaha..



